Anda di halaman 1dari 4

PJMS 3113 PENDIDIKAN LUAR

REFLEKSI PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

1.0 PENDAHULUAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Jamiran bin
Salam selaku pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang kerana telah
membenarkan kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2016 bagi
melaksanakan program pendidikan luar di Rock View, Lundu pada 8 April sehingga 12
April selama 5 hari 4 malam bagi memenuhi tugasan kursus PJMS 3113 Pendidikan Luar
pada semester ini.
Dalam pada itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mahdi bin
Abdullah sebagai penyelaras program pendidikan luar kerana sanggu mengorbankan
masa dan tenaga bagi bersama-sama menjayakan program tersebut. Justeru, beliau juga
telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar sepanjang program tersebut.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan atas usaha dan kerjasama yang ditunjukkan semasa program ini
berlangsung.
Yang terakhir, terima kasih juga diucapkan kepada pihak Rock View Lundu kerana telah
membenarkan kumpulan PJM ambilan Jun 2016 bagi melakukan program pendidikan luar
di tempat tersebut serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Hal ini kerana tanpa kerjasama erat daripada pihak tersebut program ini telah berjaya di
sempurnakan dengan jayanya.

2.0 KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI


Setiap program yang dikendalikan sudah pasti mempunyai kelemahan tertentu sama ada
dari segi pengurusan mahu pun pelaksanaan sesuatu program tersebut. Melalui
kelemahan yang dikenal pasti inilah yang akan dapat menjadikan sesuatu pelaksanaan
program dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Melalui program pendidikan luar yang telah dilaksanakan selama seminggu, beberapa
kelemahan pada diri saya yang dikenal pasti salah satunya adalah pengurusan masa.
Pengurusan masa merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Hal ini kerana mereka yang berjaya adalah bermula dengan seseorang yang bijak
mengurus masa dengan baik. Hal sedemikian dapat dilihat pada diri saya semasa
program bahawa semasa sesuatu aktiviti itu berlangsung, saya tidak dapat menepati
masa dengan baik. Hal ini seterusnya menyebabkan saya bukan sahaja mempamerkan
sahsiah individu yang tidak dapat mengurus masa dengan baik malah menyebabkan saya

2
PJMS 3113 PENDIDIKAN LUAR

terlepas untuk menerima sesetengah maklumat yang disampaikan oleh pensyarah atau
rakan-rakan. Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut daripada berterusan saya telah
mengambil inisiatif untuk melakukan penjadualan masa yang lebih teratur dan sistematik
di mana sebelum sesuatu aktiviti itu bermula saya akan melakukan persediaan lebih awal
supaya saya dapat menepati masa dalam semua aktiviti yang dijalankan semasa program.
Dengan berbuat demikian, saya bukan sahaja dapat meneruskan amalan ini malah ianya
juga turut mendisiplinkan dan meningkatkan kesedaran ke dalam diri saya bahawa masa
itu adalah merupakan satu kunci untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Seterusnya, sesetengah AJK tidak memainkan peranan berdasarkan tugas masing-


masing dan hanya menyiapkan tugas yang dipertanggungjawabkan dalam masa-masa
yang terakhir. Hal ini menyebabkan sesetengah kerja tertangguh dan tidak disiapkan
dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, akibat daripada sikap tidak
bertanggungjawab tersebut akhirnya menyebabkan kerja lambat di siapkan di samping
persiapan untuk program itu di saat akhir menjadi agak rumit dan kelam-kabut. Selain itu,
sesetengah AJK yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu aktiviti yang
dilakukan juga kurang persediaan dari pelbagai aspek akibat daripada sikap yang tidak
mengambil berat akan tugas masing-masing. Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut
kami sentiasa melakukan mesyuarat dan juga berjumpa dengan pensyarah pembimbing
untuk memastikan tugas yang diamanahkan daripada setiap AJK dapat dibuat tepat pada
masanya.

Yang terakhir adalah kami juga menghadapi kekangan dari segi masa. Hal ini adalah di
sebabkan pada bulan tersebut banyak terlibat dengan kursus dalam minggu program
tersebut dilaksanakan. Hal ini menyebabkan saya sukar untuk membahagi masa
tambahan pula saya harus menghadiri kuliah, mesyuarat dan sebagainya. Ini
menyebabkan saya sangat letih serta tidak dapat memberi tumpuan kepada program luar
yang dijalankan termasuk membuat tugasan untuk subjek lain. Oleh itu, saya telah
membuat dan menyusun jadual supaya segala aktiviti yang saya lakukan dapat dibuat
secara teratur. Melalui nasihat daripada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan saya
telah memberikan keutamaan kepada aktiviti yang penting untuk dilakuan supaya dapat
disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan. Saya juga sedar bahawa masa itu sangat
bermakna dan harus dimanfaat dengan sebaik mungkin pada setiap detik

3
PJMS 3113 PENDIDIKAN LUAR

3.0 KEKUATAN

Antara kekuataan program yang saya perolehi semasa program ialah mendapat ilmu baharu.
Program Pendidikan Luar yang dilaksanakan dikendalikan oleh pelajar pendidikan jasmani
dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pendidikan jasmani pada masa yang
sama menjadi peserta kursus. Justeru, ini membuka peluang kepada saya untuk mempelajari
ilmu baharu melalui aktiviti yang telah dilaksanakan seperti aktiviti orienteering, abseiling, solo
drop dan sebagainya. Hal ini kerana kami telah diajar oleh para pensyarah yang
berpengalaman dan pengetahuan luas melalui semua komponen yang terlibat dalam
mengendalikan setiap aktiviti yang dijalankan. Melalui aktiviti itu, saya bukan sahaja dapat
mempelajari sesuatu yang baharu malah dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada
dalam diri saya sebagai bakal pendidik. Dengan pengalaman dan pengetahuan tersebut, saya
percaya dapat mengajar serta mengendalikan apa jua program yang dilaksanakan apabila
sudah bergelar guru kelak di sekolah di mana saya akan ditempatkan.

Selain itu, melalui program ini juga ianya sedikit sebanyak membantu meningkatan amalan
profesionalisme dalam diri saya. Melalui program ini saya telah belajar banyak perkara
termasuklah pengurusan masa, kepimpinan, penyelesaian masalah dan sebagainya. Dengan
pendedahan tersebut saya dapat bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dan
keberanian dalam diri saya malah saya juga bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang
mendatang.

Yang terakhir, mengeratkan hubungan dengan para pensyarah serta rakan-rakan. Program
pendidikan luar membuka peluang kepada saya untuk berkomunikasi dengan para pensyarah
dan rakan-rakan setiap masa. Hal ini kerana jika sebelum ini, saya terikat dengan gadjet yang
sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita namun melalui program ini saya
manfaatkan setiap detik dengan bertukar-tukar pendapat serta melakukan sesuatu aktiviti
yang kurang difahami bersama dengan mereka yang lebih arif. Hal ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan dalam kalangan para pensyarah dan para pelajar malahan dapat
menjalinkan hubungan dengan pihak luar sepanjang program tersebut. Sehubungan dengan
itu, saya sedar bahawa komunikasi antara dua pihak dapat memastikan sesuatu program
atau aktiviti dilaksanakan dengan jayanya selain membuka peluang mengenali antara satu
sama lain dengan lebih erat.

4
PJMS 3113 PENDIDIKAN LUAR

4.0 PENUTUP
Dengan berakhirnya program luar tersebut saya bukan sahaja berjaya mendapat
pengalaman yang amat bermakna bagi diri saya malahan saya juga dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan serta nilai profesionalisme keguruan sebagai siswa pendidik dari segi
mengurus dan mengendalikan sesuatu program serta berkebolehan untuk berkolaborasi
dengan pihak luar. Dengan pengalaman ini, saya dapat meningkatkan keterampilan diri
dan bertekad untuk menjadi guru unggul pada masa akan datang. Oleh itu, di harap
program sebegini akan sentiasa diteruskan bagi mengingkatkan jati diri dalam kalangan
guru pelatih sebagai bakal guru.

Anda mungkin juga menyukai