Anda di halaman 1dari 3

Mengawal rasa lapar

Membekalkan tenaga
Mengekalkan kesihatan tubuh
Mengelakkan obesiti

Kepentingan sarapan pagi

Sarapan pagi ialah salah satu daripada sajian makanan yang perlu kita ambil setiap hari.
Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian
serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anak-anak mereka dapat
menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas. Ibu bapa yang bekerja ibrat
kepala ke bawah kaki ke atas sering memberikan alasan sibuk atau kesuntukan masa untuk
menyediakan sarapan kepada anak-anak. Sebenarnya sarapan pagi sangat penting kepada
setiap individu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang kurang gemar
mengambil sarapan pagi. Mereka menganggap bahawa sarapan pagi hanya akan
menambahkan berat badan. Mungkin juga terdapat individu yang sering mengalami masalah
sakit perut sejurus mengambil sarapan pagi. Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat
pelbagai faedah yang kita peroleh apabila mengambil sarapan pagi. Marilah bersama-sama
kita mengkaji faedah-faedah pengambilan sarapan pagi.

Salah satu faedah sarapan pagi ialah membekalkan tenaga.Hal ini demikian tubuh kita
memerlukan tenaga yang diperolehi daripada sumber karbohidrat seperti roti dan glukosa
daripada secawan teh atau susu.Jika kita memulakan hari dengan perut kosong,dikhuatiri
badan akan terasa lesu dan tidak bermaya.Faktor-faktor inilah yang mengganggu
kelancaran kita menjalani rutin harian seperti belajar dengan bekerja.Jelaslah bahawa
tenaga diperoleh dari pada sajian sarapan pagi.

Selain itu,mereka yang tidak menjamah sebarang makanan pada waktu pagi cenderung
untuk rasa lapar.Perut akan mula "berkeroncong" minta diisi.Hal ini secara tidak langsung
mengganggu setiap aktiviti yang sedang kita lakukan.Kita juga akan mudah hilang fokus
untuk melakukan sesuatu tugasan dek melayan rasa lapar.Oleh yang demikian pentingnya
bersarapan pagi untuk mengawal rasa lapar.

Bukan itu sahaja,sarapan pagi juga boleh mengelakkan obesiti.Obesiti atau kegemukan
terjadi apabila seseorang tidak mengambil makanan secara seimbang.Kesan daripada rasa
lapar menyebabkan mereka mengambil makanan tengah hari dalam kuantiti yang
banyak.Mereka cenderung untuk makan lebih lebih kerap makanan sampingan seperti
keropok yang mengandungi gejala obesiti.Natijahnya,sarapan pagi mampu mengawal
pemakanan seseorang.

Akhir sekali,penyakit-penyakit yang tidak diundang seperti "gastrik"mudah menyerang


mereka yang tidak mengambil sarapan pagi .Hal ini demikian kerana sistem badan tidak
dapat menjalankan fungsi dengan baik.Hal sebaliknya berlaku sekiranya kita mengambil
sarapan pagi secara tetap iaitu dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan.Oleh itu,penting
sekali bersarapan sebelum memulakan hari untuk tubuh yang lebih sihat.
TAJUK 2 : KEPENTINGAN BERSARAPAN PAGI

Rangka:

“Mimi tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya
lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagi pun, tak sempat. Kami keluar rumah jam
6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan," kata Halimah ketika diaju
soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke
sekolah. Senario ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah,
segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi
untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam
kelas. Sebenarnya sarapan pagi sangat penting kepada setiap individu. Walau
bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang kurang gemar mengambil sarapan pagi.
Mereka menganggap bahawa sarapan pagi hanya akan menambahkan berat badan.
Mungkin juga terdapat individu yang sering mengalami masalah sakit perut sejurus
mengambil sarapan pagi. Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat pelbagai faedah yang
kita peroleh apabila mengambil sarapan pagi. Marilah bersama-sama kita mengkaji faedah-
faedah pengambilan sarapan pagi.

Salah satu faedah mengambil sarapan pagi ialah masalah obesiti dapat dielakkan.
Banyak orang yang beranggapan bahawa dengan tidak mengambil sarapan pagi, dapat
mengurangkan berat badan mereka. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk
mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak
berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan.
Sebetulnya,berat badan lebih mudah dikurangkan dengan mengambil sarapan pagi dengan
tidak makan secara keterlaluan pada waktu tengah hari sebagai akibat kelaparan kerana
tidak mengambil sarapan pagi. Kajian yangdijalankan Food Facts
Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remajaberusia 10 hingga 12 tahun y
ang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dankurang berhadapan dengan ma
salah berat badan berlebihan. Pengambilan sarapan pagi perlulah seimbang dengan tenaga
yang diperlukan. Untuk mengelakkan masalah obesiti, kita haruslah bersarapan pagi dengan
makanan yang berkhasiat seperti bijiran dengan susu. Hal ini bukan sahaja dapat
mengelakkan obesiti malahan juga dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang berbahaya.
Tegasnya, masalah obesiti dapat diatasi dengan memberikan berat badan yang ideal jika
kita mengambil sarapan pagi.

Selain itu, sarapan pagi dapat membekalkan tenaga kepada


kita. Sarapan pagimenyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori atau tenaga harian dan ku
nci kesihatanyang baik. Bagi individu yang tidak mengambil sarapan pagi, apabila
menjelang tengah hari, mereka akan mula rasa lemah lesu dan tidak bermaya. Kajian telah
membuktikan bahawa individu yang mengambil sarapan pagi lebih cergas daripada individu
yang tidak mengambil sarapan pagi. Remaja sangat memerlukan sarapan pagi untuk
memberikan tenaga kepada mereka. Minda mereka lebih cerdas di awal pagi dan ini
memudahkan mereka menumpukan perhatian di dalam kelas. Pensyarah Kanan, Jabatan
Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof,
berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga
selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak. Disebabkan remaja lama berada di sekolah dan
memerlukan tumpuan kepada pelajaran, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil
dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk. Sehubungan dengan itu.
sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baharu, tetapi juga menjamin
prestasi yang lebih baik dalam kehidupan seseorang. Pendek kata, bersarapan pagi penting
untuk memberikan tenaga demi menjamin kualiti hidup kita.

Di samping itu,sarapan pagi amat penting bagi mengawal rasa lapar diri kita.
Lazimnya, kita perlu bangun seawal pagi untuk memulakan rutin harian kita. Sarapan pagi
dapat menjadi alas perut sementara menunggu waktu rehat tiba. Apabila kurang rasa lapar,
tumpuan kita terhadap kerja yang dilakukan akan stabil. Jika perut kita lapar, tumpuan kita
akan terganggu. Hai ini menyebabkan kita hilang fokus terhadap aktiviti harian kita. Oleh itu,
kita perlu mengambil sarapan pagi dengan pengambilan makanan yang mengandungi serat
seperti roti bijiran penuh, bijirin sarapan, kekacang, sayuran dan buah. Serat membantu
dengan memberikan rasa kenyang bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan
dan sekali gus dapat mengawal masalah fizikal, intelektual dan tingkah laku
seseorang. Izharlah bahawa pengambilan sarapan penting untuk mengelakkan rasa lapar.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengambilan sarapan pagi
ini banyak memberikan kepentingan kepada diri kita. Pengabaian daripada mengambil
sarapan pagi juga memberikan keburukan kepada diri kita. Oleh itu, kita haruslah
memulakanlah hari kita dengan bersarapan kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sesungguhnya kita perlu mengetahui apa yang penting bagi diri kita untuk sentiasa sihat
dari segi mental mahupun fizikal. Ibu bapa seyogianya menyediakan sarapan yang sihat
untuk anak-anak tanpa memberikan sebarang alasan yang boleh membantutkan
tumbesaran dan kesihatan anak-anak. Pengambilan sarapan pagi haruslah dijadikan suatu
kelaziman supaya alah bisa tegal biasa. Dengan ini, negara dapat menghasilkan modal
insan yang sihat sekali gus dapat meningkatkan taraf ekonomi negara agar setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Berpeganglah pada slogan “Rakyat Sihat, Negara
Maju”.

Mengawal rasa lapar


Membekalkan tenaga
Mengekalkan kesihatan tubuh
Mengelakkan obesiti