Anda di halaman 1dari 3

Dewasa ini, banyak pelajar bekerja sambilan semasa cuti persekolahan.

Pada pendapat anda, wajarkah pelajar bekerja secara sambilan.

Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang
biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turut
dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan atau
membantu suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh
remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan
pelbagai impak terhadap remaja.

Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan.
Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan
pelbagai kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan
kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi
alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar
melaluinya.

Malah, remaja mampu membentuk personaliti yang menarik menerusi kerja sambilan ini.
Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan
mereka menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika
berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin
diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.

Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja
mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan
mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa
satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan
kewangan yang begitu tinggi kepada remaja.

Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus
diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan
kewangan,lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap
mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan
rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang
tidak sihat.

Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus
secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum
menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus
bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka
penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.

PENGETAHUAN dan kebijaksanaan mahasiswa masa kini terbukti apabila


mereka bijak mencari peluang dengan bekerja sambilan.

Pilihan ini bukan sahaja memberi kelebihan pengalaman kerja malahan


menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam dunia pekerjaan kelak.
Selain menjana pendapatan sendiri, pengalaman bekerja sambilan dapat
membantu dan menyokong permohonan pekerjaan setelah tamat
pengajian.

Tambahan pula dengan keadaan ekonomi tidak stabil dan peningkatan kos
sara hidup sekarang, mahasiswa perlu bersikap proaktif dan berfikiran
terbuka dengan memanfaatkan setiap peluang yang ada.

Setiap kelebihan dan ilmu yang dipelajari di universiti boleh dijadikan


sumber untuk menjana pendapatan.

Contohnya, seseorang mahasiswa yang pakar dalam bidang bahasa


khususnya bahasa Inggeris boleh membuat kelas tuisyen untuk membantu
pelajar yang akan mengambil peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti
Malaysia (MUET).

Bagi yang cenderung kepada perniagaan, mereka boleh mempraktikkan


ilmu yang ada dalam subjek keusahawanan.

Jika mahasiswa memanfaatkan apa yang dipelajari, ini akan dapat


menjana pendapatan sendiri di samping menimba pengalaman lebih luas.

Walau bagaimanapun, mahasiswa perlu bijak menguruskan dan


membahagikan masa bekerja dan belajar jika mereka memilih untuk
bekerja secara sambilan.

Hakikatnya, bukanlah pencapaian akademik sahaja yang diukur apabila


memasuki alam pekerjaan tetapi kemahiran dan cara berkomunikasi juga
amat penting.

Mahasiswa juga perlu mempunyai daya saing dan berkeyakinan dalam


memasarkan diri mereka di dalam kerjaya masing-masing kelak.

MANFAAT-MANFAAT BEKERJA SAMBILAN

Mutakhir ini, bekerja sambilan merupakan pilihan paling popular bagi


remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan terutamanya
lepasan SPM. Peperiksaan yang berakhir pada awal bulan Disember itu
biasanya mengambil masa hampir tiga bulan sebelum keputusan
dikeluarkan. Masa yang panjang ini perlulah diisi dengan sebaik-baiknya
agar tidak terbuang kerana masa itu emas. Oleh itu, kebanyakan pelajar
kini lebih tertarik untuk bekerja secara sambilan sebaik sahaja tamat
peperiksaan berbanding melakukan aktiviti lain seperti mengikuti kursus
jangka pendek atau bercuti. Tempat-tempat seperti pasar raya, pusat beli-
belah, kedai-kedai makan atau restoran dan kilang-kilang merupakan
tempat yang menjadi tumpuan remaja selepas kertas terakhir peperiksaan
SPM. Persoalannya, apakah manfaat yang bakal diperolehi oleh pelajar
jika mereka bekerja sambilan semasa menunggu keputusan peperiksaan
SPM?

Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja


dalam kehidupan. Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan
sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagai kesan yang menarik.
Remaja akan menyedari betapa kehidupan sosial memerlukan
kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman
kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar
kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya.

Bukan itu sahaja, remaja yang bekerja sambilan semasa menunggu keputusan pepriksaan
SPM dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Hal ini berlaku demikian kerana
pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan
berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri. Dengan itu, sikap berdikari yang terbit
dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti
persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa
bergantung harap kepada orang lain. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut berkeinginan
untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan
mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa. Oleh itu, sikap
berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk
bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan .