Anda di halaman 1dari 5

USRAH MUSLIMAH NADI UMMAH

Muqaddimah

Umat kini dinodai tanpa belas simpati. Setiap sendinya dilumpuhkan


dengan kekejaman yang tidak terperi , sedang umat ini merupakan umat
terbaik yang dirancang oleh Allah SWT untuk membina ketuanan al-Ma’ruf
dan memusnah kemaharajalelaan al-Mungkar.

Di dalam Surah Ali `Imran : 110, Allah SWT berfirman;

‫كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بال‬

Maksudnya: Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk


manusia agar kamu menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran
dan beriman kepada Allah SWT.

Barat dan orientalis Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan


sistem keluarga (usrah) umat Islam sebagai tuju sasar mereka untuk
menghancurkan Islam dan gerakannya.

Proses Pelupusan Usrah Muslimah

1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah ‘Free


Sex’. Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar umat
Islam alpa selanjutnya meninggalkan prinsip-prinsip Islami. Kesan
sampingan yang paling minima, bakal diterima oleh umat Islam ialah
mengenepikan aspek agama dalam memilih pasangan hidup mereka,
sedangkan ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancurkan
institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).

2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya


sebagai asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas. Harta dan kemewahan
menjadi target perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi
persaingan hebat kepada kasih sayang dan keharmonian rumahtangga.

3. Pendidikan sekular ( penjarakkan ugama dari kehidupan ) di‘higt


light’ kepada masyarakat umat Islam bermula dari peringkat tadika
( Hadhanah ) hinggalah ke tangga universiti. Fenomena ini mencambahkan
benih jahiliah sekular dari dalam rumahtangga umat Islam itu sendiri.

4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala
anjuran barat ditiup kepada masyarakat umat Islam yang akhirnya di atas
nama tamadun dan hak asasi manusia, seorang isteri boleh menuntut hak
sekalipun di luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa kiranya
menyetubuhi isteri tanpa kerelaan. Begitu juga seorang anak, bebas
bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa.

5. Pembinaan sahsiah dan umah Islamiah dianggap hak peribadi dan di


luar tanggungjawab Usrah Muslimah, sehingga amal Islami menjadi satu
ruang yang sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga.

Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk
melumpuhkan umat Islam. Persoalannya sekarang, apakah kita hanya
berpeluk tubuh dan menyepi diri menyaksi segala aksi mereka di hadapan
mata kepala kita?! Hanya mereka yang tidak memiliki sensitiviti dan
basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi segalanya.

Struktur Pembinaan Usrah Muslimah

Pembinaan Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak


yang kukuh. Percubaan membina Usrah Muslimah di tanah lumpur atau di
tebing runtuh hanya satu percubaan yang sia-sia malah membahayakan diri.
Islam telah melakarkan “Pelan Tapak Kukuh” untuk tujuan pembinaan
tersebut.

Tapak Usrah Muslimah

‫ إن المرأة تنكح على دينها و مالها و جمالها فعليك بذات الدين تربت يداك‬: ‫ عن جابر أن النبي صلى ال عليه و سلم قال‬.
‫رواه الترمذي وقال حسن صحيح‬

Maksudnya: Dari Jabir bahwa Nabi SAW telah bersabda ; Sesungguhnya


perempuan itu dikahwini berdasarkan agamanya, hartanya dan
kecantikkannya, maka selayaknya engkau memilih agama yang pasti
membahagiakanmu. [Hasan Sahih, Riwayat at-Tirmizi]

Hal ini turut ditegaskan oleh al-Imam al-Ghazali Rhm di dalam kitabnya
Ihya’ Ulumiddin :

“ Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak


dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin
dikahwininya supaya kekal cinta kasih, iaitu perempuan yang ada padanya
lapan perkara :

1. Beragama ( keperibadian dan spiritual )


2. Berakhlak mulia ( solehah )
3. Murah mas kahwinnya
4. Tidak mandul
5. Anak dara
6. Berbangsa ( keturunan yang baik )
7. Cantik
8. Tidak daripada kaum kerabat yang dekat ”

Statement ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon
isteri yang solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh
pihak perempuan untuk memilih calon suami yang soleh.

Justeru perempuan turut diberi tanggungjawab yang sama oleh Allah SWT
untuk menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Di dalam Surah at-Taubah : 71, Allah SWT berfirman:

‫والمؤمنون و المؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة ويطيعون ال ورسوله أولئك‬
‫سيرحمهم ال إن ال عزيز حكيم‬

Maksudnya: Lelaki dan perempuan yang beriman sebahagian mereka


adalah penolong bagi sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang
ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mereka mendirikan solat,
mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul, mereka ini akan
dirahmati Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sabda Rasulullah SAW :

‫إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إل تفعلوا تكن فتنة في الرض وفساد عريض‬

Maksudnya : Apabila seorang lelaki yang engkau redhai agama dan


akhlaknya masuk meminang, maka terimalah ( kahwinilah ! ) jika tidak akan
berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di muka bumi. ( Riwayat at-
Tirmizi )

Haikal Usrah Muslimah

Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti juga tidak memberi
sebarang erti. Usrah Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap
dan sempurna menepati ‘Pelan Induk’ yang telah diutuskan oleh Allah SWT
kepada nabiNya Muhammad SAW.

Ustaz Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah


Muslimah yang wajib dilaksanakan : [1]

Qanun 1 : Kebersihan dan Kesucian ( ‫) النظافة و الطهارة‬


Qanun 2 : Sistematik, Penyusunan dan Kekemasan ( ‫) التنظيم و التتريب و حسن الهيئة‬
Qanun 3 : Ketenteraman dan Kerahsiaan ( ‫) خفض الصوت و كتمان السأرار‬
Qanun 4 : Sistematik Ilmu dan Ibadah ( ‫) ترنظيم العلم و العبادة‬
Qanun 5 : Belanjawan ( ‫) القإتصاد ف الطعام و الشراب‬
Qanun 6 : Komunikasi dan Interaksi ( ‫) العلقإة و آداب التعامل‬
Qanun 7 : Kesihatan dan Pergerakan Jasmani ( ‫) العناية بالصحة و الرياضة‬
Qanun 8 : Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar ( ‫) حاية البيت و أهله من الشذوذ‬
Qanun 9 : Kejiranan dan Tetamu ( ‫) الحسان إل الار و إكرام الضيف‬
Qanun 10 : Adab Keluar Masuk ( ‫) مراعاة الدب ف الدخول و الروج‬

Tip Usrah Muslimah Cemerlang

Di dalam Surah ar-Ruum : 21, Allah SWT berfirman :

‫ومن اياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة‬

Maksudnya: Dan di antara tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan


untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu rasa kasih
sayang ....

Objektifnya :

1. Rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan


dakwah.

2. Menghiasi rumahtangga dengan Biah Islamiah.

3. Kreatif dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti tazkirah,


qiam, jaulah, ziarah, infaq dan persekitaran yang ceria seperti
gubahan bunga, penyusunan perabot, pelan pembinaan rumah,
halaman yang segar dan sebagainya.

4. Mendalami tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui


pembacaan, perbincangan dan pengamatan.

5. Menjadikan rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah.

6. Mengamal konsep Tanasuh dan Tafahum.

7. Menunaikan hak-hak suami isteri seperti kepuasan seks, kerahsiaan


dan seumpamanya.

8. Tidak mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan


sikap berlapang dada dalam sesuatu perkara.
9. Pengurusan ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif
menambah sumber kewangan rumahtangga untuk kegunaan peribadi
dan dakwah.

10. Melibatkan diri dalam mana-mana organisasi atau jemaah Islam dan
mengikuti perkembangannya seperti keterlibatan dalam program
sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dakwah dan
bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

Penutup

Usrah Muslimah adalah madrasah yang bertanggungjawab penuh


melahirkan individu muslim yang memahami tugas dan peranan mereka
sebagai hamba Allah. Lantaran itu, kejayaan sesebuah Usrah Muslimah
dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu muslim yang memiliki
identiti dan kualiti Muslim Rabbani.

Kegemilangan Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah zahir
dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya
bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada Usrah Muslimah
tersebut.

Disediakan oleh:

Hj Nasrudin at-Tantawi & Syukriah binti Zakaria

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

_____________________________________

[1] Sila rujuk kitab : ‫ كي ل نمضي بعيدا عن احتياجات العصر‬karangan Us Said Hawa. m/s 48 Cetakkan Darul
Salam. ( cetakkan ketiga 1992 )

Anda mungkin juga menyukai