0 PENYEDIAAN AKUARIUM
1
SEMASA
3. Membersihkan alatan dan bahan
i) Membersihkan alatan
seperti akuarium dengan
menggunakan garam
dan air. Akuarium dilapik
dengan polistrin supaya
tidak calar.
ii) Membasuh dan
merendam batu yang
hendak digunakan.
iii) Membilas pokok akuatik
dengan air untuk
menghilangkan kotoran.
iv) Membasuh pasir
sehingga airnya jernih.
2
Penyusunan bahan
3
sambungkan dengan
penapis air.
iii) Memasang tiub pada
pam udara dan letakkan
batu udara
iv) Meletakkan batu udara
dalam silinder di
akuarium Pemindahan akuarium di atas rak
v) Memasang lampu pada
akuarium
vi) Tambah air sehingga ¾
daripada akuarium.
4
6. Ujian Kualiti air
Ujian pH air
i) Ambil air daripada
akuarium
menggunakan
cawan.
ii) Msukkan 5 ml air
tersebut ke dalam
tabung uji. Titiskan 3
titis pH tester ke
dalam tabung uji.
Keputusan pH air
iii) Goncangkan secara
perlahan sehingga
air bertukar warna.
Bandingkan warna
air dengan panduan
warna pH.
iv) Hasil pH air: 7.6
Pemeriksaan klorin
i) Masukkan air ke
dalam silinder
penyukat sebanyak
20 ml.
ii) Titiskan chlorine
tester sebanyak 5 ml.
iii) Goncangkan
perlahan-lahan
selama 5 saat. Menyukat air untuk ujian klorin
iv) Air tidak berubah
warna kerana tidak
mengandungi klorin
disebabkan air tangki
yang dimasukkan ke
dalam akuarium.air
tangka yang sudah
5
lama menyebabkan
kandungan klorin
hilang.
Suhu air
i) Letakkan
thermometer ke
dalam akuarium dan
biarkan seketika.
ii) Ambil bacaan
thermometer.
iii) Bacaan suhu : 32 ˚C
Menyukat suhu air
7. Menstabilkan suhu
i) Merendam ikan hiasan di
dalam plastik di dalam
akuarium untuk
menstabilkan suhu air
supaya ikan tidak
mengalami kejutan. Rendam plastik ikan pada akuarium
ii) Plastik direndam selama
20 minit.
8. Melepaskan ikan hiasan
i) Mencondongkan sedikit
plastik di dalam air
akuarium.
ii) Biarkan ikan berenang
keluar secara rela.
iii) Keluarkan plastic
daripada akuarium.
Melepaskan ikan
6
9. Memberi makan
i) Setelah 10 minit ikan dimasukkan ke dalam akuarium, makanan diberikan
dalam jumlah yang sedikit dahulu untuk mengetahui tahap kelaparan ikan.
Makanan perlu diberi secukupnya dan tidak berlebihan kerana akan
mengotorkan air.
SELEPAS
10. Proses pembersihan
Pembersihan dilakukan
11 Pendokumentasian
Setelah amali dilakukan,
pendokumentasian perlu dilakukan
untuk menganalisis kekuatan dan
kelemahan amali
7
2.0 ANALISIS SWOT
Strength (Kekuatan)
Kekuatan dalam projek amali ini adalah tema yang begitu dekat dengan manusia iaitu
semulajadi. Tema yang dipilih ini memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang
melihatnya. Tema ini mudah kerana mempunyai banyak rujukan gambar di internet. Susunan
batu-batu menjadi tumpuan dalam aquascape ini untuk membentuk air terjun. Dalam
akuarium ini juga mempunyai Ikan hiasan juga pelbagai jenis dan warna menyebabkan
akuarium kelihatan ceria. Tambahan PVC yang menjadi simbol air hujan menjadi kekuatan
kepada amali Ikan Hiasan ini.
Weakness (Kelemahan)
Kelemahan dalam amali ini adalah saya hanya menggunakan simbol sahaja tanpa
pergerakan untuk membuat air terjun. Contohnya, batu putih menunjukkan air terjun yang
mengalir. Selain itu, akuarium tersebut juga mudah bocor. Oleh sebab itu, penjagaan
akuarium sangat rumit dan perlu sentiasa berhati-hati. Pokok akuatik juga perlu dijaga supaya
keadaan akuarium tidak terganggu disebabkan tumbubesaran pokok tersebut.
Opportunities (Peluang)
Peluang dalam amali ini adalah saya boleh memasarkan projek ini di pasaran. Hal ini kerana
trend terkini masyarakat Malaysia adalah memelihara ikan kerana ianya memberi ketenangan
kepada si pemilik. Tema semulajadi juga menjadi pilihan oleh masyarakat untuk menghias
akuarium mereka.
Threat ( Ancaman)
Ancaman untuk amali ini adalah ikan Tetra yang makan pokok akuatik hidup. Untuk
mengelakkan ikan tersebut berbuat demikian, saya perlu memberi makanan yang cukup.
Penyebaran penyakit ikan juga merupakan ancaman kerana jika seekor ikan di dalam
akuarium terkena jangkitan, ikan lain juga berisiko untuk menerima jangkitan. Oleh sebab itu,
kita perlu memerhati ikan setiap hari untuk memastikan ianya tidak berubah laku di mana
ianya merupakan tanda ikan terkena jangkitan penyakit.
8
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan adalah menghasilkan air terjun yang betul dengan
mempunyai pergerakan pasir yang menjadi simbol kepada air. Hal ini supaya tema semulajadi
kelihatan lebih hidup dan mirip dengan suasana sebenar. Selain itu, tumbuhan akuatik hidup
juga boleh ditambah untuk menghidupkan lagi suasana semulajadi di dalam akuarium. Namun
perlu diingat untuk menjaga tumbuhan akuatik ini untuk mengelakkannya membesar melebihi
had akuarium.
Untuk menambah keceriaan di dalam akuarium, bilangan ikan juga boleh ditambah.
Namun perlu diingati bahawa jangan dicampurkan dengan ikan barb kerana ikan ini adalah
agresif yang boleh mengakibatkan ikan lain cedera atau mati.
9
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk memelihara ikan hiasan, kita perlu terlebih dahulu mengenali
jenis ikan hiasan yang hendak dipelihara, cara penjagaan dengan betul dan cara hendak
menghias akuarium. Kita perlulah menyediakan pelan landskap mengikut tema supaya lebih
mudah untuk mengaplikasikannya ke dalam akuarium.
Alatan dan bahan juga perlu dicuci dengan bersih dahulu sebelum digunakan supaya
tiada bakteria yang boleh membawa penyakit kepada ikan. Sebelum memindahkan akuarium
ke dalam air, kita perlu menguji terlebih dahulu pH air dan juga tahap klorin. Hal ini untuk
mengelakkan ikan daripada mati setelah dimasukkan ke dalam akuarium. Perubahan suhu
juga perlu diambil kira kerana walaupun perbezaan suhu hanya 1˚C, ianya mampu
membuatkan ikan stress dan boleh mati. Penyediaan tempat untuk ikan juga harus sesuai
dengan habitat asal ikan tersebut supaya ikan dapat hidup dengan baik dan selesa tanpa
gangguan (Dawes, 2001)
10
RUJUKAN
Iskandar. (2004). Panduan Berbisnis Ikan Hias dan Akuarium. Jakarta: Media Pustaka.
Walter, A., & Karen, L. (2007). Dynamic Aquaria: Building Living Ecosystem.London: Elsevier.
Yasir Mohd. (2006). Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air Tawar,Pemeliharaan ikan
11
ISI KANDUNGAN
Rujukan 11
12