Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Guru Novis
Guru Pakar
-pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks
yang berbeza secara bersepadu
-tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai
-mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep
dalam perwakilan struktur kognitifnya
-memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh
mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan
keperluan konteks.
Hari ini, tugas guru bukan sekadar penyampai ilmu dan maklumat
sahaja malah lebih daripada itu. Pertelingkahan interpersonal dan
konflik sosial di sekolah umpamanya memerlukan guru bertindak
umpama penyiasat, pengadil, kaunselor dan pengurus. Kesilapan
dalam membuat keputusan dalam menyelesaikan konflik boleh
membawa kepada natijah yang buruk. Percanggahan fakta dalam
subjek akademik pula menuntut guru untuk bertindak sebagai penilai
dan mengambil peranan untuk authentication ilmu. Tugas hakiki guru
dalam mendidik telah dihimpit dengan kepelbagaian tugasan
pengurusan dan pentadbiran.
Menurut beliau lagi, para pelajar yang adalah natif kepada gajet
moden ini memerlukan guru yang kreatif dan sering melakukan
inovasi dalam penyampaian ilmu. Namun, sejauh mana guru-guru
mengambil tahu tentang perkara ini perlu dilakukan penyelidikan
lebih lanjut. Biarpun banyak usaha dan sokongan disediakan pelbagai
pihak, inisiatif guru dalam menjayakannya amat penting. Analisis
beliau terhadap penggunaan teknologi maklumat seluruh dunia
mendapati bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling aktif
pengaksesan kepada pelbagai aplikasi dan gajet media sosial.