Anda di halaman 1dari 6

Novel Tawanan Komander Caucasus : Pengajaran (Novel Tingkatan 3)

Pengajaran

 Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan.

Contohnya, Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti


peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang
tawanan tentera Caucasus dan peristiwa dia dan empat orang sahabatnya
yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing
dengan selamat.

 Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.

Contohnya, Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan
anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di
kawasan pinggir hutan di kampungnya.

 Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal


menghadapi satu-satu tugasan.

Contohnya, Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang


melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan
tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang tersebut kelak.

 Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama insan.

Contohnya, Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam


tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan
keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri
bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia.

 Kita hendaklah mencintai dan berbangga akan budaya dan warisan


bangsa.

Contohnya, nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang


berketurunan baba dan nyonya. Dia mahir dalam ilmu sulaman dan sentiasa
memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu
kebaya nyonya.
Novel Tawanan Komander Caucasus : Nilai (Novel Tingkatan 3)

NILAI :

1. Baik hati

Contohnya Farhani baik hati, dia menghulurkan air minuman yang diisi di dalam
tempurung kelapa yang enagi kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan
sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama
dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai Komander
Caucasus dan tenteranya.

2. berdikari

Contohnya Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berdikari dalam


usahanya mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira
dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada dari rakan lelaki
sekelasnya, abangnya atau ayahnya.

3. Kegigihan

Contohnya Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan


seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang
tawanan tentera Caucasus

4. Kasih sayang

Contohnya Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong sangat menyayangi anaknya. Dia amat
bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu
mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya

5. Kerajinan

Contohnya Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui


laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal
pasti kepelbagaian spesies kumbang
Novel Tawanan Komander Caucasus : Persoalan (Novel Tingkatan 3)

Persoalan :

1. Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira perbezaan


kaum dan agama

Contohnya Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan
generasi muda yang berbeza kaum yang berkawan baik bersatu padu.

2. Keberanian mengadapi cabaran

Contohnya Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran


ketika berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat

3. Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri.

Contohnya Komander Caucasus endendami manusia kerana banyak kumbang yang


mati diracun dan dijadikan bahan uji kaji oleh manusia. Dendamnya ini
menyebabkan dia bertindak kejam terhadap manusia dan kaumnya sendiri,
sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya.

4. Keberanian menentang kekejaman/ kezaliman

Contohnya Farhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain berani
menentang Komander Caucasus yang kejam. Dia memenjarakan Puteri Coleopetra
dan Bara kerana ingin merampas kuasa dan menjadi Maharaja Caucasus.

5. Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia


manusia

Contohnya Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara
dimensi kumbang dengan dimensi manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh
masa tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa.
Novel Tawanan Komander Caucasus : Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 3)

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang penyayang

Contohnya Puan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis tersesak-esak
setelah mendapat laporan bahawa anaknya hilang sewaktu mencari kumbang di
dusun bapanya

2. Masyarakat yang rajin menimba ilmu sains

Contohnya Farhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat pelajar yang rajin
belajar semasa kelas mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu Salimah.

3. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan dalam


kehidupan

Contohnya Farhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai cabaran dan


dugaan semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus, begitu juga dengan Kim
Yong yang gigih berusaha menyelamatkan diri daripada dijadikan bahan ujian oleh
Komander Caucasus di makmal ujian.

4. Masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan murid-murid sekolah

Contohnya Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim


Yong. Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam media
massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran serta
pegawai penyiasat polis.

5. Masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

Contohnya Cikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains
dan guru kelas Satu Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kencana
menjalankan tugasnya dengan penuh dedekasi.
Novel Tawanan Komander Caucasus : Plot – Teknik Plot (Novel Tingkatan 3)

Plot

 Pemerian.

Contohnya, pengarang memerihalkan keadaan zoo mini kepunyaan Kim Yong


yang menempatkan berbagai-bagai spesies kumbang.

 Dialog.

Contohnya, perbualan antara Puan Asmah, iaitu ibu Farhani dengan Mira
dan Chea Mei ketika Mira dan Chea Mei berkunjung ke rumah Farhani.
Dalam pertemuan itu, Mira menyatakan hajatnya dan Chea Mei untuk
berjumpa dengan Farhani tetapi niat baik mereka itu telah mengundang
perasaan hairan kepada Puan Asmah.

 Imbas kembali.

Contohnya, Farhani teringat semula tentang kisah Puteri Balqis yang


pernah diceritakan oleh Ustazah Hamizah.

 Imbas muka.

Contohnya, Farhani membayangkan tindakan Komander Caucasus yang akan


meratah mentah-mentah dagingnya dan Kim Yong sekiranya misi yang
diketuai oleh Bara itu menemui kegagalan dan mereka berjaya ditawan
sekali lagi oleh Komander Caucasus itu.

 Saspens.

Contohnya, pembaca tertanya-tanya tentang tahap keselamatan Farhani


dan kejadian yang bakal dialaminya sewaktu Farhani masuk ke dalam rumah
usang di dalam kawasan dusun datuknya secara berseorangan pada
pertama kalinya.
Novel Tawanan Komander Caucasus : Latar Tempat (Novel Tingkatan 3)

LATAR TEMPAT

1. Rumah Kim Yong

Contohnya, tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah
mendapat berita kehilangan Kim yong

2. Halaman rumah Kim Yong

Contohnya, tempat terbinanya zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan
pelbagai spesies kumbang

3. Rumah Farhani

Contohnya, tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk
memaklumkan mereka berada di sana

4. Rumah Chea Mei,

Contohnya, tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju
cheongsam berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren

5. Rumah Usang

Contohnya ,tempat Haikal,Wei, dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki
rumah itu untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana

Anda mungkin juga menyukai