Anda di halaman 1dari 1

CARA-CARA PEJALAN KAKI MENJAGA KESELAMATAN DIRI

Sebagai pejalan kaki, kita perlu menjaga


keselamatan diri berada di jalan raya. Keselamatan diri
penting supaya kita selamat sampai ke tempat yang
dituju.
Kita haruslah berjalan kaki dalam satu barisan di
bahu jalan supaya diri pejalan kaki selamat serta dapat
mengelakkan diri daripada terjatuh di atas jalan raya.
Selain itu, kita hendaklah melintas jalan raya
menggunakan lintasan penjalan kaki. Kita seharusya
menggunakan prasarana yang disediakan dan melintas
di laluan yang dibenarkan untuk mengelakkan
kemalangan.
Oleh itu, adalah tanggungjawab semua pejalan kaki
untuk berjalan di bahu jalan di tepi balai raya. Kita
seharusnya menggunakan tempat yang disediakan untuk
pejalan kaki supaya menjamin keselamatan nyawa
pejalan kaki.
Pejalan kaki juga seharusnya menggunakan pakaian
yang berwarna cerah supaya dapat dilihat dengan jelas
oleh pengguna jalan raya yang lain. Ini akan dapat
mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Keselamatan diri pejalan kaki perlu diutamakan
dengan mengambil pelbagai langkah keselamatan
ketika di jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai