Anda di halaman 1dari 12

Tajuk : RBT

PERSPEKTIF BAHARU DALAM PENGGUBALAN ITEM PENTAKSIRAN

Pentaksiran
Konstruk yang diuji dan diukur mewakili setiap aspek penting pelajaran yang diajar dalam DSKP dari
tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Konstruk yang ditaksir tersebut dikategorikan kepada Pengetahuan (murid faham), Kemahiran (murid
berupaya melakukan) , Nilai dan Sikap (murid mengamalkan).
Konstruk tersebut memenuhi DSKP, JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian) dan JSI ( Jadual Spesifikasi Item)
Ada 6 kemahiran yang digunakan dalam pembinaan soalan RBT iaitu :

1. Pengetahuan : mengingat semula


2. Kefahaman : penterjemahan, Interpretasi(menghubungkait) dan Ektrapolasi (membuat ramalan)
3. Analisis : mencerakinkan
4. Aplikasi : membuat
5. Penilaian : membuat pertimbangan
6. Mencipta : menghasilkan produk
Nisbah Aras soalan RBT ialah 3: 4: 3

Peratus soalan KBAT adalah 40%

Semua jawapan (skema) mengikut buku teks kecuali beberapa keadaan yang dipersetujui oleh panel skema
pemarkahan

ITEM BAHAGIAN A (60%)

1. Konstruk yang dinilai pada peringkat pengetahuan adalah ( P01 hingga P08). Konstruk P09 yang

merangkumi struktur dan teori tiada dalam PT3 KHB/RBT.

2. Soalan berbentuk Objektif (non MCQ) : 20 SOALAN

a) Teras – 11 soalan
KHB
b) Elektif – 9 soalan

c) RBT – 20 soalan

3. Bentuk soalan adalah:


a) Supply type
b) Select type
4. Lazimnya 15 soalan adalah berbentuk select type dan 5 soalan lagi berbentuk supply type.
5. Setiap peringkat Pengetahuan akan dinilai dengan 2 atau 3 soalan.
6. Bahgian A tiada soalan KBAT. Pecahan soalan mengikut nisbah adalah 6 soalan aras rendah, 8 soalan

aras sederhana dan soalan lagi aras tinggi

7. Rujukan konstruk pengetahuan seperti tajuk JSU di bawah.


PENGETAHUAN
Terminologi Fakta Konvensyen Urutan Pengelasan Kriteria Metodologi Prinsip Teori/Struktur
(P01) (P02) (P03) (P04) (P05) (P06) (P07) (P08) (P09)
Istilah @ Fungsi, Simbol @ Tindakan Kategori @ Ciri-ciri @ Kaedah @ Idea @ Dasar yang
definisi keadaan tanda lazim berlaku kelompok sifat teknik pegangan membentuk
dan secara fenomena
tujuan tersusun
R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T

ITEM BAHAGIAN B (40%)

1. Konstruk yang dinilai adalah Kefahaman, Aplikasi, Analisis dan Penilaian

2. Atribut yang perlu ada dalam fikiran murid semasa menjawab soalan adalah:

a) Kesediaan untuk menggunakan pespektif baru dalam rutin.


b) Bersikap terbuka untuk membuat perubahan dan melaksanakan sesuatu kerja dengan cara yang
lain.
c) Fokus kepada faedah yang akan didapati daripada idea yang baru dan bertindak berpandukan idea
tersebut.

d) Berusaha untuk menjadikan idea yang menghasilkan faedah.

e) Terbuka dan menerima pandangan orang lain.


f) Menyokong dan menghormati idea orang lain.
g) Rujukan konstruk Kefahaman, Aplikasi, Analisis dan Penialain seperti tajuk JSU di bawah.

KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS PENILAIAN


Penterjemahan Interpretasi Ekstrapolasi
C01 C02 C03 A01 N01 V01
Terjemahan Menghubungkait Membuat Andaian Cerakin Pertimbangan
menggunakan kesimpulan
simbol

SOALAN BAHAGIAN A
P01 TERMINOLOGI
Rajah menunjukkan sebuah I.C NE 555.
Nyatakan nama kaki pin I.C dengan betul pada ruagan yang disediakan.
Jawapan S diberi

Nama pin kaki IC


P Picu
Q Set semula masa
R Nyah cas
S Voltan kawalan

P02 FAKTA
Berikut adalah menerangkan punca kebakaran darpada api dan bahan bakar
PUNCA API / BAHAN BAKAR
P Semua jenis bahan
Q Kayu, sampah sarap, plastik dan kain
R Minyak, cat, petrol, lekar, gas dan peralatan elektrik
S Minyak, cat, petrol, lekar, thinner dan gas
Padankan jenis bahan pemadam api dengan menulis P, Q, R dan S pada petak punca api/bahan bakar.
Jawapan P diberi.
JENIS BAHAN PEMADAM API PUNCA API/BAHAN BAKAR
Air Q
Buih S
Debu kering P
Karbon dioksida R

P03 KONVENSYEN
Rajah 3 menunjukkan satu lukisan skematik.

P
Q +

9v
R _

Berdasarkan lukisan skematik tersebut nyatakan nama komponen bagi simbol yang berlabel P, Q dan R
NAMA KOMPONEN
P Perintang boleh laras
Q LED
R Transistor

P04 URUTAN
Berikut adalah langkah membuat tanggam lekap palang yang tidak mengikut urutan yang betul.
Susun langkah membuat tanggam mengikut urutan yang betul dengan menulis B, C dan E pada petak
yang
Disediakan.
Jawapan A dan D diberi.
Apit bahan kerja pada ragum dan menggergaji mengikut ukuran B
Uji ketepatan tanggam dan cantumkan dengan menggunakan glu E
Pahat bahagian yang hendak dibuang C
Uji ketepatan kedudukan tanggam D
Ukur dan tanda kedudukan tanggam A

P05 PENGKELASAN
Berikut adalah komponen elektronik.
Tandakan () bagi tiga komponen aktif pada petak yang disediakan


P06 KRITERIA (ciri-ciri/ sifat)
Tandakan ( √ ) bagi ciri usahawan yang betul dan ( X ) bagi yang salah pada petak yang disediakan.

Sanggup menghadapi risiko √


Meningkatkan taraf hidup X
Daya usaha yang berterusan √

P07 - METODOLOGI (kaedah/teknik)


Berikut adalah komponen elektronik.
Tandakan () bagi tiga komponen aktif pada petak yang disediakan


P08 - PRINSIP (idea/pegangan)

Pernyataan berikut adalah urusniaga perniagaan Zamani.


Perniagaan Zamani mula beroperasi pada 1 Januari 2016 dengan modal berupa wang tunai RM10,000
dan
Perabot bernilai RM5,000.
Berpandukan kepada penyataan di atas lengkapkan catatan bergu berikut ke dalam akaun yang
berkaitan

Dt Akaun Modal Kt
Tarikh Perkara Fol Jumlah Tarikh Perkara Fol Jumlah
Jan 1 Tunai 10,000
Perabot 5,000

Dt Akaun Kt
Tarikh Perkara Fol Jumlah Tarikh Perkara Fol
Jumlah

Dt Akaun Kt
Tarikh Perkara Fol Jumlah Tarikh Perkara Fol Jumlah

SOALAN BAHAGIAN B

1. Semua soalan bahagian B kecuali Kefahaman adalah berbentuk KBAT


2. Ciri-ciri soalan adalah:
a) Stimulus (Rangsangan): Menggunakan rangsangan contohnya , petikan teks , gambar rajah ,
model untuk mendorong kemahiran berfikir dan murid dapat menunjukkan pengetahuan atau
kemahiran mereka.

b) Multiple Layers (Pelbagai Tahap Pemikiran): Menggabungkan domain kognitif yang berbeza
untuk kesan yang lebih besar

c) Unfamiliar Context (Konteks bukan lazim): Murid akan benar-benar berfikir melangkaui
perkara yang diajar di kelas

d) Real-life situation (Situasi Sebenar Dalam Kehidupan Seharian) : Murid dapat menggunakan
pembelajaran dari pelbagai disiplin untuk menyelesaikan masalah yang diberi dalam kehidupan
sebenar

e) Non-repeatitive ( Item Tidak Berulang) : Walaupun soalan yang diberi adalah yang terbaik
tetapi jika ditetapkan berulang kali setiap tahun murid akan menghafal. Adalah lebih baik
soalan yang diberi menggabungkan domain kognitif yang berbeza untuk kesan yang lebih besar
SOALAN BAHAGIAN B

Kebolehan kognitif yang digunakan oleh murid bagi mempamerkan pengetahuan yang kefahaman terhadap
sesuatu tajuk.
Item Respons Terhad (menghadkan bentuk dan respons murid melalui skop yang disoal)

Calon mampu menunjukkan kefahaman tentang Etika Makan yang melampaui/melebihi tentang istilah,
konsep asas dalam kehidupan harian ( adap dan etika makan)
Kemahiran kognitif : C03 PEMAHAMAN
Konteks : Etika makan

Meja makan merupakan tempat yang sesuai untuk mengumpulkan ahli keluarga. Makan bersama juga
digalakkan untuk mengeratkan hubungan. Waktu makan boleh dijadikan waktu yang sesuai untuk berbual-
bual mengenai kegiatan seharian di antara ibu bapa dan anak-anak. Di samping itu, etika makan dapat
diterapkan.

Berdasarkan pernyataan itu

a Nyatakan maksud etika makan


. Adab dan sopan semasa makan
(1 Markah)
b Senaraikan enam adab semasa di meja makan
. Duduk dengan postur yang betul
Kaki dirapatkan
Letak napkin di atas meja dengan cermat
Tunggu semua orang berada di meja, barulah makan
Suap makanan sedikit-sedikit dengan sopan
Bongkokkan sedikit makanan semasa menyuap makanan
Gunakan sudu garpu atau pisau garpu dengan senyap
Ambil sajian dengan cermat
Jangan meletak siku di atas meja
Kunyah makanan perlahan tanpa membuka mulut
Minum dengan perlahan tanpa berbunyi
Berbual perkara yang baik sahaja semasa makan
Jangan meniup makanan
Ambil makanan secukupnya sahaja
Minta orang yang berhampiran menghulurkan makanan yang jauh
Sisa makanan dikumpul di tepi pinggan
Rapatkan kutleri selepas selesai makan
Kacau minuman dengan perlahan
Beredar bersama-sama setelah selesai makan
(6 Markah)
c Nyatakan tiga adab semasa makan bersimpuh atau bersila;
. Duduk dalam keadaan selesa dan tenang
Basuh tangan sebelum makan
Gunakan hujung jari semasa mengaul nasi atau lauk
Suapkan makanan sedikit sedikit
Elakkan daripada mengetuk hujung jari ke pinggan
(3 Markah)
Kebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan generalisasi tentang suatu masalah atau situasi baharu.
Item Respons Terhad (menghadkan bentuk dan respons murid melalui skop yang disoal)

Calon mampu membuat aplikasi berdasarkan gambar yang diberi

Kemahiran kognitif : A01 APLIKASI

Konteks : Membaca dan menterjemah litar skematik

Rajah berikut menunjukkan lukisan skematik satu projek elektronik

R2

8 4
2
LED
NE
NE 3 1
6 9V
555
7 555 LED
5 1 2

R1

RAJAH 12

Terjemahkan litar skematik itu dengan menyambungkan kaki 3, IC 555 dengan LED1, LED2, perintang 1,
perintang 2 dan bateri kepada litar bergambar di ruang yang disediakan. IC 555 telah dipasang pada bod
litar
Calon mampu membuat aplikasi berdasarkan gambar yang diberi

Kemahiran kognitif : A01 APLIKASI

Konteks : Proses Jahitan

Siti mempunyai bentuk badan yang tinggi dan gempal. Rajah berikut menunjukkan sehelai blaus yang telah
dijahit oleh Siti untuk projek amali jahitan di sekolahnya

a) Berdasarkan rajah itu, nyatakan jenis lengan yang telah dijahit oleh Siti
Lengan padanan rata
[ 1 markah ]
b) Terangkan langkah menjahit lengan di soalan 22(a).
1. (Temukan garis pemadan) lengan (di sebelah luar fabric) [ 1+1]
2. (Semat, jelujur) dan (jahit mesin kelim lengan) [1+1]
3. Tekan kelim dengan saterika supaya terbuka dan rata
4. Kemaskan hujung lengan dengan kelepet
5. Tetapkan kelepet dengan jahitan yang sesuai
[7 markah]
c) Nyatakan dua jenis jahitan hiasan yang sesuai untuk menghias lengan tersebut
Renda
Kun / lapik / jahitan sulaman
[2 markah]

Calon mampu membuat aplikasi berdasarkan gambar yang diberi/situasi yang diberi
Kemahiran kognitif : A01 APLIKASI
Konteks : Faktor pengeluaran

Rajah berikut menunjukkan situasi kerja di sebuah kilang

Berdasarkan rajah berikut, Siti merupakan seorang pekerja mahir yang terlibat dalam bidang perkilangan.
Setelah 10 tahun, Siti mula rasa bosan kerana melakukan aktiviti yang sama setiap hari
a) Terangkan maksud pengeluaran perkilangan?
[1 Markah]
Aktiviti memproses bahan mentah menjadi bahan separuh siap atau barang siap

b) Nyatakan tiga kelemahan pengkhususan dalam proses pengeluaran


[3 Markah]
i) membosankan pekerja kerana melakukan kerja berulangkali
ii) risiko pengangguran
iii) pekerja kehiangan kreativiti
iv) memberi kesan kepada seluruh proses pengeluaran
c) Nyatakan tiga gangguan yang berlaku dalam proses pengeluaran
[3 Markah]
i) kerosakan mesin
ii) kekurangan bahan mentah
iii) operator ditimpa kemalangan
d) Senaraikan tiga bidang pengeluaran selain perkilangan.
[3 Markah]
i) perkhidmatan
ii) pembinaan
iii) ekstraktif

Calon mampu membuat aplikasi berdasarkan gambar yang diberi/situasi yang diberi
Kemahiran kognitif : A01 APLIKASI
Konteks : Kompos

Kompos adalah sejenis baja organik hasil daripada pereputan seperti sisa-sisa tanaman
atau tumbuhan, sisa-sisa makanan dan juga najis

Rajah berikut menunjukkan keratan rentas sebuah binaan kompos


a) Lakarkan dan labelkan keratan rentas bagi sebuah binaan kompos?

(5 markah)
b) Berikan tiga jenis sayuran yang sesuai ditanam menggunakan baja kompos
(3 markah)
berdaun
kekacang
akar/ubi
buah

c) Senaraikan dua sifat biji benih yang baik?


(3 markah)
Bernas
Cukup matangbebas penyakit

Kebolehan kognitif yang digunakan oleh murid bagi membuat analisis serta menyelesaikan masalah yang diberi
Item Berstruktur (menyata dan menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai
sumber pembelajaran)

Calon mampu membuat analisis serta menyelesaikan masalah berdasarkan gambarajah yang diberi

Kemahiran kognitif : N01 ANALISIS

Konteks : Tanaman hiasan

Rajah berikut menunjukkan tanaman hiasan yang diletakan dibawah bumbung

Berdasarkan pernyataan itu

a Nyatakan tiga punca masalah pokok itu


.
(1 Markah)
Air dalam pasu kering
Medium terlalu padat
Kurang pendedahan kepada cahaya
Di tinggalkan terlalu lama dan tiada siraman

b Berdasarkan situasi di atas, terangkan cara mengatasi masalah itu.


.
(6 Markah)
Perlu siraman setiap hari atau ubah pokok itu untuk mendapatkan air hujan jika kita tiada di rumah ketika itu
Buat pemasuan semula dengan menukar pasu yang baru jika perlu
Ubah pokok itu kepada pendedahan cahaya bagi mendapatkan nutrien
Gunakan plastik hitam sebagai teduhan
c Nyatakan dua jenis pokok yang boleh membiak melalui keratan batang
(1 Markah)
Bunga kertas
Bunga raya
Kebolehan kognitif yang digunakan oleh murid bagi membuat penilaian dan perbandingan dalam situasi yang
diberi
Item Berstruktur (menyata dan menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai
sumber pembelajaran)

Calon mampu membuat analisis serta menyelesaikan masalah berdasarkan gambarajah yang diberi

Kemahiran kognitif : V01 PENILAIAN

Konteks : Reka bentuk

Rajah berikut menunjukkan dua jenis rak kasut yang sama bentuk yang diletakkan diluar rumah.

RAJAH ‘A’ BAHAN MDF RAJAH ‘A’ BAHAN KAYU

Berdasarkan pernyataan itu

a Tentukan jenis bahan manakah yang paling sesuai.


.
(1 Markah)
RAJAH ‘B’
b Berikan empat alasan pemilihan jawapan anda di (2) (a) dengan membuat perbandingan antara kedua-dua
kaedah itu.
(8 Markah)
Bahan Kayu Bahan MDF
Kalis air Tidak kalis air
Mudah dipotong dengan pemotong Mudah lerai jika ada kecacatan
Sesuai dengan semua jenis kemasan Hanya sesuai dengan pelekat sahaja
Urat dan ira yang cantik Tidak sesuai untuk kerja pembinaan
c Berikan satu alatan tangan yang digunakan semasa melakukan kerja penyambungan itu.
(1 Markah)
Tukul kuku kambing

Anda mungkin juga menyukai