Anda di halaman 1dari 5

PENGUMUMAN KETIBAAN:

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Nazri Bin Hj. Din:
Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Larut. Hadirin
hadirat mohon berdiri.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku........


Hadirin hadirat dipersilakan duduk.

ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Nazri Bin Hj. Din: Pengerusi Pertubuhan
Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Larut, Yang Berusaha En. Hamzah B.
Yahya, YDP PIBG SK Sungai Dendang, Yang Berusaha Cikgu Mahadhir B.
Mohamad, Guru Besar SK Sungai Dendang, Tn Hj. Nahrawi B. Jahid: PK
Pentadbiran SK Sungai Dendang, Ustaz Faizan B. Ahmat: PK Hal Ehwal Murid
SKSD, Cikgu Shuhaiza Bt. Mohd Sharif: PK Kokurikulum, Pn. Mezura Bt. Jaafar,
NYDP PIBG SK Sungai Dendang, Barisan AJK PIBG, Guru-guru seterusnya
Ibubapa yang saya hormati sekelian.

Assalamualaikum wbt

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring ditepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu ilahi

Alhamdulillah, pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita diberikan ruang waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan,
didorong dan digerakkan minda, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan
SK Sg. Dendang pada pagi yang berbahagia ini.

Kita berhimpun untuk satu pertemuan keluarga besar, Mesyuarat Agung


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sg. Dendang bagi kali ke-39 . Pihak majlis
serta seluruh warga SK Sg. Dendang merasa berbesar hati, mengucapkan
selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia, Ustaz
Mohd Nazri Bin Hj. Din: Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Pendidikan &
Kebajikan Larut serta semua tetamu jemputan yang hadir.

BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Majlis


pada petang ini, diteruskan dengan munajat doa memohon restu dari yang
maha Esa. Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Ridzuan B. Abidin
untuk memimpin bacaan doa. Dengan Segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadzil Ustaz Mohd


Ridzuan atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

UCAPAN YDP

Tuah tersenyum pada Si Teja


Duduk bersimpuh sambil bersila
Kain ditenun bersama reja
YDP PIBG hormat dipersila
Meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En. Amzah B. Yahya, YDP PIBG SK Sg. Dendang untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Petang hari menanam selasih


Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna

Terima kasih diucapkan kepada En. Amzah B. Yahya, YDP PIBG SK Sg.
Dendang atas ucapan yang telah disampaikan.

UCAPAN GURU BESAR

Seterusnya majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berusaha


Cikgu Mahadhir B. Mohamad, Guru Besar SK Sg. Dendang untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berusaha Cikgu Mahadhir B. Mohamad, Guru Besar SK Sg.
Dendang atas ucapan yang telah disampaikan.

UCAPAN PERASMIAN

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian, Sampailah masa yang kita
nantikan untuk mendengar amanat dan pesanan, seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sg. Dendang kali ke-39
ini. Bagi maksud itu, majlis dengan segala penuh hormat dan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Nazri Bin Hj. Din: Pengerusi
Pertubuhan Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Larut untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SK Sg.
Dendang Kali ke-39. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan .

Bunga selasih di dalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Keka bersemi dalam ingatan

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih


kepada Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Nazri Bin Hj. Din: Pengerusi Pertubuhan
Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Larut atas ucapan perasmian yang
telah disampaikan tadi. Semoga kata ucapan, amanat dan pesanan dapat
kita hayati bersama.

CENDERAHATI

Seterusnya majlis mempersilakan YDP PIBG En. Amzah B. Yahya diiringi oleh
Tuan Guru Besar untuk menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada
Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Nazri Bin Hj. Din.

Dipersilakan Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Nazri Bin Hj. Din.untuk menerima
cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG dan juga Tuan Guru Besar di atas
peyampaian cenderahati itu tadi.

PENUTUP

Demikianlah berakhirnya Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sg.


Dendang. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk
menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Ustaz Mohd Nazri Bin Hj. Din: Pengerusi Pertubuhan
Pembangunan Pendidikan & Kebajikan Larut atas kesudian bertandang ke SK
Sg. Dendang ini.

Pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Ustaz


Mohd Nazri Bin Hj. Din diiringi YDP PIBG, Tuan Guru Besar, NYDP dan
Penolong-Penolong Kanan untuk menikmati juadah jamuan yang telah
disediakan.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah.

Anda mungkin juga menyukai