Anda di halaman 1dari 5

Mempelajari dan mendalami Ilmu bukan

perkara yang mudah, ini kan pula


menyampaikan ilmu. Tugas
menyampaikan ilmu bukan perkara yang
mudah dan sangat mencabar. Namun
dengan setiap pedoman yang ada di
dalam diri menguatkan semangat bagi
meneruskan cita- cita untuk menjadi
seorang penyampai ilmu.

Dengan kursus yang sedang dipelajari


membantu saya menjadi seorang insan
yang berguna kepada komuniti kelak.
Namun pendidikan kesenian muzik
seperti dipinggirkan marcapada ini.
Sepanjang pengajian daripada Sekolah
Seni Malaysia Johor dalam jurusan
muzik, Diploma Muzik di Universiti
Pendidikan Sultan Idris sehingga
sekarang mengambil Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Muzik dengan
Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan
Idris memberikan saya kekuatan untuk
mengubah persepsi dimana muzik itu
tidak menjamin masa depan individu.

Sudah sedia maklum bahawa kemajuan


sesebuah negara boleh dilihat dari
perkembangan seni budayanya dimana
muzik merupakan salah satu komponen
utama untuk menentukan sejauh mana
tamadun negara itu telah berkembang.
Sebagai Tamsil daripada negara-negara
maju, seperti Jepun, yang mewajibkan
setiap murid gred 1 hingga 9 (tahun 1
hingga tingkatan 3) mengikuti pelajaran
muzik selama 120 minit seminggu.
Boleh dikatakan setiap sekolah di Jepun
menyediakan kemudahan dan peralatan
serta bahan pengajaran lengkap untuk
pengajaran matapelajaran muzik.
Sementara itu di Jerman pula, bermula
dari murid tadika hinggalah ke gred 12
(tingkatan 2) diwajibkan mengikuti
pelajaran muzik sekurang-kurangnya 90
minit seminggu.

Di Malaysia, ramai ibu bapa mahu anak-


anak mereka lebih fokus dengan mata
pelajaran yang ada dalam peperiksaan
dan mereka akan memastikan anak-
anak akan membesar dengan ilmu
akademik yang penuh di dada. Tetapi,
tahukah anda bahawa ia sebenarnya
akan memberi tekanan kepada mereka?
Sebaliknya, pendidikan muzik mampu
memudahkan pelajaran anak-anak
kerana mampu meningkatkan IQ
mereka.

Selain daripada itu, penggunaan muzik


dapat membantu perkembangan
bahasa. Pada usia enam tahun yang
pertama, manusia dapat mendengar
dengan baik dan cuba membezakan
bunyi yang berbeza dalam irama muzik.
Manusia juga boleh berlagu mengikut
irama dan memperoleh pengetahuan
tentang muzik melalui penyampaian
visual bunyi tersebut. Semasa
mendengar muzik, kita secara tidak
langsung mendengar perkataan dan
belajar bunyi perkataan tersebut.
Proses mendapatkan maksud daripada
perkataan tersebut menjadi penanda
untuk permulaan bagi mengembangkan
ilmu dan kemahiran bahasa.

Disamping itu, manfaat muzik kepada


komuniti adalah muzik dapat menjadi
terapi pemulihan kepada anak-anak
yang istimewa. Mengikut hasil kajian
yang dijalankan oleh Stanford
University, telah menyatakan bahawa
muzik meningkatkan pembacaan untuk
kanak-kanak yang menghidap disleksia.

Pengunaan muzik penting dalam


perkembangan manusia . Kanak-kanak
dapat bermain muzik sambil belajar.
Antara kebaikan penggunaan muzik
dalam komuniti adalah dapat
menenangkan emosi, meningkatkan
perkembangan bahasa, terapi
pemulihan untuk kanak-kanak istimewa,
meningkatkan memori dan
meningkatkan keupayaan menyerap
ilmu.

Bukan mahu mengajar anak-anak untuk


menjadi ahli muzik, sebaliknya ia
mampu melahirkan masyarakat yang
bijak menilai kualiti sesebuah karya
kerana merekalah yang akan menjadi
pengguna kepada muzik dimasa depan.
Tanpa ilmu muzik, masyarakat terlalu
mudah untuk berpuas hati dengan hasil
karya muzik yang begitu rendah nilai
estetiknya.

Oleh hal yang demikian, kursus yang


sedang saya pelajari ini menjadi
pedoman yang sangat kuat kepada saya
untuk menjadi seorang guru yang
professional dan membantu komuniti di
Malaysia sehingga berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan
negara- negara maju yang lain. Tidak
semestinya mempelajari ilmu seni itu
tidak menjamin masa hadapan. Hal ini
kerana saya turut dapat membuktikan
bahawa pelajar muzik juga mampu
untuk menerima Anugerah Graduan
Diploma Terbaik 2018 Istiadat
Konvokesyen kali ke 20, Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang
memerlukan saya untuk bersaing
dengan ribuan pelajar dari kursus lain.
Natijahnya, pendidikan muzik mahupun
kesenian itu mampu menjamin masa
hadapan seseorang individu tersebut.
Oleh itu biasiswa Fair and Lovely ini
dapat membantu saya meneruskan
pelajaran sehingga mampu menjadi
sorang pendidik yang berjaya pada
masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai