NAMA PELAJAR:
EN.M.JAYA PRAGASAM A/L K.MAYAKRISHNAN
NO.MATRIK :
GP107130
NAMA PENSYARAH :
DR.MOHD RADZANI ABDUL RAZAK
ABSTRAK
Pendidikan pada Abad ke-21 menuntut setiap guru dan pelajar menguasai pelbagai bidang ilmu
untuk bersaing dengan ledakan teknologi dan cabaran dalam era globalisasi. Walaupun proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan proses hakiki bagi seorang guru, namun cabaran di
dalam abad ke-21 tidak boleh dipandang sepi. Ledakan teknologi maklumat di dalam bidang
pendidikan memerlukan guru-guru turut sama menguasainya sama ada dengan rela atau
terpaksa. Melalui kajian ini, guru boleh menambahkan pengetahuan mengenai kemahiran abad
ke21. Seterusnya memperbaiki dan menggandakan usaha dalam bagi mencari kaedah terbaik
dalam mengintegrasikan elemen kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran. Hal ini kerana guru
merupakan faktor yang mendasari kejayaan dalam membina kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan murid. Memandangkan masih sedikit diketahui tentang kemahiran abad ke-21 yang
diajar oleh guru di sekolah maka, kajian ini dijalankan untuk meneroka apakah yang difahami
oleh guru tentang kemahiran abad ke-21? Dan apakah elemen kemahiran abad ke-21 yang
sering diintegrasikan dalam Pdp. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan
dengan pembelajaran dan pendekatan abad ke-21, yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di
sekolah. Seterusnya membincangkan beberapa langkah-langkah sebagai jalan penyelesaian
bagi masalah pembelajaran abad ke -21 tersebut.
PENGENALAN
Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran
akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Informatian and Communications Technology). Antara cabaran negara adalah
untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi
bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini memerlukan sokongan padu
daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi
dalam pelbagai bidang.
Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First
Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama
kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler pula
dalam bukunyaPower Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The
21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot
read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'
RASIONAL
Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk
menjayakan PPPM. Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan dilaksana oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi memastikan warga pendidik negeri Johor dapat
melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dan menangani cabaran di peringkat
global. Kertas kerja ini disediakan sebagai cadangan mencadangkan untuk melaksanakan
Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor .
MATLAMAT
OBJEKTIF
Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak
diperkatakan dan banyak bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikanyang mampu
memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar
pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai
dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah
pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat
murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan
pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Kementerian Pendidikan
Malaysia hari ini memerlukan guru yang kreatif, koperatif dan kolaboratif semasa mengajar
sesuai dengan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, kemahiran kritis
dan kreativiti.
Kaedah pengajaran kolaboratif dikenal pasti memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke-
21 seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasakan projek, pembelajaran berasaskan
masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan modul. Menerusi kaedah-kaedah ini,
komunikasi dan interaksi antara guru dan murid dan interaksi antara murid dan murid serta
murid dengan bahan membantu murid membina pengetahuan dan meneroka pengetahuan yang
diperolehi. Oleh itu, guru perlu mahir dan berketerampilan dalam pedagogi abad ke-21 ke arah
merealisasikan hasrat KPM. Peranan guru di dalam proses PdP adalah sebagai fasilitator dan
pembelajaran adalah berpusatkan murid.
Lau (2009) dan Zaharah Aziz dan Suzela Bustamam (2011) juga mengkaji pengaruh
pembelajaran koperatif terhadap pencapaian murid. Hasil kedua-dua kajian menunjukkan
terdapat peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran yang di kaji. Begitu juga untuk
pendekatan inkuiri penemuan yang dikaji oleh Nik Zarini Nik Kar dan Salmiza Saleh (2012)
yang merumuskan hasil yang sama dari sudut pencapaian murid. Pendekatan yang digunakan
merangsang kognitif murid membina pengetahuan dan menggunakan pengetahuan tersebut
secara aktif dalam aktiviti yang diketengahkan.
Walaupun demikian, Sukreni Ismail dan Mohd Isha Awang dalam kajian
mereka Penilaian Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Kolaboratif dalam Pengajaran
Pendidikan Islam mendapati tahap pelaksanaan kaedah kolaboratif adalah pada tahap
sederhana. Masih kurang guru yang menggunakan kaedah ini secara aktif. Kajian ini selaras
dengan kajian Yusop Hashim (2001) yang menunjukkan ramai guru masih menggemari amalan
tradisi yang berpaksikan chalk and talk. Guru-guru juga hanya menggunakan pembelajaran ini
dalam sesetengah pengajaran mereka walaupun tidak sepenuhnya. Namun apa yang menarik
ialah mereka tetap mengakui dan bersetuju dengan keberkesanan dan kebaikan pembelajaran
kolaboratif dalam membentuk interaksi sosial, sifat kepimpinan pelajar dan pengurusan yang
sangat diperlukan pelajar.
Azizi Yahaya et al. (2012) juga mendapati guru-guru sekolah mata pelajaran teknik dan
vokasional dalam kajiannya adalah secara sederhana mengamalkan pendekatan yang terdapat
dalam kaedah pembelajaran koperatif. Manakala Abdul Rahaman et al. (2012) juga mendapati
tahap amalan guru sains dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran sains secara inkuiri
berada pada tahap sederhana.
Sarimah Ismail et al. (2012) dan Azizi Yahaya et al. (2007) membuat tinjauan kekangan
yang dihadapi dalam melaksanakan pembelajaran koperatif. Kekangan utama merupakan
masa. Guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan pembelajaran
koperatif kerana dibebani dengan kerja bukan akademik termasuklah kerja-kerja pengkeranian,
pengurusan murid, kokurikulum dan tugas tambahan lain yang perlu disiapkan mengikut masa
yang ditetapkan.
Selain itu, laporan Pelaksanaan Projek Rintis Project Based Learning Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sabah turut mengemukakan kekangan pelaksanaan kaedah pembelajaran
dari sudut masa. PdP menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek memakan tempoh
masa yang lama. Masa dua waktu iaitu waktu maksimum satu sesi PdP tidak dapat menyiapkan
satu-satu projek dengan sempurna.
Kekangan seterusnya berpunca daripada sikap murid. Terdapat murid yang tidak mengikut
arahan guru ketika aktiviti kumpulan dijalankan ; mengambil kesempatan dengan bermain dan
membuang masa, membuat bising, bertindak bebas sehingga kesukaran kawalan kelas dan
mengganggu kumpulan lain. Selain itu, murid tidak memberi kerjasama seperti murid yang
cerdas tidak membantu murid yang lemah dan murid tidak memainkan peranan seperti yang
diarahkan oleh guru.
Sukreni Ismail dan Mohd Isha Awang mendapati guru juga menjadi faktor kepada
kekangan amalan pembelajaran kolaboratif. Guru sendiri kurang mahir walaupun mendapat
pendedahan tentang pembelajaran kolaboratif ini. Pendedahan melalui kursus dalaman mahu
pun anjuran KPM, jabatan pendidikan negeri atau pejabat pendidikan daerah memberi guru
pengetahuan dari segi teori tetapi tidak secara praktikal. Pelbagai teknik atau strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran kolaboratif. Kursus atau bengkel yang diadakan pada satu hari
tidak mampu memberi banyak pendedahan tentang strategi kolaboratif yang pelbagai.
PENYELESAIAN MASALAH
Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom,
terdapat sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan oleh pengurus sekolah untuk
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:
a) OPEN UP LESSONS
Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masing-
masing mengadap guru. Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru menyampaikan
maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai apabila guru
merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan kemahiran abad ke-21 seperti
penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi maklumat, literasi maklumat dan ekonomi,
memerlukan kaedah pengajaran yang baru. Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai
maklumat tetapi membimbing, berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan
seterusnya memberi sokongan. Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik
sumber di mana maklumat senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid. Susunan
meja dan kerusi bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti perbincangan,
eksperimen dan kajian.
c) GET PERSONAL
Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid
berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran (slow
learners). Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian khusus kerana
mempunyai keupayaan pelbagai. Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan masa
untuk menangani keperluan murid secara induvidu. Dalam pembelajaran abad ke-21,
pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) memberi peluang dan
tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran
masing-masing.
Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda
yang lahir dalam era teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara semula jadi merupakan
seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat. Kemahiran-kemahiran ini
sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-access
Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara
kolaboratif (Peer Collaboration). Hasil kerja murid boleh dijadikan
sebagai showcases terbaik apabila projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan
video.
Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan
draf(lebih dari sekali), perbincangan /sumbangsaran/kritikan dan persembahan/pameran.
Ketiga-tiga proses ini adalah kritikal kerana akan menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi
oleh murid dan juga guru. Projek sebegini akan memberi pengalaman kepada murid bekerja
dalam kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran kepada rakan
lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.
f) EXPECT (AND HELP) STUDENTS TO BE TEACHERS
Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing
kepada rakan sebaya. Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran berkomunikasi dan jati diri murid tersebut.
Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan. Untuk itu, platform yang sesuai
perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau
jabatan. Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk
inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.
Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era
digital sekarang. Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh,
menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting. Begitu juga dengan kemahiran
bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif. Semua
kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana oleh
guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.
Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian
murid. Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian akauntabiliti
dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid. Sebagai contoh, Mayfield Primary School
di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit untuk belajar bersama dengan
anak-anak mereka waktu persekolahan. Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam
penyediaan projek oleh anak-anak mereka seperti membuat persembahan atau
pameran. Jaringan sosial seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk
perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang
dijalankan di sekolah.
j) POWER TO THE STUDENT
KESIMPULAN
Perkembangan teknologi telah memberi impak kepada guru. Kesedaran ini menjadikan
teknologi sebagai salah satu pendekatan dalam PdP. Kegunaan teknologi dari kaca mata guru
berkisar kepada menarik minat murid dalam PdP. Namun kemahiran abad ke-21 memerlukan
murid merasakan sendiri pengalaman menggunakan teknologi. Guru sekadar membimbing
dalam mencari, menilai dan mengkaji maklumat yang diterima. Pengetahuan murid dalam
sesuatu teknologi dapat disepadukan dengan kandungan mata pelajaran. Selain murid
mempunyai kebolehan dalam melibatkan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
menggunakan teknologi. Penggunaan teknologi mampu menyokong pembelajaran pelajar
dengan menggabungkan pelbagai elemen media. Seterusnya dapat membantu murid
menstrukturkan pengetahuan, memahami isi pengajaran dan membina kemahiran abad ke-21.
Kemahiran abad ke-21 seperti kerjasama, kolaborasi dan pembelajaran kendiri (Walser, 2008).