Anda di halaman 1dari 14

JABATAN BIOLOGI

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

SBA3033 PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR

TAJUK

KERJA KURSUS

PENCEMARAN AIR

KUMPULAN

UPSI 05

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIKS NO TELEFON

NORRUL HAKIM BIN YUNUS D20102040718 013 6684074

NOOR HAFIZA BINTI ABDUL RAUB D20102041267 012 8428554

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SOM CIT A/P SI NANG

TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2014

1
PENGHARGAAN
Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah e-learning
kami iaitu Dr. Som Cit a/p Si Nang kerana dalam Group Forum MyGuru3 banyak
membimbing kami dalam menyempurnakan tugasan ini. Begitu juga kepada pensyarah
penyelaras, pensyarah dan tutor yang begitu gigih membimbing kami di kelas tutorial
sepanjang semester ini. Mereka juga sanggup mengorbankan cuti mereka untuk membimbing
kami dalam tugasan ini. Seterusnya kepada semua pihak UPSI yang terlibat secara langsung
kerana memberikan peluang kepada kami untuk mempelajari ilmu Pengenalan Alam Sekitar
sebagai subjek wajib kami. Bagi kami, ilmu biologi merupakan ilmu yang paling rapat
dengan kehidupan kita di mana semua aktiviti manusia dan semua makhluk hidup di dunia ini
dilingkungi oleh biologi. Ianya ilmu yang amat menarik jika dipelajari dengan lebih
terperinci. Jika ada peluang, pada masa akan datang, kami berharap dapat meneruskan
pengajian dalam bidang ini dengan lebih terperinci.
Dalam melaksanakan tugasan ini sebenarnya, menuntut kami mengorbankan masa,
tenaga dan wang ringgit. Lebih-lebih lagi dengan kekangan masa tugas hakiki iaitu mendidik
pelajar yang begitu mencabar pada masa kini. Namun begitu, kami mencuba juga untuk
menyempurnakan tugasan ini. Begitu juga jarak jauh tempat bertugas di antara kami,
membuatkan tugasan ini sangat mencabar kerana perhubungan kami hanya terbatas dalam
laman-laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook. Dengan kegigihan kami, untuk
meluangkan masa melaksanakan tugasan akhirnya membuahkan hasil walaupun tidaklah
begitu sempurna jika dibandingkan dengan tugasan peserta lain.
Kami berharap agar pihak tuan dapat menerima buah tangan kami walaupun agak
lemah dari segi kajian dan eksperimen. Walau apapun, kami juga berharap tugasan ini dapat
memberikan manfaat kepada semua yang membacanya. Pencemaran air di Malaysia
sebenarnya amat kritikal sehingga pernah berlakunya catuan air di Lembah Kelang baru-baru
ini, sedangkan sepatutnya Malaysia tidak perlu menghadapi catuan air sebegitu. Ini kerana
purata hujan dan jumlah sungai di Malaysia amatlah banyak. Namun akibat kerakusan
manusia yang inginkan kelebihan dari segi material menyebabkan bencana itu berlaku.
Semoga kita semua selamat dari bencana alam yang kian menakutkan tanpa kita sedari.

Daripada: Norrul Hakim Bin Yunus


Noor Hafiza Binti Abdul Raub

2
BAB 1 : PENGENALAN.

"Pencemaran" ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-
sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif pada mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-
apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkin
merbahaya kepada kesihatan, keselamatan, kebajikan awam atau kepada binatang, burung,
hidup-hidupan liar, ikan serta hidup-hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan dan
menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan
ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Sungai adalah air hujan atau mata air yang mengalir secara alami melalui suatu lembah
atau di antara dua tepian dengan batas jelas, menuju tempat lebih rendah (laut, danau atau
sungai lain). Bahagian-bahagian sungai terdiri dari tiga bahagian, iaitu bahagian hulu,
bahagian tengah dan bahagian hilir. Pencemaran sungai merupakan suatu isu yang amat
mendesak dan memerlukan usaha holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya.
Kualiti air sungai-sungai di Malaysia semakin terancam dengan pencemaran.

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin
tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan
buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca
air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin
memudaratkan kehidupan manusia.

Tujuan kami menjalankan penyelidikan mengenai pencemaran air ini kerana apa
yang kami dapati kebanyakan kawasan sungai di Malaysia terutamanya di kawasan
membangun semakin tercemar. Kami mengambil contoh kawasan sungai yang tercemar di
kawasan Kalumpang. Penempatan haram telahpun dibina di kawasan sungai menyebabkan
kualiti sungai semakin membimbangkan.

Objektif kajian kami ialah :


1) Mengkaji kesan kegiatan manusia ke atas tahap kebersihan sungai berhampiran SK
Kalumpang. Ini kerana penduduk di kawasan perumahan tersebut kebanyakan membina
rumah mereka dan aliran longkang disalirkan ke sungai yang berhampiran secara haram.

3
2) Selain daripada itu, kami mengkaji perubahan bentuk muka bumi fizikal sungai akibat
daripada aktiviti penduduk sekitar. Terdapat segelintir penduduk yang melakukan aktiviti
pertanian haram di kawasan sungai tersebut. Oleh itu, struktur tanah di kawasan sungai
tidak begitu stabil di mana penebangan pokok-pokok akibat pertanian haram. Ini
menyebabkan sungai itu semakin melebar dan cetek
3) Mengkaji punca masalah pencemaran dan memberi cadangan untuk mengatasi kesan
pencemaran dan tindakan manusia ke atas fungsi sungai di kawasan kajian. Diharapkan
kajian ini dapat memberikan penyelesaian yang semaksimum mungkin agar kawasan
sungai terpelihara seterusnya dijadikan kawasan rekreasi.

4) Mengkaji akibat pencemaran sungai terhadap populasi di dalam sungai tersebut.

4
BAB 2: KAEDAH.
A) Kaedah Pemerhatian
Pada 7hb November 2014 dari jam 9.00 pagi hingga 10.0 pagi, penyelidik bersama-sama
murid Tahun 4 SK Kalumpang telah menjalankan pemerhatian di kawasan sekolah, kawasan
petempatan Taman Desa Kenari untuk meninjau keadaan sistem saliran. Di dalam kajian ini,
kutipan maklumat telah diambil dengan menggunakan gambar digital.

1. Untuk kajian ini, kami telahpun meminta beberapa orang pelajar Tahun 4 untuk
mengikuti kami ke kawasan sungai yang tercemar.

B) Kaedah Temubual
Dalam kaedah temubual, penyelidik telah menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian
berkaitan dengan kesedaran terhadap fungsi, kepentingan sungai dan pencemaran di kawasan
kajian. Antara soalan yang ditanya ialah:-

5
1. Adakah tuan/puan menyedari kepentingan sungai di tempat ini?
2. Adakah tuan/puan pernah menggunakan air sungai di tempat ini untuk kegunaan seharian?
3. Adakah tuan/puan menyedari berlakunya pencemaran di kawasan ini? pada pandangan
tuan/puan, apakah punca yang paling ketara pencemaran di kawasan ini?
4. Apakah cadangan tuan/puan untuk mengatasi masalah pencemaran terutamanya sampah di
kawasan ini?

C) Kaedah Ujikaji

a) CONTOH RPH

Tahun : 4 BESTARI
Bil. Murid : 30 orang.
Tema : Lestari Alam.
Tajuk : Pencemaran Air
Tarikh : 12 Mei 2010
Masa : 60minit.

Objektif : Pada akhir pelajaran ,murid dapat,

i. Memberi dua pendapat tentang tajuk pencemaran air.


ii. Memberikan punca pencemaran air akibat kegiatan
manusia.
iii. Merasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar

Fokus Utama : 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan


pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh
pihak lain.

Aras 1(i) Memberikan komen yang membina tentang sesuatu


perkara.

Ilmu : Moral, Sivik dan Kewarganegaraan.


Nilai : Bertanggungjawab dan bersyukur.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)


Kemahiran berfikir : Membuat kaitan dan perhubungan, menjana idea dan membuat
kesimpulan, menimbang dan membuat keputusan, mengenal pasti
fakta, mentafsir dan meramal
Kemahiran belajar : Mengumpul dan mencatat maklumat,membaca
laju,mendengar dengan berkesan
Kecerdasan pelbagai: Verbal linguistik, kinestetik, visual

ABM/ BBM : Akuarium, ikan, minyak hitam kenderaan, minuman susu berkotak
Pengetahuan Perlu ada : Murid pernah melihat pencemaran alam sekitar seperti jerebu.

6
b) PELAKSANAAN EKSPERIMEN

1. Kami pulang ke sekolah dan masuk ke makmal untuk melaksanakan beberapa ujian
bagi menguji kesan pencemaran air tersebut ke atas populasi di dalam air. Di sini kami
menggunakan akuarium, ikan, minyak hitam kenderaan, detergen pencuci, sabun,
penyembur pewangi aerosol dan air minuman kotak bersusu.

2. Kami meminta pertolongan empat orang pelajar Tahun 4 untuk menunjukkan kesan
pencemaran air kepada ekosistem di dalam air.

7
3. Murid A memasukkan air ke dalam akuarium tersebut. Kemudian salah seorang daripada
mereka memasukkan seekor ikan ke dalam akuarium dan biarkan ia berenang-renang
terlebih dahulu.

4. Mereka memerhatikan ikan tersebut. Minyak hitam kenderaan dimasukkan ke dalam


akuarium tersebut.

8
4. Kemudian salah seorang daripada mereka memasukkan minuman kotak bersusu ke dalam
air tersebut.

5. Mereka memerhatikan keadaan ikan tersebut

9
10
6. Didapati ikan tersebut telah mati akibat air yang telah tercemar.

7. Sesi soal jawab bersama-sama pelajar.

11
c) ANALISIS DATA

ANALISIS DATA INFERENS

1. Air yang dicampurkan dengan 1. Air di dalam akuarium itu

minyak hitam kenderaan dan minuman berwarna coklat dan kelihatan

susu berkotak itu berwarna coklat. berminyak. Ikan tersebut kelihatan

berenang ke atas untuk mencari

oksigen. Akhirnya akibat ketiadaan

oksigen akibat pencemaran air.

12
BAB 4 : KESIMPULAN

Setelah melakukan eksperimen terhadap ikan-ikan di dalam akuarium tersebut, maka


disimpulkan bahawa pencemaran sungai berlaku apabila berlakunya kemerosotan dalam
kualiti air. Dalam erti kata lain, pencemaran ini merujuk kepada perubahan ciri fizikal, kimia
dan biologi air yang menjejaskan hidupan air atau menyebabkan air tidak lagi sesuai untuk
kegunaan yang dikehendaki. Seterusnya, pencemaran ait boleh dikelaskan kepada dua
kategori iaitu pencemaran di permukaan dan pencemaran air di bawah tanah.
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu
diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-
kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-
undang.Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah
mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang
melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan
hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih
daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.

Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak
sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang
dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara
dapat dicapai.

13
RUJUKAN

1. Alene Tawang, H. A. (2013). Pengenalan Sains Alam Sekitar. Tg Malim: UPSI.

2. .http://www2.bharian.com.my/articles/PencemaransungaiseluruhSelangordikaji/Article/

3. Buku Teks , Tahun 4 dan 5 KBSR , Percetakan Saufi , Chong Mui Sen , Azizan Bin
Haji Abu Samah , 2003 .

4. Buku Rujukan Nexus , Buku Tingkatan 2 , Cerdik , Tan Wee Hock , Azizan bin Hadi
Abdul Samah , 2007

14

Anda mungkin juga menyukai