Anda di halaman 1dari 19

9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 1

EBOOK EDISI PERCUMA

9 TEKNIK
“UNDERGROUND”
JANA UNTUNG
3% HINGGA 100%
KURANG 1 TAHUN

HANYA DENGAN
SIMPAN EMAS
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 2

Siapa Saya & Bagaimana Saya Boleh Bantu Anda Jana


Untung Dalam Pelaburan Emas.

Salam sejahtera. Nama saya Khairulnizam Ngadimon. Just panggil saya


Nizam. Saya adalah seorang pelabur emas tegar sejak dari tahun 2010 lagi. Selain
pelaburan emas, saya pernah terlibat dalam beberapa pelaburan lain seperti
pelaburan Unit Trust, Saham dan Forex. Kini selain melabur emas, saya juga aktif
dalam pelaburan-pelaburan lain dan menjalankan beberapa perniagaan dari rumah.

Perjalanan dunia pelaburan emas saya bermula pada 2010 lagi di mana saya
mulai berjinak-jinak dengan emas selepas saya follow blog Tuan Syukor Hashim
yang kini sudah dilamar Public Gold. Dari situ saya mula bereksperimen dengan
beberapa teknik pelaburan emas. Pada 2012 saya mula aktif sebagai bukan sahaja
pelabur emas, malah sebagai agen pembeli emas terpakai kepada syarikat Keris
Emas Services, Kajang Selangor. Bermula dari situlah saya mula nampak akan
potensi pelaburan emas ini yang sangat unik kerana pelaburan emas ini boleh
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 3

dipelbagaikan tekniknya. Malah anda boleh “hybrid” kan pelaburan emas ini dengan
lain-lain instrument pelaburan yang ada di pasaran.

Alhamdulillah pada 2013 hasil eksperimen saya dengan pelaburan emas,


saya berjaya lancarkan ebook pertama saya iaitu Pakej Pelaburan Emas pada 2013
dan Rahsia Gaji pada 2014. Ebook ini banyak mengajar pelbagai teknik pelaburan
emas dan saya berkongsi kisah untung dan rugi saya dalam mengaplikasikan teknik
pelaburan emas, sebagai panduan untuk mereka yang baru nak memulakan
pelaburan dan “trading” emas.

Selepas beberapa tahun saya agak menyepi kerana menyambung pelajaran


dan dalam masa yang sama, diam-diam bereksperimen dengan teknik-teknik
“hybrid” pelaburan emas, kini saya akan kongsikan beberapa lagi “style simpanan
emas” yang berupaya menjana untung untuk diri saya dan pastinya untuk anda jua.

Saya lihat ramai lagi orang di luar sana yang tidak nampak akan potensi
simpanan emas ini yang bukan sahaja menguntungkan kalau disimpan, malah jika
anda mahir menggunakannya, ia bukan sahaja menguntungkan malah boleh
berikan “income” lumayan setiap bulan kepada anda jika anda tahu apa yang anda
lakukan dengan emas-emas anda.

Diharap dengan kehadiran ebook ini akan menyemarakkan lagi minat anda
untuk menyimpan emas dan sekaligus menjadi pelabur yang mahir dan celik emas.

Ikhlas dari,

Khairulnizam
FB : www.facebook.com/ Bestnya ada Banyak Emas
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 4

9 TEKNIK JANA UNTUNG LUMAYAN

HANYA DENGAN MENYIMPAN EMAS

Bila sebut je emas, semua orang malah satu dunia dah tahu akan apa itu
emas dan betapa bernilainya emas. Emas telah menjadi satu logam penting dan
berharga sejak bermulanya tamadun manusia sejak 6000 tahun dahulu.

Perhiasan emas yang terawal dikesan telah wujud


semasa Tamadun Sumerian di Timur Tengah
lebih 4000 tahun sebelum masihi.

Kecantikan warna kekuningan yang


bergemerlapan telah memberi kesan sensual
kepada pemiliknya. Kecantikan pada emas dan
sifat-sifatnya yang menarik ini menjadikan EMAS
sebagai pilihan dan diangkat menjadi matawang
sebenar sejak zaman-berzaman.

Mari kita lihat apakah kelebihan emas ni sampai hingga semua orang amat
berminat dan nak memilikinya. Secara ringkasnya ini kelebihan emas;

 Emas adalah logam yang “rare” dan sukar dilombong. Malah kuantitinya
terhad di muka bumi ini.
 Emas kalis inflasi. Aset yang dapat selamatkan nilai kuasa beli asset harta
anda.
 Emas sentiasa bernilai dan laku di mana pun di dunia ini, walaupun ia
emas lusuh, rosak atau patah.
 Menjadi matawang sebenar di dunia. Di kala kelas asset lain bermasalah,
harga emas tetap stabil, malah semakin naik setiap tahun.
 Dari segi kewangan, asset emas boleh dipajak untuk dicairkan menjadi
cash tunai. Tidak seperti asset lain yang tidak boleh/sukar dicairkan.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 5

Kalau baca kelebihan emas ni memang menarik dan memang patut sangat anda
kena mula menyimpan emas ni walaupun terpaksa merangkak sedikit demi sedikit
menyimpan emas ni setiap bulan.

Di sini saya huraikan antara beberapa masalah besar yang sedang ditanggung
oleh majoriti penyimpan-penyimpan emas masa kini,

Masalah Masa Kini Untuk Menyimpan Emas


Nak melatih sikap konsisten menyimpan emas pun satu cabaran besar nak buat.
Rupanya bila sudah simpan emas tiap bulan, pun ada banyak cabaran nak
mengekalkan kuantiti dan kekerapan menyimpan emas.

Antara masalah utama penyimpan emas-emas masa kini;

1. Tiap-tiap bulan simpan emas. Bila dah lama menyimpan emas, sampai dah
berkilo dah, bila tiba masa nak menjualnya, setelah tolak “susut nilai” bila
kita jualkan emas tu, untungnya sedikit sangat, rasa macam tak berbaloi
simpan lama-lama emas tu.

2. Bila dah jual emas tu, rasa macam nak mula menyimpan emas balik. Tapi
bila nak beli balik emas, harga terendah macam dulu-dulu tu dah tak
muncul lagi dah. Tak percaya, cuba tengok harga 1 gram emas 999
sekarang, agak-agak boleh turun ke paras RM100/gram lagi tak sekarang?
Jangan harap le…

3. Nak simpan emas di rumah sangat berisiko tinggi. Nak simpan di Ar


Rahnu, letih kena bayar upah simpan setiap bulan. Upah simpan pun agak
membebankan. Bayangkan kalau anda simpan 500gm emas di Ar Rahnu,
upah simpan sebulan dah mencecah RM6000. Simpan di safe deposit pun
kena bayar setiap bulan atau caj perkhidmatan tahunan dan insurans yang
mahal.

4. Bila simpan emas belum cukup lama, kurang 5 tahun, kalau tiba-tiba kena
jual emas tu, anda terpaksa jual dalam keadaan rugi kebiasaannya sebab
kenaikan harga emas masih tak dapat “cover” spread emas fizikal yang
tinggi.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 6

5. Kalau anda ada emas yang menjadi pusaka turun temurun lagi pening.
Nak dijual, sayang sebab dah jadi harta pusaka. Nak masuk pajak gadai,
sebab nak pakai duit, takut nanti tak dapat tebus balik dan terlelong pula.
Sudahnya, emas tu disimpan sahaja bertahun-tahun tanpa dapat
memberikan apa-apa hasil. Kalau simpan rumah boleh juga disewa, kalau
emas, camne ye?

Sebenarnya banyak lagi rungutan dan masalah simpanan emas fizikal ini walaupun
pada hakikatnya anda kena juga menyimpan emas ni kalau nak elak inflasi.

Jadi salah satu tujuan utama ebook ini adalah untuk membuka minda anda
akan potensi yang bakal anda dapat sebagai penyimpan emas tegar, bahawa
sebenarnya ada 9 cara unik yang boleh anda lakukan untuk menjana
keuntungan, malahan income bulanan yang lumayan, sambil-sambil anda simpan
emas.

Kelebihan 9 Teknik Jana Untung Sambil Simpan Emas Ni..


Teknik yang akan anda lakukan ini hanya melibatkan anda perlu beli emas, tak
kisahla emas jenis apa pun emas pelaburan, emas buku, emas maya atau emas
barang kemas etc. Emas yang sudah dibeli tu, anda hanya perlu praktiskan teknik-
teknik yang akan saya huraikan ini.

Ada sebahagian teknik melibatkan anda perlu pajakkan emas anda di Ar Rahnu,
dan ada sebahagian lagi hanya simpan je. Yang pastinya jangan risau, emas asal
yang anda simpan dan kumpul tu TIDAK PERLU DIJUAL untuk menjana
keuntungan lumayan.

Teknik 1 : Teknik Skil Gaji


Teknik ini bertujuan untuk membantu mereka yang baru nak mula
menyimpan emas secara sedikit-sediit setiap bulan, sekitar 1-5 gram emas
setiap bulan. Anda akan menggunakan sebahagian atau keseluruhan duit gaji
bulanan untuk membeli emas. Emas yang sudah dibeli akan dipajak semula untuk
dapatkan cash tunai dan ia akan gantikan semula duit gaji anda.

Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang baru nak bermula simpan emas sikit-
sikit setiap bulan.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 7

Hasilnya anda beroleh emas dalam pajak gadai. Eh, bukan ke bahaya emas dalam
Ar Rahnu? Nanti kena bayar upah simpan, kena tebus, terlelong bla..bla…bla….

Ya, memang itu risikonya tapi ada caranya. Secara berjadual anda akan
menebusnya peringkat demi peringkat sehingga akhirnya semua emas dalam Ar
Rahnu dapat ditebus dan jadi milik anda. Insyaallah teknik penebusan stok emas ini
akan saya huraikan lebih lanjut dalam FB Group Support khas. Jangan risau,
percuma je nak join FB Group Support ni.

Oleh kerana teknik ini agak panjang kalau nak dijelaskan dalam ebook ini,
penjelasan detail step-by-step teknik ini akan saya jelaskan dalam FB Group
Support. Link untuk join FB Group Support ada diberikan di akhir ebook ini.

Pastikan anda baca sampai habis ebook ini dulu,


banyak lagi teknik “super power” nak saya tunjuk
pada anda

Teknik 2 : Teknik Pemurataan Kos


Teknik ini adalah teknik paling mudah nak buat. Tak perlu buat pajakan etc.
Anda hanya perlu beli emas setiap bulan atau secara berkala secara konsisten tak
kira harga emas naik atau turun dan simpan sahaja.

Anda boleh menggunakan apa jua jenis emas untuk teknik ini, namun terbaik
adalah gunakan emas yang harganya cepat berubah seperti emas Public Gold yang
harga emas di”update” secara harian.

Kunci teknik ini adalah untuk simpanan jangka masa panjang. Anda akan
membeli emas setiap bulan atau mungkin 3 bulan sekali. Emas itu akan disimpan
sahaja tanpa perlu masuk pajakan.Untuk lakukan teknik ini, jangka masa terbaik
adalah sekurang-kurangnya 5 tahun simpanan.

Harga emas dalam jangka masa panjang sentiasa naik dan akan hasilkan
keuntungan jika disimpan lama. Namun untuk jangka masa pendek/sederhana,
emas mengalami turun naik harga, maka jika disimpan untuk jangka pendek,
memang susah sikit nak untung.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 8

Katakan selepas 5 tahun anda sudah dapat simpan sebanyak 60 Dinar ( setiap
bulan simpan 1 dinar selama 5 tahun). Selepas 5 tahun anda simpan, anda akan
kira purata harga 1 dinar yang anda beli. Maka anda akan dapat harga belian 1
dinar secara purata.

Katakan anda nak jualkan kesemua 60 Dinar tersebut selepas 5 tahun simpan,
maka jika anda tolak harga dinar terkini dengan harga belian purata dinar anda,
anda akan mendapati ada untung di situ. Jumlah kan untung 1 dinar dengan jumlah
dinar anda, maka anda akan dapat jumlah untung hasil simpanan dinar selama 5
tahun.

Contoh jelas step-by-step kiraan teknik pemurataan kos ini akan saya cerita dalam
FB Group Support.

Teknik 3 : Teknik Alihan Aset Emas


Teknik ini adalah salah satu teknik kegemaran saya di mana dengan teknik ini,
saya akan pindahkan nilai asset emas kepada asset bisnes melalui kaedah pajakan
emas secara berjadual. Hasil akhir dari teknik ini anda akan terima “income
pasif” SETIAP BULAN dari emas anda. Ya, sapa kata tak boleh dapat pasif
income dari emas.

Oleh kerana sifat emas yang boleh dipajak ini, maka sebahagian duit tunai hasil
pajakan akan digunakan untuk dilaburkan dalam bisnes yang dapat memberikan
income pasif.

Saya dah lakukan teknik ini sejak tahun 2014 lagi dan kini berhasil menjana income
pasif dari bisnes berpasif income yang bermodalkan “emas yang dipajak”.
Insyaallah saya akan tunjukkan anda kajian kes bisnes yang saya lakukan,
memberikan income pasif setiap bulan kepada saya.

Ada cara sebenarnya untuk anda susun emas yang anda pajak agar anda dapat
gunakan modal untuk melabur dalam bisnes dan dalam masa yang sama emas
yang dipajak tidak akan terlelong.

Anda akan belajar bagaimana caranya pajak emas tanpa perlu risau emas akan
terlelong dalam masa 18-24 bulan tanpa perlu risau bayar upah simpan.

Jadi anda akan belajar bagaimana caranya nak susun dan strukturkan
pinjaman Ar Rahnu anda agar hasil akhirnya, anda dapat jana pasif income setiap
bulan dari bisnes, emas asal anda dapat ditebus balik dengan selamat.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 9

Contoh pasif income statement setiap bulan ahli dalam group kam. Lihat pada bahagian Monthly
Commission

Contoh pasif income statement setiap bulan ahli dalam group kam. Lihat pada bahagian Monthly
Commission
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 10

Teknik 4 : Teknik 2 in 1
Teknik ini juga adalah teknik yang saya lakukan di awal pelaburan emas saya
sekitar tahun 2010 hingga 2014. Ini kerana pada tahun 2010 hingga 2014 adalah
tahun di mana emas menerima kenaikan harga tertinggi dalam sejarah harga emas.
Jadi teknik ini memang sapa yang buat masa tu memang menjadi, dan untung
beberapa kali “cycle harga emas naik”.

Melalui teknik ini, anda akan membeli dan memajak emas semasa harga
emas di paras terendah dalam satu musim “uptrend” (fasa harga emas naik).
Duit tunai hasil pajakan tadi dibelikan samada emas buku akaun seperti emas
Public GIA atau emas maya KFH. Ada sebahagian cash tu saya “invest” dalam spot
gold.

Apabila harga emas dah di paras tertinggi dalam musim uptrend tu, saya akan
mula jualkan semua emas buku akaun GIA, emas maya etc. Hasil tunai ini
sebahagiannya akan saya ambil untuk menebus kembali emas fizikal asal yang
dipajak di Ar Rahnu.

Baki cash yang ada di tangan itulah hasil bersih keuntungan dari pelaburan jangka
sederhana yang saya lakukan gabungan emas fizikal dan emas buku akaun.

Kalau dalam konteks harga emas sekarang ni mungkin agak sukar nak aplikasikan
teknik ini, kerana harga emas yang tak naik tinggi ni (musim sideway). Namun
kalau anda gunakan “Spot Gold” untuk musim harga emas sekarang ni, tiada
masalah, anda boleh beroleh untung ketika harga emas naik atau turun.

Dalam FB Group support akan saya tunjukkan satu contoh kajian kes sebenar
bagaimana teknik 2 in 1 ini dilakukan dengan jayanya. Join ya FB Group Support
kalau nak belajar caranya.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 11

Teknik 5: Teknik Simpanan Emas + Matawang Kripto


Ok pelaburan dalam matawang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple,
ZCash dan sebagainya adalah satu trend terbaru sekarang. Ia memang
pelaburan panas sekarang. Kenapa ia sangat HOT di kalangan rakyat Malaysia
sekarang? Cuba lihat pada kenaikan harga wang digital Bitcoin dan Ethereum di
bawah ni?

Kenaikan harga Bitcoin Kenaikan harga Ethereum

2009 - 1 BTC = USD 0.0001 Jan 2016 - 1 ETH = USD 0.95

2010 - 1 BTC = USD 0.07 Feb 2016 - 1 ETH = USD 5.80

2011 - 1 BTC = USD 15 Feb 2017 - 1 ETH = USD 12.78

2012 - 1 BTC = USD 7 Ogos 2017 - 1 ETH = USD 291.70

2013 - 1 BTC = USD 100 Jan 2018 - 1 ETH = USD 1229

2014 - 1 BTC = USD 600

2015 - 1 BTC = USD 720

2017 - 1 BTC = USD 1043

2018 - 1 BTC = USD 14,084

Kenaikan Ethereum mencecah lebih 500% dalam masa beberapa bulan.


Bitcoin juga macam tu, kenaikan lebih 700% dalam masa beberapa tahun
ini. Kalau ikutkan potensi keuntungan macam ni, pelaburan matawang lebih
menarik berbanding lain-lain pelaburan.

Tapi bagaimana nak simpan emas, dalam masa yang sama ambil peluang membeli
dan simpan asset-aset matawang kripto di atas? Mungkin anda akan kata “pajak je
emas dan beli Bitcoin”.

Ok, cara tu pun boleh juga, tapi masalahnya anda perlu tanggung upah simpan
setiap bulan jika emas dipajak di Ar Rahnu. Kemudian, bila nak ambil untung, anda
perlu jual matawang kripto anda. Kalau anda beli Bitcoin, kena jualkan Bitcoin.
Masalahnya, sekarang ni dijangka harga Bitcoin, Ehereum, Ripple akan naik dan
naik lagi, takkan dah nak jual, masih awal lagi?
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 12

CoinCap, Apps dalam Smartphone untuk matawang Kripto

Ramai pakar-pakar kripto berpendapat, lebih baik Bitcoin atau apa jua matawang
kripto yang anda miliki disimpan dahulu untuk terima kenaikan harga yang tinggi
sekarang.

Saya akan tunjukkan cara yang lebih “smart” untuk anda simpan je emas tu, tak
perlu masuk pajak gadai, tapi dalam kita menyimpan emas tu, masih boleh ambil
peluang dapatkan Bitcoin atau Ethereum atau apa jua matawang kripto secara
PERCUMA je. Tak perlu sibuk-sibuk nak keluar modal atau buat pinjaman nak beli
peralatan untuk “mining” kripto ni.

Anda akan belajar satu kaedah penyimpanan emas yang lebih selamat dan
menguntungkan sambil-sambil boleh “invest” dalam kripto Bitcoin atau
Ethereum.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 13

Contoh income pasif statement dalam simpanan emas saya

Contoh income pasif statement dalam simpanan emas saya ( 0.1DNC = RM 75 )

Nak belajar dapatkan Bitcoin FREE macam saya dapat, teruskan bacaan anda dan take action cepat!!
Lambat kena tinggal Bro…..
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 14

Teknik 6 : Teknik Simpanan Emas Terpakai


Strategi membeli emas terpakai ni adalah satu strategi “evergreen” yang
diamalkan oleh pemain dan peniaga-peniaga emas sejak dahulu lagi. Malah teknik
ini jika diusahakan bersungguh-sungguh boleh menjanjikan pendapatan
lumayan setiap bulan. Jadi teknik ini bukan sekadar teknik pelaburan emas,
malah ia satu teknik perniagaan emas.

Untuk terlibat dalam pelaburan emas terpakai, anda perlu ada sifat berani, mahir
mengenalpasti mutu emas, pandai bermain harga emas dan mahir berkomunikasi
dengan penjual. Anda perlu tahu di mana “lubuk-lubuk” emas terpakai ni dan tahu
mengira nilai setiap emas terpakai sebelum anda nak beli dan simpan.

Kebiasaannya, untuk membeli emas terpakai, anda perlukan peralatan khusus


seperti penimbang emas, kanta dan asid uji emas. Anda juga perlu tahu ilmu
mengenal emas.

Namun, saya akan bongkarkan pada anda satu cara mudah bagaimana pelabur-
pelabur biasa yang tiada peralatan khusus dan ilmu yang tinggi dalam mengenal
emas, masih boleh membeli emas terpakai dan mendapat untung daripadanya.

Sebagai pengenalan kepada teknik ini, saya akan tunjukkan anda gred-gred emas
yang berlegar-legar di pasaran Malaysia dan Asia ini. Boleh lihat jadual gred-gred
emas di Malaysia.

Simpanan emas terpakai juga adalah teknik permainan emas yang


membolehkan anda mendapat untung yang pantas, sepantas 1-2 hari
selepas membeli emas tersebut. Kalau selama ini anda membeli emas baru dan
kena tunggu bertahun-tahun untuk jual dan dapatkan keuntungan simpanan, apa
kata belajar ilmu emas terpakai dan praktiskannya.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 15

Oleh kerana ilmu emas terpakai ni sangat luas, penerangan dan tips membeli emas
terpakai akan saya huraikan dalam FB Group Support.

Teknik 7 : Teknik Gandaan Modal


Ini adalah satu teknik yang saya ilhamkan dan lakukan untuk simpanan emas-emas
saya. Pada peringkat awalnya, teknik ini saya gunakan untuk mendapatkan cash
pantas untuk membayar upah simpan untuk emas yang saya pajak di Ar Rahnu.

Namun, setelah agak lama dengan teknik ini, kini teknik ini bukan sahaja boleh
bantu anda bayarkan upah simpan anda, malah jika betul-betul praktis dan
dah mahir, boleh gandakan modal atau wang yang anda pajak.

Sebagai contoh, katalah saya pajakkan emas saya dan perolehi pinjaman tunai Ar
Rahnu RM 5000. Dengan teknik gandaan modal ini, anda boleh gandakan cash
tunai tu hingga ke tahap 100% dalam masa yang tertentu (bergantung pada
kemahiran anda). Jika dah mahir, anda mampu gandakan modal anda dalam masa
kurang 1 tahun. Jadi dengan ini, anda bukan sahaja boleh bayar percuma upah
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 16

simpan, malah boleh dapat cash untuk menebus kembali pinjaman Ar Rahnu anda,
dengan menggunakan sebahagian modal pinjaman dari Ar Rahnu.

Untuk tujuan ini, saya akan tunjukkan bagaimana tekniknya dan beberapa kajian
kes, bagaimana saya dapat langsaikan upah simpan dalam masa yang singkat
untuk emas dalam pajakan. Bila anda dah mahir dan dapat skil asas ni, barulah
boleh kembangkan lagi ke tahap lebih tinggi, boleh menebus semula emas dalam
pajakan.

Langkah yang diperlukan adalah;

1) Tentukan pinjaman Ar Rahu yang nak anda buat.


2) Tentukan berapakah jumlah upah simpan selama 6 bulan
3) Ambil antara 5% hingga 10% sahaja dari pinjaman tunai anda sebagai modal
4) Buka akaun pelaburan berisiko tinggi
5) Trade berdasarkan pada peraturan yang khusus spesifik untuk tujuan ini,
untuk dapatkan upah simpan sepantas yang boleh.
6) Keluarkan keuntungan dan bayarkan upah simpan untuk 6 bulan terus.

Teknik ini hampir sama seperti Teknik 2 in 1, cuma, kaedah agihan modal lebih
menjurus kepada tujuan asal untuk dapatkan upah simpan FREE. Huraian teknik ini
dengan lebih jelas akan dibuat dalam FB Group Support.

Teknik 8: Teknik Pro-Emas


Teknik ini belum saya praktiskan sepenuhnya namun ia bukan satu teknik yang
mustahil nak dilakukan. Teknik ini adalah kombinasi pelaburan emas dan pelaburan
hartanah. Ilmu Pro-Emas ini saya belajar melalui sifu emas saya pada 2014 lalu.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 17

Teknik 9 : Teknik Simpan & Niaga Emas


Teknik ini adalah teknik yang rata-rata ramai penyimpan emas lakukan sekarang.
Sambil menyimpan emas, anda join menjadi dealer atau agen kepada syarikat
pengeluar emas. Sebagai contoh anda menjadi dealer kepada Public Gold.

Keuntungan berganda bakal anda dapat melalui teknik ini, iaitu untung menyimpan
emas dan untung hasil berniaga emas.

Menariknya anda juga dapat membeli emas pada harga diskaun dengan cara ini.
Antara syarikat pengeluar emas yang boleh anda join dalam program usahawan
emas seperti Public Gold, Powergold dan sebagainya.

Ada sebahagian kedai-kedai emas yang memberi peluang untuk anda menjadi agen
emas mereka. Anda perlu rajin mencari dan buat kajian setiap syarikat emas yang
ingin anda sertai. Dalam FB Group Support akan saya tunjukkan anda satu peluang
untuk menjadi usahawan emas sambil membuat simpanan emas.

Rumusan….
Itu dia, 9 teknik “super power” untuk menghasilkan keuntungan sambil-sambil
anda menyimpan emas. Tun Mahathir pernah berkata, jika RM1, anda simpan
sahaja. Akhirnya ia akan tetap jadi RM1. Namun jika RM1 tadi anda pusingkannya
(diniagakan) pada 100 orang, maka ia akan jadi RM100. Begitulah juga emas yang
anda miliki.

Tiada masalah pun jika anda simpan sahaja emas tersebut, namun, jika anda tahu
dan praktiskan satu sahaja teknik dalam ebook edisi percuma ini, dan join FB
Group Support saya, insyaallah emas yang anda simpan akan terus kekal dan ia
mampu menghasilkan emas-emas extra yang lumayan, tanpa perlu dijual koleksi
emas kesayangan anda.

Nakkan results yang maksimum, jom praktiskan kesemua 9 teknik ni.

Jadi, jika anda ingin teruskan mendapatkan panduan cara melakukan kesemua 9
teknik di atas, penerangan lebih detail akan saya cerita dalam FB Group Support.
Tips-tips tambahan berkenaan simpanan dan pelaburan emas juga akan anda dapat
dari saya dari masa ke semasa.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 18

Jangan berlengah lagi, mulakan pembelajaran simpanan emas yang


menguntungkan dengan join FB Group Support saya.

Klik link di bawah ini untuk join FB Group Support ini;

https://www.facebook.com/groups/2134220073463454/

Nota : Jika anda klik link di atas, tidak berjaya, satu cara lagi adalah anda
COPY dan PASTE link atas tu pada internet browser anda dan tekan ENTER.

Panduan untuk join group support

1) Klik link diatas (berwarna biru)


2) Saya akan “approve” anda untuk join group
3) Buka group FB bernama Teknik Underground Simpan Emas 2018
4) Buka, baca dan jom Like, Komen atau Share post dan tips saya.
9 Teknik “Underground” Simpanan Emas -Laporan PERCUMA 19

Jumpa anda dalam FB Group Support,

Ikhlas,

Khairulnizam
Coach Simpanan Emas Anda