Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Cabaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Moral


Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan

ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat (2010) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan

dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan

seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu secara literalnya cabaran membawa maksud sesuatu

hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan

sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut

cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja

dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya.

Cabaran bagi mengajar tajuk Agama atau Kepercayaan Membentuk Keperibadian Diri bagi

subjek Pendidikan Moral ialah sebuah tajuk yang memerlukan pengetahuan fakta tentang

sesebuah agama. Oleh itu, subjek ini perlu diajar menggunakan kaedah pembelajaran aktif

dengan mengaitkan isu-isu semasa. Selain itu, guru juga perlu berusaha untuk terus menarik

minat pelajar supaya bersama-sama bergerak secara aktif dalam proses pembelajaran juga

merupakan cabaran utama kepada guru. Pembelajaran yang aktif merupakan pembelajaran yang

memerlukan tindak balas serta reaksi daripada kedua-dua pihak iaitu guru dan murid.

Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi terutamanya

pada guru supaya dapat menarik minat serta perhatian daripada murid. Hal ini bertujuan

menggalakkan murid-murid untuk memberi tindak balas yang aktif di samping mewuudkan

suasana kelas yang ceria. Kaedah dikenali sebagai Student Centered Learning yang bermaksud

pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembimbing atau fasilitator.

Seterusnya, guru juga perlu mencipta satu bahan bantu mengajar bertujuan untuk menarik

minat murid ketika proses pembelajaran berlangsung. Hal ini demikian kerana, kebanyakan
pelajar mempunyai perspektif bahawa pendidikan moral merupakan subjek yang mudah dan

kebanyakan murid ilmu tersebut sudah pun diketahui oleh murid. Oleh itu, dengan bahan bantu

mengajar yang menarik mampu membantu pelajar untuk memberi tumpuan yang lebih walaupun

subjek itu dianggap mudah.

Selain itu, kebanyakan guru sering menggunakan kaedah terus sepanjang proses

pembelajaran berlangsung. Hal ini akan menyebabkan pelajar cepat bosan kerana kaedah ini

lebih berpusatkan guru dan tiada respon aktif daripada pelajar. Oleh it, guru disarankan untuk

mempelbagaikan kaedah pembelajaran bersesuaian dengan topik yang diperbincangkan. Sebagai

contoh, guru boleh menggunakan kaedah kooperatif. Menurut Aimi Hafizah (2017),

pembelajaran kooperatif ialah kaedah yang berpaksikan kepada pembelajaran berkumpulan bagi

menyelesaikan masalah atau menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru tanpa ada pelajar

yang menjadi ahli tumpeng dalam dalam kumpulan.


RANCANGAN PENGAJARAN
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KELAS PGDE

TARIKH / HARI 13 MAC 2019 / RABU MASA 1.50 PTG – 2.30 PTG

NILAI BERTANGGUNGJAWAB, BERDIKARI, KASIH SAYANG, HEMAH TINGGI, HARGA DIRI

TAJUK UNIT 2: AGAMA ATAU KEPERCAYAAN MEMBENTUK KEPERIBADIAN DIRI

BIDANG BIDANG 2: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

Di akhir pembelajaran murid akan dapat :


2.1.1 Mendefinisikan keperibadian diri.
2.1.2 Menghuraikan ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan.
OBJEKTIF 2.1.3 Mengkaji kesan jika tiada pegangan agama atau kepercayaan dalam membentuk keperibadian
PEMBELAJARAN diri.
2.1.4 Menjelaskan kepentingan agama atau kepercayaan dalam membentuk keperibadian diri.
2.1.5 Memerihalkan perasaan apabila melaksanakan ajaran agama atau kepercayaan dalam
membentuk keperibadian diri.

SET INDUKSI 1. Guru menayangkan rakaman video tentang agama dan kepercayaan.
2. Guru meminta pelajar mengeluarkan intipati yang terdapat dalam rakaman video.
(5 MINIT) 3. Guru dan pelajar bersama-sama membincangkan tentang intipati yang terdapat dalam video.

1. Guru menerangkan definisi agama atau kepercayaan membentuk keperibadian diri.


2. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut empat aspek iaitu ciri individu, kesan,
kepentingan dan situasi berkaitan tentang agama atau kepercayaan membentuk keperibadian
diri.
AKTIVITI 1
PENGAJARAN & 3. Guru mengedarkan lembaran kertas yang mengandungi empat aspek tersebut.
PEMUDAHCARAAN 4. Guru menghuraikan ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan dalam
(PdPc) pembentukan keperibadian diri.
5. Guru menerangkan kesan jika tiada pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan
(10 MINIT)
keperibadian diri.
6. Guru memastikan pelajar dapat mengetahui kepentingan pegangan agama atau kepercayaan
dalam pembentukan keperibadian diri.
7. Guru meminta pelajar menjelaskan perasaan mereka berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

1. Ketua setiap kumpulan datang ke hadapan untuk mengambil kertas mahjong dan pen berwarna.
2. Setiap kumpulan perlu membuat peta minda berdasarkan empat aspek yang telah dibahagikan iaitu
ciri individu, kesan, kepentingan dan situasi berkaitan tentang agama atau kepercayaan membentuk
AKTIVITI 2 keperibadian diri.
“Three stay 3. Ketua kumpulan perlu memastikan setiap ahli bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang
other stray”
diberikan.

(20 MINIT) 4. Dengan menggunakan kaedah “Three stay other stray” tiga orang daripada setiap kumpulan akan
“stay” di dalam kumpulan dan ahli kumpulan yang lain akan “stray” ke kumpulan yang seterusnya.
5. Pelajar “stay” akan menerangkan maklumat kepada pelajar-pelajar yang lain mengikut aspek yang
diberikan. Pelajar-pelajar “stray” akan mencatat semua maklumat yang mereka dapat daripada
kumpulan yang lain sehingga mereka kembali ke kumpulan asal.
6. Pelajar-pelajar “stray” akan menerangkan maklumat-maklumat yang mereka peroleh kepada
pelajar-pelajar “stay”.
7. Ketua bagi setiap kumpulan akan datang ke hadapan untuk ambil soalan dan berbincang di dalam
kumpulan masing-masing.
8. Jawapan-jawapan tersebut akan ditulis di “sticky note” dan akan tampal pada papan “BIG WOW”.

1. Guru merumuskan topik hari ini dengan bertanyakan soalan kepada pelajar untuk memastikan
objektif pembelajaran tercapai.
PENUTUP
2. Guru memberi peneguhan positif kepada pelajar di atas komitmen yang diberikan.
(5 MINIT)
3. Guru timbulkan perasaan ingin tahu kepada pelajar tentang aktiviti dan topik pembelajaran yang
seterusnya.

PEMBELAJARAN
Peta minda
ABAD KE 21

ALAT BANTU
Buku Teks Model ABM Kertas Mahjung
MENGAJAR (ABM)

STANDARD Menghayati dan mempamerkan perasaan apabila melaksanakan ajaran agama


TP 5
PRESTASI atau kepercayaan dalam kehidupan seharian.

REFLEKSI

3.0 Sebelum Micro Teaching

Persediaan sebelum micro teaching merupakan elemen penting. Hal ini demikian kerana, dengan

persediaan yang rapi dapat melicinkan proses pembelajaran dan pengajaran seseorang pelajar.

3.1 Perancangan Pendahuluan

Dalam proses menjalankan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan

sebelum memulakan pengajaran merupakan elemen penting bagi seseorang guru.

Perancangan ini terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan

oleh guru dalam bilik darjah. Perancangan ini terdiri daripada butiran am, tajuk pelajaran,

objektif, kemahiran serta bahan bantu mengajar. Selain itu, guru juga perlu
mempertimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan sesi pengajaran.

Hal ini demikian kerana, elemen ini membantu pelajar dalam mengaitkan pengalaman

sedia ada dengan topik pembelajaran yang diperbincangkan. Seterusnya, saya turut

meniliti kandungan sukatan pelajaran yang perlu disesuaikan mengikut tahap pencapaian

semasa pelajar. Oleh itu, saya memilih tajuk Agama dan Kepercayaan Membentuk

Keperibadian Diri. Tajuk ini merupakan tajuk yang penting untuk diterapkan kepada

pelajar. Hal ini demikian kerana pada tahap ini terdapat banyak konflik yang berlaku

dalam diri pelajar. Jelaslah bahawa, topik ini dapat membantu pelajar dalam

menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak sekiranya agama dan kepercayaan

diterapkan dalam diri setiap individu.

Selain itu, sebagai seorang guru kita perlu mengetahui kepelbagaian kecerdasan

murid supaya topik yang diperbincangkan itu masih berada di ruang lingkup kehidupan

murid. Seterusnya, dengan mengetahui kepelbagaian kecerdasan murid dapat membantu

kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan tahap pemikiran

murid.

Di samping itu, set induksi juga merupakan salah satu elemen penting dalam

memperkenalkan kepada pelajar tentang topik yang akan dipelajari pada hari itu. Sebagai

contoh, saya menayang video tentang Agama dan Kepercayaan supaya pelajar mendapat

informasi tentang topik yang akan diperbincangkan pada hari itu.

3.2 Perancangan Penyampaian

Guru perlu merancang elemen penyampaian pengajaran agar proses penyampaian itu

sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Elemen ini mengambil kira aspek penggunaan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, masa, pemeringkatan isi serta pemilihan

sumber. Perkara lain yang harus dipertimbangkan juga dalam usaha untuk menyampaikan

pengajaran adalah kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran, kualiti guru itu sendiri

dari aspek pengetahuan, kepakaran dan pengalaman guru harus diambil kira serta

mempunyai sistem penghantaran maklumat untuk penyampaian yang efektif seperti

penggunaan teknologi. Dalam komponen ini, guru harus mengaitkan objektif

pembelajaran dan pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar.

3.3 Perancangan Penilaian

Perancangan proses penilaian dibuat pada akhir pembelajaran. Guru akan menilai tahap

pemahan pelajar berdasarkan aktiviti “cabut soalan” dan pelajar akan membincangkan

soalan tersebut dengan ahli kumpulan masing-masing berdasarkan soalan yang dipilih

serta guru akan memantau dan membimbing setiap perbincangan pelajar. Hal ini

bertujuan mengukuhkan lagi kefahaman pelajar bagi topik yang dipelajari. Jawapan yang

sudah siap akan ditampalkan pada board “BIG WOW” supaya menjadi rujukan kepada

murid-murid lain.

Dengan adanya aktiviti seperti ini akan mewujudkan komunikasi dua hala antara

guru dan murid di samping guru akan menilai sejauh mana tahap kefahaman murid

terhadap topik yang dipelajari itu.

4.0 Semasa Pengajaran Makro

Semasa proses pengajaran makro terdapat empat aspek yang ditekankan iaitu set induksi,

langkah-langkah dan penilaian.


4.1 Pelaksanaan Pengajaran

Pengajaran dimulakan dengan set induksi berbentuk tayangan video. Hal ini bertujuan

supaya murid diberi gambaran awal akan pembelajaran yang akan berlangsung pada hari

ini. Pelaksanaan pengajaran juga dimulakan dengan penerangan mengenai obektif

pembelajaran agar murid dapat tujuan mempelajari topik tersebut.

4.2 Set Induksi

Set induksi merupakan satu cara untuk memulakan pengajaran pada hari itu. Set induksi

merupakan hal yang terpenting supaya apa yang ingin disampaikan oleh guru diterima

oleh pelajar di samping menimbulkan minat terhadap pelajar supaya mereka bersedia

untuk belajar. Sebelum saya menayangkan video, saya meminta pelajar untuk memahami

bait-bait lagu yang dipaparkan di skrin dan keluarkan kepentingan agama dan

kepercayaan. Setelah menayangkan video, saya membuat sesi penyoalan tentang isi yang

terdapat dalam video tersebut.

4.3 Langkah-langkah

Setelah selesai set induksi guru menerangkan definisi agama atau kepercayaan

membentuk keperibadian diri. Kemudian, pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan

mengikut empat aspek iaitu ciri individu, kesan, kepentingan dan situasi berkaitan

tentang agama atau kepercayaan membentuk keperibadian diri. Seterusnya, guru

mengedarkan lembaran kertas yang mengandungi empat aspek tersebut dan guru

menghuraikan ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan dalam

pembentukan keperibadian diri serta guru menerangkan kesan jika tiada pegangan agama
atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri. Selain itu, guru memastikan

pelajar dapat mengetahui kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam

pembentukan keperibadian diri dan guru meminta pelajar menjelaskan perasaan mereka

berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

Langkah kedua ialah guru meminta ketua setiap kumpulan datang ke hadapan

untuk mengambil kertas mahjong dan pen berwarna dan setiap kumpulan perlu membuat

peta minda berdasarkan empat aspek yang telah dibahagikan iaitu ciri individu, kesan,

kepentingan dan situasi berkaitan tentang agama atau kepercayaan membentuk

keperibadian diri. Seterusnya, ketua kumpulan perlu memastikan setiap ahli bekerjasama

untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dengan menggunakan kaedah “Three stay

other stray” tiga orang daripada setiap kumpulan akan “stay” di dalam kumpulan dan ahli

kumpulan yang lain akan “stray” ke kumpulan yang seterusnya. Pelajar “stay” akan

menerangkan maklumat kepada pelajar-pelajar yang lain mengikut aspek yang diberikan.

Pelajar-pelajar “stray” akan mencatat semua maklumat yang mereka dapat daripada

kumpulan yang lain sehingga mereka kembali ke kumpulan asal. Pelajar-pelajar “stray”

akan menerangkan maklumat-maklumat yang mereka peroleh kepada pelajar-pelajar

“stay”. Seterusnya, ketua bagi setiap kumpulan akan datang ke hadapan untuk ambil

soalan dan berbincang di dalam kumpulan masing-masing. Jawapan-jawapan tersebut

akan ditulis di “sticky note” dan akan tampal pada papan “BIG WOW”.

Akhir sekali, guru merumuskan topik hari ini dengan bertanyakan soalan kepada

pelajar untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Guru memberi peneguhan

positif kepada pelajar di atas komitmen yang diberikan. Guru timbulkan perasaan ingin

tahu kepada pelajar tentang aktiviti dan topik pembelajaran yang seterusnya.
4.4 Penilaian

Selepas microteaching, guru telah membuat penilaian seperti yang telah dirancang

mengikut RPH yang telah disediakan. Pada akhir kelas, kesemua murid dapat

menyimpulkan pembelajaran pada hari tersebut. Penilaian ini dibuat supaya murid dapat

merumuskan pembelajaran yang telah dipelajari di kelas pada hari tersebut. Rumusan ini

dibuat supaya guru dapat menilai kefahaman murid terhadap pembelajaran yang telah

berlangsung.

Selepas itu, guru menggunakan kaedah “three stay other stray” bagi melihat sama

ada objektif pembelajaran pada hari itu diterima murid atau tidak. Penilaian juga dibuat

oleh guru apabila semua pelajar terlibat dalam melaksanakan aktiviti secara

berkumpulan. Hal ini demikian kerana, guru mahu melibatkan semua pelajar dan tidak

mahu aeorang pun yang tercicir atau merasa tersisih di dalam kelas. Setelah proses

pembelajaran tamat, guru telah meminta murid untuk membuat kesimpulan dan

menzahirkan perasaan mereka merupakan satu kejayaan bagi pembelajaran pada hari itu.

4.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Menurut Brown J.W (dalam Sri Rahayu Ramlan dan Zawiyah Kosman, 2016)

menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan

oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam

bilik darjah. Sebagai contoh, peralatan computer, multimedia, perisian, kad imbasan,

buku teks dan sebagainya. Tujuan ABM ini diadakan iala untuk meningkatkan perasaan

ingin tahu dalam diri pelajar dan lebih focus belajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang

diajar oleh guru. Alat bantu mengajar akan membantu menambahkan keberkesanan
pengajaran guru dalam bilik darjah sekiranya digunakan dengan baik. Antara ABM ynag

digunakan guru ialah

a) Power point - Elemen utama pengajaran dan lebih praktikal.

b) Video -Video di Youtube dimainkan bagi mengukuhkan

lagi kefahaman pelajar terhadap topik yang

dipelajari.

c) Alat pembesar suara - Penyampaian yang lebih berkesan untuk jumlah

audien yang besar.

d) Projektor LCD - Penayangan video yang lebih besar dan menarik

perhatian semua audien.

e) Marker pen - Digunakan oleh murid untuk membina peta i-

think.

f) Kertas Mahjong - Guru menyediakan pada setiap kumpulan untuk

memudahkan mereka melakar peta i-think

sepanjang PdPc berlangsung.

5.0 Selepas Micro Teaching

5.1 Bagaimanakah alat bantu mengajar membantu kamu mengajar?

ABM dapat memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep sesuatu perkara

semasa mengajar selain daripada menarik minat pelajar dalam mata pelajaran. Alat

bantu mengajar juga merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar.

Pertama, alat bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar

untuk belajar. Penggunaan alat bantu mengajar juga penting dalam mempertingkatkan

mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar. Alat bantu
mengajar juga membantu dalam menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang

sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat

pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi galakan utama kepada penyampaian

pelajaran. Hal ini demikian kerana, bahan bantu mengajar mampu mewujudkan suasana

persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Oleh itu, jika alat bantu mengajar digunakan

dengan teratur semasa memberi penerangan maka pengajaran yang disamapaikan dapat

mencetuskan minat pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai akan

mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan.

Pembelajaran yang menyeronokkan dapat membantu para pelajar mencapai objektif

pembelajaran seperti yang telah dirancang.

Seterusnya, alat bantu mengajar dapat mewujudkan kemahiran komunikasi dua

hala antara guru dan juga pelajar. Alat bantu mengajar yang dibuat oleh guru semasa

sesi pembelajaran dan pengajaran akan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi

serta berkongsi pendapat antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, alat bantu

mengajar yang digunakan oleh guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk

mengemukakan pendapat mereka dan menjurus kepada komunikasi dua hala melalui

proses pertanyaan soalan.

5.2 Huraikan pengalaman mengajar dalam microteaching

Pada tanggal 13 Mac 2019, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar dalam

Pengajaran Makro dan saya mendapat giliran yang ketiga. Saya memilih tajuk Agama

Atau Kepercayaan Membentuk Keperibadian Diri untuk mengajar di dalam kelas ini.
Ilmu yang diperoleh daripada subjek Pengajaran Mikro dan Makro dapat saya

aplikasikan dalam macroteaching ini. Saya dapat menilai sejauh mana saya dapat

menggunakan ilmu yang telah diperoleh.

Macroteaching turut memberi pengalaman kepada saya dalam cara untuk

menguruskan para pelajar. Sebagai contoh, cara untuk saya kekal bersemangat

sepanjang pengajaran di samping memastikan setiap pelajar merasa aura positif tersebut

dan kekal bersama-sama saya. Teknik-teknik penyoalan digunakan untuk menyedarkan

para pelajar yang mungkin telah hilang fokus.

Microteaching juga telah melatih saya untuk menggunakan pendekatan teknologi

dalam pengajaran. Hakikatnya, saya bukanlah seorang guru yang mahir dalam

penggunaan teknologi tetapi dengan adanya kelas microteaching ini menggalakkan saya

untuk menggunakan juga unsur teknologi.

Secara keseluruhannya, microteaching membantu saya dalam melahirkan individu

yang berkehadapan. Hal ini demikian kerana, saya merupakan seorang yang kurang

berkeyakinan. Dengan adanya microteaching mampu meningkatkan keberanian saya

untuk bercakap di hadapan.

5.3 Apakah penambahbaikan yang akan kamu lakukan dalam kelas sebenar?

Penambahbaikan yang boleh diperbaiki adalah kawasan kelas. Semasa aktiviti “three

stay other stray” dijalankan sangat mendapat respon yang positif sehingga kelas sukar

dikawal. Oleh itu, menjadi peranan guru untuk bijak mengawal kelas. Saya akan

memberi ganjaran bagi kumpulan yang lebih memberi perhatian. Namun, saya akan
menarik balik semula ganjaran jika murid tersebut sering menimbulkan maslaah

walaupun telah diberi amaran.

Penambah baikan seterusnya adalah dari segi kawalan masa dalam kelas.

Pengurusan masa guru adalah satu faktor yang sangat penting supaya proses pengajaran

dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Namun perancangan perlu

dirancang secara praktikal untuk situasi sebenar. Perancangan masa yang sistematik

amat perlu bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai dan proses pengajaran dapat

berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.

5.4 Cabaran Semasa Mengajar

Cabaran ketika mengajar ialah dari sudut penyampaian seorang guru. Guru haruslah

kreatif dalam penyampaiannya pelajaran kepada pelajar. Hal ini demikian kerana,

dengan penyampaian yang jelas mampu menarik perhatian pelajar ketika proses

pembelajaran berlaku.

Seterusnya, cabara dari sudut pengawalan kelas. Sebagai guru, kita mesti tahu

cara untuk mengawal kelas dengan baik. Hal ini merupakan perkara yang penting

supaya pelajar boleh terus fokus ketika proses pembelajaran.

6.0 Kesimpulan

Macroteaching merupakan inisiatif yang sangat baik sebagai persediaan para guru sebelum

melangkah ke alam praktikum seterusnya ke dunia pekerjaan yang sebenar. Hal ini demikian

kerana, guru pada masa kini perlu bijak memainkan peranan masing-masing terutamanya dalam

menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan ketika proses PdPc berlangsung.
Ianya bertujuan untuk mengekalkan perhatian murid terhadap topik pembelajaran pada hari itu.

Dengan kepelbagaian aktiviti dan kaedah yang dijalankan serta persediaan Rancangan Pegajaran

Harian (RPH) yang teratur, murid berpeluang merasai pengalaman yang berbeza-bezadan tidak

akan merasa bosan akan sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, kelas

microteaching yang lalu sememangnya memberi banyak input kepada guru pelatih serta dapat

membantu untuk mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi ketika di dalam kelas sebenar

nanti.

8.0 Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Aimi Hafizah Fazillah. (2017). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran koperatif

berasaskan Abad ke-21: Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas.

2-77.

Sri Rahayu Ramlan dan Zawiyah Kosman. (2016). Penggunaan Kad Permainan Bahasa dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Seminar Bahasa Melayu.359-368.


LAMPIRAN 1 : ABM
LAMPIRAN 2

Anda mungkin juga menyukai