Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PERSATUAN SEJARAH

1. PENUBUHAN PERSATUAN

1.1 PENDAHULUAN

Sejarah adalah satu subjek yang telah lama wujud di sekolah. Ia adalah salah satu perkara
berprestasi tinggi di Negara kita. Ia memerlukan penghayatan sejarah yang tinggi serta nilai
dan kebudayaan.

1.2 RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan sejarah. Lantaran
itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya
pelajar-pelajar agar lebih mahir mengenai sejarah dan seterusnya melahirkan cinta akan
sejarah. Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab di sekolah. Mengetahui dan memahami
kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan. Mengetahui
dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli persatuan yang
dipimpin. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan
menilai aktiviti dan kegiatan kelab yang dipimpin. Mempunyai keyakinan diri sebagai
pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan

1.3 MATLAMAT
1. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada subjek sejarah yang mempunyai nilai
sejarah tersendiri. Ia juga dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, fokus dan
mempunyai visi dan misi serta berdisiplin.

2. Pelajar akan mempunyai jiwa untuk menjaga khazanah negara yang berkaitan dengan
sejarah.

3. Pelajar juga dapat memarbatkan sejarah negara.

4. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan
semangat patriotic.

5. Mendedahkan keunikan sejarah dari pelbagai aspek.

6. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan sejarah.


1.4 OBJEKTIF
1. Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memperluaskan dan mendalami
pengetahuan mereka dalam bidang sejarah

2. Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai sejarah.

3. Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan berdisplin.

4. Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.

5. Memberi kesedaran kepada murid supaya menghayati sumbangan dan pengorbanan


yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terbilang.

1.5 TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan


kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.

c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

d. Berkongsi sumber dan peralatan.

e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan

f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-


masing ke peringkat yang lebih tinggi

1.6 PERANCANGAN AKTIVITI

1. Pengajaran dan pembelajaran tentang sejarah Malaysia

2. Latihan dalam kumpulan

3. Pertandingan menyanyi lagu berkaitan dengan Hari Kemerdekaan

4. Pertandingan Kuiz

5. Pertandingan melukis bendera kebangsaan

6. Pertandingan merekacipta poster Hari Kemerdekaan

Lawatan sambil belajar.


2.KEADAH PENUBUHAN PERSATUAN

2.1 LANGKAH LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN

LANGKAH 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada:

a. Pengerusi

b. Naib Pengerusi

c. Setiausaha

d. Bendahari

e. 6-7 Ahli AJK biasa

LANGKAH 2 : Hebahan Umum dan Persetujuan/Mandat dari Warga/Komuniti

AJK Penaja mengadakan Mesyuarat Agung Penajaan/Majlis Pertemuan dengan keseluruhan


pelajar/warga kampus untuk membentangkan hasrat dan mendapat restu persetujuan semua
ahli.

LANGKAH 3: Mendapatkan Kelulusan Pendaftar Kelab/Persatuan

1.Tanggungjawab AJK Penaja sebelum mendapat kelulusan Pendaftar

2.Menyediakan Perlembagaan Kelab/Persatuan –Mengikut nasihat pendaftaran (Boleh


dapatkan contoh dari pendaftar pertsatuan).

3.Mengadakan ‘Mesyuarat Agung Khas - Membentangkan Perlembagaan’ untuk bincang dan


meluluskan perlembagaan KECUALI kalau mesyuarat agung yang lalu telah memberi
mandat/kepercayaan sepenuhnya kepada JK penaja untuk meluluskan perlembagaan itu
maka mesyuarat khas ini tidak perlu dibuat.

Selepas Mendapat Kelulusan

4.AJK Penaja mengadakan Mesyuarat AGUNG

5. Membuat dan mengedar Notis Mesyuarat Agung dan borang cadangan usul.

6.Draf Aktiviti/kegiatan persatuan/kelab

7. Membuat Surat jemputan Mesyuarat Agung kepada semua ahli.

8. Melaksanakan & Mengendali Mesyuarat Agung:

Antara Agenda Mesyuarat:-

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Perkara Berbangkit

4. Melantik JK Persatuan/Kelab (bilangan AJK hendaklah mengikut perlembagaan)

AJK Penaja boleh diganti jika ada persetujuan.

9.Membentang & membaca kandungan perlembagaan untuk maklumat ahli (Sekiranya


terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar)

LANGKAH 4: Melaksana Tanggungjawab sebagai AJK Baru

1. JK persatuan/kelab yang telah dilantik dalam mesyuarat agung perlu mengadakan


Mesyuarat JK secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan usul atau aktiviti yang
telah dirancangkan.

1.1 Contoh Agenda Mesyuarat JK ialah:-

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu

3. Perkara Berbangkit

4.Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir


pada:……………………….

5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan (usul yang telah diluluskan dlm
mesyuarat agung yang lalu).

6. Membincangkan aktiviti tahunan

7. Hal-hal lain

2. Perbincangan perlu diminitkan utuk tujuan rekod dan rujukan tindakan.


2.2 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN
2.3 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN

1. Keanggotaan:- Sebuah ahli jawatankuasa telah dibentuk. Jawatan tersebut ialah


Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli jawatankuasa.

2. Keahlian:- Terbuka kepada semua pelajar

3. Pemilihan AJK induk:- Dipilih pada mesyuarat agong yang pertama. Pelajar yang mendapat
undi terbanyak akan memegang jawatan yang dicalonkan.

4. Tugas-tugas :
Pengerusi : Menjadi pengerusi majlis atau mesyuarat yang diadakan oleh persatuan.
Memastikan setiap AJK menjalankan tugas dan membuat laporan kepada guru penasihat

Setiausaha : Bertanggungjawab menulis minit mesyuarat dan laporan setiap kali


mesyuarat diadakan

Bendahari : Bertanggungjawab menguruskan wang persatuan. Bendahari mestilah


bersikap amanah dan jujur dalam tugasan.

AJK : Ahli jawatankuasa akan dilantik sebagai wakil kelas dan bertanggungjawab
menyampaikan arahan-arahan kepada ahli persatuan

Ahli biasa : Bertanggungjawab melibatkan diri dalam semua aktiviti persatuan

5. Pakaian:- Mesti berpakaian formal (pakaian seragam sekolah atau pakaian sukan yang
dibenarkan)

6. Kehadiran:- Wajib dihadiri pada setiap perjumpaan. Bagi ahli yang tidak hadir akan
dikenakan tindakan

7. Kewangan:- Dikehendaki membayar yuran sebanyak RM1 bagi satu semester. Digunakan
untuk membeli cenderamata bagi pertandingan yang dijalankan.
3.2 LOGO, MOTO DAN LAGU PERSATUAN

LOGO

Sejarah
ku

MOTO
Mengekalkan sejarah Negara dan dunia
VISI
Mengekalkan kecermalangan dengan sejarah.
MISI
Menghasilkan produk yang memperjuangkan sejarah.
LAGU PERSATUAN
Sejarah adalah warisan dunia,
Sejarah membangkit semangat kita,
Sejarah memarbatkan warisan Negara,

Sejarah menjadi ingatan masyarakat,


Sejarah menjadi kebangaan Negara,
Sejarah warisan masyarakat,
Sejarah dihatiku
Mari kita bersama-sama menghayati sejarah,
Tanpa sejarah tak bererti kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai