Anda di halaman 1dari 14

1) Skor Lagu Anak Itik Tok Wi

Skor lagu anak itik tok wi ini mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif,

yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi

kita sejak turun-temurun. Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu

mesej Islam, taat kepada Tuhan, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai

rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak

banyak diselitkan dalam lagu ini.


2)Skor Lagu Bapaku Pulang

Skor lagu Bapaku Pulang menggambarkan suasana pada masa itu gembira, seronok
dan riang. Kanak-kanak tertarik semasa menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan.
Lagu ini menyampaikan mesej berkaitan kekeluargaan dan membawa nilai murni kepada
kanak-kanak.

Lirik Lagu Bapaku Pulang

Bapaku pulang dari kota,

Bapaku belikan kereta,

Kerta kecil warna merah,

Boleh kubawa ke sekolah.

Pon pon pon pon pon pon pon pon,

Kerta kecilku berbunyi,

Marilah adik mari naik,

Boleh kubawa jumpa nenek.


3) Skor Lagu Mula Bersekolah
Lirik Lagu Mula Sekolah

Mula masuk sekolah, dihantar oleh ayah,

Mulanya aku resah, asyik ingatkan rumah,

Bapaku menyerahkan, belaja dengan guru,

Hatiku pun sudah terkenang ibu.

Tetapi masa sekarang, hatiku sungguh riang,

Ku belajar bersungguh, hati pun sudah senang,

Bila penat belajar, cikgu buat kelakar,

Aku geli hati ketawa besar.


4) Skor Lagu Gajah Menari

Lirik Lagu Gajah Menari


Saya seekor gajah di hutan sunyi,
Mencari kawan-kawan sama menari,
Lenggang-lenggang lenggang ke kanan,
Lenggang-lenggang lenggang ke kiri,
Lenggang-lenggang lenggang ke kanan,
Lenggang-lenggang ke kiri bam, bam, bam, bam,
5) Skor Lagu Penjuak Kuih

Lirik Lagu Penjual Kueh


Mari-mari ke mari,
Aku ingin membeli,
Apa di dalam raga,
Cuba tolong buka.
Kuih koci,
Goreng pisang,
Nasi lemak,
Pulut panggang
6) Skor Lagu Rasa Sayang

Skor lagu ini menggambarkan tentang emosi seseorang. Lagu ini sesuai untuk
mengajar kanak-kanak prasekolah untuk menggambar emosi. Lagu boleh membuat
pengerakan semasa menyanyikannya. Lagu ini mempunyai nilai murni berkaitan dengan
kehidupan seharian kita. Oleh itu, lagu ini bersesuaian dengan kanak-kanak untuk melatihkan
diri mereka dalam apa-apa situasi, kita sebagai manusia haruslah bergembira walaupun
mempunyai masalah yang dihadapi.
7) Ingin Jadi Seperti Burung

Lirik Lagu Ingin Jadi seperti Burug


Lihatlah lihatlah di langit biru,
Burung berterbang berkawan-kawan,
Riangnya-riangnya rasa hatiku,
Inginku bersama tinggi di awan.
8)Skor Lagu Hujan Dah Turun
Lirik Lagu Hujan Dah Turun
Tip tap tip tap hujan dah turun,
Tip tap tip tap hujan dah turun,
Tip tap tip tap baju dah basar,
Mari kita ambil payung.
9) Skor Lagu Saya Suka Hati
Lirik Lagu Suka Hati Saya
Bertepuk tangan la la, (tepok tangan 2 kali pada la la)
Bertepuk tangan la la, (tepok tangan 2 kali pada la la)
Bertepuk tangan la la, (tepok tangan 2 kali pada la la)
Saya suka hati.

Hentaklah kaki la la, (hentak kaki 2 kali pada la la)


Hentaklah kaki la la, (hentak kaki 2 kali pada la la)
Hentaklah kaki la la, (hentak kaki 2 kali pada la la)
Saya suka hati.

Petik jari begini, (petik jari 3 kali pada la la)


Petik jari begini, (petik jari 3 kali pada la la)
Petik jari begini, (petik jari 3 kali pada la la)
Saya suka hati.
10) Skor Lagu Tarian Inang

Lirik Lagu Tarian Inang


Mari kita menari, kita menari,
tari inanglah inang, rentaknya inang,
Seni budaya bangsa, budaya bangsa,
Hidup suburlah masa, sepanjang masa.
TUGASAN 3: LAPORAN PERSEMBAHAN KOIR

Melalui kerja kursus Apresiasi Nyanyian Muzik Prasekolah (PRM 3033E) saya telah
diamanahkan untuk melaksanakan persembahan koir. Sebelum melakukan koir didewan
secara langsung, kami telah membuat latihan selama sebulan sebelum melangsungkan koir.
Oleh itu, kami sekelas telah membuat latihan 2 jam setiap minggu. Semasa melakukan latihan
koir, kami di bimbing oleh pensyarah pembimbing. Lagu yang kami persembahankan ialah
Negaruku, Kami Guru Malaysia, Institut Pendidikan Guru dan juga lagu Insitut Bahasa. Kami
telah menyanyikan empat buah lagu.

Semasa persembahan, kami telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan
diikuti dengan empat lagu yang lain. Lagu ini dinyanyikan pada awal majlis. Permulaan
persembahan agak baik kerana cara naik ke pentas serta cara beratur pemain alat muzik
serta para penyanyi adalah kemas dan teratur. Semasa melakukan persembahan, kami ada
menunjukkan unsur-unsur dinamik dan expressi yang baik. Kami sekumpulan telah dapat
memberikan sepenuh penghayatan terhadap lagu yang dinyanyikan dengan baik sekali di
mana para penonoton dapat merasai perasaan yang ingin disampaikan oleh kami.

Susunan dan kedudukan para ahli koir semasa persembahan adalah baik dimana ia
disusun dalam 2 barisan mengikut ketinggian ahli koir. Ini telah dapat memberi peluang
kepada semua penyanyi dapat disaksikan dengan jelas oleh para penonoton yang hadir. Kami
sekumpulan juga dapat dilihat agak yakin semasa memberikan persembahan.

Kesimpulan yang saya dapati dari persembahan kali ini ialah ahli-ahli koir kita perlu
diberi peluang untuk membuat persembahan di luar dewan. Dari pengalaman saya, jika kerap
membuat persembahan akan mempunyai keyakinan diri. Mereka berani berhadapan dengan
orang ramai, senang bekerjasama dengan rakan dan bertanggungjawab. Jika tidak membuat
persembahan, sekurang-kurangnya dapat menyaksikan persembahan koir lain supaya
kami dapat mendengar dan belajar dari orang lain atau persembahan lain.

Anda mungkin juga menyukai