Anda di halaman 1dari 23

Contoh Refleksi Pengajran(Daripada Pensyarah EL B19)

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO


(Ini hanya contoh sahaja, Anda boleh menulis apa saja tentang pengalaman, situasi P&P,
perasaan, kekuatan, kelemahan, masalah, positif atau negative…. dsb.)

1. Kekuatan
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching
ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid
mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh
guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan
sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid
akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-
gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid
lebih hormat kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman
murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang
diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
2. Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching
ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati
masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini
disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan
pengajaran tidak terlalu terjejas.
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru
didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap
penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara
itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga,
guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.
3. Langkah Mengatasi
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah
ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam
kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan
masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru
menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran
hingga tamat.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan
melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat
membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku
murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta.
Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia
menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Refleksi RPH

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN


PENAKSIRAN
TUGASAN 2: REFLEKSI RPH
DISEDIAKAN OLEH:
NOR AZLINA BINTI AMIN
(D20102043060)
013-4746242
SABRINA BINTI IDRIS
(D20102041456)
019-4661054

Penulisan Refleksi.
PENGENALAN
Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi
dianggap
sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih
mahupun
guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang
memperluaskan
konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu
komponen
utama di dalam pendidikan guru.
Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb,
1984).
Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku
guru yang
hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila
berhadapan dengan
bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)
menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah
dilakukan di
dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan
membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses
pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang
dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes
disiplin pelajar-pelajar ataumenulis rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya.
Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki
amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau
kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan
(Dewey, 1933).

Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku
membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi
akan membolehkan
seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses
refleksi yang
dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di dalam
perkembangan
profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk
mengenalpasti
pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa
model
refleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model
Gibbs dan
Model Kitaran Pembelajaran Kolb.
Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) menggariskan beberapa pendekatan
membuat
refleksi. Di antara tahap-tahap refleksi yang dicadangkan di dalam Model Kitaran
Pembelajaran
Kolb ialah:
i. Pengalaman secara konkrit
ii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; dan
iii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru.
Justeru itu model Kitaran Pembelajaran Kolb menyarankan bahawa refleksi di
dalam konteks pendidikan penting untuk membolehkan kita mengetahui tentang pola
tindakan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah. Pendekatan refleksi membolehkan
guru untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat
generalisasi.

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses
penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu
pengajaran dan pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama
penting . Ini bukan sekadar guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai
penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk
pengajaran tertentu agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara
model yang boleh digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL
ASSURE.Model ini mengandungi 6 langkah iaitu` Analyse learner, State
Objective, Select Method,Media,Materials, Utilise media and materials, Require learner
participation danEvaluate and revise’ .
Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran berpandukan setiap
langkah yang dinyatakan dalam Model ASSURE adalah seperti berikut.
1. ANALYSE LEARNER (Analisis pelajar)
Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu
sama lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 4
Amanah di Sekolah Kebangsaan Batu 4,Gerik merupakan murid dari kumpulan yang
sederhana.
Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran),
murid tahun 4 Amanah ini tidak mencapai % kelulusan yang memuaskan. Mereka
kebanyakannya mendapat gred C dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu
pemahaman ,Bahasa Melayu penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada
Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru dijalankan dan agak sukar
untuk mendapatkan gred B dan A.

Dari segi latar belakang ekonomi pula kebanyakan mereka terdiri daripada
anak-anak pekerja kampung, yang kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah,
penjaja kecil, anak-anak askar dan lain-lain . Dari segi aspek kompetensi peringkat
masuk yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid saya ini,
bolehlah saya gambarkan bahawa mereka adalah murid yang sederhana dalam
pembelajaran. Kebanyakan murid tahun 4 Amanah ini tidak mempunyai minat yang
tinggi untuk belajar, namun begitu masih terdapat murid yang agak aktif dan ada
yang mempunyai daya saing di antara rakan mereka apabila sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Murid tahun 4 Amanah juga boleh memberi kerjasama jika tugasan
berkumpulan diberi oleh guru kepada mereka. Mereka juga boleh berinteraksi dengan
guru atau pun kawan-kawan yang lain dengan baik sekiranya diarahkan oleh guru.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa murid saya ini lebih cenderung kepada teknik
pembelajaran yang aktif seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan atau berpasangan.
Secara kesimpulannya dapatlah saya rumuskan bahawa murid tahun 4 Amanah
adalah dalam kumpulan murid yang sederhana kecerdasanya, namun mempunyai
pengetahuan sedia ada yang baik dan mempunyai kecenderungan belajar yang aktif
sekirannya diberikan galakan dan dorongan yang sesuai.
2. STATE OBJECTIVE ( Nyatakan objektif )
Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sains tahun
4 pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Menyiasat Alam Bahan.
Beberapa objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah di akhir pengajaran murid dapat
menyenaraikan berbezaan diantara sifat bahan lut sinar dan lut cahaya. Pemilihan
objektif saya pada kali ini berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format
ABCD iaitu,
A- audience (pelajar sasaran)
B- behavior ( tingkah laku- keupayaan murid )
C- conditions ( keadaan-pencapaian murid)
D- degree (darjah-tahap yang ingin dicapai)

Berpandukan format ABCD ini , saya telah mengsasarkan 4 objektif perlu dicapai
oleh murid 4 Amanah. Murid 4 Amanah mempunyai tingkah laku yang aktif sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran, namun ada juga murid yang slow learner dan
ada juga murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang perlu dipupuk, saya
telah membina beberapa objektif yang mewakili 3 domain iaitu domain kognitif,
domain psikomotor dan domain afektif.
Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada
pengetahuan berkaitan dengan beberapa tahap. Ia disusun mengikut hierarki
(Bloom,1956) iaitu dari pengetahuan yang rendah ke pengetahuan yang lebih tinggi. Ia
boleh dijelaskan seperti tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.Tahap yang saya pilih adalah tahap kefahaman iaitu yang pertama ialah pada
akhir pengajaran dan pembelajaran, murid sekurang- kurangnya dapat mengetahui
perbezaan diantara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya.

Domain psikomotor pula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran


intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain
psikomotor pula adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih
dan menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif
ini amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik darjah.
Objektif bagi domain afektif pula berkaitan dengan membentuk sikap
bekerjasama antara ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir
pengajaran dan pembelajaran murid boleh berbincang dan menulis perkataan dalam
kumpulan, membaca dan menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di
dalam jadul perbezaan sifat bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan
dalam kumpulan.
3. SELECT INSTRUCTIONAL METHODS, MEDIA, MATERIALS (Pilih kaedah,
media dan bahan)
3.1- Memilih kaedah pengajaran.
Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk
belajar dan kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang
boleh diguna pakai oleh guru dalam pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah,
kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi, sumbangsaran,main peranan, simulasi,
mengeksperimen dan banyak lagi.
Bagi saya terdapat beberapa kaedah yang telah saya pilih, bagaimana dan mengapa
saya memilih kaedah pengajaran ini boleh dihuraikan dalam jadual di bawah.

LANGKAH/KAEDAH BAGAIMANA/ PERASAAN MENGAPA


MURID
Set induksi  Guru meminta seorang murid Kaedah ini bertujuan
melihat ikan di dalam sebuah akaurium.
Kaedah perbincangan-  Guru meminta murid mengira untuk guru menilai
bersoal jawab jumlah ikan yang terdapat di dalam pengetahuan sedia ada
akuarium dan menyatakan warna ikan
tersebut.
murid mengenai diri dan
 Murid dapat menjawab soalan tubuh badan mereka.
daripada guru kerana ikan di dalam
akuarium itu dapat dilihat dengan jelas.
 Guru meminta seorang murid Murid dapat merasai
keluar dari kelas dan berdiri dibelakang sendiri keadaan dimana
cermin tingkap.
 Murid di dalam kelas cuba
sesuatu benda itu dapat
melihat muka murid tersebuat sama ada dilihat dengan nyata dan
dapat dilihat dengan jelas ataupun tidak.
dilihat dengan kabur.
 Murid tidak dapat melihat muka
rakan mereka dengan jelas.
 Murid kelihaan dapat memahami
kkonsep jelas dan kabur
 Murid yang mewakili rakan
mereka merasa seronok dapat melihat
ikan-ikan di dalam akuarium.

Langkah 1  Guru menunjukkan carta, Kaedah ini bertujuan


tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar,
Kaedah kuliah bahan lut cahaya dan bahan legap. untuk menilai kefahaman
Kaedah perbincangan-  Guru memilih beberapa orang murid mengenai sifat
murid untuk menjawab soalan yang
bersoal jawab. diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada
bahan lut sinar dan lut
Penggunaan carta dan papan putih. cahaya.
 Murid memilih gambar-gambar
kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru (kad Murid seronok dapat
imbasan) dan dilekatkan di papan putih keluar kehadapan kelas
pada ruangan sifat bahan yang sesuai.
Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya. untuk menampal kad
bergambar yang
diberikan oleh guru.

Langkah 2  Murid menjalankan ujikaji untuk Kaedah ini bertujuan


mengetahui sama ada bahan tersebut lut
Kaedah eksperiment / sinar atau lut cahaya. untuk member
ujikaji  Guru menyediakan jadual penerangan yang jelas
pemerhatian sama ada objek di dalam
Kaedah perbincangan botol dapat dilihat dengan jelas atau
mengenai perbezaan di
kabur. natara bahan lut sinar dan
 Guru meminta murid meletakkan bahan lut cahaya
satu objek di balakang plastik, dan
membuat pemerhatian sama ada objek
dibelakang plastik dapat dilihat dengan
jelas atau kabur.
 Semua pemerhatian dicatatkan.
 Murid dan guru berbincang
tentang pemerhatian yang diperolehi oleh
setiap kumpulan.
 Murid seronok dapat
menjalankan ujikaji di dalam kumpulan
mereka.

Langkah 3  Guru memberikan kertas kosong kepada Kaedah ini bertujuan


murid dan dikehendaki membuat banding
Kaedah perbincangan beza di antara sifat objek lut sinar dan untuk murid memainkan
dan pembentangan hasil sifat objek lut cahaya. peranan masing-masing
 Murid membuat banding beza dengan
kumpulan menggunakan bentuk jadual.
di dalam kumpulan dan
 Murid dikehendaki menyenaraikan berbincang untuk
beberapa jenis objek yang mempunyai menyelesaikan tugasan
sifat lut sinar dan lut cahaya.
 Guru memilih beberapa orang murid dan sepakat memilih
untuk menunjukkan hasil kerja mereka salah seorang ahli
dan membentangkannya di hadapan
kelas. kumpulan untuk
 Murid mempunyai keberanian untuk membuat perbentangan
mencuba. di hadapan kelas.
Langkah 4  Guru memberikan lembaran Kaedah ini adalah untuk
kerja bagi semua murid.
Penilaian  Murid boleh membuat perbincangan
guru membuat penilaian
Kaedah perbincangan- bersama rakan dalam kumpulan mereka. pengajaran pada hari itu.
soal jawab  Guru menyoal semuala isi pelajaran
pada semua murid berdasarkan
pengajaran pada hari ini. Lebih ramai murid
menjawab soalan dengan
betul maka pengajaran
dan pembelajaran
mengenai perkataan
yang diajar berjaya atau
tidak. Jika sebaliknya
guru perlu mengkaji
semula pengajaran
tersebut.

3.2- Select instructional media (memilih media pengajaran)


Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak
dicapai akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada
kali ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk
murid dan juga isi pelajaran yang saya rancangkan.Penjelasan mengenai jenis media
yang dipilih, cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan
seperti dalam jadual di bawah.
LANGKAH / CARA PENGGUNAANNYA TUJUAN PENGGUNAAN
JENIS MEDIA
Set induksi Guru menyuruh murid melihat Ia bertujuan untuk menarik
Menggunakan bahan ikan di dalam akaurium ikan. minat murid dan meransang
maujud yang ada di Murid keluar kelas untuk pemikiran murid buat kali
sekitar bilik darjah/ melihat siapa yang berada diluar pertama untuk berfikir.
makmal sains kelas. (ramalan)

Langkah 1 Guru mempamerkan gambar/ Bertujuan untuk mepamerkan


Tayangan carta yang carta di papan putih dan murid kelainan dari segi persembahan
menujukkan isi membuat latihan membaca bahan bacaan dengan
pelajaraan secara individu dan beramai- penggunaan warna dan kesan
ramai. gambar yang dipamerkan.

Langkah 2 Guru mempamerkan beberapa Ia bertujuan untuk menarik


Kad imbasan (gambar) keping gambar dan bersoal lebih perhatian dan
Kertas mahjung/ kertas jawab dengan murid mencungkil
A4 (jadual perbezaan Murid menampalkan gambar di daya ingatan murid melalui
sifat cahaya) dalam jadual yang disediakan langkah pertama yang telah
dijalankan sebentar tadi.

Langkah 3 Guru mengedarkan bahan-bahan Ia bertujuan untuk menilai


Bahan-bahan eksperiment. gerak kerja berkumpulan murid
eksperimen Murid mencatatkan dan kefahaman mengenai isi
Pen maker dan buku permerhatian mereka dalam pelajaran .
laporan aktiviti. buku laporan.

Langkah 4 Guru mengedarkan lembaran Ia bertujuan untuk aktiviti


Kertas putih (mahjong) petikan pada setiap kumpulan perbincangan dalam kumpulan
Pembantangan hasil dan kad-kad bergambar. m dan permainan . Mereka juga
kumpulan berpeluang memilih dan
menampal di papan putih kad –
kad jawapan.

Penutup
Lembaran kerja Guru memberikan lembaran Murid mengukuhkan
kerja pengetahuan mereka dan
memahami isi pelajaran dengan
lebih jelas.

3.3 - Select instructional materials – pilih bahan pengajaran.


Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan- bahan
maujud dan mudah diperolehi dan selalu digunakan oleh murid bagi aktiviti set induksi
dan ujikaji.Saya juga memilih beberapa bahan yang boleh disentuh seperti kad-kad
jawapan dan papan putih .Murid juga perlu menggunakan bahan bantu belajar yang
lain seperti pen maker , kertas A4 dan ‘blue tape’ untuk aktiviti permainan.

4. REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (Dorong penglibatan murid)


Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan
haruslah menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik
minat murid ialah aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk menyertainya.
Dorongan penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya
buat adalah melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan
dengan ujikaji dan membuat eksperimen pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi
ketiga-tiga langkah ini (Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong penglibatan
murid secara total. Gerak kerja berkumpulan dan aktiviti nyanyian sangat baik untuk
melihat murid bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan
murid dalam kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen.
Ketiga-tiga kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif.
Guru perlu memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun
murid aktif namun kawalan kelas yang baik harus bergerak seiring.

5. EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak)


Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah
dijalankan. Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai pencapaian objektif isi
pelajaran pada hari itu. Guru juga boleh mendapat maklumat mengenai tahap
pencapaian kemahiran murid berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu.
Penilaian dibuat bukan sekadar selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi
penilaian telah saya bina bermula sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa
proses pembelajaran dan sesudah selesai pengajaran.
Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia melibatkat
penilaian secara keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
bermula dari set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya lakukan
adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian
pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3 dan 4 penilaian yang saya
jalankan adalah lebih kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5
penilaian dibuat secara ujian pemahaman bertulis.Segala perkara yang berlaku
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan
pembaikan.

RUMUSAN
Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan
pembelajaran saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai
dan disemak adalah dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap
penglibatan murid.
Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas
melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan
media yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan
pula bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid secara aktif. Saya
membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu penerangan mengenai
sifat bahan iaitu sifat bahan yang berkaitan dengan kebolehan cahaya menembusinya.
Iaitu bahan yang bersifat lut sinar dan bahan yang bersifat lut cahaya. Perbezaan
antara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya juga dapat ditekankan disamping dapat
membezakan setiap jenis bahan dalam kumpulannya.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN : PENGAJARAN MIKRO


SAINS TAHUN 5

TARIKH : 25 Oktober 2011


TAHUN : 5 CEKAL
BILANGAN MURID : 34 orang
MASA : 9.10 – 10.10 Pagi
BIDANG KAJIAN : MENYIASAT ALAM BAHAN
TIF UMUM : Memahami bahawa bentuk bahan dapat berubah dari satu bentuk kepada bentuk
yang lain.
: memahami bahawa kadar penyejatan air bergantung kepada factor yang
mempengaruhi penyejatan.

TIF KHUSUS : Memperihalkan air boleh berubah melalui proses penyejatan iaitu proses
perubahan air daripada cecair menjadi wap air.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian

OBJEKTIF EKSPLISIT/ HASIL PEMBELAJARAN :


1. Di akhir pembelajaran murid-murid dapat menyatakan maksud penyejatan dan
perubahan keadaan yang berlaku dalam proses penyejatan.
2. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 faktor yang mempengaruhi proses penyejatan.

KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KBKK : Memerhati, berkomunikasi dan mentafsir


data
SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI : Minat, bekerjasama daa mensyukuri
nikmat tuhan
GAJAR : Carta bergambar, kad imbasan, bahan maujud dan lembaran kerja

FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN


Orentasi Pengetahuan  Guru memanggil 2 orang murid untuk
sedia Kaedah: Simulasi
/ set ada murid membantu memegang sebatang kayu
induksi untuk dijadikan penyidai. Teknik: Soal
- Murid pernah 2 orang murid lain diminta untuk jawab
(6 minit ) membantu ibu menyidai tuala dengan keadaan yang
menyidai pakaian berbeza. KPS: Memerhati
- Murid menyedari  Guru bersoal jawab dengan murid tentang dan meramal
air di dalam lopak situasi yang ditunjukkan.
air hilang selepas  Guru memberikan situasi Abm: tuala,
beberapa hari a. Cara kain disidai batang kayu
b. Tempat kain disidai
 Guru mengaitkan jawapan murid dengan Nilai : kerjasama
tajuk pengajaran hari ini.
REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO
SAINS TAHUN 5

Pengenalan

Tajuk pengajaran mikro yang saya pilih adalah Menyiasat Alam Bahan, iaitu
proses dan kadar penyejatan bagi cecair. Pengajaran mikro ini dijalankan di dalam kelas
yang kedua, iaitu bagi kelas berkebolehan sederhana. Semasa proses pengajaran
dijalankan, semua murid telah memberikan respon dan kerjasama yang baik. Murid
dilihat bersemangat dan teruja untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Dalam
pengajaran mikro ini, saya memilih fasa set induksi atau orentasi yang mengambil masa
selama 8 minit untuk dinilai.

Setelah melihat semula video pengajaran dan rancangan pengajaran yang saya
sediakan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran yang
telah saya jalankan. Antara kelebihan yang dapat saya kesan ialah, penerangan guru yang
jelas dan mantap. Fasa orentasi memerlukan penerangan yang jelas agar murid dapat
memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Jika fasa ini dapat
menarik minat murid sudah pasti murid dapat mengikuti pelajaran yang seterusnya
dengan baik dan penuh minat. Guru juga mempunyai kelebihan dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan biasa dengan kehidupan harian
murid. Oleh itu, murid dengan mudah dapat memahami situasi yang ditunjukkan. Murid
dengan mudah memahami tajuk pengajaran kerana telah biasa dengan situasi yang
ditunjukkan oleh guru. Guru menyelitkan isi pelajaran iaitu mengenalpasti pembolehubah
dalam fasa ini. Semasa menjalankan aktiviti murid lebih mudah untuk mengenlpasti
pembolehubah. Jika pembolehubah dapat dikesan diawal pembelajaran, maka proses
pengajaran seterusnya menjadi lebih mudah.

Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam fasa


pengajaran ini. Antaranya yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan dengan bahan bantu
mengajar yang digunakan, iaitu tuala yang digunakan tidak mempunyai warna yang sama,
lebih baik jika guru menggunakan warna tuala yang sama. Ini kerana, ada murid yang
akan bertanya adakah warna tidak mempengaruhi kadar sejatan. Warna yang lebih gelap
lebih banyak menyerap cahaya matahari. Sedangkan bagi proses penyejatan ini, kadar
penyejatan tidak dipengaruhi oleh warna kain. Hal ini boleh menimbulkan tanda tanya
kepada murid-murid. Kelemahan lain ialah guru menggunakan tuala yang kering. Lebih
baik jika guru menggunakan tuala basah yang sebenarnya. Di akhir pembelajaran, guru
boleh menggunakan semula tuala tersebut untuk dijadikan bahan pengajaran iaitu
membuat kesimpulan. Murid dapat merasai situasi sebenar dengan menggunakan tuala
basah. Guru hanya memberikan satu contoh proses penyejatan dalam kehidupan seharian
murid. Sedangkan guru boleh menggunakan lebih banyak situasi proses penyejatan yang
berlaku dalam kehidupan seharian. Contohnya, mengapa lopak air kering, mengapa air
banjir boleh surut dan lain-lain lagi. Kelemahan lain ialah guru menggunakan istilah yang
berbeza-beza, yang boleh mengganggu pemahaman murid. Istilah pengeringan dan
penyejatan perlu dibezakan dan dinyatakan difinisinya dengan lebih jelas.Dalam fasa ini
juga guru telah memasuki fasa pencetusan idea iaitu dengan menerangkan faktor yang
mempengaruhi penyejatan. Sepatutnya, guru hanya menerangkan tentang tajuk awal
pengajaran iaitu penyejatan dan maksud penyejatan. Pengajaran yang terlalu cepat dan
banyak isi pelajaran akan membuatkan murid kurang faham dan tidak dapat mengingat
tentang faktor yang terlibat dalam proses penyejatan. Murid akan rasa terbeban untuk
mengingati 3 faktor dalam masa yang singkat.

Langkah mengatasi telah difikirkan untuk menambahbaik fasa ini. Bagi


kelemahan pertama, saya akan menggunakan 2 kain tuala yang sama warna dan
dilabelkan dengan label A dan B.Ini membantu murid mengesan pembolehubah yang lebih
tepat. Tuala itu juga akan dibasahkan agar aktiviti menjadi lebih jelas. Di akhir P&P,
pemerhatian dapat dibuat iaitu tuala mana yang lebih cepat kering berdasarkan faktor luas
permukaan. Murid juga melakukan aktiviti diluar bilik darjah dengan menyidai tuala di
tepi pagar sekolah. Pemerhatian masih boleh dibuat selepas waktu P&P, iaitu di akhir sesi
persekolahan pada hari tersebut untuk melihat hasil aktiviti. Murid akan merasa lebih
seronok dan bersemangat untuk melihat hasil aktiviti mereka. Bagi mengatasi kelemahan
guru yang hanya memberi satu sitausi proses penyejatan ini, guru seharusnya lebih
bersedia dan mencari pelbagai idea yang sepatutnya untuk memberikan contoh-contoh lain
yang bersesuaian dengan tajuk ini. Guru juga boleh bertanya dan meminta pendapat
murid tentang proses penyejatan yang murid tahu untuk dikongsi bersama rakan-rakan
lain. Begitu juga dengan kesalahan penggunaan istilah, guru harus lebih peka dan teliti
dengan istilah yang digunakan. Jika guru sedar kesilapan yang dilakukan pada masa P&P
berjalan, guru seharusnya terus menerangkan dengan jelas perbezaan istilah yang
digunakan, contohnya penyejatan dengan pengeringan. Akhirnya, perancangan perlulah
lebih teliti dalam sesuatu fasa yang dirancangkan agar P&P berjalan dengan baik, lancar
dan dapat mencapi objektif.

Kesimpulan yang boleh saya katakan dalam fasa set induksi ini ialah, ianya
berjaya menarik minat murid untuk belajar. Adanya aktiviti di hadapan kelas
membuatkan murid bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengetahui tajuk P&P
hari ini. Kerjasama dan respon murid menunjukkan murid faham dan mendengar setiap
maklumat yang disampaikan oleh guru. Bagi pengajaran selama 30 minit, aktiviti tersebut
terlalu mengambil masa, tetapi jika pengajaran selama 60 minit, ianya lebih sesuai. Saya
akan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajaran ini agar ianya menjadi
lebih bermakna dan dapat membantu murid mengetahui konsep dan isi pelajaran yang
ingin saya sampaikan. Secara keseluruhan saya simpulkan bahawa set induksi ini berjaya
menarik perhatian murid terutama bagi murid kelas sederhana ini tetapi perlu dimurnikan
supaya lebih baik dan berkesan.

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
TAJUK
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

KUMPULAN
EL-A 18
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NOR AZLINA BINTI AMIN D20102043060 013-4746242
05-7962736

NAMA TUTOR E-LEARNING:


PROFESOR DR. KANTHASAMY A/L NALLUSAMY

TARIKH SERAH: 15 DISEMBER 2011


REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
Pengenalan
Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran makro yang melibatkan murid
tahun 5 Yakin seramai 33 orang. Walaupun pada asalnya bilangan murid seramai
43 orang disebabkan beberapa orang murid terlibat dengan latihan koir sekolah
maka 10 orang murid tiada di dalam kelas. Murid-murid di dalam kelas ini adalah
terdiri daripada murid yang beraras cerdas dan sederhana. Saya menjalankan
pengajaran matapelajaran Sains untuk pengajaran makro ini.
Tajuk pengajaran yang saya pilih ialah Menyiasat Dunia dan Teknologi.
Hasil pengajaran adalah mengetahui faktor yang mempengaruhi kestabilan
struktur. Saya menetapkan tiga objektif pembelajaran iaitu objektif mata pelajaran,
objektif saintifik dan objektif berkaitan kemahiran manipulatif sains. Saya telah
menyediakan beberapa bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan menjalankan
pengajaran mengikut rancangan pengajaran yang dirancang lebih awal.
Pengajaran makro ini telah dijalankan selama 30 minit di dalam makmal bagi
memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan.
Kebaikan
Dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan ini, beberapa kekuatan
atau kebaikan dapat dikesan. Antaranya ialah guru merancang set induksi yang
menarik minat murid untuk meneruskan pengajaran. Ia juga melibatkan
keseluruhan kelas iaitu semua murid berdiri dengan sebelah kaki dan dua belah
kaki untuk merasai situasi yang dikehendaki. Ia juga dapat merangsang minda
murid untuk mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Guru
menekankan tentang difinisi kestabilan bagi memudahkan murid mengikuti isi
pelajaran yang seterusnya.
Penerangan guru jelas dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penerangan
dan intonasi guru yang jelas dapat membantu murid memahami apa yang
disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan. Guru sentiasa memastikan semua
murid dapat mendengar dan melihat dengan jelas bahan yang ditunjukkan semasa
P&P. Guru juga peka terhadap murid dengan memberikan bantuan dan tunjuk ajar
dalam memahami sesuatu konsep. Contohnya, guru memberikan tunju cara
kepada murid untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.
Bahan bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian. Terdapat
beberapa alat bantu mengajar yang menarik minat murid seperti basikal yang
jarang dilihat oleh murid. Alat bantu mengajar yang fleksibal dan menjimatkan
masa seperti carta dan kad bergambar membantu proses P&P berjalan lebih
lancar tanpa perlu mengambil masa untuk menulis nota di papan putih dan
melukis gambar. Murid juga melakukan pergerakkan ke hadapan kelas untuk
menampal kad bergambar. Aktiviti ini dirancang bagi menghilangkan rasa tegang
dengan hanya duduk di kerusi mereka.
Guru merancang aktiviti berkumpulan yang sesuai bagi membolehkan
murid merasai dan melihat sendiri faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur.
Aktiviti seumpama itu dapat membuatkan murid lebih faham dan mudah untuk
mengingati isi pelajaran iaitu faktor yang mempengaruhi kestabilan. Guru
memberikan tunjuk ajar disetiap kumpulan bagi memastikan murid dapat
menjalankan aktiviti dengan betul. Aktiviti ini juga dapat menjana minda murid
dengan melakukan aktiviti berdasarkan kad tugasan yang diberi. Kad tugasan
memuatkan arahan yang jelas bagi membolehkan murid membuat aktiviti dengan
baik. Murid juga dapat membaca dan memahami arahan dengan baik.
Aktiviti berkumpulan yang dijalankan dapat melibatkan semua murid. Ini
mendorong murid untuk melibatkan diri dengan aktif sepanjang pengajaran
dijalankan. Saya dapat melihat semua murid berusaha untuk mencuba aktiviti
yang disediakan secara sukarela. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan komunikasi
antara rakan kerana mereka perlu berbincang untuk menjalankan aktiviti dengan
betul. Melalui aktiviti ini juga , saya dapat melihat beberapa nilai murni yang
ditonjolkan oleh murid seperti semangat kerjasama, bertimbangrasa,
bertanggungjawab dan bertoleransi. Setelah aktiviti selesai dijalankan, semua
murid menunjukkan sikap yang positif dan meluahkan perasaan gembira.
Suasana pembelajaran kelihatan ceria dan memberangsangkan.
Pembentangan hasil aktivti yang dijalanakan dapat membantu murid
mempunyai daya keberanian untuk bercakap dikhalayak ramai. Murid akan
mempunyai rasa tanggungjawab dan berkebolehan untuk menerangkan kepada
rakan-rakan hasil dapatan mereka.
Dalam fasa aplikasi idea guru menekankan aspek penting dalam kemahiran
proses sains iaitu mengenal pasti pemboleh ubah. Aspek ini sangat penting dan
guru berjaya menyampaikan dengan menjawab soalan yang bersesuaian dengan
aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Guru sentiasa memberikan bimbingan
kepada murid untuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan.
Guru juga merupakan seorang yang ada mempunyai unsur kecindan, tidak
terlalu garang atau menunjukkan rasa marah jika murid tidak dapat menjawab
soalan, guru turut memberikan penghargaan dan galakan seperti memberikan
tepukan, kata-kata pujian dan ganjaran (gula-gula) kepada murid yang dapat
menjawab soalan dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan hubungan antara
murid dengan guru dan murid akan meresa selesa untuk bertanya atau berkongsi
idea bersama guru mereka. Saya dapat mengaplikasikan kemahiran memperkukuh
sepanjang pengajaran dijalankan. Kemahiran pengukuhan atau peneguhan
merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi jawapan
yang betul. Dalam keadaan ini guru memberi pujian kepada murid itu sebagai
pengukuhan tingkah laku .Saya yakin dengan menggunakan kemahiran ini dapat
memberi galakan kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran.
Memberi pengukuhan kepada murid juga dapat memupuk semangat
keyakinan untuk murid yang mewujudkan tingkah laku positif. Ia juga dapat
membantu memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif
yang timbul. Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila saya menjalankan aktiviti
semua murid berusaha untuk memilih jawapan yang betul untuk mendapat pujian
tersebut. Bagi murid yang belum menerima pengukuhan juga sentiasa berusaha
menunjukkan tingkah laku yang baik .Situasi ini menjadikan disiplin kelas
bertambah baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
lancar dan berkesan. Murid yang telah menerima pengukuhan merasa usahanya
telah dihargai dan semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya semakin
bertambah. Perhubungan diantara saya dengan murid juga bertambah mesra dan
aktiviti pengajaran saya menjadi proses pengajaran dan pembelajaran yang
digemari oleh murid.
Akhir sekali, satu lagi kebaikan yang dapat dikesan ialah guru tidak lupa
untuk bertanyakan semua rumusan pelajaran pada hari itu dengan bertanyakan
semula isi pelajaran yang disampaikan. Kebolehan murid merumuskan semula isi
pelajaran dapat menguji kejayaan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Rumusan oleh guru juga penting untuk memantapkan pengetahuan murid tentang
apa yang telah dipelajari.

Kelemahan
Setiap guru tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan mempunyai
kelemahan dalam pengajarannya. Saya turut menyedari kelemahan yang terdapat
dalam pengajaran makro ini menerusi penyediaan ringkasan mengajar dan
tayangan semula video rakaman. Beberapa kelemahan saya ialah alat bantu
mengajar yang saya gunakan untuk aktiviti berkumpulan kurang menggunakan
radas sains yang sebenar. Seharusnya saya boleh menggunakan radas sains
seperti kelalang kon, bentuk-bentuk bongkah kayu dan bikar yang pelbagai saiz.
Ini dapat membantu murid mendekatkan diri dengan peralatan sains.
Pada fasa set induksi juga saya rasakan adalah lebih baik jika saya
memanggil seorang murid sahaja untuk melakukan aktiviti berdiri sebelah kaki
dan dua belah kaki supaya murid-murid lain lebih jelas dengan situasi yang ingin
disampaikan. Arahan kurang jelas menyukarkan murid melakukan aktiviti yang
diingini oleh guru. Murid juga boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk
membina konsep yang baru dengan lebih mudah. Saya dapati set induksi dalam
pengajaran makro yang saya rancangkan tidak menarik. Ia juga tidak mencabar
minda murid dan kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Saya juga tidak
dapat meyediakan alat bantu mengajar dalam fasa ini yang boleh menarik
perhatian murid dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada murid.
Pada fasa penstrukturan semula idea, di mana aktiviti kumpulan dijalankan
adalah lebih baik ia dibuat dalam sistem stesen. Ini kerana setiap kumpulan akan
melakukan aktiviti yang berbeza iaitu 4 aktiviti dapat di lakukan untuk
mengukuhkan pemahaman mereka tentang konsep yang disampaikan. Kad
tugasan jelas tetapi kurang menarik. Guru lupa menyediakan borang pemerhatian
untuk murid mencatatkan hasil aktiviti mereka. Murid tidak membentangkan hasil
kumpulan di hadapan kelas, tetapi hanya menunjukkan semula di dalam kumpulan
masing-masing.
Kelemahan yang seterusnya di dalam fasa aplikasi idea dimana aktiviti
permainan tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa untuk membawa murid
ke luar kelas. Makmal dirasakan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti
permainan tersebut kerana berbasikal memerlukan tempat yang lebih luas. Guru
juga tidak membincangkan tentang aplikasi kestabilan struktur dalam kehidupan
seharian murid. Seharusnya pada fasa ini, guru meminta pendapat murid tentang
perkaitan kestabilan struktur dengan situasi yang sebenar.
Guru yang baik seharusnya dapat memastikan pengurusan masa yang
sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan baik
dan tidak bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pengurusan masa saya
juga tidak terlalu memuaskan dan perlu difikirkan semula supaya dapat
melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan mencapai objektif yang
dirancang.

Langkah mengatasi kelemahan


Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran makro yang telah saya
jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah menyediakan set induksi
yang lebih menarik semasa permulaan pengajaran. Saya perlu menyediakan
suatu aktiviti yang luar biasa untuk membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk
meneroka ilmu seterusnya. Dalam set induksi juga terdapat empat jenis
komponen iaitu untuk menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat
perkaitan dan menstruktur. Aktiviti pengajaran dalam set induksi hendaklah
dirancang berdasarkan komponen-komponen tersebut disamping penyediaan
alat bantu mengajar yang lebih relevan untuk menjamin keberkesanan aktiviti
dalam permulaan pengajaran.
Banyak bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan lebih baik boleh
saya gunakan dalam pengajaran saya untuk tajuk ini. Dalam aktiviti yang
dijalankan seharusnya saya dapat menggunakan pelbagai radas sains untuk
memperkembangkan pengetahuan murid dalam mengenali radas-radas Sains.
Antaranya yang boleh saya gunakan ialah kelalang kon, bikar dan lain-lain
peralatan yang sesuai.
Untuk memperbaiki kad tugasan saya yang kurang menarik, saya
seharusnya menggunakan teknologi komputer untuk menghasilkan kad tugasan
yang lebih baik. Kad tugasan itu juga boleh dilengkapi terus dengan borang
pemerhatian setiap kumpulan untuk menjawab hasil aktiviti mereka.
Pembentangan yang dijalankan di hadapan kelas seharusnya dilaksanakan. Guru
boleh menyediakan sebuah meja dihadapan kelas untuk diletakkan bahan yang
digunakan dan menunjukkan cara aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap
kumpulan. Murid lain dapat melihat dan memberi komen yang lebih membina
dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Penambahbaikan lain yang boleh saya lakukan ialah memastikan masa
untuk melaksanakan sesuatu fasa dilakukan dengan baik. Contohnya, aktiviti
permainan yang tidak dapat dijalankan memerlukan masa yang lebih untuk
mambawa murid keluar dari kelas dan tempat yang lebih sesuai. Murid
sememangnya teruja untuk menaiki basikal tersebut tetapi saya lebih menitik
beratkan faktor keselamatan murid. Jika masa mencukupi saya akan membawa
murid ke padang sekolah untuk mencuba menaiki basikal tersebut dengan
kawalan guru. Ini dapat memberikan kesan positif apabila murid gembira dan
terkenang aktiviti yang mereka lakukan. Untuk itu saya akan memastikan aktiviti
yang dirancang bersesuaian dengan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.
Saya juga perlu menguasai teknik menyoal supaya aras soalan sesuai
dengan murid, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti soal
jawab juga, perhubungan guru dan murid dapat dijalin dengan baik. Saya akan
cuba menyoal setiap orang murid secara keseluruhan kelas supaya semua murid
sentiasa bersedia dan menyediakan jawapan bagi soalan yang saya kemukakan.
Setiap murid perlu diberikan peluang dan masa untuk memikirkan jawapan yang
dikehendaki oleh guru.

Kesimpulan
Refleksi pengajaran makro yang dibuat dapat menilai kekuatan dan
kelamahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya
juga dapat meneliti setiap fasa pengajaran dengan cara yang lebih sistematik dan
mendapatkan maklumbalas dengan segera untuk memperbaiki kelemahan yang
ada. Guru yang bijak dan dedikasi seharusnya memikirkan cara yang terbaik
untuk proses pengajaran dan pembelajarannya. Murid adalah pelanggan yang
perlu diutamakan. Refleksi yang dibuat akan memperlihatkan kelabihan dan
kekurangan guru dalam pengajarannnya. Langkah memperbaiki kelemahan perlu
dilaksanakan bukan sekadar membiarkannya sahaja tanpa mengambil tindakan
yang sewajarnya.
Bagi saya yang mengajar untuk tiga kelas tahun 5 akan memastikan
kesilapan tidak berulang untuk mengajar topik yang sama di kelas yang lain.
Penambahbaikkan perlu dilakukan. Itulah tugas guru dalam menempuh arus
perjuangan mendidik anak bangsa. Guru perlu sentiasa peka, sedia dan
menanamkan sikap untuk membuat yang terbaik. Jika kita dapat membuat yang
terbaik, kejayaan anak didik akan menjamin kepuasan guru dalam kerjayanya.
Setelah meneliti video pengajaran dan rancangan pengajaran yang saya
sediakan, saya dapati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
adalah berjaya dan mencapai objektif. Walaubagaimanapun penambahbaikkan
perlu dijalankan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Bagi saya,
perkara utama adalah persediaan guru, teknik pengajaran dan bahan bantu
mengajar yang sesuai dapat membantu guru dan murid memahami isi pelajaran
dengan lebih baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai