Anda di halaman 1dari 1

Penglibatan Kungfu dalam masyarakat Cina

Kungfu adalah seni mempertahankan diri yang sering dipelajari oleh masyarakat cina
yang lalu. Namun, kungfu dikatakan tidak sehebat seni mempertahankan diri
masyarakat kini. Walaupun demikian, kungfu tetap menyumbangkan kepada
masyarakat Cina kini. Banyak kegiatan masyarakat Cina melibatkan kungfu, sebagai
contoh Tarian Singa, Tarian Naga, Gendang Cina dan Wushu. Taichi, merupakan
suatu cabang daripada kungfu China, sering diamalkan bertujuan menjamin kesihatan
diri.

Tarian singa melibatkan elemen kungfu kerana ia memerlukan stamina sama sekali
kemahiran yang mantap. Oleh itu, asas kungfu dipelajari oleh penari Singa untuk
membantu mereka memantapkan kemahirannya. Hal ini adalah sama bagi Tarian
Naga dan Gendang Cina. Wushu merupakan seni mempertahankan diri yang sering
dipelajari oleh masyarakat Cina kini. Wushu bukan sahaja untuk mempertahankan diri,
tetapi lebih dipelajari untuk tujuan persembahan.

Anda mungkin juga menyukai