Anda di halaman 1dari 5

Apa itu Saka??

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain
sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala
hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek
moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang
tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya
(seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada
perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan,
maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy.
Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga
rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap
keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah
tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun.
Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi
tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu
akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau
dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka
akan mendampingi keluarga tersebut.

Sensasi:so disini,ada kalanya kata keluarga mangsa,saka telah dibuang,namun munkin ada lagi anak pinak jin
saka yang masih hidup dan masih berdampingan,jadi disini,sekiranya pernah ada history keluarga membela
saka,haruslah lebih berhati-hati, sentiasa lindungi diri dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran,baca yassin atau
pasangkan rakaman bacaan yassin dirumah,buangkan barang pusaka yang diwarisi dari nenek moyang
cthnya,barang kemas,kain,keris...

Pewarisan saka secara sedar atau tidak,apakah tanda-


tanda nya?
Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat
kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu,
menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb),
yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu
tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.
Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg
menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek
moyang/ jin keturunan.

Mereka yang menjadi Sasaran Saka (antara punca-


puncanya,mungkin salah satu)
• Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
• Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan
agama.
• Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat
dan puasa.
• Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin
dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya
disesatkan.
• Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan
memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
• Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai
oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah
orang mengantuk disorongkan bantal.

• Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan


pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara
yang mencabar syariat Allah s.w.t.
Tanda Seseorang itu mempunyai Saka
Gejala pada waktu tidur:

• Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah


payah.
• Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan
takut.
• Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu
yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan,
malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan
'kena tindih'.
• Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
• Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala,
tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan
petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
• Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
• Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
• Berdiri dan berjalan ketika tidur.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
• Mimpi berada di tempat sunyi.

• Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang


menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

Proses Pemindahan Saka /Pewarisan Saka


Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian
tuan punya saka tersebut:

• Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya


mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang
berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin
bukannya seperti manusia.

• Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas


dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus
talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah
tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang
ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

• Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu


sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan
berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi
tertentu yang diambil dari si mati.
• Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila

anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana


barang tinggalan si mati.<--perkara ini yang
sering berlaku kepada pewaris yang tidak menyedari
hal ini,menyimpan barang pusaka,tanpa sedar telah
mewarisi saka..oleh itu,sekiranya ada barang yang
diragui bawalah berjumpa ustaz dan org yang lebih
arif...Jangan ke bomoh siam,sebab apa,syirik
tau,dah tue mungkin lagi byk jin berdamping
karang...Mintak dijauhkan ..amin
• Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara
pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan
kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan
kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
• Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal
bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.

Sensasi:Jin dijadikan pendamping ,pembantu atau penjaga manusia pada zaman dahulu dan
diwariskan kepada warisnya dipanggil saka..namun menyimpan Saka adalah satu dosa
besar,Syirik..kerana dikatakan meminta pertolongan dari benda lain Selain Allah SWT

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan


di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:

Ertinya:

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta


perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu
menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang


perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka
yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah
dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah
dan penderitaan kepada keturunannya.

P/s:yang sensasi seram tue dgr cerita,ada cerita yang mengatakan kdg2 si pemilik/pewaris
saka yang sakit sebab nak meninggal dunia,tetiba makan melahap dengan cara yang paling
pelik,rupanya si pemilik dah meninggal,tp yang masih di dalam jasad itu adalah saka..oh
seramnyerrrr...pendek kata hampir sebijik mcm dalam Filem "Jangan Pandang Belakang" bila
nenek dia makan melahap kat dapur..oh no..