Anda di halaman 1dari 1

PEGAWAI POLIS DI SEKOLAH LANGKAH PRO-AKTIF TANGANI ISU DISIPLIN

Gambar : Sekadar Hiasan….Arkib SKS3 Januari 2017…..Pelancaran Jom ke Sekolah dan Sifar Ponteng

di SK Serom 3

TANGKAK: Polis Diraja Malaysia (PDRM), sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah
disiplin, mahupun jenayah dalam kalangan pelajar dengan menempatkan pegawai mereka di setiap sekolah.

“Pihak Polis sudah mula menempatkan PPS (Pegawai Perhubungan Sekolah) di setiap sekolah sejak 2016, di
mana seorang atau dua di sekolah rendah dan dua orang di sekolah menengah.

Katanya, melalui PPS ini, Polis juga akan dapat mengesan sebarang salah-laku, masalah disiplin atau elemen
kegiatan jenayah dikesan sebelum tindakan segera diambil.

Tindakan itu juga dapat menjamin keselamatan anak mereka selain dapat mengelakkan berlakunya kegiatan
jenayah di sekolah.

“Saya rasa program PPS ini sangat bagus sebab dapat memastikan segalanya terkawal dari segi disiplin anak di
sekolah selain keselamatan anak-anak kami,” kata En Azhar bin Abu Bakar , YDP PIBG SK Serom 3.

Ibu kepada seorang lagi murid, Pn. , berkata dengan kehadiran pegawai polis, dia yakin keselamatan anaknya
lebih terjamin dan anak-anak akan merasa lebih selamat.

Anda mungkin juga menyukai