Anda di halaman 1dari 4

CATATAN PROGRAM

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

PPD Marang

Pengerusi BSMM Daerah Marang Tahun 2019

AJK BSMM Daerah Marang Tahun 2019

Pengetua SMK Bukit Sawa

Jemaah Hakim Kuiz Palang Merah & PCA

Guru-Guru BSMM Daerah Marang Tahun 2019

Semua Yang Trlibat Secara Langsung Mahupun Tidak Langsung

Pertandingan Kuiz Pendidikan Palang Merah & PCA Daerah Marang Tahun 2019
Laman Blog: https://bsmm-marang.blogspot.com/
PERTANDINGAN
KUIZ PENDIDIKAN PALANG MERAH &
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA DAN
PERTOLONGAN CEMAS ASA [PCA]

Peringkat Daerah Marang Tahun 2019

Tarikh:

23 April 2019 / SELASA


Tempat:

SMK Bukit Sawa, Marang, Terengganu

Perasmian Penutup:

Tn Hj Mohamad Nawawi bin Rani


Pegawai Pendidikan Daerah Marang

Pertandingan Kuiz Pendidikan Palang Merah & PCA Daerah Marang Tahun 2019
Laman Blog: https://bsmm-marang.blogspot.com/
LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia


Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lyrics: Tan Sri Dato’ Dol Ramli


Song: Dato’ Johari Salleh

ATURCARA PENUTUP:

1:45 ptg : Kehadiran Peserta dan Guru-Guru Pengiring ke Dewan SMK


Bukit Sawa
2:00 ptg :  Perarakan Masuk VVIP,
 Pengerusi BSMM Daerah
 AJK BSMM Daerah
2:15 ptg : Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis
2:30 ptg : Ucapan Pengerusi BSMM Daerah
2:45 ptg : Ucapan & Perasmian Penutup
Oleh: Tuan PPD Marang
3:00 ptg Penyampaian Hadiah
3:30 ptg : Bersurai

Pertandingan Kuiz Pendidikan Palang Merah & PCA Daerah Marang Tahun 2019
Laman Blog: https://bsmm-marang.blogspot.com/
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan
untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang
bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun
tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang
minimum.

OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS

 Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara


selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan
pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali
latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang
perlu perhatian istimewa.

 Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya
dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan
pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan
atau kepanasan atau keadaan yang basah.

 Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti


keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah
dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga
bantuan sampai.

 Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat
bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan
luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut
mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia
sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh
dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat
melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah
pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.

Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa


Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia.
Walaupun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi
persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-
undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang
tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.

Pertandingan Kuiz Pendidikan Palang Merah & PCA Daerah Marang Tahun 2019
Laman Blog: https://bsmm-marang.blogspot.com/