Anda di halaman 1dari 2

TEKS DOA PELANCARAN NIILAM DAN VLE-FROG

Wahai Tuhan kami, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Mu


kerana telah mengizinkan kami untuk berkumpul dalam Majlis
Pelancaran Program NILAM dan VLE-Frog pada pagi ini. Kami memohon
kepada Mu, semoga Program ini akan berjalan dengan lancar dan
seterusnya mencapai objektif yang telah digariskan di bawah rahmat,
iradah dan inayah Mu

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami sifat rajin membaca


kerana dengannya kami akan memperolehi ilmu pengetahuan. Dan
dengan ilmu kami akan dapat membaiki diri kami, dapat memilih jalan
yang betul dan dapat mengabdikan diri kepada Mu dengan cara yang
lebih baik.

Wahai Tuhan kami bukakanlah kepada kami pintu kebijaksanaan,


kurniakanlah kepada kami kefahaman para anbiya. Tunjukkanlah
kepada kami jalan yang benar serta berilah kekuatan untuk
mengikutinya, Tunjukkanlah juga kepada kami jalan yang salah serta
berilah kekuatan untuk menjauhinya….

Anda mungkin juga menyukai