Anda di halaman 1dari 1

Inkuiri

Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka


untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah
mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan
soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu
pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang
membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi)
bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima
fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri


Keterangan model inkuiri:
Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan
atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan
bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan
ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran
seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang
kejadian yang dilihat atau alami.
Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru
dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini
murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis
maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan.
Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk
pemahaman mengenainya.
Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan
yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur
caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana
proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang
kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.

Anda mungkin juga menyukai