Anda di halaman 1dari 10

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Bercerita Tahap II

Peringkat Zon Tanjung Alan 2019

1. *semua audiens Dari Tubau pergi ke Pandan,


berada di tempat Di tengah jalan membeli manggis,
masing-masing Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,

Salam perpaduan,Salam Sejahtera.

2. Kata- kata aluan Yang Dihormati , Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana,
Guru-Guru Pengiring, AJK Pelaksana, Para Peserta
serta Warga dewan Yang Di Kasihi Sekalian.

3. Rasa Syukur Alhamdulillah.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya
dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis pada
pagi ini iaitu Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah
Tahap II Peringkat Daerah Sebauh bagi tahun 2016.
Selamat datang diucapkan.

4. Perkenalkan Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum pertandingan


hakim bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan panel
hakim pertandingan.

Yang pertama, Puan Erin Anak Chawong, Jurulatih


Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) Bahasa Malaysia
Sekolah Menengah selaku Ketua Hakim.

Panel hakim yang kedua pula ialah Puan Feizlina Bt


Talip, Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+)
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan panel hakim
yang ketiga ialah En. Bryan Anak Kerol, Pegawai Khas
Kurikulum Fasilinus Bahasa Malaysia. Ketiga-tiga
mereka adalah dari PPD Sebauh, manakala Cik ....dari
SK Bukit Balai bertindak sebagai Penjaga Masa.
Adalah dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah
muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

5. Pelaksanaan Saya akan menerangkan serba ringkas tentang


pertandingan pelaksanaan pertandingan pada hari ini. Pertandingan
ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
bahagian 1 yang melibatkan cerita berpandukan bahan
sumber, manakala bahagian 2 melibatkan bercerita
secara spontan berpandukan bahan rangsangan.

6. Taklimat Ketua Seterusnya, majlis menjemput Ketua Hakim untuk


Hakim memberi taklimat ringkas tentang pertandingan.
Dipersilakan.

Terima kasih atas taklimat yang disampaikan.


Diharapkan agar para peserta dapat mematuhi segala
syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Mula Pertandingan Hadirin yang dihormati sekalian,


Bahagian 1. Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap II akan
Peserta pertama dimulakan dengan Pertandingan Bahagian 1. Majlis
mempersilakan peserta pertama iaitu
Adik....................................................
Dari sekolah..........................................................
Dipersilakan.

Peserta kedua Demikian sudah persembahan yang penuh semangat


disampaikan oleh peserta pertama.

Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua iaitu


Adik.................................................
Dari sekolah.................................................
Dipersilakan.

Peserta ketiga Satu penyampaian persembahan yang mengkagumkan.

Kini tiba giliran peserta ketiga dari


Sekolah .......................
Dipersilakan adik.......................................

Peserta keempat Nampaknya saingan kian hangat.


hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa

kita mempersilakan peserta keempat iaitu


Adik.........................
dari sekolah............................
dipersilakan

Peserta kelima Begitulah hebat persembahan peserta ke-4 sebentar


tadi. Kita teruskan pertandingan kita dengan perserta
yang ke-5

Dengan ceritanya yang bertajuk........................


Dipersilakan adik...........................
Dari sekolah................................

Peserta Keenam Harian sekalian,


Pertandingan disambung dengan peserta yang keenam
yang mewakili sekolah..............................
Untuk itu majlis mempersilakan adik......................

Peserta ketujuh Sebuah persembahan yang mengkagumkan.


Kini tiba giliran peserta ketujuh iaitu adik....................
Dari sekolah..................
Dipersilakan

Peserta Kelapan Demikian sudah persembahan bersemangat yang


disampaikan oleh peserta sebentar tadi
Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kelapan dan
yang terakhir pada hari ini, iaiyu mewakili
sekolah..............................
Dipersilakan adik............................
Dengan pesembahan yang bertajuk.......................

Satu penyampaian yang menarik oleh peserta kelapan


sebentar tadi. Dengan berakhirnya persembahan itu
tadi, maka tamatlah sudah pertandingan bahagian 1.
REHAT
Majlis berhenti rehat seketika bagi memberi ruang
kepada panel hakim untuk menguruskan markah
peserta.

Para peserta diingatkan untuk tidak meninggalkan


venue pertandingan kerana Pertandingan Bahagian 2
akan terus dijalankan selepas ini.

Arahan Untuk Kuarantin Kesemua peserta dikehendaki untuk menuju ke bilik


kuarantin yang bertempat di bahagian belakang dewan
ini. Taklimat ringkas tentang pertandingan bahagian 2
akan diberikan di bilik berkenaan. Para peserta
dipersilakan untuk bergerak sekarang.
Sebelum meneruskan pertandingan Bahagian 2, majlis
memohon jasa baik para guru pengiring untuk duduk di
barisan kelima dan kebelakang agar tidak mengganggu
para peserta. Guru pengiring tidak lagi dibenarkan untuk
berinteraksi dengan para peserta sebaik sahaja peserta
dikuarantin sehingga tamat persembahan Bahagian 2.
Kerjasama daripada semua guru pengiring didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Mula Pertandingan Mohon perhatian. Majlis akan diteruskan dengan


Bahagian 2. Pertandingan Bahagian 2 iaitu Bercerita Secara
Spontan berpandukan bahan rangsangan.

Peserta 1 Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan


peserta pertama iaitu adik ................................dari SK
.........untuk menyampaikan ceritanya. Dipersilakan.

1. ..........................................................................
2. ..........................................................................
3. ..........................................................................
4. ..........................................................................

5. ..........................................................................
6. .........................................................................
7. .........................................................................
8. .........................................................................

Penutup Sesi Bercerita. Dengan berakhirnya persembahan daripada peserta


kelapan itu tadi, maka selesailah sudah Pertandingan
Bercerita Bahagian 1 dan 2 pada hari ini.

Untuk makluman para hadirin, keputusan bagi


pertandingan ini akan diumumkan dalam Majlis
Penutupan Rasmi Pertandingan Bercerita Tahap I & II
Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sebauh bagi tahun
2016 yang akan diadakan pada jam 11.15 pagi.

Sehubungan itu, para hadirin diminta sekali lagi untuk


kekal berada di dalam dewan ini, untuk sama-sama
mengambil bahagian dan memeriahkan majlis
penutupan. Harap bersabar dan terima kasih.
Teks Pengacara Majlis Penutupan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah

Tahap I &II

Peringkat Daerah Sebauh 2016

*semua audiens Daun layu di tengah gurun,


berada di tempat Nampak jalur pohon cemara
masing-masing Tradisi kita turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh,

Salam sejahtera, Salam Menjulang Pendidikan


Sarawak.

Kata- kata aluan Yang Berusaha, Puan Winnie Ho Chee Moi,


Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah
Sebauh.
Yang Berusaha, Encik Mangai Anak Tugau, Guru Besar
SK Bukit Balai.

Yang Dihormati, Encik Richard Anak Rayyim, Penolong


Kanan Kurikulum SK Bukit Balai.

Para hakim, guru-guru pengiring, guru-guru, para


peserta dan hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Rasa Syukur Alhamdulillah.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya
dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis pada
pagi ini iaitu Majlis Penutupan Pertandingan Bercerita
Sekolah Rendah Tahap I & II Peringkat Daerah Sebauh
bagi tahun 2016.

7. Pemberitahuan Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat


datang dan mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian
di Ruang Rekreasi Asrama Putera SK Bukit Balai.

Ucapan Perasmian Terbang di awan burung jentayu,


Penutupan Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah Puan kami menunggu,
Bersama amanat bekalan kami

Seterusnya, pihak majlis menjemput Yg. Berusaha Pn.


Winnie Ho Chee Moi, Penyelia Unit Kokurikulum PPD
Sebauh untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis penutupan Pertandingan Bercerita
Sekolah Rendah Tahap I & II Peringkat Daerah Sebauh
bagi tahun 2016. Majlis dengan penuh takzimnya,
mempersilakan.
Selepas habis ucapan.....

Majlis merakamkan penghargaan atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Penyampaian Berkebaya batik berwarna merah,


Hadiah Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Sebentar lagi


kita akan mengetahui keputusan penuh Pertandingan
Bercerita Sekolah Rendah Tahap I & II Peringkat
Daerah Sebauh bagi tahun 2016.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan


sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan
Winnie Ho Chee Moi, Penyelia Unit Kokurikulum,
Pejabat Pendidikan Daerah Sebauh diiringi oleh Encik
Mangai Anak Tugau, Guru Besar SK Bukit Balai untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kita mulakan dengan kategori Bercerita Tahap I,


dipersilakan :

Pemenang tempat ketiga iaitu adik


..................................dari SK..............................

Seterusnya, tempat kedua dimenangi oleh


adik...........................dari SK .............................

Manakala Johan disandang oleh adik.........................dari


SK.................................

Seterusnya kita beralih kepada kategori Tahap II.

Tempat ketiga menjadi milik adik........dari SK.................

Naib johan disandang oleh adik.....................dari SK


...................................

Dan Johan jatuh kepada adik...................................dari


SK.....................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Winnie


Ho atas kesudian menyampaikan hadiah.

Penyampaian Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu


cendrahati pertandingan tidak dapat diadili dengan sempurna dan
berjalan dengan lancar.

Sebagai menghargai kesudian mereka mengadili


pertandingan ini, majlis akan diteruskan dengan
penyampaian cenderahati kepada para hakim.

Dengan itu, pihak majlis suka citanya menjemput Encik


Mangai Anak Tugau selaku Guru Besar SK Bukit Balai
diiringi oleh Encik Richard Rayyim, Penolong Kanan
Kurikulum SK Bukit Balai untuk menyampaikan
cenderahati kepada panel hakim.

Dijemput panel hakim untuk menerima cenderahati.


Dipersilakan Ketua Hakim Puan Erin Anak Chawong.
Seterusnya Puan Feizlina Bt Talip.
Encik Bryan Anak Kerol.
Encik Richard Anak Umang.
Dan yang terakhir Puan Majorie Anak Albert Chagat.

Seterusnya majlis menjemput Puan Winnie Ho Chee


Moi untuk menerima cenderahati daripada Encik
Mangai Anak Tugau atas kesudian merasmikan majlis.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik


Mangai Anak Tugau, Guru Besar SK Bukit Balai atas
kesudian menyempurnakan penyampaian cenderahati
itu tadi.

Penutup Untuk makluman hadirin sekalian,


Kita telah pun berada dipenghujung majlis.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara

Pada kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa


pelaksana, dan SK Bukit Balai, selaku tuan rumah
Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap I & II
Peringkat Daerah Sebauh bagi tahun 2016 ingin
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali

Sekian, majlis ditangguhkan dengan menjemput hadirin


untuk menikmati makan tengah hari. Majlis bersurai dan
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai