Anda di halaman 1dari 6

1. Analisis perbezaan pandangan Freud, Piaget dan Havighurst mengenai remaja.

Havighurst berpendapat remaja mencapai perhubungan baru dengan rakan sebaya dari
kedua jantina. Pencapaian akil baligh membawa kepada perubahan bentuk badan.
Menurut teori Piaget, remaja aktif membina dunia kognitif mereka sendiri, maklumat tidak
hanya dicurahkan ke dalam fikiran mereka di alam sekitar. Piaget juga menyatakan
bahawa remaja menyesuaikan fikiran mereka dengan menggabungkan idea-idea baru,
kerana maklumat tambahan akan membangunkan pemahaman mereka sendiri.
Bagi Freud, tingkah laku remaja didorong oleh impuls impulsif yang diubahkan
sedemikian rupa ke dalam pelbagai bentuk tingkah laku, termasuk tingkah laku artistik.
Impuls berasal dari id, bahagian personaliti yang dilahirkan sejak lahir.
Freud berkata bahawa personaliti mempunyai tiga struktur, iaitu id, ego, dan superego.
Id adalah struktur dari Freud tentang keperibadian yang terdiri daripada naluri, yang
merupakan sumber tenaga psikik seseorang. Ego adalah struktur kepribadian yang
berfungsi menghadapi realiti yang dikemukakan oleh Freud. Superego adalah struktur
kepribadian dari Freud yang merupakan cabang moral dari kepribadian.

2. Bincangkan peranan baka dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan


manusia.
Baka atau dikenali juga sebagai keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa
oleh ibu bapa kepada anak-anak.Ciri-ciri yang ada adalah seperti warna kulit, saiz fizikal,
warna mata dan lain-lain. Ini dibuktikan melalui kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold
Gesell bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang
sama. Kesemua ciri-ciri ini melengkapkan kesempurnaan seseorang individu itu.Ibu bapa
menurunkan baka ini kepada anak-anak mereka melalui gen-gen.
Pandangan di pihak yang menyokong faktor persekitaran pula, berpendapat bahawa
perkembangan seseorang individu adalah hasil dari pengaruh atau pengalaman sejak
lahir. Menurut mereka, faktor yang terlibat termasuk latar belakang keluarga, amalan
asuhan kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi dan kualiti
sekolah.
Faktor persekitaran ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-
kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir
merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas
lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan,
keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.
Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan peranan yang penting.
Contohnya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ
yang sama seperti kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana
peranan yang dimainkan oleh persekitaran.
http://sarubung.blogspot.com/2014/11/pengaruh-baka-dan-persekitaran-terhadap.html
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%203_Faktor%20Mempeng
aruhi%20Perkembangan%20Kanak-kanak.pdf
http://cikguhafiz18.blogspot.com/2014/05/edu3102-perkembangan-kanak-kanak-
faktor.html

secara kesimpulanya, setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu,


maka setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

3. Terdapat pelbagai masalah disiplin yang dilakukan oleh remaja sekolah. Bincangkan.

Masalah disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh rakyat
Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barangkali terbiasa dengan kesalahan
pelajar-pelajar seperti memonteng sekolah, melawan guru, menghisap rokok di sekolah
dan sebagainya.
Masalah disiplin juga boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak puncanya.
Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan mengetahui punca-
punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan rapi.
Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-
kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan
sebagai ‘the potential influence of the student’s free will’.
Mereka mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar atau
bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah menyalahi
peraturan. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-murid
melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin.
Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh muridmurid yang
mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-kanak ini dipanggil ‘neurotic’ atau ‘psychotic’,
dan mengikut Despert (1965) dapat dikenali dengan gaya kelakuannya yang jahat, selalu
membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada pelanggaran
peraturandi sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkalikali dalam
peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Rabven
(1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran yang tertentu
dan guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan
hilang semangat belajar dan akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka.

http://eprints.utm.my/id/eprint/10404/1/FAKTOR-
FAKTOR_PENYEBAB_MASALAH_DISIPLIN_DI_SEKOLAH.pdf
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1108&sec=Bicara_Agama&pg=
ba_03.htm

4. Bincangkan pelbagai masalah kecelaruan emosi dan tingkah laku dalam kalangan
kalangan pelajar di sekolah.

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topic perbincangan di kalangan


masyarakat umum. Gejala tingkah laku bermasalah ini boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku
bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.
Remaja merupakan satu tempoh peralihan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Cabaran dan dugaan kadangkala menimbulkan perasaan negatif. Perkara ini sebenarnya
adalah perkara biasa. Namun begitu, jika terlalu lama dibiarkan hingga menganggu
kehidupan sosial mereka akan membuatkan mereka mengalami kecelaruan emosi.
Kecelaruan emosi dibahagi kepada dua iaitu kemurungan dan kebimbangan. Kadar
kemurungan meningkat dua kali ganda pada zaman dari kanak-kanak dan akan
meningkat lagi apabila menjadi dewasa(Robert, 1997). Kanak-kanak dan remaja yang
murung biasanya tidak mahu berkongsi masalah dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini
menyukarkan kita untuk menjejaki pelajar yang mengalami kemurungan. Individu yang
sering dikenakan hukuman, kurang mendapat perhatian dan kasih sayang serta
mengalami pengalaman lampau yang negatif antara faktor kemurungan.
Bimbang yang sederhana penting bagi menaikkan semangat untuk belajar. Antara
kebimbangan sosial yang normal bagi remaja adalah penampilan diri, identiti,
penerimaan rakan sebaya dan kebebasan. Kanak-kanak lebih cenderung untuk bimbang
mengenai perihal akedemik manakala bagi remaja pula perihal sosial lebih menjadi
kebimbangan. Namun begitu, kebimbangan yang keterlaluan akan menjadi masalah
hingga menganggu fungsi sosial serta akedemik remaja. Antara ciri-ciri pelajar
kebimbangan adalah tidak realistik terhadap perkara, peristiwa, situasi dan objek,
mempunyai penilaian kendiri yang negatif, sukar menumpukan perhatian dan mudah
terganggu.

https://www.scribd.com/presentation/24822030/kecelaruan-emosi
https://www.academia.edu/4895412/PENGENALAN
https://www.academia.edu/4385268/tingkahlaku_bermasalah

5. Apakah yang dimaksudkan dengan pelajar berkeperluan khas? Terangkan jenis-jenis


pelajar tersebut.

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan


perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-
kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan
deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai
seperti kanak-kanak normal.
McDonnell et a (1995) mengklasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan
akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta
kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan
yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.
Antara jenis – jenis pelajar berkeperluan khas adalah sindrom down, perkembangan
lewat, autisme, disleksia, hiperaktif, cerebral palsi, masalah penglihatan dan masalah
pendengaran.

Sindrom Down - Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan kromosom


tambahan pada kromoson nombor 21 yang terdapat pada bayi.
Perkembangan Lewat – Murid slow learner atau murid lembam merupakan murid yang
mempunyai IQ di bawah paras purata. IQ murid normal secara puratanya adalah 100.
Skor ujian IQ bagi Slow learner berada antara 70 dan 90.
Autisme - Autism membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak yang
menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
Disleksia - Disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca
dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Hiperaktif - gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu
kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai
ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk
berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat
perkembangan yang normal
Cerebral Palsi - Cerebral palsi adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor
disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Serebral palsi adalah
kecacatan yang memberi kesan terhadap: bentuk muka , pergerakan , kemahiran motor
Masalah Penglihatan - Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud
sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah
penglihatan.
Masalah Pendengaran - Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi –
masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
https://www.slideshare.net/NdSaa/kanak-kanak-keperluan-khas
https://sekelipmata.wordpress.com/about/jenis-kanak-kanak-berkeperluan-khas/
https://www.scribd.com/presentation/56387182/Jenis-Ciri-Kanak-kanak-Berkeperluan-
Khas
http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.html
https://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-kanak-kanak-berkeperluan-
khas/
http://studentsrepo.um.edu.my/3345/8/CHAP6A.pdf
https://www.123rf.com/photo_38102510_masjid-kampung-laut-at-nilam-puri-kelantan-
malaysia-built-in-1400s-with-traditional-tropical-archite.html
https://www.youtube.com/watch?v=IHpz0Vp-1TA
http://studentsrepo.um.edu.my/5957/4/Lampiran_4.pdf
https://www.researchgate.net/publication/271341184_Malay_Architectural_Heritage_on
_Timber_Construction_Technique_of_the_Traditional_Kampung_Laut_Old_Mosque_M
alaysia
https://www.researchgate.net/figure/Kampung-Laut-Mosque-Nilam-Puri-Kelantan-
showing-the-spiritual-core-under-the_fig1_311162433
https://worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I%20088%
20MEGAT%20ARIFF%20SHAH_TRANSFORMATION%20OF%20MOSQUE%20ARCH
ITECTURE.pdf
https://www.jstor.org/stable/41493308?read-now=1&seq=3#page_scan_tab_contents
http://panduanpercuma.info/tahukah/4820/siri-monumen-bersejarah-negeri-kelantan-
masjid-kg-laut/

Anda mungkin juga menyukai