Anda di halaman 1dari 3

AKTA PENDIDIKAN 1996: PENDIDIKAN WAJIB

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan
memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut
telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud
melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan
Kebangsaan, yang memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang
disediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akan
memenuhi keperluan negara, serta juga memupuk perpaduan negara melalui
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi


pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur
enam tahun. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan dasar ini secara
berperingkat mulai Tahun 1 pada Januari 2003. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah melakukan pelbagai perkara untuk memastikan kadar penyertaan
murid pada peringkat sekolah rendah semakin baik dan antaranya ialah
mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan (Rahman Abdullah, 2005).
Difahamkan ibu bapa yang ingkar boleh disenda sehingga RM5, 00 dan enam bulan
penjara atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 29A (A) Akta Pendidikan.

Marujuk kepada isu baru-baru ini yang menghebohkan negara mengenai bekas
anggota kumpulan nasyid yang dikenali sebagai SS yang memilih untuk menjalani
kehidupan berbeza berbanding oleh lain menjadi perhatian netizen gara-gara enggan
menghantar anak ke sekolah. Alasan yang diberikan mengundang kritikan ramai dan
sukar diterima. Menurutnya, pendidikan tidak semestinya diperpleh melalui sekolah
sahaja.

Oleh itu, kerajaan menkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan semua
pelajar melengkapkann persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, Akta Pendidikan kini hanya
mewajibkab murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu hingga darjah
enam.
Bagi menjawab isu SS ini, seorang guru Matematik Sekolah Kebangsaan
Gombak, Cikgu Mohd Fadli Salleh telah berkongsi pandangan daripada kacamatanya.
Beliau telah bersuara menyatakan persetujuan mengenai kesalahan tidak mengikuti
Akta yang telah ditetapkan sekiranya enggan menghantar anak ke sekolah. Menurut
SS dasar negara sering berubah-rubah dan menimbulkan rasa tidak yakin terhadap
dasar pendidikan tersebut. Cokgu Mohd Fadli menyatakan bahawa perubahan dan
peredaran zaman mendesak perubahan tersebut bagi menyesuaikan pendidikan
dengan zaman serta teknlogi bagi menghadapi cabaran semasa. Maka perubahan
sangat perlu dibuat dari semasa ke semasa. Bukan hanya Malaysia yang melalui
perubahan ini malah negara-negara membangun yang lain juga sama. Selain
daripada itu, pelbagai lagi alasan yang diberikan yang terang-terang tidak boleh
ditelan bulat-bulat oleh masyarakat.

Daripada isu SS ini, dapat kita perhatikan bahawa penerimaan dan


pendedahan serta kesedaran tentang pendidikan anak-anak di sekolah adalah perlu.
Ibu bapa perlulah bersifat terbuka untuk menerima serta mendengan pandangan luar
sebelum menghakimi setiap satu tindakan dan arahan yang diberikan. Selain daripada
masalah kurangnya pendendahan penggetahuan dan kesedaran, terdapat juga ibu
bapa yang enggan menghantar anak ke sekolah kerana mengalami masalah
kewangan. Isu ini telah dihuraikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan bahawa guru-
guru dan pemimpin tempatan perlu turun kelapangan untuk melihat sendiri keadaan
keluarga seterusnya berusaha untuk memahami masalah yang dihadapi dan
merangka tindakan yang boleh diambil bagi membantu keluarga sebegini. Usaha
kerajaan memperkenalkan akta sebegini adalah bertujuan untuk mencapai status sifar
keciciran pelajaran di samping memberikan peluang pendidikan yang sama rata
kepada semua tanpa mmebezakan latar belakang seseorang individu itu.

Anda mungkin juga menyukai