Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

Perhatian .Minta kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan bagi sambutan perasmian hari kebangsaan
yang akan dimulakan sebentar lagi……Terima Kasih.

Irama Beralun Gendang Dipalu…


Langkah Diayun Berpasang-Pasangan
60 Tahun Telah Berlalu.
Malaysia Megah Menyambut Kemerdekaan..

Bismillahirahmanirahim…Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera…


Yg Berusaha En Md Yusof Bin Md Yunos, Guru Besar Sk Kayu Ara Pasong,

Yang Dihormati En Aziman Bin Abd Wahid


Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Siti Roha Bt Abd Karim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tn Hj Zulkarnain Bin Mohd Top,Penolong Kanan Ko-Kurikulum..
Guru-Guru ,Kakitangan Sk Kayu Ara Pasong
Dan Rakan-Rakan Yg Dikasihi Sekalian…

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di pagi yg berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama-
sama berkumpul bagi memeriahkan majlis pelancaran Hari Kebangsaan bagi tahun 2017.
Sebagai pembuka acara,majlis menjemput para guru dan pelajar untuk bersama-sama menyanyikan lagu
Bangsa Johor Dan Lagu Negaraku.
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.

Hadirin Yang Dihormati,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini,,dipersilakan Ustaz Mohd Nor Bin Salim untuk mengetuai bacaan doa.
Amin.Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih Kepada Ustaz Mohd Nor atas bacaan doa itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pelancaran bulan kemerdekaan. dengan ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput En Md Yusof Bin Md Yunos untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan…
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar.
Hadirin Sekalian,
Sekarang, Anda Sedang Menyaksikan Gimik Perasmian Bulan Kemerdekaan Yang Ke-60 Bagi Tahun 2017.
Penutup
Sebelum Menutup Majlis, Marilah Kita Bersama-Sama Menyanyikan Lagu –Lagu Patriotik Bagi
Menyemarakkan Lagi Semangat Kemerdekaan Yang Telah Diperjuangkan Selama 60 Tahun. Anda Semua
Diminta Bersedia.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Atas Nyanyian Yang Begitu Bersemangat Tadi.

Akhirkata Tamatlah Sudah Majlis Kita Pada Pagi Ini. Sekali Lagi Syabas Dan Tahniah Kepada Warga Sk Kayu
Ara Paosng Kerana Dapat Bersama-Sama Menjalankan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
Sama-Samalah Kita Laungkan Merdeka Sebanyak 7 Kali

Merdeka,Merdeka,Merdeka,Merdeka,
Merdeka,Merdeka, Merdeka.

Sidang Hadirin Sekalian,


Dengan Berakhirnya Laungan Merdeka Itu Tadi Maka Berakhirlah Sudah Majlis Pelancaran Kita Pada Pagi
Ini. Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Pihak Yang Terlibat Dalam Majlis Pelancaran Ini.
Wabillahi Taufik Wahidayah.Wassalamualaikum Wbt…

Anda mungkin juga menyukai