Anda di halaman 1dari 5

PENANDA WACANA LATIHAN 1

PENANDA WACANA

1. Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual. _______, Azam tetap berusaha untuk pulang dengan
mendapatkan tiket kereta api pula.
A Namun begitu B Selain itu C Tambahan pula D Lantaran itu

2. Karnival membeli-belah 2004 sudah bermula di seluruh negara. _______, suri rumah dinasihati supaya
bersikap bijak semasa berbelanja.
A Bahkan juga B Namun begitu C Tambahan pula D Lantaran itu

3. Ain sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal.
A Oleh yang demikian B Di samping C Lebih-lebih lagi D Dengan itu

4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Nazrul membuat latihan ulang kaji dengan lebih intensif.
A Bukan sahaja B Oleh sebab itu C Kalau begitu D Namun begitu

5. Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan
syarahan peringkat Daerah Perak Tengah.
A Oleh sebab itu B Padahal C Di samping itu D Lebih-lebih lagi

6. Harga sayur akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan sayur di pasaran.
A Seterusnya B Bukan sahaj C Oleh sebab itu D Hal ini kerana

7. Kehidupan Alang sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarganya
yang besar.
A Namun begitu B Oleh yang demikian C Sungguhpun demikian D Dengan itu

8. Puan Juriah mengusahakan tanaman ciku secara komersial. _______ dia juga melibatkan diri dalam
penternakan lembu untuk menambah pendapatannya.
A Di samping itu B Namun demikian C Tambahan pula D Lebih-lebih lagi

9. Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. _______, jalan itu
licin
dan tidak rata.
A Oleh sebab itu B Tambahan pula C Di samping itu D Lebih-lebih lagi

10. Semua orang hendak pergi ke pameran komputer itu. ______ saya pun hendak pergi sama.
A Tambahan pula B Kalau begitu C Oleh sebab itu D Dengan demikian

11. Suhaimi yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan tenis itu telah bermain bersungguh-sungguh
dalam
perlawanan akhir, beliau tewas dalam perlawanan tersebut.
A jika demikian B demikian juga C begitu juga D namun demikian

12. Amira merupakan anak seorang hartawan. dia tidak menyombong diri dengan rakan-rakannya
yang lain.
A Namun begitu B Jika begitu C Oleh sebab itu D Lebih-lebih lagi

13. Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit, kita mestilah menjaga
kebersihan persekitaran.
A dalam pada itu B walau bagaimanapun C oleh sebab itu D dengan itu

14. Zurina belajar bersungguh-sungguh,namun dia gagal mendapat keputusan yang cemerlang
dalam
ujian bulanan matematik.
A jika demikian B meskipun C jika sekiranya D tambahan pula

15. Jangan berbual-bual semasa berada di dalam kelas, ______ ketika guru sedang mengajar.
A lebih-lebih lagi B oleh sebab itu C di samping itu D oleh yang demikian
16. Persekitaran yang kotor akan mendatangkan pelbagai penyakit, kita mestilah menjaga
kebersihan persekitaran kita .
A walau bagaimanapun B oleh sebab itu C dengan itu D dalam pada itu

17. Penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku di negara Barat, kini fenomena itu mula menular
dalam
masyarakat kita .
A namun begitu B di samping itu C jika demikian D kalau begitu

18. Semua orang pergi ke pesta buku itu , saya pun ingin turut serta .
A demikian juga B selain itu C oleh yang demikian D dengan itu

19. Saya tahu awak tidak sengaja mengoyakkan buku itu, awak perlu menggantikan dengan
yang
baru .
A di samping itu B dengan demikian C jika sekiranya D walau bagaimanapun

20. Kehidupan keluarganya sangat susah kerana adik-beradiknya ramai. _______, bapanya sudah lama meninggal
dunia.
A Kalau begitu B Selain itu C Tambahan pula D Lantaran itu

21. ________ ditegur _______ menjadi-jadi pula perangai anak bongsu Puan Maimunah itu.
A Biarpun…namun B Makin…makin C Jangankan…pun D Bukan saja…tetapi juga

22. Encik Aziz yakin kejadian itu dilakukan oleh Abu dan rakan-rakannya. ______, beliau tidak mahu membuat
tuduhan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
A Oleh itu B Justeru C Namun begitu D Tambahan pula

23. Bengkel motivasi itu _______ dibuka untuk murid sekolah rendah, ________ untuk pelajar sekolah
menengah.
A bukan sahaja…tetapi juga B baik…baik C sungguhpun…namun D jangankan…pun

24. Ali bercita-cita menjadi pakar forensik, _______ dia telah belajar dengan bersungguh-sungguh.
A Jika begiti B Namun begitu C Tambahan pula D Oleh sebab itu

25. Menteri Pelajaran menyeru para pelajar supaya menguasai teknologi maklumat. _______ hasrat negara
untuk
menjadi negara maju menjelang 2020 akan tercapai.
A Di samping itu B Lebih-lebih lagi C Dengan demikian D Dalam pada itu

26. ______ nenek sudah terlantar di wad selama lima bulan,________ dia tetap yakin bahawa penyakitnya itu
akan sembuh.
A Sungguhpun…kerana B Jikalau…malahan C Walaupun…andai kata D Walaupun…namun

27. Zairul pandai membina laman web. _______ dia telah ditugaskan membina laman web Kelab Komputer
sekolah.
A Di samping itu B Manakala C Oleh sebab itu D Lebih-lebih lagi

28. Pementasan teater “Semarak Budi” itu tidak mendapat sambutan penonton. _______, harga tiketnya agak
mahal.
A Tambahan pula B Dengan itu C Jika demikian D Namun demikian

29. ______ saya tiba di rumahnya, Alia tidak ada di rumah.______ saya tidak memberitahunya terlebih dahulu.
A Sementara…oleh itu B Tatkala…Ini kerana
C Tatkala…Sungguhpun D Kendatipun…Namun begitu

30. Surat ugutan masih diterima oleh Puan Noriah dia telah melaporkan kepada polis.
A walhal B namun begitu C oleh itu D namun demikian
Penanda Wacana
Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang
lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan
tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya
telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi.
Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan
penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai
masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk
menerangkannya.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan


a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan


a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh


a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi


a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan
kepala (Huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa


a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Anda mungkin juga menyukai