Anda di halaman 1dari 12

SJK ( C ) BIN SIN, TITI SERONG

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 6


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Nam : __________________ ( ) Markah : ____________ %


a : 6 ()
Kelas

MASA : 1 JAM 15 MINIT

Arahan :Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua
bahagian. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A mengandungi empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D. Kamu dikehendaki memilih satu jawapan sahaja.
Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas
jawapan. Bagi soalan Bahagian B, jawab dalam kertas soalan.

Bahagian A (Soalan 1 – 13)

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. “ __________ berharap agar rakyat bersatu padu,” titah Sultan Ahmad.


A. Beta
B. Saya
C. Patik
D. Hamba

2. Encik Lee pengurus di sebuah syarikat. ____________ seorang yang amanah dan
bertanggungjawab.

A. Anda
B. Beliau
C. Engkau
D. Baginda

3. Kulit buah durian belanda ___________.

A. nipis
B. keras
C. tebal
D. lembik

1
4. Sup ayam yang dimasak oleh ibu sangat ___________ kerana terlebih garam.

A. manis
B. masam
C. pedas
D. masin

Soalan 5. Berdasarkan gambar di bawah.

5. Mereka _______________ otot sebelum memulakan latihan bola keranjang.

A. menarik
B. meregang
C. mengangkat
D. meninggikan

Soalan 6. Berdasarkan gambar di bawah.

6. Mohan mengambil bahagian dalam acara _______________ lembing.


A. menepis
B. melontar
C. merejam
D. melambung
7. ____________ nama kucing yang dipelihara oleh Salina?
A. Apakah
B. Siapakah
C. Mengapakah
D. Bagaimanakah

8. “_____________ keadaan nenek kamu?” tanya Ali kepada Rahim.


A. Siapakah
B. Di manakah
C. Bagaimanakah
D. Mengapakah

9. Walaupun abang Kai Meng telah gagal dalam perniagaannya tetapi dia tidak
pernah __________.
A. bermurah hati
B. berputus asa
C. ambil berat
D. berbesar hati

10. Muthu sedang ___________ untuk menyelesaikan masalah kewangannya.


A. ada hajat
B. gulung tikar
C. mencari jalan
D. mata pencarian

11. Saya sentiasa berdoa __________ ahli keluarga sihat dan bahagia.
A. agar
B. kalau
C. tetapi
D. kerana
Soalan 12. Berdasarkan gambar di bawah.

12.Pak Ali membuat lubang pada batas. ____________, dia menanam anak pokok.
A. Selain itu
B. Sebelum itu
C. Akhir sekali
D. Selepas itu

13. Emak Razak membeli dua biji durian di pasar malam. ____________, dia juga
membeli sesikat pisang.
A. Oleh itu
B. Selain itu
C. Seterusnya
D. Sebelum itu

14. Abang Aman tinggi macam __________. Oleh sebab itu, dia dipilih mewakili
pasukan bola keranjang sekolahnya.
A. kayu
B. tiang
C. galah
D. tongkat

15.Nama kakak Lili bersinar seperti ________ setelah menjuarai pertandingan


syarahan peringkat kebangsaan.
A. kaca
B. berlian
C. permata
D. bintang

Soalan 16. Pilih ayat yang betul.


A. Saya sayang akan ahli keluarga.
B. Emak dibeli sayur dan ikan di pasar.
C. Adik menangis supaya giginya sakit.
D. Budak itu memukul oleh ibunya kerana nakal.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Raju telah mengadakan Larian 1 Murid 1 Sukan pada hari Sabtu yang
lalu. Larian ini merupakan larian serentak seluruh Malaysia. Larian ini
dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tujuan program Larian 1 Murid 1 Sukan adalah untuk menggalakkan


semua murid menyertai satu jenis sukan di sekolah. Oleh itu, murid akan
mendapat faedah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada hari larian tersebut, Raju dan kawan-kawannya telah bersiap sedia
dengan pakaian sukan yang sesuai. Sebelum larian dimulakan, murid-murid
melakukan aktiviti memanaskan badan.

Pada pukul 7.30 pagi, Guru Besar telah meniup wisel untuk memulakan
larian. Raju dan kawan-kawannya berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Mereka berasa gembira kerana berpeluang menyertai program ini. Selain dapat
mengeluarkan peluh, badan mereka akan sihat dan minda mereka juga akan
cerdas.

17. Bilakah program Larian 1 Murid 1 Sukan diadakan di sekolah Raju?

A. Pada setiap tahun


B.Pada hari cuti umum
C. Pada hari cuti sekolah
D. Pada hujung minggu

18. Apakah tujuan program Larian 1 Murid 1 Sukan diadakan?

A. Untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.

B. Untuk memberi peluang kepada murid menyertai larian serentak.

C. Untuk menggalakkan semua murid menyertai satu jenis sukan di sekolah.


D. Untuk melahirkan murid yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran.

19. Mengapakah murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan?

A. Untuk mencergaskan badan.

B. Untuk mengeluarkan peluh.

C. Untuk menyihatkan badan

D. Untuk mengelakkan kecederaan ketika larian.

20. Apakah maksud perkataan “minda”?

A. Daya fikiran

B. Sumber tenaga

C. Otak yang cerdas

D. Badan yang cergas

BAHAGIAN B

(30 MARKAH)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberi.

supaya sambil ketika tetapi dan kerana jika untuk


Kita mestilah berhati-hati _________________ melintas jalan raya

________________ tidak ditimpa kemalangan. Pandanglah ke kiri

______________ke kanan sebelum melintas jalan ___________________

menjamin keselamatan.

[4
markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

_______________________________________________________________________________
_

_______________________________________________________________________________
_

Jawapan: Penduduk Taman Melati berasa puas hati dan gembira kerana desa

mereka bersih dan indah.

(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Meng Hua, tolong


______________________ pindahkan pasu
______________________ bunga itu ke tepi
______________________ pagar.
______________________

________________________________________________________________________________
_

________________________________________________________________________________
_
[2 markah]

c. Sambungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

i. Buah durian belanda berduri kecil.

ii.Duri buah durian belanda tidak tajam.


_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23

Gariskan perkataan yang terdapat kesalahan ejaan dalam ayat di


bawah.
Tuliskan perkataan yang betul ejaannya dalam ruang yang disediakan.

1. Abang Kai Seng meletakan kamusnya di atas meja. ( )


2. Encik Lim berjogging di taman pada setiap hari
Ahad. ( )

3. Mereka berkerjasama membersihkan kelas. ( )


4. Di ruang tamu rumah saya terdapat sebuah
telivisyen

yang besar. ( )
5. Murid-murid mengunakan aku apabila berlaku
sesuatu

kecemasan. ( )

[5 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Sam Chee Keong


No.18,Jalan Hang Tuah,
Taman Skudai ,
81300 Skudai,
Johor.
2 Mei 2016.

Menemui sahabatku, Joseph, yang berada di Melaka. Semoga saudara


dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara,
Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya doakan agar saudara
sihat sentiasa. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan
tentang pengalaman manis saya dan keluarga sewaktu berkunjung ke ibu
kota.
Antara tempat yang sempat saya lawati termasuklah Menara Berkembar
Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara dan Zoo Negara.
Saya berasa amat kagum akan kepesatan pembangunan di situ.
Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita
mempunyai menara yang tersergam indah. Saya juga berpeluang mengenali
pelbagai jenis binatang dan menyaksikan pertunjukan yang menarik di Zoo
Negara. Selain itu, saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang
sejarah dan budaya negara kita semasa melawat Muzium Negara.
Pada sebelah malamnya, saya dan keluarga melawat ke sekitar
Bandaraya Kuala Lumpur. Pemandangan pada waktu malam indah sekali.
Kami menikmati makanan yang sedap di sebuah restoran yang selesa di
tengah-tengah kota raya.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga
kita berjumpa lagi. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara
sekeluarga.
Sekian, terima kasih.

Sahabatm
u,
Chee
Keong

a. Perkataan ibu kota dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan


_________________________________________.

(1 markah)

b. Di manakah sahabat Chee Keong tinggal ?

________________________________________________________________________________
(2 markah)

c. Apakah tujuan Chee Keong menulis surat kepada Joseph ?


________________________________________________________________________________
_

________________________________________________________________________________
_

(2 markah)

d. Pada pendapat anda, mengapakah Menara Berkembar Petronas (KLCC)

menjadi destinasi utama pelancong luar negara ?

________________________________________________________________________________
_

________________________________________________________________________________
_

(3markah)

Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Pokok bunga tanam di taman,


Juga tanam timun dan lada,
Jaga kesihatan dengan bersukan,
Cergas badan cerdaslah minda.

Ikan siakap dapat dipukat,


Ikan belida di paya rumbia,
Amalkan gaya hidup sihat,
Penyakit tiada hidup ceria.

Ke Kelantan beli tudung saji,


Singgah di kota beli mangga,
Jaga kebersihan amalan terpuji,
Tentu kita hidup sejahtera.

a. Gaya hidup sihat dapat menjauhi ________________________________________.

[1
markah]

b. Apakah maksud rangkap pertama pantun tersebut ?


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan
yang salah.

Bersukan tidak baik untuk kesihatan kita.

Kita akan hidup sejahtera jika sentiasa


menjaga kebersihan.
[1 markah]

d. Nyatakan tiga jenis aktiviti sukan yang dapat menyihatkan badan kita.

i. ___________________________________________________________________________

ii.___________________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________________
_
[3
markah]

Anda mungkin juga menyukai