Anda di halaman 1dari 7

SULIT

Nama Murid : _____________________________________________________________________________

Kelas : _____________________________________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


PERCUBAAN UPSR– TAHUN 2017

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Julai 2017
Bahagian A

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
SULIT
BAHAGIAN A
[ 20 markah ]
Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Beberapa _______________ cincin permata akan dipamerkan di muzium itu.


A. biji
B. utas
C. buah
D. bentuk

2. Emak asyik _____________ gerak-geri adik yang sedang bermain bersendirian di luar
rumah.
A. memerhatikan
B. menonton
C. menjenguk
D. melihat

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Rambut Hadif kelihatan _____________ sebaik-baik sahaja bangun daripada tidur.


A. calar-balar
B. kusut-masai
C. compang-camping
D. tunggang-langgang
4. Pak Ali terkejut ___________ melompat ke bahu jalan ____________ sebuah kereta
membunyikan hon secara tiba-tiba.
A. lalu ..... apabila
B. bahkan .... untuk
C. dan .... sementara
D. sambil .... manakala

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Muhammad Safwan ________________ gelas plastiknya dengan air sirap sambil


diperhatikan oleh ibunya.
A. tuangan
B. menuang
C. menuangi
D. menuangkan

6. Sejak seminggu yang lalu, ______________ Pak Mahat tidak lagi kelihatan di kedai kopi
itu.
A. air muka
B. batang hidung
C. bayang-bayang
D. samar-samar

Setelah penat menonton sehingga larut malam, puteri raja itu


masuk ke biliknya kerana terasa mengantuk.

7. Apakah yang akan dilakukan oleh puteri raja selepas itu?


A. beradu
B. bersiram
C. bersantap
D. berangkat
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Beg tangan Nuraqila ____________ oleh peragut yang membonceng sebuah motosikal.
A. ditarik
B. ditangkap
C. direnggut
D. disingkap

9. “Setiap murid sekolah ini perlu mengamalkan ____________ yang baik,” kata Cikgu Ali.
A. tatabahasa
B. tatacara
C. tatasusila
D. tatatingkat

10. Emak sedang mengasingkan kacang tanah dan kacang merah yang telah ________________
di dalam nyiru.

A. hancur lebur
B. bercampur aduk
C. berpecah belah
D. bersatu padu

11. _____________ saya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, ayah
menghadiahi saya komputer riba ini.
A. Hal yang demikian
B. Namun begitu
C. Oleh yang demikian
D. Oleh sebab
12. Chandra berasa __________ sebaik sahaja membaca e-mel tentang kematian saudaranya di
luar negara.
A. ngilu
B. rindu
C. sebak
D. terkejut

13. ___________ persiapan telah pun dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk
menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.
A. Sekalian
B. Segala
C. Setiap
D. Seluruh

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi


14. Sebelum majlis itu bermula, Salmah sibuk menolong ibunya memasak di bawah khemah.
A. Salmah dan ibunya sibuk di bawah khemah sebelum majlis itu bermula.
B. Salmah sibuk menolong ibunya di bawah khemah sebelum majlis itu bermula.
C. Ibu Salmah sibuk di bawah khemah sebagai persiapan majlis, sebelum majlis itu
bermula.
D. Salmah tidak selalu berada di bawah khemah kerana sibuk membantu ibunya sebelum
majlis itu bermula.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


15. I . Pada hari Isnin ini, umur Roshan genap 12 tahun.
II. Rumah-rumah di sebelah kanan jalan itu bernombor genap.
III. Di genap sudut rumahnya itu terdapat banyak pokok bunga hiasan.
IV. Nombor perpuluhan itu dibundarkan untuk genap bilangannya sahaja.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

16. Pilih ayat yang betul.


A. Semua murid-murid menyertai perkhemahan itu.
B. Para guru-guru memberi contoh yang baik kepada murid-murid.
C. Jarak di antara rumah saya dengan rumah Abu lebih kurang dua kilometer.
D. Farid ialah murid Tahun Dua Delima.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-solan yang berikutnya

Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung merbah. Pada
ketika itu, Sang Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa, Sang Murai berkata, “Hai Sang
Merbah! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh.
Lihatlah aku, hidup bebas terbang ke sana sini. Sang Merbah lalu berkata, “Tak apalah, wahai
Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi musim
hujan akan.” Sang Merbah meneruskan pekerjaannya tanpa mempedulikan ejekan Sang Murai. Sang
Merbah dengan tekun mencari ranting-ranting kayu untuk dibuat sarang. Selang beberapa hari, Sang
Murai datang lagi ke tempat Sang Merbah. Dia amat terkejut melihat sebuah sarang yang cantik telah
pun siap dibina. Sarang amat besar dan boleh memuatkan beberapa ekor burung. Kebetulan pada
masa itu hujan turun dengan lebatnya. Ribut petir pula sabung-menyabung. Sang Murai ditimpa hujan
yang sangat lebat.

Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya. Lalu Sang
Merbah berkata, “Wahai Sang Murai, kalua kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat
faedahnya.
Sebaliknya jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi.” Sang Murai berasa malu, lalu
beredar dari situ.
Sumber: tauladan.blogspot.com

17. Apakah yang dilakukan oleh Sang Merbah ketika Sang Murai menemuinya?
A. Berehat setelah penat terbang
B. Mencari makanan
C. Hinggap di dahan pokok
D. Membuat sarang

18. Mengapakah Sang Murai berada bangga?


A. Dapat terbang dengan bebas
B. Mempunyai sayap yang cantik
C. Mempunyai tempat berteduh
D. Senang mencari makanan

19. Apakah maksud mandi peluh?


A. Berehat dalam masa yang lama
B. Bekerja untuk menerima upah
C. Bekerja dengan bersungguh-sungguh
D. Membuat kerja sehingga berpeluh
20. Pilih penyataan yang benar tentang di sebelah.
A. Kalau kita rajin, kita akan berjaya.
B. Sang Merbah sangat susah untuk bekerja.
C. Cuaca ketika ini sangat nyaman dan menyegarkan
D. Sang Murai seekor burung yang prihatin terhadap rakannya.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai