Anda di halaman 1dari 4

Bina Ayat SPM (Soalan 3a)

Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:

a) Bila + Siapa + buat apa


b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa

Contoh:
1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur
pertandingan.

2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propagandapolitik
yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka
ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan
mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya
dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. Anti-Israel
ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti
kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.

6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar
umbi.

7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan
menyebabkan jiwa anak kosong.

8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah
dalam acara sukan.

9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina
perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

10. Intensif
ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan
Matematik.

11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan
persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.

12. tentatif
ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya
ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.

13. senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.

14. sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan
menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.
BINA AYAT

Arahan soalan: Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

LATIHAN 1

Membina ayat dengan menggunakan Kata Dasar

(i) potong
(ii) hiris
(iii) raut
(iv) kerat
(v) penggal
(vi) cencang

Isikan tempat kosong dengan perkataan di atas

(i) Kuku jari adik yang panjang itu telah saya potong.

(ii) ” _______________ pensil itu hingga tajam,” kata Ali kepada adiknya.

(iii) Bawang itu saya __________________ nipis-nipis.

(iv) ʺAku akan ________________ leher kamu,” jerit askar Jepun itu.

(v) ʺTolong ________________ daging itu hingga lumat,”pesan ibu kepada kakak.

(vi) Jangan _________________ dahan itu terlalu pendek.

Tulis ayat-ayat tersebut dengan lengkap.


Arahan soalan: Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

LATIHAN 2

Membina ayat dengan menggunakan Kata Ganda

(i) baring-baring
(ii) faham-faham
(iii) makan-makan
(iv) betul-betul
(v) nyaris-nyaris
(vi) sungguh-sungguh

(i) Datuk saya baring-baring di beranda rumah sementara menunggu masuk waktu zuhur.
(ii) Chua _____________________ cedera dilanggar motosikal.
(iii) Sue dan Janet berhenti di sebuah restoran untuk _______________sebelum balik ke asrama.
(iv) Johan ______________________ tidak tahu cara untuk menyelesaikan kerja rumahnya.
(v) Sopiah masih tidak _____________________ masalah yang dihadapi oleh kawannya.
(vi) ”Belajarlah _________________________ supaya kamu lulus dalam peperiksaan,” kata guru
kepada murid-muridnya.

Tulis ayat-ayat tersebut dengan lengkap.

Arahan soalan: Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Latihan 3

Membina ayat dengan menggunakan Kata Homograf

(i) rendang – rendang


(ii) semak – semak
(iii) selak - selak

Sila padankan frasa di bawah menjadi ayat yang betul dengan kata homograf yang diberi.

(i) Saya suka makan itu ialah tempat kami berteduh.


rendang
Pohon yang ayam masakan ibu.
(ii) Latihan tatabahasa itu telah saya di belakang rumah.
semak
Abang telah menebas sebelum dihantar kepada guru.
(iii) Jangan lupa ke paras lutut untuk melihat lukanya.
selak
Kain adik saya pintu itu sebelum masuk tidur.

Tulis ayat-ayat tersebut dengan lengkap.