Anda di halaman 1dari 3

Terbinanya sebuah kepimpinan yang kukuh dan stabil bagi sesebuah organisasi atau negara adalah

amat penting dalam Islam. Dalam Islam prinsip ketaatan kepada pemerintah adalah sangat penting, ini
kerana peraturan-peraturan yang dibawa oleh Islam tidak akan dapat dilaksanakan tanpa wujudnya
satu pemerintahan yang ditaati. Sebahagian dari asas-asas utama syariat ialah mentaati pemimpin.
Urusan kepimpinan merupakan salah satu dasar utama dalam Islam.

Sebaiagaimana Firman Allah SWT:

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemimpin di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang
sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa". (al-Nur (24: 55).

Perintah mentaati pemimpin bukan hanya sekadar kepada perkara-perkara yang disukai, tetapi
menrangkumi juga perkara-perkara yang mungkin dibenci. Ini kerana sudah menjadi fitrah manusia
mudah untuk mentaati kepada perkara yang disukai tetapi sukar patuh kepada perkara yang tidak
disukai.

Islam telah meletakkan beberapa asas yang penting tentang bagaimana rakyat perlu berinteraksi
dengan pemimpin demi menjamin kemakmuran masyarakat di sesebuah negara Islam.

Ketaatan kepada pemimpin merupakan perkara yang penting dalam Islam.

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri
(pemimpin) di antara kamu". (al-Nisaa' (4): 59)
Selagi mana seseorang pemimpin itu tidak menyuruh kepada melakukan maksiat, selagi itulah rakyat
perlu mentaatinya. Sabda Rasulullah SAW: "Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin)
ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak
diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak
wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat". - Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Andai jika seseorang pemimpin Islam menyuruh melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan
syarak dan yang berunsurkan maksiat, maka wajib bagi umat Islam untuk tidak mentaati perintah
tersebut. Namun begitu Rasulullah juga melarang menarik balik kesetiaan kepada pemimpin demi
mengelakkan perpecah sesama umat Islam.

Baginda bersabda dalam satu hadis yang berbunyi,"Ketahuilah! Sesiapa yang dipimpin oleh
seorang pemimpin lalu dia melihat sesuatu kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan oleh
pemimpin itu), maka bencilah kemaksiatan kepada Allah tersebut. Akan tetapi jangan
menarik ketaatannya (kepada pemimpin itu)". - Hadis riwayat Imam Muslim.

Pemimpin juga manusia biasa dan bukanlah sempurna. Mereka juga tidak bebas dari melakukan
kesilapan dan kesalahan, oleh itu Islam menyuruh umatnya menegur dan memberi nasihat kepada
pemimpin mereka. Pemimpin Islam juga perlu bersifat terbuka dalam menerima teguran dan nasihat.

Prinsip kepimpinan sebegini telah dibuktikan misalnya oleh Saidina Abu Bakar yang membuka ruang
untuk rakyat menegur, seperti katanya ketika dilantik menjadi Khalifah umat Islam yang pertama" Jika
sekiranya kamu melihat aku melakukan kebaikan bantulah aku, jika sekiranya kamu melihat aku
melakukan kesalahan, betulkan aku". Sikap pemimpin yang terbuka menciptakan suasana yang
harmoni antara pemimpin dengan para pengikut dan mewujudkan perasaan kasih sayang.

Islam juga mengajar agar pemimpin tidak menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan
yang membezakan dirinya dengan rakyat. Disisi Allah, ukuran perbezaan diantara manusia adalah
ketakwaan, bukan harta benda dan kuasa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Agama itu adalah
nasihat. Kami (para sahabat) berkata kepada siapa ya Rasulullah? Sabda Rasulullah SAW, kepada Allah,
kepadaRasulNya , kepada KitabNya dan kepada pemimpin-pemimpin umat Islam dan pengikutnya.

Walaupun Islam membenarkan menegur pemimpin, tetapi tidaklah boleh dilakukan secara terbuka
dengan kata-kata berbentuk cacian dan menghina atau dengan tujuan menanam perasaan benci di
kalangan masyarakat terhadap pemimpin tersebut, tetapi hendaklah kita menasihatinya dan
memperjelaskan kesalahannya dengan cara yang penuh hikmah. Prinsip tegur-menegur yang
dianjurkan oleh Islam merupakan suatu prinsip yang unggul kerana ia tidak memihak kepada pemimpin
atau rakyat sepenuhnya. Oleh itu ia tidak akan menjejaskan kepentingan pemimpin dan juga
kepentingan rakyat. Ini menjelaskan diantara tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin di satu pihak
dan dan tugas dan tanggungjawab rakyat di satu pihak yang lain.

Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada umatnya tentang cara untuk menasihati pemimpin melalui
sabda Baginda: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah
dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan
pemimpin tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin)
menerima (nasihat tersebut) maka itulah yang diharap-harapkan. Jika dia tidak menerima
(nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat tersebut) telah melaksanakan
tanggungjawabnya". - Hadis riwayat Imam Ahmad.
Adab Kepada Pemimpin

1.Mentaati pemimpin
- kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin tidak menyuruh mereka melakukan perkara maksiat.

2. Sokongan yang padu


- Segala pogram yang dijalankan tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada
Yg dipimpin
- kita perlu memberi sokongan padu kepada perkara yang membawa faedah.
.

4. Menasihati pemimpin dengan cara yang baik


–Pemimpin adalah manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Sekiranya rakyat hendak menasihati pemimpin,hendaklah menegur pemimpin dengan cara dan
saluran yang baik.

Begitulah beberapa prinsip asas penting Ahlus Sunnah Waj Jamaah tentang tatacara bagaimana umat
Islam harus berurusan dengan pemimpin tidak kira samaada dalam sesuatu organisasi mahupun negara
demi mencapai perpaduan umat yang merupakan aspek penting dalam membentuk umat Islam yang
kuat dan digeruni musuh. Perpecahan hanya akan meruntuhkan kekuatan umat Islam, sedangkan
musuh Islam bagaikan serigala-serigala buas yang menunggu untuk membaham. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai