Anda di halaman 1dari 8

Badan Kebajikan Staf,

SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN STAF,

SK.BUKIT KIARA,SUNGAI PETANI,KEDAH.


FASAL 1 :

Badan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Staf,SK.Bukit Kiara,Sungai


Petani,Kedah. ( BKS ).Ditubuhkan pada tahun 2013.

FASAL 2 :

Matlamat:

Mewujudkan semangat kerjasama,menjalin persefahaman dan muhibah


serta mengambil peranan kebajikan dan kemesraan bagi kepentingan ahli
agar suasana bekerja di SK.Bukit Kiara lebih kondusif dan produktif.

FASAL 3:

Tujuan :

1. Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan


kakitangan serta menjaga kebajikan mereka.

2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi


hubungan antara guru-guru dan kakitangan serta pentadbiran
sekolah.
Badan Kebajikan Staf,
SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

FASAL 4:

Keahliaan :

1. Terbuka kepada semua guru dan kakitangan kecuali guru ganti di


SK.Bukit Kiara.

2. Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik sepanjang


tempoh berkhidmat di SK.Bukit Kiara.

3. Ahli-ahli hanya akan hilang kelayakan sebagai ahli jika tidak lagi
berkhidmat di SK.Bukit Kiara dan meninggal dunia.

4. Setiap orang ahli berhak mengundi dan diundi dalam Mesyuarat


Agung Tahunan.

FASAL 5:

Pentadbiran / Bidang Kuasa Jawatankuasa

1. BKS hendaklah diurus tadbir oleh suatu jawatankuasa yang dilantik.

2. Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh ahli-ahli BKS setiap tahun


semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

3. Jawatankuasa hendaklah masih lagi berkhidmat di SK.bukit


Kiara,sekiranya berlaku pertukaran guru,jawatan tersebut
hendaklah diisi oleh guru yang dipilih oleh jawatankuasa tertinggi
dalam BKS.( Tanpa pengundian )

4. Pemilihan jawatankuasa dilakukan secara pengundian.

5. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa


mengadakan mesyuarat.

6. Ahli Jawatankuasa :
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong Bendahari
Badan Kebajikan Staf,
SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

vii. Ahli Jawatankuasa ( 5 orang atau bilangan bergantung


keperluan )
viii. Pemeriksa kira-kira ( Sekurang-kurang seorang )

7. Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa adalah satu (1)


tahun atau suatu tempoh yang difikirkan sesuai.

FASAL 6:

Tugasdan Tanggungjawab Jawatankuasa.

Menentukan dasar, merancang, mengelola dan mengatur kegiatan dan


aktiviti-aktiviti BKS serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang
menyentuh perjalanan BKS tanpa bercanggah dengan dasar umum yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan di samping juga
bertanggungjawab terhadap pengawalan keselamatan segala aset BKS
yang ada.

a. Pengerusi

1. Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan


Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
2. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan BKS
sepanjang tempoh berkhidmat.
3. Mempunyai undi pemutus dan menandatangani minit
mesyuarat apabila telah diluluskan.

b. Setiausaha

1. Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi dan


Naib Pengerusi.
2. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
dan surat-surat berkaitan BKS.
3. Memaklumkan tarikh, masa dan agenda mesyuarat.
4. Menyediakan dan menyimpan minit mesyuarat BKS.
Badan Kebajikan Staf,
SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

c. Bendahari.

1. Menguruskan perbelanjaan wang BKS seperti diputuskan oleh


Mesyuarat Agung Tahunan.
2. Menerima bagi pihak BKS semua derma atau sumbangan
daripada mana-mana ahli-ahli atau lain-lain sumber dan
mengeluarkan resit akuan terima.
3. Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau
penyalahgunaan wang dari akaun BKS.
4. Menyediakan Laporan atau Penyata Kewangan untuk diaudit
dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta
laporan-laporan yang berkaitan.

d. Ahli Jawatankuasa / Biro

1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan


aktiviti yang dilaksanakan.
2. Menjalankan arahan-arahan BKS sepertimana ditentukan dalam
mesyuarat.
3. Mengkaji dan membuat keputusan dalam sebarang
permohonan daripada ahli-ahli BKS.
4. Membantu melaksanakan program dan aktiviti yang
dicadangkan.

e. Pemeriksa Kira-kira

1. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


Tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya.
2. Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.
Badan Kebajikan Staf,
SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

FASAL 7:

Kewangan.

1. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM100 setahun bagi guru


dan RM50.00 setahun bagi bukan guru.
2. Setiap ahli juga boleh membayar yuran secara ansuran sehingga
cukup jumlah yuran setahun bagi tahun semasa.
3. Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat
persetujuan 2/3 ahli semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
4. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan kutipan khas bagi membiayai
aktiviti tersebut.
5. Semua pungutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam
akaun yang disediakan oleh Bendahari.
6. Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM2999.99 memerlukan
persetujuan 2/3 ahli-ahli BKS.
7. Pengeluaran wang kurang daripada RM2999.99 tetapi melebihi
RM500 hanya perlu mendapat persetujuan Jawatankuasa Tinggi (
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ).
8. Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang dibawah
RM501 sahaja dengan kebenaran Pengerusi.

FASAL 10:

Mesyuarat Agung Tahunan / Pembubaran BKS.

1. Mesyuarat Agung hendaklah diadakan setahun sekali iaitu sebelum


sesi persekolahan bermula.
2. Notis tarikh mesyuarat agung hendaklah dihebah dan dipamerkan
kepada ahli-ahli selewatnya DUA hari sebelum tarikh mesyuarat.
3. Mesyuarat Agung Khas bagi BKS boleh diadakan jika perlu.
4. Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang
daripada 2/3 ahli BKS.
5. Korum Mesyuarat Jawatankuasa BKS hendaklah tidak kurang 1/2
daripada jumlah bilangan jawatankuasa BKS.
6. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
Badan Kebajikan Staf,
SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

ditangguhkan kepada tarikh lain; jika korum tidak cukup juga untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka jawatankuasa berkuasa
mengubah undang-undang BKS atau membuat keputusan-
keputusan mengenai semua ahli.
7. BKS boleh dibubarkan pada Mesyuarat Agung terakhir bagi tahun
semasa. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan BKS.
8. Jika pembubaran terpaksa dilakukan :

i. Segala hutang-piutang dan tunggakan ahli-ahli terhadap


BKS hendaklah diselesaikan.
ii. Wang bakinya hendaklah dibahagikan sama rata kepada
ahli-ahli BKS.

FASAL 11:

Hak Ahli-ahli BKS

1. Mengadakan majlis-majlis seperti berikut :


- Majlis perpisahan, Sambutan Hari Raya, Hari Keluarga,
Jamuan Akhir Tahun, dan lain-lain majlis yang dirasakan perlu.
2. Membeli sesuatu sempena Hari Guru mengikut kadar sewajarnya.
Nilai sumbangan sekurang-kurangnya sebanyak RM100 dan tidak
melebihi RM500.
3. Memberikan derma kepada orang perseorangan, pertubuhan
agama dan lain-lain seumpamanya maksima RM20.
4. Mengeluarkan derma atau bantuan kepada ahli-ahli yang ditimpa
kemalangan atau bencana alam atau seumpamanya ( RM50 )
tidak termasuk sumbangan peribadi dan derma kilat.
5. Jika berlaku kematian, BKS akan bertindak mengikut syarat-syarat
berikut :
a. Kematian ahli ( suami/isteri ) akan disumbangkan RM200 dan
tambah nilai melalui pungutan derma.
b. Kematian ahli keluarga ( ibubapa kandung / mertua, anak
belum berkahwin termasuk anak angkat yang sah ) akan
disumbangkan RM100 dan tambah nilai melalui pungutan
derma.
c. Kematian di rumah ahli sebanyak RM50 .( sesiapa saja )
Badan Kebajikan Staf,
SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

6. Mana-mana ahli BKS yang berkahwin ( satu kali ) dan


mengedarkan kad jemputan kepada ahli-ahli,maka sumbangan
akan diberikan RM100 dan anak-anak ahli suami/isteri pertama
akan diberikan RM50.
7. Ahli-ahli yang menunaikan fardu haji ke Mekah ( kali pertama )
akan diberikan sumbangan RM100. Majlis doa selamat akan
diadakan dibawah pembiayaan BKS.
8. Masuk wad tidak kurang dari 3 hari ( sakit ) : RM30 ( sekali setahun )
.Sakit berlanjutan ( berada di rumah ) sumbangan atas budi bicara
jawatankuasa.
9. Mana-mana ahli BKS yang bertukar atau bersara dan telah
berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan, jamuanperpisahan akan
di adakan. Perbelanjaan akan dipungut daripada ahli-ahli yang
lain.BKS akan bertindak mengikut syarat-syarat berikut :
a. Bertukar : RM50 ( dengan tambahan RM5 x bilangan tahun
berkhidmat di sekolah ini )
b. Bersara : RM100 ( dengan tambahan RM10 x bilangan tahun
berkhidmat di sekolah ini).
c. Ahli BKS yang bertukar /bersara kurang 6 bulan bertugas
disekolah ini ( RM50 ).

10. Bersalin anak pertama ( sulung ) dan anak pertama di sekolah ini :
RM50.
11. Siri-siri lawatan /melancong akan diadakan dari masa ke semasa
bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan besar ahli BKS.
Sumbangan akan dikeluarkan berdasarkan keputusan
jawatankuasa BKS.
12. Kebajikan ahli BKS di bilik guru juga diberi perhatian. Sumbangan
akan dikeluarkan berdasarkan keperluan semasa.

FASAL 12 :

Perkara Am.

1. Selain daripada penggunaan wang ke arah kebajikan, wang BKS


juga boleh digunakan untuk tujuan :
a. Jamuan ringan untuk Mesyuarat Jawatankuasa dan
Mesyuarat Agung.
b. Fotostat yang berkaitan dengan urusan pentadbiran BKS.
Badan Kebajikan Staf,
SK.Bukit Kiara,Sg.Petani,Kedah.

c. Cenderahati kepada guru-guru atau staf dengan kebenaran


Pengerusi dan Guru Besar.
d. Baki wang BKS pada hujung tahun akan di bawa ke tahun
berikutnya.

2. Sekiranya berlaku kehabisan wang tabungan, maka Jawatankuasa


boleh memutuskan untuk mengadakan kutipan tergempar.
3. Segala keraguan atau ketidakpuasan hati ahli-ahli mengenai
perjalan BKS, hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa. Semua
keputusan adalah MUKTAMAD. Semua yuran yang disalurkan
kepada BKS adalah untuk tujuan KEBAJIKAN.

“KITA ASYIK BERTANYA , APAKAH SUMBANGAN BKS KEPADA KITA.

TANYALAH APAKAH SUMBANGAN YANG KITA BERI UNTUK BKS.”

Perlembagaan pindaan ini telah diperakukan dan

Berkuatkuasa pada 13 Februari 2014

Diperakui oleh : Disahkan oleh :

............................................. ...............................................

Anda mungkin juga menyukai