Anda di halaman 1dari 14

SOROTAN TERHADAP PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM DAN HADIS

DI NUSANTARA.
Oleh :

Rosni Wazir
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Abstrak

Nusantara merupakan satu rantau yang luas yang didiami oleh bangsa yang serumpun, iaitu
hampir sama dari segi rupa paras, budaya dan bahasa. Islam pula merupakan agama yang
menjadi pegangan sebahagian daripada penduduk di sini, selain dari Buddha dan Hindu.
Kedatangan Islam ke sana telah menukar strukrur masyarakatnya secara besar-besaran dan
ilmu sudah mula menjadi satu budaya yang kian menyebati dalam kehidupan mereka. Anak-anak
kecil sudah mula diperkenalkan dengan pendidikan dan pondok-pondok atau madrasah menjadi
tempat mengaji yang terpilih pada waktu itu. Teks bacaan yang yang dikenali sebagai “kitab
kuning” telah dibawa masuk dari Timur Tengah, Mekah khususnya serta tempat-tempat lain.
Penulisan ini akan menyorot sejarah perkembangan karya-karya Islam ini bermula dari kurun
ke 12 sehingga kurun ke 21, serta secara ringkasnya pada karya hadis bermula dari bentuknya
yang ringkas dan minimal kepada bentuk kemasan yang bercetak dan tebal; bermula dengan
bahasa asing kepada terjemahan dan akhirnya dalam bahasa ibunda sendiri yang
membanggakan.

Kata kunci : NUSANTARA, PENDIDIKAN, PONDOK, HADIS, KITAB KUNING, KARYA


ISLAM.

PENGENALAN

Sejarah kemasukan Islam ke Nusantara1 atau Alam Melayu yang direkodkan oleh sejarawan adalah melalui dua
tahap; tahap kedatangan dan tahap perkembangan2. Perbincangan tentangnya turut melibatkan beberapa
persoalan yang sukar dicari titik noktahnya. Tiga perkara utama yang menjadi pendebatan ialah :
1. Tarikh sebenar kemasukan Islam ke Nusantara.
2. Daerah mana yang pertama sekali menerima kunjungan agama Islam.
3. Asal usul mubaligh yang membawa ajaran Islam.

Sememangnya sukar untuk menentukan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Nusantara dan ini turut diakui
sendiri oleh T.W.Arnold : “It is imposibble to fix the precise date of the first introduction of Islam into the
Malay Archipelogo.”3

1
Definisi Nusantara adalah merangkumi kawasan negeri sebelah Timur tanah besar Asia yang terdiri daripada
Semenanjung Indo-China, Kepulauan Indonesia termasuk Tanah Melayu dan juga kepulauan Filipina. Namun
skop perbincangan dikhususkan kepada kepulauan Melayu, terutama di daerah Sumetera dan Tanah Melayu.
Sila lihat Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), Selangor : al-
Rahmaniah (Badan Dakwah & Kebajikan Islam Malaysia), h.53.
Terdapat sedikit perbezaan tentang rangkuman wilayah Nusantara berdasarkan pendapat Haji Wan Mohd Saghir
apabila beliau membincangkan tentang perkaitan antara istilah “Asia Tenggara”, “Alam Melayu”, “Nusantara”
dan “Negeri Bawah Angin”. Bagi beliau, istilah-istilah ini sekiranya dilihat dengan teliti, ia adalah tidak sama.
Kawasan yang diistilahkan sebagai “Alam Melayu” sebenarnya adalah lebih luas daripada kawasan “Asia
Tenggara”, sedangkan istilah “Nusantara” pula hanyalah berupa “Kepulauan Indonesia”. Istilah “Tanah Jawi”
pula hampir sama dengan “Asia Tenggara”. Oleh itu, “Nusantara” adalah lebih kecil daripada “Tanah Jawi” atau
“Asia Tenggara”. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (2002), Wawasan Pemikiran Ulama Asia Tenggara, j.5,
Kuala Lumpur : Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dan Khazanah Fathaniyyah, h.1.
2
Mahayuddin Haji Yahya (2001), Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.3.
3
T.W.Arnold (1913), The Preaching of Islam : a History of the Propagation of The Muslim Faith, cet.2,
London : Constable & Company Ltd., h.363.

1
Sejarawan tempatan mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Nusantara telah berlaku di sekitar ke 7 dan ke
8M, manakala sejarawan Barat memberikan tarikh di sekitar abad ke 13M. Tanah Melayu mula menerima Islam
sekitar kurun ke 9M dan selewat-lewatnya pada kurun ke 12M, manakala sejarawan Barat pula berpendapat
bahawa ia berlaku di sekitar kurun ke 15M dan ia bermula di Melaka.4 Terdapat beberapa teori yang
digunapakai oleh para sejarawan dalam menetapkan tarikh Islam mula berkembang dan menapak dalam
masyarakat Melayu, antaranya ialah :
1. Laporan pelayaran Marco Polo yang menemui Perlak pada 691H/1292M bahawa penduduk di situ
sudah beragama Islam.
2. Penemuan Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh 702H/1303M
mempunyai catatan berkenaan dengan pengamalan hukum hakam Islam di kawasan itu.5
3. Syiling “al-Julus Kelantan” bertarikh 575H/1180M.6
4. Kubur “Keramat Teluk Cik Munah” di Pekan, Pahang yang bertarikh 418H/1028M.
5. Penemuan batu nisan di Bud Dato’, Kepulauan Jolo di Sulu pada 710H/1310M menunjukkan orang
Muslim kerap kali mengunjungi kawasan ini, mungkin disebabkan hubungan perdagangan mereka
dengan China.7

Kebanyakan sejarawan bersetuju menamakan Sumatera atau Sumudra sebagai tempat pertama yang menerima
kunjungan mubaligh Islam, tetapi masih bertingkah tentang ketentuan daerahnya pula. Ini mungkin berlaku
kerana pegangan terhadap sumber yang pelbagai, antaranya :8
1. Perlak (Ferlec) : berdasarkan laporan dari Marco Polo
2. Aru atau Haru : berdasarkan tulisan oleh Tome Pires
3. Pasai : berdasarkan buku Hikayat Raja-Raja Pasai
4. Pangsir, Lamni, Aru dan Perlak : berdasarkan buku Sejarah Melayu.
5. Samudera : berdasarkan catatan China.
6. Acheh : berdasarkan buku Salasilah Acheh.

Teori tentang pembawa atau pengembang ajaran Islam di rantau sini juga berpecah kepada tiga teori:9
1. Islam dibawa oleh mubaligh dari Tanah Arab.10
2. Islam dibawa oleh mubaligh dari India.11

4
Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.70.
5
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of
the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka, h.12.
6
Amnah Saayah binti Ismail & Farid Mat Zain (2004), Perspektif Islam di Tanah Melayu abad ke-19 : Analisis
Terhadap Pemikiran Abdullah Munshi Melalui Karya “Kisah Pelayaran Abdullah””, (Kertas Kerja International
Seminar of Islamic Thought, anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 7-9
Disember 2004), h. 342.
7
Syed Naquib al-Attas (1969), op.cit., h.12.
8
Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.54.
9
Ibid.,h.55-70.
10
Menurut teori Hamka dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, golongan yang pertama menyebarkan
Islam ke Nusantara adalah orang Arab itu sendiri dan Islam datang secara langsung dari Tanah Arab. Teori ini
boleh diterima kerana kepulauan Nusantara mempunyai hubungan dengan orang Arab semenjak abad ke 5 lagi.
Malahan, kepulauan Nusantara menjadi tempat persinggahan pedagang Arab sebelum tiba di negara China.
Teori ini turut dipersetujui oleh T.W.Arnold dan S.Q. Fatimi. Sila lihat Hamka (2006), Sejarah Umat Islam
(Edisi Baru), Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd, h.670-676. Lihat juga Syed Muhammad Naquib al-Attas
(1969), op.cit., h.11. Lihat juga S.Q. Fatimi (1963), Islam Comes To Malaysia, Singapura : Malaya Publishing
House Ltd., h.4. Lihat juga T.W. Arnold (1975), op.cit., h. 363.
Teori ini juga disokong oleh kecenderungan penduduk Nusantara kepada tarikat yang berasal dari Tanah Arab
seperti Tarikat Naqshabandi, Tarikat Syatariyyah, Tarikat Sammaniyah, Tarikat Rifa’iyyah dan Tarikat
Qadiriyyah. Sila lihat http://kdhlib.gov.my/diaspora/sesi1 (sejarah) / Perkembangan Islam Di Nusantara Dan
Hubungannya Dengan Golongan Arab (Dr Fadhlullah).doc. 5 April 2012, h. 2.
11
Antara pelopor bagi teori ini adalah Snouck Hurgronje pada tahun 1883M, sila lihat Hamka (2004), op.cit.,
h.680. Menurut pendapat S.Q.Fatimi : “Professor Snouck Hurgronje salah seorang pelopor yang amat penting di
dalam mengemukakan bahan-bahan bahawa pengaruh Persia atau India (Malabar-Koromandel) yang lebih benar
di dalam pertumbuhan dan perkembangan Islam di negeri Melayu ini, beliau pun tidak dapat mengelak
pengakuan bahawasanya pengaruh Arab atau Makkah atas kehidupan di pulau-pulau ini sangatlah kuatnya.
Lebih kuat daripada di Turki atau Hindustan ataupun Bukhara sendiri.” Sila lihat S.Q. Fatimi (1963), op.cit., h.4.

2
3. Islam dibawa oleh mubaligh dari China dan Champa.12

Dr. Haji Abdullah Ishak telah merumuskan beberapa faktor yang mendorong penyebaran Islam secara lebih
positif di rantau ini dan ia saling berkaitan serta menjadi sokongan kepada yang lain. Faktor-faktor yang
dimaksudkan adalah :13
1. Faktor perlumbaan dalam penyebaran agama.
2. Faktor perkahwinan.
3. Faktor perdagangan.
4. Faktor penguasaan syahbandar.
5. Faktor politik dan penaklukan.
6. Faktor keperibadian golongan dakwah dan sufi.
7. Faktor penulisan dan kesusasteraan.
8. Faktor kemurnian ajaran agama Islam.

Salah satu faktor terpenting penyebaran Islam pada kurun ke 15 dan 16M adalah faktor penulisan, kesusasteraan
dan pendidikan. Hasilnya, beberapa tempat yang menjadi titik mula kemasukan Islam ke Nusantara mula
menjelma sebagai pusat pendidikan Islam dan keilmuan yang pesat. Bidang keilmuan yang berkembang ini
tidak sahaja melibatkan bidang-bidang ilmu-ilmu keagamaan tetapi juga bidang kesusateraan, kesenian, bahasa,
ilmu perubatan, ilmu bumi, matematik, astronomi, ilmu polituk dan sebagainya.14 Kesan daripada fenomena
inilah yang menzahirkan ilmu secara bertulis dan bercatat serta melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmu dan
cendikiawan Melayu seperti Hamzah Fansuri, Shams al-Din al-Sumatrani, Sheikh Nur al-Din al-Raniri, ‘Abd al-
Rauf al-Fansuri @ al-Singkel, Sheikh ‘Abd al-Saad al-Palembani, Sheikh Arshad al-Banjari, Raja Ali Haji,
Sheikh Daud bin ‘Abd Allah al-Fatani, Abdul Malik bin ‘Abd Allah, Munsyi ‘Abd Allah dan ramai lagi.

PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM DI NUSANTARA.

Islam dilihat terus berkembang dan semakin diterima oleh masyarakat, tetapi terdapat beberapa pendapat
daripada sejarawan Barat menyatakan bahawa Islam diterima dalam bentuk yang minimal sahaja oleh
masyarakat. Dr. Azyumardi Azra memetik pendapat Lanson,Van Leur, Winstedt dan Gullick yang mengatakan
bahawa Islam sekadar perkara kecil yang berlaku pada perkembangan tamadun manusia. Pengamal Islam juga
amat terhad dan bercampur dengan kepercayaan Hindu-Buddha serta tidak signifikan sebagai agama bagi
sesebuah negeri kerana tiada undang-undang Islam yang dilaksanakan, tiada kadi yang dilantik dan negeri-
negeri ini masih berada di bawah perlindungan British.15

Pandangan-pandangan ini telah disanggah dengan keras oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, sekaligus
menolak teori tersebut sepenuhnya. Bagi beliau, Islam telah memberi impak yang besar dengan menukar
struktur masyarakat, budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu.16 Pendapat ini telah disokong oleh sejarawan
lain seperti C.A.O Van Niewenhuijze, C.A Majul serta ramai lagi.17

Apa sahaja pendapat yang diberikan oleh para sejarawan Barat, Islam pada waktu itu terus berkembang
sehingga muncul pusat kekuasaan Melayu-Islam seperti Terengganu Lama, Kedah, Perak, Patani, Melaka,
Johor-Riau, Pasai, Acheh, Banten, Demak, Champa, Brunei, Sulu, Magindanao, Tidore dan Maluku yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehingga akhirnya ia dinamakan Kepulauan Melayu18.

12
Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Godinho Eredia, seorang saintis berbangsa Sepanyol dan sumber catatan
dari negeri China semasa Dinasti Sung. Sila lihat S.Q. Fatimi (1963), ibid., h.67.
Namun begitu, sumber dari China ini turut mengaku bahawa Islam telah sampai ke negara mereka sejak abad
pertama Hijrah. Sila lihat Hamka (1994), op.cit., h.670. Lihat juga Mahayuddin Haji Yahya (2001), op.cit., h.13.
13
Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.71.
14
Ibid., h.49.
15
Azyumardi Azra (1997), “Education, Law, Mysticism : Constructing Social Realities”, dalam Mohd Taib
Osman (ed.), Islamic Civilization in the Malay World, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.146-147.
16
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), op.cit.,h.4-7.
17
Azyumardi Azra (1997), op.cit., h.147.
18
Penduduk di sini akan memperkenalkan diri mereka sebagai Bangsa Jawi, berasal dari Tanah Jawi, berbahasa
Jawi dan menulis dengan tulisan Jawi.

3
Bersama kepesatan ini, keperluan kepada karya-kara Islam mula mendesak dan melahirkan karya-karya
keagamaan dalam pelbagai bentuk, antaranya : 19
1. Sastera kitab (bersifat bukan cerita : prosa dan pusi) :
Kumpulan ini mewakili kitab-kitab yang menerangkan sesuatu pengajaran tentang agama Islam. Ia
meliputi kitab-kitab yang ditulis oleh ilmu fekah seperti sembahyang jumaat, kitab sembahyang, ilmu
tauhid seperti Nazam Tauhid.
2. Sastera kenabian (bersifat cerita : prosa dan puisi) :
Kelompok ini terdiri daripada cerita-cerita tentang Nabi Muhammad  seperti Hikayat Nur Muhammad
dan Hikayat Nabi Wafat dan lain-lain.
3. Sastera tokoh-tokoh Islam (bersifat cerita : prosa dan puisi) :
Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam kisah-kisah ini termasuklah mereka daripada keluarga Nabi
Muhammad  seperti hikayat cucunda baginda, Hasan dan Hussain dalam Hikayat Hassan dan
Hussain dan Hikayat Tamin al-Diri.
4. Sastera kepahlawanan Islam (bersifat cerita : prosa dan puisi) :
Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam hikayat-hikayat jenis ini merupakan orang yang hidup sezaman
dengan Nabi Muhammad  dan pernah berjuang bersama baginda. Ada juga di antara mereka yang
tidak ada kena mengena dengan Nabi Muhammad  tetapi wataknya dilukis berdasarkan kepahlawanan
tokoh yang pernah wujud. Contohnya adalah Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Amir Hamzah.

Kepelbagaian bentuk karya-karya ini bagaimanapun menyatu dengan ciri-ciri yang hampir sama seperti : 20
1. Sebahagian besarnya merupakan terjemahan daripada karya berbahasa Arab.
2. Penggunaan terminologi dalam bahasa Arab adalah banyak sekali, terutama perkataan yang tiada
terjemahannya dalam bahasa Melayu.
3. Gaya bahasa dan penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab.
4. Buku-buku yang kecil digabungkan dengan yang besar, dan selalunya yang lebih kecil berada di
margin karya yang lebih besar.
5. Tajuk-tajuk karya sebahagian besarnya dalam bahasa Arab walaupun isi kandungannya dalam bahasa
Melayu.
6. Berlaku pengulangan cetak tanpa mendapat mendapat kebenaran penulis atau meminta kebenaran
beliau kerana pada waktu ini kebanyakan karya tidak mempunyai hak cipta terpelihara.
7. Kadangkala tidak mempunyai nama pengarang apatahlagi tarikh dan nama penerbit.21

Karya-karya terawal yang dikenali sebagai “Kitab Kuning” ini biasanya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri,
atau disebut oleh Martin Van Bruinessen sebagai “format biasa”. Beliau telah membincangkan tentang format-
format ini berdasarkan kepada kitab kuning yang digunakan di pesantren-pesantren serata wilayah di Indonesia
:22
1. Ia selalunya melibatkan 3 format utama; sharh, hashiah dan matn.
2. Ia selalunya mempunyai komentar atau karya lain yang berkaitan dengannya yang diletakkan sebagai
“hashiah”. Hashiah ini dicetak dalam margin yang lebih kecil mengelilingi karya yang lebih utama
atau lebih besar ditengahnya. Ia selalunya akan dirujuk-silang atau dibaca secara bersama-sama,
mungkin kerana konflik yang berlaku antara kedua-dua teks dan sebagainya.
3. Nama “taqrib” diberikan kepada karya yang lebih ringkas dan pendeknya bentuknya.
4. Matn selalunya berbentuk “manzum”, iaitu berbentuk puisi yang pendek dan ringkas serta berima untuk
memudahkan ia dihafaz. Penerangan kepada manzum ini selalunya diletakkan bersama-sama
dengannya di dalam satu margin berbanding menjadikannya dalam bentuk hashiah.
5. Saiz biasa bagi kitab kuning ini adalah 26 cm dan tidak dijilid dan mudah diceraikan supaya pembaca
boleh mengasingkan halaman yang ingin dibaca atau dihafaznya. Ini berbeza dengan karya-karya di

19
Siti Hawa Salleh (1997), Kesusasteraan Melayu Abad ke 19, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
h.223-226.
20
Abdul-Rahman Mohamed Amin et all (2011), “Historical Review of Classical Hadith Literature in Malay
Peninsula”, International Journal of Basic and Applied Sciences, Vol.2, Issue 2, Department of Management
and Humanities, Universiti Teknologi Petronas, h.1.
21
Professor E.U. Kratz menyebut : “…however that most Malay texs are anonymous and that we do not know
who is usually hiding behind pharases like fakir, yang empunya cetera and sahibul hikayat.” Sila lihat E.U.
Kratz (1979), The Editing of Malay Manuscripts and Textual Critism, (Kertas Kerja Second Eropean on
Indonesian Studies, 2-6 April 1979, London) h.233.
22
Martin Van Bruinessen (1990), Kitab Kuning : Books in Arabic Script Used in The Pesantren Milieu, KITLV
Juournal, no. 2/3, h.234-235.

4
kurun-kurun terkini yang dijilid dengan sempurna memandangkan itu adalah tanggungjawab pencetak
untuk menyempurnakannya.

a. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 12-14 Masehi.23

Sejarawan mengakui bahawa antara tanda penerimaan agama Islam oleh penduduk Nusantara adalah apabila
tulisan jawi yang diadaptasi daripada tulisan Arab menjadi rasmi menggantikan tulisan kawi24. Tulisan jawi
yang ditemui di artifak-artifak serata daerah di Nusantara ini adalah bentuk awal karya-karya Islam sebelum ia
terhasil dalam bentuk manuskrip, bercetak dan sebagainya.

Di peringkat awal, karya-karya ini adalah dalam jumlah yang sangat kecil dan sederhana serta dalam bentuk
risalah-risalah agama secara ringkas. Aktiviti penulisan berjalan perlahan mungkin berpunca dari masalah
bahasa yang dialami oleh para ulama ketika itu.25

Satu-satunya karya yang dianggap sebagai terawal pernah disebut adalah berkaitan dengan tasawuf yang
bertajuk Bahr al-Lahut yang dihasilkan oleh Sheikh ‘Abd Allah Arif. pada kurun ke 12M.26 Karya ini dikatakan
telah menimbulkan kontroversi fahaman tasawuf dan falsafah ketuhanan yang diperdebatkan sebelum ini.27 Ini
adalah tidak memeranjatkan memandangkan masyarakat Muslim pada waktu itu lebih berminat dengan aspek
Islam-mistik-falsafah berbanding hukum hakam.28

Sebuah lagi karya yang disebut adalah Dur al-Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi telah dibawa ke Melaka
oleh muridnya Maulana Abu Bakar tetapi ia dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan beberapa buah karya yang
lain seperti al-‘Aqa’id oleh Najm al-Din Abu Hafs ‘Umar bin Muhammad al-Nasafi (m.1142H/1729M) dan
Umm al-Barahin oleh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi. Al-‘Aqa’id merupakan karya yang terkenal dan banyak
dihuraikan oleh ilmuwan Islam termasuk S‘ad al-Din bin Mas‘ud al-Taftazani yang dikatakan telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi masih belum dapat dikesan.29

b. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 15 - 17 Masehi.

Teori Syed Naquib al-Attas mengatakan bahawa kurun ke 16 dan 17M merupakan masa penting dalam
keilmuan orang Melayu. Pada masa ini menyaksikan kesuburan dalam penulisan sastera fasafah, metafizika dan
teologi rasional yang tiada tolok bandingnya di mana-mana zaman atau kawasan Asia Tenggara.

Penterjemahan al-Quran pertama di Alam Melayu diselenggarakan beserta syarahnya yang berdasarkan al-
Baidawi, serta terjemahan-terjemahan lain serta syarah-syarah dan karya asli dalam bidang falsafah, tasawuf dan
ilmu kalam, semuanya telah diselenggara pada zaman ini. Zaman inilah pembangunan rasionalisme dan
intelektualisme yang tiada pernah berlaku dimana-manapun di Asia Tenggara.30

Setelah penemuan al-Bahr al-Lahut pada 12M, terdapat dua buah lagi karya yang ditemui antara kurun ke 15
dan 16M iaitu Sia-Sia Berguna dan Tarikh Patani yang dikarang oleh Sheikh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-Fatani.

23
Haji Wan Mohd Saghir meletakkan tempoh ini sebagai Period Pertama. Selama tempoh ini (300 tahun),
setelah ditemui al-Bahr al-Lahut, dianggap bahawa penulisan masih berterusan tetapi tiada karya bahasa
Melayu yang ditemui. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (1995), “Manuskrip Islam Dunia Melayu Ditinjau Dari
Pelbagai Peringkat”, (Kertas Kerja Forum Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, pada 27
September 1995), h.2.
24
Kawi merupakan tulisan yang diadaptasi dari pengaruh Hindu. Sila lihat ibid., h.10
25
Fauzi bin Deraman et.al (2011), “Sumbangan Ulama Patani Dalam Pengajian Hadith Dan Penulisannya”,
Jurnal of Islamic Studies, Universiti Prince of Songkhla, Vol.5, June 2010 – May 2011, h.67
26
Fauzi bin Deraman et.al (2011), op.cit., h.190.
27
Prof. Dr. Mahayuddin juga ada membicarakan tentang karya ini dengan panjang lebar. Sila lihat Mahayuddin
Haji Yahya (2001), op.cit., h.43-44.
28
Azyumardi Azra (1997), op.cit., h.190.
29
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1988), The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay
Translation of The al-‘Aqa’id of al-Nasafi, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, h.8.
30
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur :
Penerbit UKM, h.43-44.

5
Sia-Sia Berguna membicarakan tentang ilmu perubatan dan ditulis dalam bahasa Melayu manakala Tarikh
Patani dalam bahasa Arab dan membicarakan sejarah kerajaan Melayu, bermula dengan kerajaan Langkasuka.
Malangnya, kedua-dua karya ini tidak dapat ditemui sehingga sekarang.

Pada kurun ke 16 dan 17M, ditemui manuskrip ulama Pattani seperti Tarikh Pattani oleh Sheikh Faqih Ali bin
Wan Muhammad al-Abbasi al-Fatani. Tokoh ini merupakan cucu kepada Sheikh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-
Fatani, pengarang Tarikh Pattani dalam bahasa Arab sebelum ini. Menurut catatan oleh Sheikh Faqih Ali,
walaupun karyanya merupakan terjemahan kepada karya datuknya, beliau telah membuat banyak penambahan.
Malangnya, manuskrip aslinya belum ditemui dan hanya terdapat salinan terhadapnya yang dibuat oleh Sheikh
Daud al-Fatani pada tahun 1228H/1813M.31

Dua buah lagi karya yang ditemui pada period ini adalah Ilmu Mantiq dan Ilmu Saraf yang ditulis oleh Faqih
Wan Musa al-Fatani pada 1002H/1593M. Kedua-dua karya ini ditulis dalam bahasa Arab tetapi terdapat
beberapa halaman yang mempunyai catatan dalam bahasa Melayu. Sebuah lagi karya yang ditemui pada
1032H/1629M adalah Ilmu Tauhid, karangan Ahmad bin Amin al-Din al-Qadi, seorang ulama yang berasal dari
Kedah.

Hanya pada pertengahan kurun ke 17M, karya hadis pertama sekali dihasilkan iaitu al-Fawa’id al-Bahiyyah
oleh Sheikh Nur al-Din al-Raniri (m.1069H/1658M)32 dan diikuti oleh Sharh al-Latif oleh ‘Abd al-Rauf al-
Fansuri. Karya Sharh al-Latif ini juga dianggap sebagai karya sharh atau huraian bagi al-Arba‘in al-
Nawawiyyah dalam bahasa Melayu yang pertama sekali dihasilkan. Kedua-dua karya ini walaupun menjurus
kepada hadis namun kecenderungan tasawwufnya membuktikan bahawa Muslim pada waktu ini masih terkesan
dengan idea sufi dan akidah33.

c. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 18 Masehi.

Pada tempoh ini ditemui banyak karya-karya ulama yang berasal dari Acheh, Patani, Palembang dan Banjar.
Tokoh dan karya yang paling menonjol pada period ini adalah seperti berikut34 :
1. Hidayah al-‘Awam (1140H/1727M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din Acheh.
2. Manzar al-Ajla ila Martabat al-A‘la (1152H/1739M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din Acheh
3. Bidayah al-Hidayah (1170H/1757M): Muhammad Zain Jalal al-Din Acheh.
4. Al-Qawl al-Mukhtasar fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar (1196H/1782M): Muhammad Arsyad al-
Banjar.
5. Tanbih al-Ghafilin (1184H/1770M) : Sheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Mubin Pauh Bok al-Fatani.

d. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 19 Masehi.

Pada kurun-kurun terawal ini, buku bercetak adalah sesuatu yang baru dan menarik di pesantren atau pondok-
pondok dan madrasah seluruh Nusantara. Bahan-bahan bacaan pada waktu itu masih berbentuk manuskrip dan
dalam tulisan tangan pemiliknya. Kemasukan bahan bacaan bercetak ke Nusantara sedikit sebanyak tercetus
kerana meningkatnya jumlah para jamaah Haji dengan penggunaan kapal laut berwap.35

Penerbitan manuskrip Melayu/Jawi ini hanya bermula pada kurun ke 19M dan pada tempoh inilah teknologi
penerbitan sudah mula berkembang dan memfokuskan kepada penghasilan karya Jawi untuk kegunaan

31
Haji Wan Mohd Saghir (1995), op.cit., h.2. Lihat juga Haji Wan Mohd Saghir (1998), “Peranan dan
Sumbangan Syikh Daud bin Abdullah al-Fatani Dalam Kesusateraan Melayu Klasik”, (Kertas Kerja Seminar
Kesusateraan Melayu Tradisional, di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 2-3 September 1998),
h.3.
32
Dr. Mohiden Abd. Rahman memperakui bahawa al-Raniri merupakan perintis kepada penghasilan karya hadis
di Nusantara. Sila lihat Dr. Mohiden Abd. Rahman (2006), Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan Sumbangannya
kepada Pengajian al-Hadith, Jurnal al-Bayan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, h.58.
33
Abdul-Rahman Mohamed Amin et all (2011), op.cit., h.3.
34
Terdapat banyak lagi karya-karya lain yang tidak mampu disenaraikan di sini.
35
Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.230.

6
pengajian Islam di serata dunia Melayu. Karya bercetak yang dikenali sebagai “Kitab Kuning”36 ini akhirnya
digunapakai secara meluas oleh masyarakat sehinggalah pada kurun-kurun berikutnya.

Terdapat rekod yang mencatatkan bahawa gerak kerja mengedit dan mencetak sebanyak 5000 manuskrip
Melayu telah bermula pada awal kurun ke 19M ini. Manuskrip-manuskrip ini meliputi 800 tajuk, setiap tajuk
meliputi 6 manuskrip.37 Pada tahun 1846M terdapat 11 teks yang telah dicetak dan seratus tahun selepas itu iaitu
pada 1937M bilangan ini bertambah sehingga 87 edisi dalam pelbagai bidang dan material utamanya adalah
daripada manuskrip-manuskrip bertulis tangan.38

Hakikatnya, sedekad lebih awal, sudah wujud penerbit atau pencetak buku yang berpusat di Mekah, tetapi hanya
pada 1884M mereka mula mencetak buku-buku dalam bahasa Melayu. Percetakan seperti ini selalunya
dikendalikan oleh tokoh ilmuwan Nusantara sendiri seperti Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fatani dan Zain
al-Din al-Sambawi.39 Ia juga melibatkan pencetak-pencetak dari luar daerah seperti Kaherah40, Istanbul dan
Bombay, sekaligus menjadikan mereka antara yang terawal menerbitkan karya-karya Melayu-Jawi ini. Hanya
pada akhir kurun barulah lahir beberapa penerbit di Kepulauan Melayu yang diinisiatifkan oleh Pentadbiran
Kolonial (British dan Belanda), mubaligh Kristian dan beberapa orang penerbit Muslim di Riau, Singapura,
Palembang dan Surabaya.41 Tokoh terawal yang mengambil inisiatif mencetak karya-karya sebegini adalah
seperti Sayyid Usman dari Batavia yang mencetak versi pertama kepada al-Qawanin al-Shar‘iyyah pada 1881M
dan pada 1886M sekurang-kurangnya 4 buah karya telah beliau cetak. Tokoh yang kedua adalah Kemas Haji
Muhammad Azhari dari Palembang pada tahun 1854M yang mencetak al-Quran hasil dari mesin cetak yang
dibelinya serta dikendalikan sendiri setelah pulang dari mengerjakan Haji. Seterusnya pada 1894M, pemerintah
muda Riau, Muhammad Yusuf mengasaskan Matba‘at al-Ahmadiyyah di Kepulauan Penyengat yang
menghasilkan karya-karya berkaitan tarikat Naqsyabandi oleh Sheikh Muhammad Salleh al-Zawawi.42

Kegiatan penerbitan karya-karya sebegini menjadi bertambah rancak kerana ia menjadi sumber utama teks dan
rujukan di pondok, pesantren, madrasah, masjid, surau dan menasah. Ia juga mencakupi pelbagai bidang
pengajian seperti akidah, tasawwuf, feqah dan hukum-hakam, tasawwuf dan akhlak, al-Quran dan tafsir serta
hadis. Ia juga menggambarkan tiga pegangan utama Kepulauan Melayu iaitu akidah ‘Asyariyyah atau aliran
sunni, fiqh Shafi‘i dan tasawwuf Imam al-Ghazali.

Selain daripada karya-karya yang disenaraikan, terdapat beratus-ratus lagi karya dari pelbagai bidang yang
dihasilkan pada kurun ini.

e. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 20 dan 21 Masehi.

Pada pertengahan pertama kurun ke 20M, lebih banyak buku yang dicetak tetapi melibatkan karya dalam tulisan
rumi, berbanding karya-karya jawi pada kurun sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pertegangan urat
antara kaum muda dan kaum tua yang berlaku pada waktu itu. Kaum muda yang lebih dekat dengan modenisasi
dan nasionalis sekular serta agresif telah menghasilkan banyak karya-karya agama dalam tulisan rumi yang
berbeza bentuk dan pengisiannya berbanding kitab tradisional.43

Sekiranya menjadikan Indonesia sebagai kayu ukurnya, hanya setelah negara ini merdeka, kitab melayu-jawi
mula dicetak dalam skala yang lebih besar. Pada masa ini juga wujudnya penerbit-penerbit yang berbangsa

36
Istlah “kitab” yang dipakai berbanding “buku” membawa maksud ia adalah karya bertulisan jawi atau dalam
bahasa Arab. Manakala istilah “buku” adalah untuk bahan bacaan dalam tulisan rumi. Ia di panggil “Kitab
Kuning” berkemungkinan kerana material kertasnya yang berwarna kuning. Ia merupakan material kertas
bercetak yang dibawa masuk dari Timur Tengah pada awal kurun ke 20M. Manakala “Buku Putih” pula
merujuk kepada karya-karya yang ditulis dalam tulisan rumi. Sila ibid., h.227.
37
Ismail Hussein (1974), The Study of Traditional Malay Literature with A Selected Bibliography, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.12.
38
E.U. Kratz (1979 op.cit., h.229.
39
Hashim bin Haji Musa (2009), op.cit., h.15. Sila lihat juga Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.230.
40
Penerbitan Mustafa al-Babi al-Halabi di Kaherah adalah di antara yang banyak mencetak karya-karya Jawi-
Melayu ini.
41
Martin Wan Bruinessen (1995), Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat : Tradisi-Tradisi Islam di Indonesia,
Bandung : Mizan, h.135-137.
42
Ibid., h.231.
43
Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.232.

7
Melayu-Jawi yang sebelum ini dikuasai oleh mereka yang berketurunan Arab, antaranya adalah Toha Putra dari
Semarang dan Menara Kudus44.

Manakala di Malaysia pula, penerbit yang aktif pada waktu ini adalah Dar al-Ma‘arif wa al-Nahdi dan Pustaka
Aman Press.

Patani Press pula bertempat di Pattani yang mencetak karya-karya pada lewat 1930M. Salah satu karya terkenal
yang dihasilkan pada waktu itu adalah terjemahan Tafsir al-Jalalayn yang dihasilkan oleh ‘Abd al-Rauf al-
Fansuri iaitu pada 1950M. 45

Pada kurun ini juga, terdapat beberapa orang ilmuwan yang boleh dianggap sebagai pakar dalam bidang hadis
seperti Sheikh Ahmad al-Fatani. Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Haji Wan Mohd Saghir :46
“Sebagai bukti bahawa Sheikh Ahmad al-Fatani seorang pakar/ahli ilmu-ilmu hadis,
terbukti pada jawapan beliau atas pernyataan hadis yang tersebut dalam Ihya’ Ulum al-
Din karya Imam al-Ghazali mengenai menggunakan garam dahulu daripada makan
dan disudahi dengannya, apakah hadis itu sahih atau tiada sahih…menjawabnya
dengan huraian yang agak panjang berdasarkan ‘ilm mustalah al-hadith dan
menyentuh rijal hadis. Beberapa nama ulama dan pendapat serta kitab-kitab mereka
beliau sebut...”

Sepanjang tempoh ini, hadis sudah mula menguasai masyarakat secara lebih pesat, sama ada dalam bentuk
penulisan, pengajian atau pengajaran. Banyak kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa hadis tidak
lagi dianggap ketinggalan berbanding ilmu-ilmu yang lain.

PERKEMBANGAN KARYA-KARYA HADIS SECARA KHUSUSNYA DI NUSANTARA

Perkembangan karya-karya hadis, hakikatnya tidak serancak karya-karya dalam bidang lain dan ia hanya
bermula pada kurun ke 18M sahaja. Telah banyak kajian yang dilakukan dan hampir semua dapatan
menunjukkan bahawa karya hadis muncul lebih lewat berbanding karya-karya yang lain, malah dalam kuantiti
yang sedikit. Kemunculannya pula kebanyakannya secara induktif47 oleh pengarang-pengarang yang
mengkhususi bidang tasawwuf, feqh, akhlak dan sebagainya. Ulama’ silam yang bergelar al-muhaddith atau
mengkhususi bidang ini juga amat kurang, malahan hampir tiada. Namun, kenyataan ini sesekali tidak
menafikan keahlian ulama’-ulama’ lain dalam bidang hadis.

Saudara Rohaizan Rabu dalam penulisannya tentang perkembangan ilmu hadis di Terengganu membuat
kenyataan : “Daripada penelitian dan bacaan yang dilakukan terhadap tulisan dan buku-buku tentang ulama-
ulama terbilang di Terengganu masa silam, pengkaji tidak menjumpai seorang tokoh pun yang betul-betul
disebut sebagai sebagai orang yang takhassus dalam bidang hadis atau bergelar muhaddith.”48

Prof. Jawiah Dakir dan Ahmad Levi ada menyebut di dalam penulisan mereka : “Para ulama pembawa
pembaharuan keilmuan di Nusantara bermula pada abad ke-17, kebanyakannya dikenal sebagai ahli tasawwuf

44
Kedua-kedua penerbitan ini terletak di Indonesia.
45
Ibid., h.234.
46
Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (1995), op.cit., h.10.
47
Induktif bermakna istidlal iaitu kaedah huraian yang dilakukan dengan membawa sesebuah hadis untuk
dijadikan dalil dan hujah kepada apa yang hendak diperkatakan. Di dalam kaedah ini, hadis bukanlah topik
utama perbincangan. Ia didatangkan untuk menguatkan hujah kepada perbincangan yang dilakukan.
Perbincangan kaedah ini secara tidak langsung juga telah menghuraikan sesebuah hadis tersebut dalam aspek-
aspek tertentu hads tersebut. Deduktif pula bermakna istintaj iaitu kaedah huraian yang dilakukan dengan
mengeluarkan hukum hakam dan faedah faedah daripada sesebuah hadith yang dibawa. Di dalam kaedah ini,
biasanya hadis tersebut yang menjadi topik utama dan asas perbincangan. Kaedah inilah yang menjadi asas
kepada pembinaan disiplin kitab huraian hadis yang dikenali pada hari ini. Sila lihat Anwar Ridwan Zakaria dan
Dr. Fauzi Deraman (2007), Perkembangan Huraian Hadith : Satu Sorotan, Jurnal al-Quran & al-Hadith (al-
Bayan), Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, bil.5, h.188.
48
Rohaizan Baru (2006), Perkembangan Ilmu Hadith di Negeri Terengganu, Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 98.

8
atau fikah dan tidak satupun yang dikenal sebagai ahli hadis (muhaddith). Akan tetapi bukan bererti mereka
tidak pernah belajar atau mendalami hadis, misalnya ‘Abd al-Samad al-Falimbani.”49

Ini juga terjadi kepada al-Raniri yang dianggap sebagai perintis penulisan karya hadis apabila hanya sebuah
daripada 30 karyanya adalah berkaitan dengan hadis, iaitu al-Fawa’id al-Bahiyyah.50

Kekurangan ini bagaimanapun tidak menghalang masyarakat daripada mempelajari hadis. Hadis tetap menjadi
sumber penghujahan dan pendalilan utama dalam kebanyakan karya penulisan walaupun karya-karya tersebut
tidak dikategorikan dalam bidang hadis. Malahan hampir tiada karya yang dihasilkan dalam pengajian Islam
yang tidak didukung dengan argument-argumen berdasarkan hadis.51

Namun begitu, pada kurun-kurun terakhir ini telah muncul ramai ilmuwan yang mengkhususi bidang hadis di
Nusantara ini, bahkan ada yang mendapat gelaran yang tertinggi seperti “al-‘allamah”, “al-muhaddith” dan “al-
musnid”, seperti Sheikh Mahfuz al-Tarmasi walaupun hampir keseluruhan karya hadisnya dihasilkan dalam
bahasa Arab. Memetik kata-kata Dr. Muhajirin yang pernah membuat penyelidikan tentang beliau :

“Muhammad ibn Abdillah ibn ‘Abd al-Mannan al-Tarmasi (1842-1920) merupakan ulama
Nusantara yang mendunia dan dikenal sebagai pembangkit ilmu Dirayah Hadis. Ia mendapat
ijazah pengajaran Shahih Bukhari yang isnadnya langsung ke Imam Bukhari dan menjadi ulama
Nusantara pertama yang mengajarkan Shahih al-Bukhari di Masjidil Haram.”52

Selain daripada Sheikh Mahfuz al-Tarmasi, Tok Guru Haji Abbas Tok Jiring (1326H/1909M - 1417H/1997M)
sebagai tokoh pondok semasa juga disebut sebagai seorang tokoh yang menonjol ilmu hadisnya53.

Seiring dengan pertambahan pakar-pakar hadis, karya-karya berkaitan dengannya juga mula dihasilkan dalam
jumlah yang banyak. Ini dapat dilihat dalam satu kajian yang dilakukan oleh Martin Van Bruinessen pada tahun
1990 terhadap kitab-kitab yang digunakan di pesantren serata Indonesia. Pengkelasan kategori kitab-kitab yang
digunapakai adalah sebagaimana berikut :54
i. Fiqh 20%
ii. Aqidah/Usuluddin 17%
iii. Nahw/Sarf/Balaghah 12%
iv. Hadis 8%
v. Tasawwuf/Tariqat 7%
vi. Akhlak 6%
vii. Ibadat 5%
viii. Kisah Nabi dan wali 6%

Secara keseluruhannya, karya-karya hadis semakin banyak dihasilkan dan ia boleh dilihat meliputi beberapa
bentuk, antaranya ialah :
1. Karya hadis berkaitan ilmu hadith al-riwayah iaitu ‘ulum al-hadith atau mustalah al-hadith, seperti
Kitab Kepalsuan Yang Masyhur oleh Ahmad Ali Abu Bakar.
2. Karya berkaitan akidah, tasawuf, akhlak tetapi menggunakan banyak hadis-hadis sebagai dalilnya atau
disebut sebagai “induktif” seperti kitab akidah Kashf al-Ghummah oleh Sheikh Daud al-Fatani.
3. Karya terjemahan kitab hadis dalam bahasa Arab semata-mata tanpa sebarang tambahan seperti Bulugh
al-Maram Terjemah Bahasa Melayu oleh Ismail dan Sulaiman.

49
Jawiah Dakir & Ahmad Levi Fachrul Avivy (2011), Kertas Kerja Nadwah Ulama Nusantara (NUN), anjuran
Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 25-26 November 2011),
50
Dr. Mohiden Abd. Rahman (2006), op.cit., h.58.
51
Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (2009), Pengajian Hadith di Malaysia : Satu Tinjauan., Khazanah al-Quran
dan al-Hadith Nusantara, Mustafa Abdullah et.all (editor), Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, h.213.
52
http://www.majalahgontor.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=224:dr-muhajirin-mag-
&catid=69:risalah&Itemid=131, 8 Mac 2012.
53
Beliau telah menuntut ilmu hadis di India dan telah mempelajari kitab-kitab utama hadis. Sila lihat Rohaizan
Baru (2006), op.cit., h. 100.
54
Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.229.

9
4. Karya terjemahan dan disertakan ulasannya sama ada dalam berkaitan tasawwuf atau fiqh atau akidah.
Contohnya Sharh al-Latif ‘ala Arba’in Hadithan li Imam al-Nawawi oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri yang
mensyarahkan al-Arba’in al-Nawawiyyah dengan pendekatan tasawwuf.
5. Karya yang menghimpunkan hadis semata-mata tanpa sebarang ulasan seperti Hadith Arba’in oleh
Sheikh Daud al-Fatani.
6. Karya hadis yang menyenaraikan hadis sebagai dalil kepada perbincangan tertentu beserta ulasan
seperti Muhimmah Pada Ilmu Hadith Nabi s.a.w Pada Bicara Kelebihan Dan Kepujian Atas Perbuatan
Isteri Pada Suaminya oleh Sheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahim al-Fatani yang berbicara tentang
tanggungjawab suami isteri.
7. Karya berkaitan ‘ilm mustalah al-hadith.

Secara ringkasnnya, disenaraikan karya-karya hadis yang telah dihasilkan bermula dari kurun ke 17 hingga ke
21. :

1. al-Fawa’id al-Bahiyyah disempurnakan pada 1045H/1635M55 atau dikenali sebagai Hidayah al-Habib
fi al-Targhib wa al-Tarhib oleh Nur al-Din al-Raniri.
2. Sharh al-Latif ‘ala Arba’in Hadithan li Imam al-Nawawi disempurnakan pada 1090H/1680M56 oleh
Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri.
3. Al-Mawa‘idh al-Badi’ah : Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri.
4. Tanbih al-Ghafilin disempurnakan pada 1184H/1770M : Sheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Mubin Pauh
Bok al-Fatani.
5. Al-Qawl al-Mukhtasar fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar disempurnakan pada 1196H/1782M :
Muhammad Arsyad al-Banjari.
6. Kifayah al-Muhtaj disempurnakan pada 1204H/1788M : Sheikh Daud al-Fatani.
7. Kashf al-Ghummah fi Ahwal al-Mawta fi al-Barzakh wa al-Qiyamah disempurnakan pada 20 Rabi’al-
Awwal 1238H/1819 M 57: Sheikh Daud bin Abd Allah al-Fatani.
8. Hadith Arba’in58 : Sheikh Daud bin Abd Allah al-Fatani.
9. Fara’id al-Fawa’id Fikri fi Imam al-Mahdi59 : Terjemahan oleh Sheikh Daud bin ‘Abd Allah al-Fatani.
10. Hikayat Imam : Sheikh Daud bin ‘Abd Allah al-Fatani.
11. Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin60 : Sheikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani.

55
Ia telah dikaji oleh Dr. Muhiden Abdul Rahman untuk tesis PhDnya dengan tajuk “Sumbangan Sheikh Nur al-
Din al-Raniri Kepada Pengajian Hadith : Satu Kajian Terhadap al-Fawa’id al-Bahiyyah , Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja berkisar tajuk yang sama di Seminar
Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun ke 13 Hijrah : Kesarjanaan Dan Sumbangan (28-29 Ogos 2007).
Saudara Mohd Syukri Yeoh Abdullah dan Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dari UKM juga telah
membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Sumbangan Dakwah Shaykh Nur al-Din al-Raniry Dalam Karya al-
Fawa’id al-Bahiyyah Fi al-Ahadith al-Nabawiyyah” di Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun
ke 13 Hijrah : Kesarjanaan Dan Sumbangan (28-29 Ogos 2007) anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
USM. Sudara Mohamad Azrien Mohamad Adnan pula telah mentakhrij hadis-hadis dalam karya ini dan
membentangkannya di Seminar Takhrij Hadith Nusantara, anjuran APIUM pada 30 dan 31 Disember 2009.
Berada dalam bentuk manuskrip di PMM-PNM (Pusat Manuskrip Melayu-Perpustakaan Negara Malaysia)
dengan nombor MS 1042 dengan nama Hidayah al-Habib fi al-Targhib wa al-Tarhib.
56
Telah dikaji sebahagian teksnya oleh Saudara Ahmad Baha’ bin Mokhtar untuk tesis M.A APIUM dengan
tajuk “Sharh Latif ‘Ala Arba’in Hadithan Li Imam al-Nawawi Karangan Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri : Satu
Kajian Teks.”
57
Hadis-hadisnya telah ditakhrij oleh Rosni Wazir untuk tesis Sarjananya dengan tajuk “Hadis-Hadis Dalam
Kasyf al-Ghummah Juzuk Pertama Karya Sheikh Daud al-Fatani : Takhrij Dan Ulasan”, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya. Beliau juga telah menulis satu makalah yang berkaitan dengannya di dalam Jurnal
Pengajian Islam bil. 2, KUIS.
58
Hadis-hadis dalam kitab ini telah ditakhrij oleh saudari Rosni Wazir, Nor Hanani Ismail dan Siti Suriani Sudi
serta dibentangkan di Seminar Takhrij Hadith Nusantara, anjuran APIUM pada 30 dan 31 Disember 2009.
59
Hadith-hadith telah ditakhrij dan diulas oleh saudara Ismail bin Hat untuk penulisan peringkat M.A di UKM
dengan tajuk “Takhrij Hadith Dan Ulasan Manuskrip Fara’id al-Fawa’id al-Fikr Fi Imam al-Mahdi.”
60
Pada tahun 1988 saudara Syamsuddin bin Sidiq telah mentahqiq kitab ini untuk Sarjana Muda Pendidikan
Islam UKM dan telah dicetak oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Saudara Khadher bin Ahmad
telah mengkaji kitab ini untuk disertasi M.A beliau di APIUM dengan tajuk “Sumbangan Sheikh ‘Abd al-Samad
al-Falimbani Dalam Bidang Hadith : Analisis Metodologi Penyusunan Dan Takhrij Hadith Dalam Kitab
Hidayah al-Salikin.” Beliau juga telah membentangkan kertas kerja bersama penyelia beliau iaitu Prof. Madya

10
12. Muhimmah Pada Ilmu Hadith Nabi s.a.w Pada Bicara Kelebihan Dan Kepujian Atas Perbuatan Isteri
Pada Suaminya : Sheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahim Fatani:
13. Al-Yawaqit wa al-Jawahir fi ‘Uqubah al-Kaba’ir disempurnakan pada 1241H/1827M61 : Sheikh
Muhammad Ali Al-Sumbawi :
14. Hidayah al-Mukhtar Hadith Empat Puluh disempurnakan pada 1248H/1833M62 : Terjemahan oleh
Sheikh Wan Hasan bin Sheikh Wan Ishaq al-Fatani (Tuan Hasan Besut) :
15. Fath al-Mubin disempurnakan pada 20 Zulhijjah 1272H/ 22Ogos 1856M63 : Sheikh Muhammad Salih
bin Rawa :
16. Bisyarah al-‘Amilin wa Nazarah al-Ghafilin disempurnakan pada 1304H/1887M64 : Sheikh Ahmad al-
Fatani :
17. Al-Jawhar al-Mawhub disempurnakan pada 1305H/1888M65 : Sheikh Wan ‘Ali bin ‘Abd al-Rahman
Kutan al-Kalantani :
18. Tanqih al-Qawl al-Hadith Bi Sharh Lubab al-Hadith 66 juga oleh Sheikh Nawawi al-Bantani :
19. Nasa’ih al-‘Ibad Sharh Munabbihat ‘ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad : Sheikh Nawawi al-Bantani.
20. Kifayah al-Mustafid Lima ‘ala min al-Asanid disempurnakan pada 1320H/1902M :Sheikh Mahfuz al-
Tarmasi :
21. Terjemahan Hadith Jawahir al-Bukhari disempurnakan pada 1341H/1923M : Tuan Hussin Kedah :
22. Hadith Empat Puluh disempurnakan pada 1347H/1929M67 : Asbiran Yaakub :
23. Bahr al-Madhi li Sharh Sahih al-Tirmidhi disempurnakan pada 1351H/1933M68 : Sheikh Muhammad
Idris bin Abd al-Rauf al-Marbawi :
24. Tahdhib Atraf wa al-Hadith bi Sharh ma fi Kitab Mukhtar al-Ahadith (Penggal 1 dan 2)
disempurnakan pada 1356H/1938M69 : Ustaz Haji ‘Abd al-Halim al-Hadi :
25. Mukhtasar Ibn Abi Jamrah disempurnakan pada 1369H/1950M : Terjemahan Sheikh Idris al-Marbawi.
26. Bulugh al-Maram Bahasa Melayu disempurnakan pada 1372H/1953M terjemahan oleh Isma’il dan
Sulayman :
27. Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah  disempurnakan pada 1392H/1973M : Datuk Haji
Muhammad Nor bin Haji Ibrahim, Tuan Haji Ismail bin Haji Yusuf dan Sheikh Abdullah bin
Muhammad Basmeh :

Dr. Ishak Suliaman di Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun ke 13 Hijrah : Kesarjanaan Dan
Sumbangan (28-29 Ogos 2007) anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM. dengan tajuk “Autoriti
Hadith Dalam Kitab Tasawuf Tulisan Jawi : Satu Kajian Terhadap Kitab Hidayah al-Salikin.” Haji Wan Mohd.
Saghir juga telah menulis banyak sekali karya tentang tokoh ini.
61
Karya ini sudah banyak kali dicetak seperti cetakan oleh Matba‘ah al-Miriyyah al-Kainah (Makkah),
Matba‘ah al-Amirah al-Islamiyyah, Matba‘ah Fath al-Karim al-Islamiyah serta banyak lagi. Cetakan-cetakan
terawal mendapat sentuhan Sheikh Ahmad al-Fatani yang telah mentashihnya manakala yang terakhir ditashih
oleh Sheikh Ilyas Yaakub al-Azhari dari Indonesia.
62
Satu makalah telah ditulis oleh saudara Mohd Khafidz Soroni bertajuk “Hadis-Hadis Kitab Hidayah al-
Mukhtar Karya Terjemahan Sheikh Hasan Besut : Suatu Analisis,”, Jurnal Pengajian Islam, bil.2, KUIS. Di
dalam penyelidikan yang dilakukan oleh beliau, timbul kesangsian adakah benar karya ini merupakan
terjemahan kepada karya al-Hafiz al-Mundhiri yang dikenali sebagai pengkritik hadis yang hebat.
63
Wan Mohd Saghir bin Abdullah (2007), Kitab Melayu/Jawi Yang Diperkenalkan Dalam Berita Harian Mulai
21 Jun 2005 Sampai 19 Disember 2006, Kuala Lumpur : Khazanah Fathaniyah, h.63.
64
Telah dikaji untuk peringkat M.A di APIUM oleh Sapinah Maamor dengan tajuk “Sumbangan Sheikh Ahmad
bin Muhammad Zain al-Fatani Terhadap Penulisan Hadith.”.
65
Sebuah tesis PhD dari UKM dengan tajuk “Takhrij Hadith al-Jawhar al-Mawhub Wa Munabbihat al-Qulub
oleh Sheikh Ali bin Abdul Rahman al-Kalantani.” Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman menamakan karya ini
sebagai karya pertama yang dikategorikan sebagai karya hadis di Malaysia. Lihat Prof. Madya Dr. Fauzi
Deraman (2009), op.cit., h.214.
66
Ia pernah dikaji oleh Agus Sutopo dari APIUM dengan tajuk “Sumbangan Nawawi al-Bantani Dalam Bidang
Hadith : Kajian Terhadap Kitab Tanqih al-Qawl”.
67
Karya beliau ini telah diterbitkan oleh Matba’ah bin Halabi yang bertempat di Patani, Thailand dalam edisi
Jawi.
68
Ia telah dikaji oleh Dr. Faisal Ahmad Shah untuk tesis PhD beliau yang bertajuk “Metodologi Penulisan
Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr al-Madhi”, APIUM. Beliau juga telah membentangkan satu kertas kerja
berkisar pada tajuk yang sama di Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun ke 13 Hijrah :
Kesarjanaan Dan Sumbangan (28-29 Ogos 2007) anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, juga Prof
Madya Dr. Ali Mohamad bersama Asma’ Wardah Surtahman dengan tajuk “Sumbangan al-Sheikh Idris al-
Marbawi Dalam Menggerakkan Pengajian Hadith Di Alam Melayu.”
69
Karya ini adalah cetakan Matba‘ah al-Halabi, Patani, Thailand pada tahun 1938M.

11
28. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman disempurnakan pada 1420H/2000M : Abu ‘Ali al-Banjari al-Nadwi :
29. Syarah Hadith 40 Imam al-Nawawi disempurnakan pada 1424H/2004M70 : Muhammad Bukhari :
30. 40 Hadits Kelebihan Ilmu Dan Ulama disempurnakan pada 1424H/2004M : Abu ‘Ali al-Banjari al-
Nadwi :
31. Sarana Sedekah Di Dalam Islam disempurnakan pada 1426H/2006M oleh Sheikh Muhammad Nur al-
Din al-Marbu al-Banjari al-Makki, terjemahan Abu Ilyas Muhammad Harun71:
32. Martabat Ilmu Dan Ulama Serta Adab-Adab Penuntutnya disempurnakan pada 1427H/2007M : Sheikh
Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki, terjemahan Farhan bin al-Hasyiri al-Manduri72:
33. Himpunan Hadis Modal Insan ( 1 & 2 ) disempurnakan pada 1427H/2007M73: Dr. Zulkifli Mohamad
al-Bakri :
34. Hadits-Hadits Qudsy Pilihan disempurnakan pada 1428H/2008M : Sheikh Muhammad Nur al-Din al-
Marbu al-Banjari al-Makki, terjemahan Abdul Husna al-Harusy74:

Kesimpulan

Nusantara atau Alam Melayu atau Asia Tenggara merupakan satu kawasan yang mempunyai sejarah dan
keistimewaannya sendiri. Ia bermula dengan pendebatan tentang tarikh sebenar ia menerima Islam dan sehingga
kini masih belum ditemui kata putusnya. Perkara yang sama berlaku apabila melibatkan daerah mana yang
pertama sekali menerima Islam. Ia juga masih belum mempunyai kata putusnya, apatalagi melibatkan asas teori
dari sumber yang pelbagai. Pendebatan tentang siapa yang membawa Islam ke sini juga masih berterusan,
namun kecenderungan lebih kepada para mubaligh dari Tanah Arab berbanding mubaligh dari China dan dan
India. Teori ini dikemukan oleh ramai sejarawan Barat dan disokong sendiri oleh penulis-penulis Melayu sendiri
seperti Prof. Hamka dan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Kemasukan Islam ke Nusantara telah mengubah banyak struktur, budaya dan cara kehidupan masyarakatnya.
Islam telah diterima dengan baik sehingga menggantikan kepercayaan Hindu-Buddha yang sekian lama
menapak di sini. Paling ketara, hukum Islam dilaksanakan dan tulisan jawi diangkat sebagai tulisan rasmi
menggantikan tulisan kawi.

Perkembangan yang pesat ini dapat disaksikan dengan kemunculan pusat-pusat perkembangan Islam seperti
Patani, Kedah, Acheh, Melaka dan banyak lagi. Seiring dengannya adalah kemunculan karya-karya Islam yang
variasi, namun masih dalam bentuk yang mudah dan ringkas serta dikenali sebagai “Kitab Kuning”.

Satu-satunya karya terawal yang pernah disebut adalah Bahr al-Lahut yang dihasilkan oleh Sheikh ‘Abd Allah
Arif pada kurun ke 12M berkaitan dengan tasawuf dan falsafah ketuhanan. Karya seterusnya ditemui adalah
pada kurun 15 dan 16M iaitu Sia-Sia Berguna dan Tarikh Patani yang dihasilkan oleh Safiyy al-Din al-‘Abbasi
al-Fatani.

Kurun ke 16 dan 17M menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penulisan di Alam Melayu. Tempoh ini
dianggap sebagai langkah mula penghasilan karya-karya besar oleh penulis-penulis yang hebat. Namun, hanya
pada pertengahan kurun ke 17M, karya hadis yang pertama sekali dihasilkan iaitu al-Fawa’id al-Bahiyyah oleh
Sheikh Nur al-Din al-Raniri dan diikuti oleh Sharh al-Latif oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri. Karya ini pula
dinobatkan sebagai karya sharh al-Arba‘in al-Nawawiyyah dalam bahasa Melayu yang pertama sekali
dihasilkan.

Langkah pertama itu telah membuahkan banyak sekali karya-karya Islam-Melayu sehingga tidak mampu
dinyatakan jumlahnya secara jelas. Ia muncul dengan pelbagai bentuk seperti terjemahan, karya asli, ringkasan,
ta‘liq, takhrij dan sebagainya.

70
Karya ini adalah terbitan Penerbitan Seribu Dinar, Kuala Lumpur pada tahun 2004.
71
Sheikh Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2006), Sarana sedekah Dalam Islam, Abu
Ilyas Muhammad Harun (terj.), Ciampea, Bogor, Jawa Barat : Maahad Az Zein al Makky al-‘Aly, Littafaqquh
Fiddien.
72
Sheikh Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2007), Martabat Ilmu Dan Ulama Serta Adab-
Adab Penuntutnya, Farhan bin al-Hasyiri al-Manduri (terj.), Edisi 3, Alor Setar Kedah : Pustaka Darus Salam.
73
Karya ini adalah terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd., Kuala Lumpur pada tahun 2007.
74
Sheikh Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2008), Hadits-Hadits Qudsy Pilihan, Abul
Husna al-Harusy (terj.), Ciampea, Bogor, Jawa Barat : Ma'had Az Zein al Makky al-‘Aly Littafaqquh Fiddien.

12
Pada kurun ke 19M pula, berlaku satu langkah besar dalam dunia penulisan karya Islam-Jawi apabila teknologi
penerbitan mula berkembang dan melahirkan syarikat-syarikat penerbitan berpusat di Alam Melayu sendiri,
bukan lagi di Mekah, Kaherah, Istanbul, Bombay sebagaimana sebelumnya.

Kemunculan pondok-pondok, madrasah, pesantren, pengajian di masjid dan surau di serata tempat yang
menjadikan karya-karya ini sebagai teks utama telah mendorong perkembangan yang lebih pesat.

Kepesatan ini, sebahagian besarnya melibatkan karya-karya feqh dan tasawuf sahaja, berbeza dengan karya-
karya hadis yang bermula agak lewat dan dalam bentuk induktif sahaja. Penulis-penulis yang bergelar pakar
hadis atau muhaddith juga amat kurang dan hanya pada kurun-kurun terakhir, mereka muncul dan memecut
dengan laju menyaingi karya-karya dalam bidang lain.

Rujukan :

1. Abdul Rahman Mohamed Amin et all (2011), “Historical Review of Classical Hadith Literature in
Malay Peninsula”, International Journal of Basic and Applied Sciences, Vol.2, Issue 2, Department of
Management and Humanities, Universiti Teknologi Petronas.
2. Abdullah Ishak (1990), Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), Selangor : al-Rahmaniah
(Badan Dakwah & Kebajikan Islam Malaysia).
3. Amnah Saayah binti Ismail & Farid Mat Zain (2004), Perspektif Islam di Tanah Melayu abad ke-19 :
Analisis Terhadap Pemikiran Abdullah Munshi Melalui Karya “Kisah Pelayaran Abdullah””, (Kertas
Kerja International Seminar of Islamic Thought, anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam, UKM pada 7-9 Disember 2004).
4. Azyumardi Azra (1997), “Education, Law, Mysticism : Constructing Social Realities”, dalam Mohd
Taib Osman (ed.), Islamic Civilization in the Malay World, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5. E.U. Kratz (1979), The Editing of Malay Manuscripts and Textual Critism, (Kertas Kerja Second
Eropean on Indonesian Studies, 2-6 April 1979, London).
6. Fauzi bin Deraman et.al (2011), “Sumbangan Ulama Patani Dalam Pengajian Hadith Dan
Penulisannya”, Jurnal of Islamic Studies, Universiti Prince of Songkhla, Vol.5, June 2010 – May 2011.
7. ___________________ (2007), Perkembangan Huraian Hadith : Satu Sorotan, Jurnal al-Quran & al-
Hadith (al-Bayan), Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, bil.5.
8. ___________________ (2009), Pengajian Hadith di Malaysia : Satu Tinjauan., Khazanah al-Quran
dan al-Hadith Nusantara, Mustafa Abdullah et.all (editor), Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
9. Hamka (2006), Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
10. Ismail Hussein (1974), The Study of Traditional Malay Literature with A Selected Bibliography, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Jawiah Dakir & Ahmad Levi Fachrul Avivy (2011), Kertas Kerja Nadwah Ulama Nusantara (NUN),
anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 25-26 November 2011).
12. Mahayuddin Haji Yahya (2001), Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Martin Van Bruinessen (1990), Kitab Kuning : Books in Arabic Script Used in The Pesantren Milieu,
KITLV Juournal, no. 2/3, h.234-235.
14. ___________________ (1995), Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat : Tradisi-Tradisi Islam di
Indonesia, Bandung : Mizan.
15. Mohiden Abd. Rahman (2006), Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian al-
Hadith, Jurnal al-Bayan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
16. Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2007), Martabat Ilmu Dan Ulama Serta Adab-
Adab Penuntutnya, Farhan bin al-Hasyiri al-Manduri (terj.), Edisi 3, Alor Setar Kedah : Pustaka Darus
Salam.
17. ___________________ (2006), Sarana sedekah Dalam Islam, Abu Ilyas Muhammad Harun (terj.),
Ciampea, Bogor, Jawa Barat : Maahad Az Zein al Makky al-‘Aly, Littafaqquh Fiddien.
18. ___________________ (2008), Hadits-Hadits Qudsy Pilihan, Abul Husna al-Harusy (terj.), Ciampea,
Bogor, Jawa Barat : Ma'had Az Zein al Makky al-‘Aly Littafaqquh Fiddien
19. Rohaizan Baru (2006), Perkembangan Ilmu Hadith di Negeri Terengganu, Jurnal Usuluddin, Bil. 23-
24, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

13
20. Siti Hawa Salleh (1997), Kesusasteraan Melayu Abad ke 19, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
21. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), Preliminary Statement on a General Theory of the
Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.
22. ___________________ (1972), Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur :
Penerbit UKM.
23. ___________________ (1988), The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay
Translation of The al-‘Aqa’id of al-Nasafi, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
24. T.W.Arnold (1913), The Preaching of Islam : a History of the Propagation of The Muslim Faith, cet.2,
London : Constable & Company Ltd.
25. Wan Mohd Saghir (1995), “Manuskrip Islam Dunia Melayu Ditinjau Dari Pelbagai Peringkat”, (Kertas
Kerja Forum Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, pada 27 September 1995).
26. ___________________ (1998), “Peranan dan Sumbangan Syikh Daud bin Abdullah al-Fatani Dalam
Kesusateraan Melayu Klasik”, (Kertas Kerja Seminar Kesusateraan Melayu Tradisional, di Balai
Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 2-3 September 1998).
27. ___________________ (2002), Wawasan Pemikiran Ulama Asia Tenggara, j.5, Kuala Lumpur :
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dan Khazanah Fathaniyyah.
28. ___________________ (2007), Kitab Melayu/Jawi Yang Diperkenalkan Dalam Berita Harian Mulai
21 Jun 2005 Sampai 19 Disember 2006, Kuala Lumpur : Khazanah Fathaniyah.

________________________________________________________________________________________

Rosni Wazir
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
43600 Bandar Seri Putra
Selangor, MALAYSIA.
Email: rosni@kuis.edu.my

14

Anda mungkin juga menyukai