Anda di halaman 1dari 2

Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar

Berikut diantara kesan aktiviti pertanian yang menjejaskan alam sekitar :-

o a) Pencemaran udara dan jerebu : Melibatkan pembakaran terbuka untuk


penyediaan tapak pertanian. Contoh – ladang tebu, pembakaran jerami
padi, tapak pertanian pindah. Kejadian ini meningkaatkan bacaan IPU di
sesuatu kawasan.
o b) Pencemaran air, tanah dan udara : Disebabkan oleh penyemburan
racun serangga, penggunaan baja kimia yang menyebabkan berlakunya
hujan asid pada skala yang kecil. Racun serangga dan baja kimia
menyebabkan pencemaran air yang sekaligus mengancam hidupan
akuatik
o c) Hakisan tanah/ tanah runtuh : Tanaman tanpa tutup bumi menyebabkan
lumpur di bawa ke sungai yang menjadikan sungai tercemar dan cetek
o d) Ketidak seimbangan nutrient dalam tanah disebabkan oleh tanaman
tunggal dan tanaman ulangan berterusan tanpa merehatkan tanah dan
pembajakan yang berterusan. Tanaman sejenis menyebabkan beberapa
jenis mineral tanah digunakan secara intensif oleh tumbuhan berkenaan
dan tanah hilang kesuburan dengan cepat
o e) Tebus guna tanah di kawsan paya/ wetland untuk kegiatan pertaanian
merosakkan ekosistem akuatik dan mempecepatkan hakisan pantai
kerana tiada pokok kayu bakau di zon penampan hakisan ombak
o f) Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat : Gangguan terhadap
proses sejat peluhan tumbuhan menyebabkan peratus kelembapan udara
menurun. Udara bersifat kering dan persekitaran udara terdedah
kepada bahang matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh
kanopi kesannya indeks suhu setempat meningkat.
o g) Kemusnahan sumber alam : Kepelbagaian bio diversity /sumberbiologi
seperti pelbagai spesies flora dan fauna diancam kepupusan. Ianya
memusnahan ekosistem seperti rantaian makanan dan habitat semula jadi
yang dijadikan tapak pertanian.
o h) Perubahan landskap secara ketara seperti hutan semula jadi menjadi
hutan tanaman, hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder dan
permukaan tanah yang tergondol
o i) Mengganggu kestabilan kitaran hidrologi : Penggunaan hutan untuk
dijadikan tapak pertanian telah mengurangkan proses transpirasi
tumbuhan menyebabkan kehilangan kawsan tadahan air,
mengurangkankadar susupan, storan dan edaran air tanah dan
seterusnya menejejaskan sumber air kepada sungai, paya tasik dan
sebagainya
Pertanian

Kawasan yang mempunyai ciri-ciri berikut akan membentuk guna tanah


pertanian di kawasan tersebut :-

o a) Bentuk Muka Bumi : Jenis tanah pamah sesuai ditanami padi


manakala kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelape
sawit. Kawasan yang terletak di pinggir laut pula sesuai ditanam dengan
pokok kelapa
o b) Jenis Tanah : Ianya mempengaruhi jenis tanaman yang dapat
diusahakan. Contoh, tanah alivium sesuai ditanam padi sawah manakala
tanah laterik yang bersaliran baik sesuai ditanami getah. Tanah gambut
pula sesuai ditanami nanas dan tanah beris (campuran tanah liat dengan
pasir) sesuai ditanam dengan tembakau, kelapa dan gajus.
o c) Cuaca (Iklim) :Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu cuaca panas
dan berhujan. Jenis tanaman seperti padi, getah, kelapa sawit, koko,
nanas, kopi dan lada hitam sesuai ditanam dikebanyakkan tempat.
o Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18c di
kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan
Kundasang sesuai bagi penanaman teh, sayur sayuran dan bunga
o Cuaca yang panas sepanjang tahun menggalakkan akitiviti
penangkapan ikan

Anda mungkin juga menyukai