Anda di halaman 1dari 4

TANDA ANOREXIA NERVOSA KE ATAS REMAJA

Ketika memasuki alam remaja, terutamanya semasa akhil baligh, remaja sangat mengambil
berat terhadap penambahan berat badan khususnya bagi golongan remaja perempuan. Ini
adalah kerana mereka mengalami peningkatan jumlah tisu lemak yang menjadikannya mudah
untuk menjadi gemuk apabila makan makanan yang berkalori tinggi. Malah, kebanyakan
wanita mahu kelihatan langsing dan mereka berfikir bahawa dengan kelangsingan itu
membuatkan mereka lebih bahagia, berjaya dan popular. Bagi golongan remaja, dengan
gangguan makan mereka akan mempunyai masalah dengan imej dan penampilan badan
mereka. Ini bermakna, mereka sudah mempunyai set minda (pemikiran yang telah tercatat di
otak) bahawa badan mereka tidak sesuai. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa merasakan
bahawa mereka gemuk, banyak lemak di sana dan di sini.

Anorexia Nervosa sering terjadi pada usia 14-18 tahun dan segelintir mengalaminya pada
umur-umur yang lebih muda. Menurut penelitian penghidap gangguan ini 90-95% diderita oleh
remaja perempuan dan kebanyakannya dideritai oleh remaja perempuan dan kebanyakannya
bagi remaja di peringkat sekolah menengah.

Penghidap anorexia kebiasaanya menujukkan tanda-tanda seperti hilang berat badan akibat
dari keengganan untuk makan, penggunaan ubat juga dan ubat diuretik yang kerap atau
bersenam secara keterlaluan. Selain itu, ketakutan yang keterlaluan untuk makan
membuatkan mereka beranggapan bahawa diri mereka gemuk juga merupakan salah satu
tanda-tanda anorexia nervosa. Bagi kalangan remaja perempuan dan wanita, mereka akan
mengalami masalah kitaran atau haid yang tidak teratur. Tubuh badan juga akan sentiasa
letih lesu dan tidak bermaya. Tanda-tanda yang seterusnya ialah terdapat bulu roma halus
tumbuh menyaluti tubuh badan dan kuku serta rambut juga menjadi rapuh.

Anorexia bererti kekurangan nafsu makan, tetapi pesakit anorexia sebenarnya lapar dan
berselera untuk makan. Separuh dari pesakit anorexia nervosa makan makanan dengan
begitu banyak, akan tetapi kemudian mereka mengeluarkannya kembali dengan cara
memuntahkannya atau meminum ubat diuretik. Sebahagian yang lain pula hanya
menghadkan jumlah makan yang mereka makan tanpa memuntahkan kembali makanan yang
telah dimakan.

Di samping itu, terdapat tanda lain yang dapat dikenalpasti oleh remaja, wanita atau kanak-
kanak. Antara tanda-tanda ialah denyutan jantung mereka lambat, mengalami tekanan darah
rendah dan suhu tubuh yang rendah. Pengumpulan cecair (edema), rambut nipis dan rambut
lembut menyebabkan berlakunya bengkak tisu pada badan.
Di samping itu, tidak berlakunya gejala malnutrisi dan mereka bebas daripada sebarang
jangkitan kuman bagi mereka yang menghidap anorexia nervosa. Malah, mereka sering
mengalami kemurungan dan bagi remaja yang mengalami anorexia nervosa mereka sering
berbohong tentang jumlah makanan yang mereka makan dan menyembunyikannya dari ibu
bapa mereka. Tahap pengurangan hormon estrogen dan tiroid dan peningkatan tahap kortisol
hormon membuatkan berlakunya perubahan pada hormon disebabkan oleh anorexia nervosa.
Jika pesakit mengalami malnutrisi yang serius, maka terdapat keabnormalan dalam sistem
organ tubuh utama.

Tanda-tanda yang paling bahaya ialah jantung menjadi semakin lemah dan mengepam darah
dengan kadar yang sedikit ke seluruh badan. Remaja yang menghidap anorexia nervosa
kebiasaaanya mengalami dehidrasi dan cenderung untuk mudah pengsan. Selain itu, darah
menjadi berasid (asidosis metabolic) dan kadar kalium dalam darah berkurang. Penggunaan
ubat julap dan memuntahkan makanan dengan sengaja akan memburukkan lagi keadaan
seseorang itu khususnya bagi penghidap anorexia nervosa.
KESAN ANOREXIA NERVOSA

Penderita atau penghidap anorexia nerova dan bulimia nervosa boleh menurunkan berat
badan mereka antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka yang asal. Jika gangguan
ini, baik anorexia nervosa mahupun bulimia nervosa tidak segera ditangani dan dicegah, maka
boleh membawa kepada kesan yang serius baik secara fizikal mahupun psikologi bahkan kes
yang lebih parah sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian. Kesan fizikal yang
umumnya terjadi pada mereka ialah seperti kehilangan selera makan hingga tidak mahu
mengambil apa-apa pun makanan, luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaaan
akibat sering memuntahkan makanan dengan sengaja.

Selain itu, badan sentiasa menjadi lemah, tidak bertenaga, sukar untuk menumpukan
perhatian khususnya bagi golongan remaja, gangguan haid bagi wanita dan golongan remaja
perempuan, pertumbuhan terbantut, keinginan seks berkurang dan masalah seksual bagi
lelaki. Kesan-kesan yang lain ialah mineral dan elektronik dalam badan yang tidak seimbang,
selalu merasa sejuk, kekurangan zink dalam badan dan kekurangan sel darah putih. Sistem
pertahanan badan yang kurang berfungsi, kerosakan pada gigi, sembelit, berlakunya
kekeringan pada kulit, sistem peredaran darah yang kurang sempurna serta sering sakit
kepala adalah merupakan kesan kepada penghidap anorexia nervosa.

Di samping itu, kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan
psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan
menerusi symptom-simptom seperti mudah tersinggung, mudah marah, mudah merasa
bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, tidak yakin diri untuk
berhadapan dengan orang ramai dan cenderung untuk berbohong bagi menutup perilakunya.
Bagi mereka yang menghidap anorexia nerovosa, mereka menginginkan perhatian yang lebih
dan mereka juga sering dalam keadaaan kemurungan. Tambahan lagi, mereka juga sentiasa
menilai diri mereka dari segi berat badan dan memikirkan soal kesempurnaan serta
menganggap bahawa dengan mengawal makan atau berat badan seolah-olah dapat
mengawal kehidupan serta tidak dapat menerima kenyataan berat badan orang lain lebih
rendah dari berat badan mereka.

Penyakit anorexia nervosa juga memberi kesan kepada emosi, sosial dan tingkah laku. Antara
kesan-kesan terhadap emosi termasuklah kurang keyakinan diri, takut untuk menambah berat
badan dan tertekan sehingga menyebabkan berasa tidak tenang. Manakala bagi kesan sosial
yang disebabkan anorexia nervosa termasuklah menjauhi hubungan persahabatan dengan
rakan-rakan, berlakunya hubungan kekeluargaan yang tidak baik dan tidak mengambil berat
terhadap keperluan asas seperti makan. Bagi kesan terhadap tingkah laku ialah bersenam
secara berlebih-lebihan dan tidak makan, sering pengsan, mencederakan diri sendiri, terlalu
sensatif mengenai soal berat badan dan berlaku agresif jika dipaksa untuk makan.

Anorexia nervosa juga boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan untuk
membunuh diri. Penghidap anorexia nervosa dianggarkan 1 dari 10 orang meninggal dunia
akibat penyakit ini. Akibat-akibat lain termasuklah gangguan terhadap degupan jantung,
rembesan hormon terjejas, gangguan kitaran haid, kemandulan, tulang rapuh dan
ketidakseimbangan badan galian dalam badan dan mempunyai masalah pada sistem saraf.

Anda mungkin juga menyukai