Anda di halaman 1dari 8

SK TANJONG ARU

SANDAKAN
SABAH

KERTAS KERJA
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TARIKH :
25 JANUARI 2019

BERSAMAAN :
19 JAMADIL AWWAL 1440 H

TEMA :
“MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA RAHMAT”
1. PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah dan selayaknya puji-pujian setinggi-tinggi saya rafa’kan ke
hadhratNYA kerana dengan izinNYA Panitia Agama Islam telah diberi peluang sekali lagi
untuk menjalankan Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun 2019
bersamaan 1440H.

Sambutan Maulidur Rasul merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap


Rasulullah (s.a.w). Begitu juga perasaan ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan
baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda dalam Al-
Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia" (al-Qalam:4)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang
diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini majlis ini akan diadakan pada 25 Januari
2019 bersamaan 19 Jamadil Awwal 1440H. Majlis ini akan dimuatkan dengan aktiviti yang
agak sederhana tetapi melibatkan semua guru dan pelajar muslim bertepatan dengan
temanya pada kali ini iaitu “Menyantuni Ummat Membawa Rahmat”.

Semoga segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan jayanya hasil
kerjasama semua pihak bermula dari pihak pentadbir sehinggalah kerjasama ibu bapa.

2. OBJEKTIF

2.1 Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan agama
Islam.

2.2 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah nabi Muhammad
Rasulullah SAW.

2.3 Murid dapat mengamalkan akhlak dan keperibadian Rasullah SAW.

2.4 Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad

SAW.

3. SASARAN

Semua guru dan murid SK Tanjong Aru, Sandakan.


4. STRATEGI PELAKSANAAN
Antara aktiviti yang akan diadakan ialah :

1) Pertandingan Mewarna
2) Kuiz Maulidur Rasul
3) Persembahan Nasyid.
4) Ceramah Maulidur Rasul
5) Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

5. JAWATANKUASA PELAKSANA
(rujuk lampiran)

6. SUMBER KEWANGAN
Perbelanjaan (rujuk lampiran)

7. PENUTUP

Pihak Panitia Agama Islam mengharapkan agar program yang dirancang ini akan
berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga murid-murid mendapat intipati dan ilmu
yang bermanfaat melalui meneladani sirah junjungan besar Baginda Nabi Muhammad
S.A.W. Kerjasama semua pihak khususnya warga sekolah dalam usaha menjayakan
program ini amatlah kami hargai dan semoga ianya akan mendapat keberkatan
daripada Allah SWT sekali gus akan menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih kita
kepada baginda, InsyaAllah.
Disediakan oleh; Disemak oleh;

.......................................... .........................................

(MOHAMAD IKHWAN B. RUDI) (WAN MOHD FAIRUZ WAN MUSTAFFA)


Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Agama Islam. Panitia Agama Islam,
SK. Tanjong Aru, SK. Tanjong Aru,
Sandakan. Sandakan.

Disahkan oleh :

............................................

(Pn. Rohana Bt. Abu Bakar)


Guru Besar.
SK. Tanjong Aru,
Sandakan.
Lampiran 1

JAWATANKUASA PELAKSANA
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH
2018

Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan

(Tn Hj Sh. Mahada b. Sh Attar)

Penasihat : Pn Rohana Bt Abu Bakar

Pengerusi : Pn. Faridah Bt. Hj. Santung

Naib Pengerusi : Pn. Hjh Suriah Bt. Marali

Naib Pengerusi ii : Pn. Normisah Bt. Saiman

Penyelaras : En. Wan Mohd Fairuz B. Wan Mustaffa

Setiausaha : En. Mohamad Ikhwan B. Rudi

Bendahari : Cik Masneh Bt Abdul Rasid

Backdrop : 1) En. Royzad Bin Hadrah

2) Cik Nur Ayuni Bt. Abd. Rahman

PA Sistem : 1) En Pg Zalaluddin B. Pg Ahmad

2) En. Jaafar James

Pentas & Perhiasan Dewan : 1) En. Ibrahim Bin Mohamad

2) En. Azzezan B. Sukur

Hadiah & Cenderahati : 1) Pn. Rahmah Bt. Enggan

2) En. Wan Mohd Fairuz B. Wan Mustaffa

Buku Program / Pamplet : Pn. Tanty Surianna Bt. Awang

Jamuan : 1) Ustazah Faridah Bt Hj. Santung.

2) Cik Asnah

3) AJK RMT

Keselamatan & Disiplin : 1) En Mohd Ali b. Jamal

2) En. Oliver Oscar Chong


AJK Bunga Rampai &
Bunga Semat : 1) Pn. Hjh Suriah Bt. Marali
2) Pn. Normisah Bt. Saiman

AJK Persembahan : GPA & GBA

Juruacara : En. Rozlan B. Razali

Jurukamera : En. Ibrahim B. Mohamad


ANGGARAN PERBELANJAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
2019 (1440 H)

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan


Hadiah Pertandingan Mewarna:

1. Johan : RM 10 X 7 = RM 70 RM 154
1. 2. Naib Johan : RM 7 X 7 = RM 49
3. Ketiga : RM 5 X 7 = RM 35

Pertandingan Kuiz RM 5 x 5 = RM 25
2. RM 25

3. Backdrop / Banner RM 50

JUMLAH ANGGARAN RM 229


TENTATIF PROGRAM

7.20 Murid-murid mengambil tempat

7.30 Kehadiran Perasmi

- Bacaan Doa oleh Adik Mohamad Hairil B. Jaya


- Ucapan Guru Besar : Pn Rohana Bt Abu Bakar
- Ucapan Perasmian oleh :
____________________________________________________

- Ceramah Maulidur Rasul :


Oleh : Ustaz
- Kuiz Maulidur Rasul
- Persembahan Nasyid
- Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
- Selawat
- Sesi Bergambar

11.00 - Jamuan

Bersurai