Anda di halaman 1dari 33

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41/2019

SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM

2.00 PTG : Pendaftaran ibu bapa, waris dan guru

2.30 PTG : Ketibaan Perasmi disambut oleh Jawatankuasa

Sambutan

: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

: Bacaan Doa

: Tayangan Aktiviti PIBG 2018

: Ucapan Aluan Guru Besar

: Ucapan Pegawai Seranta

: Ucapan Aluan YDP

: Ucapan Perasmian oleh

En. Teh Lean Ong

SETIAUSAHA POLITIK
YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION B ISMAIL
AHLI PARLIMEN KULIM-BANDAR BAHARU
MERANGKAP MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
: Penyampaian Sumbangan Cemerlang UPSR 2018

: Penyampaian Cenderahati Perasmi

: Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 dimulakan

: Majlis bersurai

1
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaaan Kulim 2018/2019

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat
dan keizinanNya, maka kita dapat berkumpul dan bertemu pada hari yang ceria ini untuk
meneruskan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41/2019 dan dapatlah saya menitipkan sepatah
dua kata di dalam lembaran ini.

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke
mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkkan bahawa kita sentiasa memberi
sokongan dan semanagat kepada barisn pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-
sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa
depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Syabas diucapkan kepada ibu
bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini bagi
menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. AJK yang
diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai
pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dan
kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi
menjayakan segala program yang dirancang. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus
menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan ini kita dapat bersama-
sama menyumbang idea, buah fikiran dan bantuan fizikal untuk memantapka lagi aktiviti-
aktiviti PIBG sekolah ini.

Semua antara kita mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah
bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Walaupun PIBG berjalan atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan
membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan
anak-anak kita.

Di samping kemajuan akademik, PIBG jga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat
meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan
cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita Berjaya
menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Kulim.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah
atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun

2
kokurikulum. Setinggi tinggi terima kasih juga kepada guru-guru atas usaha gigih tanpa jemu
dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami sbg ibu bapa agar pihak
sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin
kea rah kejayaan masa depan.

Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 Sekolah
Kebangsaan Kulim.

Sekian, terima kasih.

………………………………….
(NORHAYATI BT. KAMARUDDIN)
Yang Dipertua PIBG
SK Kulim 2018/2019

3
SEUNTAI KATA, SEINDAH BICARA
Guru Besar SK Kulim

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana atas limpah kurnianya segala perancangan
dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 41 dapat diterjemahkan
pada hari ini. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu
bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak
dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang
berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

SK Kulim menggalas visi menjadi sekolah cemerlang dengan misinya kearah


kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Hal ini selaras dengan pepatah “Datang dengan harapan, Pulang dengan
kejayaan”. Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati, pengarang
jantung. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi menggunung kepada
kedua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah yang paling bernilai kepada
semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibubapa. Pihak sekolah
berharap semua ibu bapa janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-
anak kepada pihak sekolah sahaja.

Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan
kejayaan anak-anak ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
ibu bapa perlu memastikan anak-anak membawa peralatan sekolah seperti alat tulis serta
buku teks. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bangun awal dan datang awal
ke sekolah agar masalah pelajar lewat dapat diatasi terutamanya bagi murid-murid yang
menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Ibu bapa perlu memberi tumpuan yang
sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan
perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak tersisih.

Ramai ibu bapa tidak hadir apabila pihak sekolah mengadakan program dan majlis
ilmu dengan memberi alasan sibuk bekerja. Keadaan ini amat menyedihkan pihak sekolah
kerana ditakuti anak-anak kita akan tersasar jauh. Jadi, saya mewakili pihak sekolah
menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah supaya kita
sama-sama dapat berganding bahu dan sekaligus dapat menyuntik semangat belajar
dalam sanubari anak-anak.

4
Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu
ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak keranan mereka ibarat kain putih dan ibu
bapa lah yang mencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak memerlukan masa untuk
bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu memastikan bahawa
mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut. Hal ini tidak mustahil dilakukan walaupun
ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa boleh menelefon untuk bertanya khabar atau makan
semeja pada waktu yang berkesempatan. Pokoknya di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi
pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan
kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan
kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat
ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu
dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam
membantu pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa
terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid
meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubngan sekolah dan ibu
bapa menjadi lebih baik.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah.
Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini
dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan AJK PIBG yang diterajui oleh Pn.
Norhayati bt Kamaruddin yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan
mahupun idea serta moral.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan


tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang Berjaya kepada agama, bangsa dan Negara.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan terima kasih.

Sekian, terima kasih

………………………………………………………………
(MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAHMAN)
Guru Besar
SK Kulim

5
JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41/2019
( 17 MAC 2019)

PENASIHAT : EN. MUHAMAD ASRI B. ABDUL RAHMAN


GURU BESAR SK KULIM
PENGERUSI : PN. NORHAYATI BT. KAMARUDDIN (YDP PIBG)
TIMBALAN PENGERUSI 1 : PN. UMIRAH BINTI HUSIN
PENOLONG KANAN HEM
NAIB PENGERUSI 1 : EN. MOHD NASHARUDIN B. SAID
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 2 : EN. ABDUL HALIM B. ISMAIL
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SETIAUSAHA : PN. MUMTAZAH BT. MD. ZUBIR (SETIUSAHA KEHORMAT PIBG)
BENDAHARI : PN. SITI ROHANI BT. RAWI (BENDAHARI KEHORMAT PIBG)

SAMBUTAN
BACAAN DOA
GURU BESAR
EN. HARMAIN HARIZ B. DAMSEK
PENOLONG-PENOLONG KANAN
AJK PIBG
PENDAFTARAN / SARANA
PN. AZMAHANI BT MOKHTAR (K)
BUKU PROGRAM
PN. NURUL SYAMIMI BT. ZULKIFLI
PN. NUR DIYANA BT. ZULKIFLI
PN.FAIZAH BT. OSMAN
PN. SUZANA BT. MORAD
PN. ROZIZAH BT ZAKARIA

JAMUAN
PERSIAPAN TEMPAT(DEWAN/PENTAS/BANNER)
PN. HANIM BT. HARUN (K)
PN. NOR SALMIZA BT. HARUN (K)
PN. JAYANTHY A/P JAYA BALAN
PN. MARIAM BT. BAKAR
PN. ZANARIAH BT. MD. ZAIN
PN. RAJESWARI A/P PERUMAL
PN. ROHANA BT. AHMAD
PN. NORLIDA BT. AHMAD
PN NORMALAWATI BT. MAT RAHIM
PN. SHARIFAH ESAH BT. MD. SAAD
PN. SHAHARINA BT. SHAHIDAN
EN. MUHAMAD HAIRI B. ALI
PN. PARVEEN KOSAR B. MD. FADZIL
EN. HARMAIN HARIZ B. DAMSEK

PENGACARA MAJLIS
PENCATAT MINIT MESYUARAT
PN. NOR HANANI BT. ABD GHANI
PN.NUR ASNIRAH BT ADNAN (K)
PN. NIK SAMSIAH BT. NIK SOH
GAMBAR/DOKUMENTASI
PN. AMUTHA A/P RAMASAMY PILLAI
PN. ZANARIAH BT. HASBULLAH (K)
PN. NOOR ARINA BT. ARIFFIN
PN. KHAIRULMUNA BT. AHMAD

CENDERAMATA / SAGUHATI
SIARAYA
PN. ROSNAH BT. ABDULLAH (K)
EN. MOHD FADZILI B. FISOL (K)
PN. SITI ROHANI BT. RAWI
EN. ANUAR REDZUAN B. AHMAD HUSNI
PN. HASLIM BT. HASSAN
EN. MOHAMAD FADIL B. OMAR

6
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/2019

BIL NAMA AJK JAWATAN


1. EN. MOHD ASRI B. ABD RAHMAN PENASIHAT
2. PN. NORHAYATI BT. KAMARUDDIN YDP
3. EN. AZIZAN B. HARUN NYDP
4. PN. MUMTAZAH BT. MD. ZUBIR SETIAUSAHA
5. PN. SITI ROHANI BT. RAWI BENDAHARI
6. EN.MUHAMAD HAIRI B. ALI AJK
7. EN. ANUAR REDZUAN B. AHMAD HUSNI AJK
8. PN. AZMAHANI BT. MOKHTAR AJK
9. PN. NURUL SHARMIMI BT. ZULKIFLI AJK
10. PN.NUR ASNIRAH BT.ADNAN AJK
11. PN. RAJESWARI A/P PERUMAL AJK
12. PN. ZANARIAH BT. MD. ZAIN AJK
13. PN. ROHANA BT. AWANG AJK
14. PN. SITI FATIMAH BT. WAHAB AJK
15. PN. MASLINDA BT. MOSTAFA AJK
16. EN. AZRUL B. AZIZ AJK
17. EN. NICKMAN B. MD TAHAR AJK
18. EN. NASRUL B. ABU HAMIR JURUAUDIT

7
LAPORAN KEHADIRAN WARIS
PADA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 40/2018
NO NAMA WARIS NAMA ANAK
1 NASRUL BIN ABU HAMIR NUR AQILAH MAISARAH BT. NASRUL
2 MOHAMAD FADIL BIN OMAR NUR DAMIA IZZ ZARA BT. MOHAMAD FADIL
3 BALKIES BINTI MOHD JAWAWI ANIS AUNIE BT. AZRUL
4 FAZILAH BINTI AZMI ARIFF MUZAFFAR B. KAMALUDIN
5 MD YUSSOP BIN CHE YON MUHAMAD SHAFIQRIE B. MD YUSOFF
6 SITI MARIAM BINTI DIN MUHAMMAD MIRZA HAMI B. HAFIZUDDIN
7 SITI HAJAR BINTI JAAFAR MUHAMMAD MUSLIM B. JAAFAR
8 SHALIZA BINTI SHAFIE NUR ANIS HAFIZAH BT. MUHAMAD YUSRI
9 MASLINDA BINTI MOSTAFA NUR HIDAYAH NAJIHAH BT. MUHAMAD
SHAHARU
10 SITI NOR AISHAH BINTI OTHMAN AINUL AQILAH BT. AZRUL
11 ZALEHA BINTI HARUN FARAH DAMIA BT. AHMAD ZAINI
12 KHAIRUL NIZA BINTI IDRIS HASNISA HANIM BT. JASMI
13 SITI MARIAN BINTI SAMIN MUHAMMAD DANIAL RAFIQ B. MUHAMMAD
ZAMRI
14 AZMI BINTI MAHMUD MUHAMMAD HAZIQ B. AZMI
15 NICKMAN BIN MD TAHIR MUHAMMAD NAFEES DANISH B. NICKMAN
16 SHUZLIYANTI BINTI SHAMSUDDIN MUHAMMAD ZAFRAN AQEEF B. MOHAMED
FARED
17 NOR HALIDA BINTI KASSIM NUR AMANDA BATRISYA BT. ABDUL AZIM
18 MOHD TARMIZI BIN MAT SAMAN NUR AUNI HUSNINA BT. MOHD TARMIZI
19 NAFSIAH BINTI MD DAUD NUR QAISARA ZULAIKHA BT. ZULKIFLI
20 MOHD NAZRI BIN ISMAIL NURDHIA NASUHA BT. MOHD NAZRI
21 KHAIRULMUNA BINTI AHMAD MUAFAH AISHI BT. AHMAD BUKHARI
22 MOHD PAKHARUDIN MUHAMMAD ARIF FAHMI B. MOHD
PAKHARUDIN
23 NUR LIEZA BINTI NUR ALYA ADRIANA BT. SHAHIMI
24 KHALIL BIN SAZULI MUHAMMAD SHAMIL B. KHALIL
25 FAUZAN B. ISMAIL NUR FARZANA SYAFAWATI BT. FAUZAN
26 MOHD RIDZWAN BIN ABDULLAH MUHAMMAD ISYRAF QAWIEM B. MOHD
RIDZWAN
27 NORHAYATI BINTI MAT ALI MOHAMAD ISKANDAR ZULKARNAIN B. ZULKIFLI
28 BADRUL HISHAM BIN MOHAMMAD ASYRAF B. BADRUL HISHAM
29 NABISA BINTI OMMER BASHIER MUHAMMAD AFHAM ZULFAN
30 KHAIRUL NISAH BINTI YUSOFF NURIN IRDINA ISLAM BT. MOHD RAZENAN
31 ROHANA BINTI AHMAD NURUL KHAIRINI SOFIYA BT. MUHAMMAD
NASRULLAH
32 SITI FARIDAH BINTI AWANG MUHAMMAD DANIAL HAKIM B. ABDULLAH
33 MOHD ZULKIFLI BIN MAN MUHAMMAD IRFAN FARHAN B. MOHD ZULKIFLI
34 AZIZAN BIN HARUN NUR AINA NAZIRAH BT. MUHAMMAD NAZRI
35 MOHAMAD SHARIR BIN HARUN NURBAITI RAMADHANI BT. MOHAMMAD SHARIR
36 NASER BIN DESA NURUL NASIRAH BT. NASER
37 KAVITHA CHRISNASAMY RAM KESHAVA A/L KATHIRESAN
38 HATIAH BINTI MOHAMAD NAYAN MUHAMMAD AMIR ZAKWAN B. ABU SEMAN
39 NORHAINI BINTI MOHAMAD ZAIDI ADAM IQMAL B. MUHAMAD HAMIZAN
40 AZRUL BIN AZIZ AIZUL HAZIQ B. AZRUL
41 FARIZA BINTI NADZRI AZIQ FIZMAN B. AHMAD FADZIL
42 MUMTAZAH BINTI MD ZUBIR FARAH BATRISYIA BT. MOHD FAUZI
43 HAZLINDA BINTI ABDUL HALIM HANI MUSFIRAH BT. HAMZAH
44 SITI FATIMAH BINTI WAHAB/MOHD HIDNI SYAURAH BT. HAFIZUDDIN
SAAD

8
45 NIK SAMSIAH BINTI NIK SOH MUHAMAD AZIM LUQMAN B. MOHAMAD
KHIRUDDIN
46 ROHANI BINTI AWANG SHAFIE MUHAMMAD ZAFRAN B. HAFIDZI
47 KU INTAN RAFIDAH MUHAMMAD ZHARIF IHSAN B. ABDULLAH
48 ZAINAL ABIDIN BIN ABD HAMID NURSHAMILATUL SYAIYIDAH BT. ABDULLAH
49 MAT HUSIN BIN MAT KARIM NUR WARDINA HAFNI BT. MOHD SHAMSUL
50 SUZANI BINTI ABU BAKAR INDERA ZULFAKAR B. SUHAILI
51 ABD RAHIM BIN CHE OM MUHAMMAD DANISH B. ABD RAHIM
52 YAAKOB BIN YAHAYA NUR ANISHA ATIQAH BT. YAAKOB
53 MOHAMAD QADAFFI BIN OTHMAN SITI NOOR FARAH HIDAYU BT. MOHAMAD
QADAFFI
54 MASHIROH BINTI AHMAD SITI NUR SARAH BT. ABDULLAH
55 NORHAYATI BT. ALI PUTERI NUR RAMADANNI BT. ZULKIFLI
56 VIJAYAKUMAR A/L PALURISAMY YAATHEV/YUVANRAJ A/L VIJAYAKUMAR
57 CHE MAZNAH BINTI ISMAIL AHMAD MOKHZANI B. ADNAN
58 NUR HANAZUMI BINTI ABDUL HAMID DANIA AFRINA BT. JASMEDI
59 SUHANA BINTI SHAMSUDIN MUHAMMAD ARIF B. MUHAMAD SYAHIR
60 HABSHAH BINTI IBRAHIM MUHAMMAD ARIF B. ROSZAILAN
61 ROHANA BINTI AWANG/MOHD SANI MUHAMMAD DANISH AMMAR B. MOHD SANI
62 HASLIM BINTI HASSAN MUHAMMAD ZULHAIRY B. KHAIRONNIZAM
63 ZURAINI ZAINI BINTI ZAINOL NUR ALYA BATRISYIA BT. MOHAMMAD AMRAN
64 SITI NOOR BINTI AWANG NUR IMAN AQLIEMA BT. ABU BAKAR
65 MOHAMAD FAUDZI BINTI MOHAMAD NURUL NASUHA HUSNA BT. MOHAMAD FAUDZI
ISHAK
66 KAMARIAH BINTI AHMAD RADEN NUR DWI ALIFF B. RADEN BESAR BASUKI
67 MUHAMMAD ASRI B. ABD RAHMAN GURU
68 MOHD NASHARUDIN B. SAID GURU
69 ABD HALIM B. ISMAIL GURU
70 HANIM BT. HARUN GURU
71 RODIZIAH BT. YUSRO GURU
72 FAIZAH BT. OSMAN GURU
73 HARMAIN HARIZ B. DAMSEK GURU
74 SYAHARINA BT. SHAHIDAN GURU
75 PARVEEN KOSAR BT. MD. FAZIL GURU
76 ROSNAH BT. ABDULLAH GURU
77 J. JAYANTHY A/P JAYABALAN GURU
78 MARIAM BT. BAKAR GURU
79 JAMILAH BT. MUSTAFA GURU
80 ANUAR REDZUAN B. AHMAD HUSNI GURU
81 NUR DIYANA BT. ZULKIFLI GURU
82 MUMTAZAH BT. MD. ZUBIR GURU
83 ZANARIAH BT. HASBULLAH GURU
84 RAJESWARI A/P PERUMAL GURU
85 NORLIDA BT. AHMAD GURU
86 KAVITHA A/P CHRISNASAMY GURU
87 NIK SAMSIAH BT. NIK SOH GURU
88 ROZIZAH BT. ZAKARIA GURU
89 ROHANA BT. AHMAD GURU
90 SITI ROHANI BT. RAWI GURU
91 NOR SALMIZA BT. HARUN GURU
92 AZMAHANI BT. MOKHTAR GURU
93 ANUAR B. MAT GURU
94 SHARIFAH ESAH BT. MD. SAAD GURU
95 ZANARIAH BT. MD. ZAIN GURU

9
96 NURUL SYAMIMI BT. ZULKIFLE GURU
97 NOR HANANI BT. ABD GHANI GURU
98 KHAIRULMUNA BT. AHMAD GURU
99 MOHD FADZILI B. FISOL GURU

10
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM
JALAN TUNKU BENDAHARA, 09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN.

Rujukan Fail: PIBG SKK/60/002/4 (53)


Tarikh : 25 FEBRUARI 2019

Kepada:
Semua Ibubapa/Penjaga/Waris

Tuan / Puan,

Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kulim Kali ke 41 Tahun
2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk:


2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Kulim, menjemput
serta mempersilakan pihak tuan/puan untuk menghadiri Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke
40, yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 17 Mac 2019
2.2 Hari : Ahad
2.3 Masa : 2.00 petang
2.4 Tempat : Dewan Informasi SK. Kulim

3. Bersama-sama surat ini, disertakan Borang Jawapan kehadiran dan usul. Sila
kembalikannya kepada Guru Kelas anak masing-masing selewat-lewatnya pada hari
SELASA, 5 MAC 2019 bagi memudahkan urusan pemilihan usul serta persediaan mesyuarat.

4. Bagi pihak Jawatankuasa PIBG, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
tuan/puan atas sumbangan wang ringgit, tenaga dan percambahan minda kepada pihak
PIBG SK Kulim.

5. Kehadiran dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“IBU BAPA PRIHATIN, ANAK-ANAK TERPIMPIN”


“PIBG CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG”

Saya yang menurut perintah,

..............................................
(NORHAYATI BINTI KAMARUDDIN)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kulim.

11
BORANG JAWAPAN KEHADIRAN DAN USUL

MESYUARAT AGUNG PIBG SEK. KEB. KULIM KALI KE 41 TAHUN 2019

NAMA PELAJAR : ________________________________________________________

TAHUN : ________________________________________________________

NAMA WARIS : ________________________________________________________

ALAMAT : ________________________________________________________

NO. TELEFON : ____________________________

HADIR SEORANG HADIR 2 ORANG TIDAK HADIR

 Sila tanda (X) pada ruang kosong di atas.

CADANGAN / USUL :

________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

TANDATANGAN WARIS / PENJAGA TARIKH : ________________

_________________________________

**SILA KEMBALIKAN KERTAS JAWAPAN INI KEPADA GURU KELAS ANAK MASING-MASING
SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI SELASA, 5 MAC 2019 UNTUK PROSES PEMILIHAN DAN
PERSEDIAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEK. KEB KULIM KALI KE 41.

12
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE 41

1. Aluan Pengerusi Mesyuarat


2. Membentang dan Mengesahkan
Minit Mesyuarat Agung yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Membentang dan Meluluskan
Penyata Kewangan berakhir 31
Disember 2018.
5. Membentang dan Mengesahkan
Laporan Aktiviti PIBG 2018
6. Membentang dan Membahaskan
usul/cadangan
7. Ucapan Penangguhan

13
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK KULIM KALI KE 40/2018

Tarikh : 25 Mac 2018

Hari : Ahad

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Informasi SK kulim

Pencatat : Pn Nor Hanani binti Abdul Ghani

: Pn Rajeswari a/p Perumal

: Pn Zanariah binti Md Zain

Perasmian : Dato’ Osman bin Mat Aji (Timbalan Ketua UMNO Kulim Bandar Baharu)

Kehadiran : Waris : 66/350 Guru : 33/33 Jumlah : 99

Atur Cara perasmian:

1. Ucapan Aluan oleh Pengacara Majlis

1.1 Pengacara Majlis mengalu-alukan kehadiran semua ahli PIBG SK Kulim ke


Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40.

2. Bacaan Doa

2.1 Bacaan doa disampaikan oleh Encik Harmain Hariz bin Damsek.

3. Ucapan Aluan NYDP PIBG SK Kulim (Pn Norhayati binti Kamarudin)

3.1 Mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen waris yang sudi mel uangkan
masa untuk bersama-sama hadir dalam majlis bermakna ini. Beliau juga
mengalu-alukan kehadiran Dato’ Osman bin Aji(Timbalan Ketua Umno KBB) ke
majlis Mesyuarat Agung PIBG dan seterusnya akan merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 40.

3.2 Beliau memaklumkan tentang kecemerlangan yang telah dicapai oleh SK Kulim
adalah bertitik tolak hasil kerjasama yang erat antara waris, guru dan pantadbir
sehingga melahirkan murid yang berdaya saing dapat melanjutkan pelajaran
ke luar negara.

14
3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa SK Kulim telah mendapat perhatian
diperingkat kementerian mengenai masalah banjir ,rentetan daripada ucapan
YAB Dato’ Mahadzir Khalid Menteri Pendidikan pada 24 Mac 2018
ketikaberkunjung ke Kulim dalam Program Ramah Mesra bersama pemimpin

3.4 Beliau juga menegaskan para waris perlu memainkan peranan dalam
menangani masalah ponteng yang dihadapi oleh pihak sekolah, Kesedaran
ibubapa mengenai masalah ponteng anak-anak ke sekolah akan dapat
membendung masalah-masalah sosial yang melanda golongan remaja
mahupun kanak-kanak.

4. Ucapan Aluan Guru besar SK Kulim(Encik Muhamad Asri bin Abdul Rahman)

4.1Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua yang hadir. Beliau turut
mengalu-alukan kedatangan para waris serta mengucapkan terima kasih kepada
waris kerana hadir dan berharap agar mesyuarat dapat berjalan lancar.

4.2Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Dato’ Osman(Timbalan Ketua Umno KBB)


serta Pn Norhayati binti Kamaruddin selaku NYDP PIBG SK Kulim.

4.3SK Kulim telah berusia 121 tahun. Sekolah tertua di Kulim. Kini SK Kulim
mempunyai 33 orang guru, 5 orang staf (AKP), 4 orang pengawal keselamatan,
6 orang pekerja kebersihan dan seramai 464 orang murid.

4.4Pencapaian UPSR pada tahun 2017 meningkat dengan peratus lulus 63.4%
berbanding 52.9% pada tahun 2016. 1 orang murid berjaya memperoleh 6A,
2 orang 5A 1B, 1 orang 4A 1B 1C dan 2 orang 3A 2B 1C. ETR UPSR bagi
tahun 2018 ialah 75% lulus.

4.5Beliau memaklumkan tiada kes berat melibatkan disiplin murid di SK Kulim.

4.6Kebitaraan SK Kulim ialah dalam sukan sepak takraw di bawah kelolaan


En Anuar bin Mat telah berjaya menempatkan 2 orang murid ke pertandingan
sepak takraw MSSM di Kluang, Johor dan berjaya mendapat tempat ke 3.

4.7Beliau juga telah berbincang dengan En Hazril bin Zulkapli(Pegawai pejabat


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu) , bercadang untuk membina
dewan terbuka di hadapan surau SK Kulim menempatkan gelanggang sepak

15
takraw.

4.8SK Kulim juga telah mendapat perhatian tentang masalah banjir apabila
nama sekolah telah di sebut di hadapan Menteri Pendidikan ketika kunjungan nya
ke Kulim pada 24 Mac 2018.

4.9SK Kulim berkeluasan 3.5 hektar. Pagar di sebelah belakang telah rosak dan
3 jenis binatang yang sering menyusup masuk iaitu anjing, ular dan khinzir.

5. Ucapan Aluan dan Perasmian oleh Dato’ Osman bin Mat Aji(Timbalan Ketua
UMNO Kulim Bandar Baharu

5.1 Dato’ Osman menyampaikan salam dari Dato’ Abdul Aziz kerana beliau tidak
dapat hadir.

5.2 Dato’ Osman maklumkan beliau telah 40 tahun berada di dalam UMNO dan 46
tahun di Kulim dan masalah banjir di Kulim ini memang sangat susah di atasi
kerana pembangunan infrastruktur yang pesat. Perkara ini dimaklumkan sendiri
oleh En Nizam dari Majlis Perbandaran Kulim. 1 mekanisma perlu dibuat untuk
skim penempatan banjir.

5.3 PIBG perlu mengadakan satu dialog dengan Dato’ Abdul Aziz untuk mencari
penyelesaian tentang pencerobohan binatang masuk ke kawasan sekolah.

5.3 Ibubapa perlu bersyukur kerana anak-anak mendapat peluang belajar dan
anak-anak perlu di disiplinkan untuk menghadapi UPSR.

5.4 Dato’ Abdul Aziz akan menyumbang RM 1000 untuk tabung PIBG SK Kulim.
5.5 Beliau seterusnya merasmikan mesyuarat PIBG SK Kulim kali ke 40.

Agenda Mesyuarat:

1.Ucapan Aluan Naib Yang Dipertua PIBG

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang hadir ke majlis mesyuarat
Agung PIBG kali ke-40.
1.2 Beliau berharap agar mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 ini dapat berjalan lancar
dan dalam suasana permuafakatan.

16
1.3 Beliau juga amat berharap agar semua waris dapat memberikan idea atau
pendapat yang bernas untuk meningkatkan pencapaian SK Kulim dalam pelbagai bidang,
umpamanya kurikulum,kokurikulum mahupun bidang-bidang yang lain.
Tindakan : Makluman

2.Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Pn. Nor Salmiza selaku Setiausaha PIBG sesi 2016/2017 membentang Minit
Mesyuarat di mukasurat 10 hingga 17 di buku program.
Mesyuarat : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39
Tarikh : 12 Mac 2017
Tempat : Dewan Informasi, SK Kulim
Cadangan : Pn Rohana binti Ahmad
Sokongan : En Mohd Saad bin Ahmad
Tindakan : Makluman

3.Perkara berbangkit

3.1 Rujuk 3.7 pada minit mesyuarat, Pn Norhayati memaklumkan bayaran


sumbangan
RM 6.00 untuk mengupah anggota RELA tidak termasuk dalam bayaran awal
persekolahan bagi sesi 2018.
3.2 Tn Hj Anuar meminta persetujuan ahli mesyuarat sama ada perkara 3.7 ini akan
diteruskan atau dimansuhkan. Ahli mesyuarat sebulat suara tidak bersetuju ianya
diteruskan. Oleh itu, perkara 3.7 dimansuhkan.

4.Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2017

4.1Pn Nik Samsiah selaku Bendahari PIBG sesi 2016/2017


membentang penyata kewangan di mukasurat 19 dan 20 di buku program.
4.2 Semua waris diminta meneliti penyata tersebut dan diminta mengemukakan
soalan
jika mempunyai kemusykilan.
4.3 Bendahari juga memaklumkan baki kewangan setakat tahun 2017 ialah
RM 4,060.36 dan meminta agar penyata kewangan disahkan.
Disahkan : En Nickman bin Md Tahar
Disokong : En Mohd Saad bin Ahmad

17
5.Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti PIBG 2017

5.1 Pn Nor Salmiza membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun


2017 yang berada di mukasurat 18 di buku program.

5.2 Pn Norhayati memaklumkan 9 aktiviti yang dibuat melibatkan murid atau waris
iaitu Mesyuarat PIBG, Qiyamulail Tahun 6, Perkhemahan Perdana Unit Uniform,
Kembara sejarah, baikpulih kaki lima dewan, Sukan tahunan,program
peningkatan
UPSR, Hari anugerah cemerlang dan Solat hajat dan bacaan yassin.

5.3 Pn Norhayati juga meminta laporan aktiviti ini disahkan.


Disahkan : En Azrul bin Aziz
Disokong : En Mohd Saad bin Ahmad

6. Membentang dan membahaskan usul

6.1 Pn Norhayati memberitahu sebanyak 14 usul yang diterima serta ada usul yang
sama dan pengerusi akan membaca usul daripada waris yang hadir sahaja.

6.2 Usul 2- Kebenaran membuka pintu pagar belakang bagi memudahkan urusan
keluar masuk murid oleh Mohd Tarmizi B Mat Saman.

Guru besar memaklumkan bahawa pengawal keselamatan tidak mencukupi


untuk mengawal jika pintu pagar belakang dibuka.Pengawal Keselamatan tidak
boleh meninggalkan pagar utama dan seorang lagi menjaga pintu pagar ke 2
dan mengawal lalulintas murid.Kerjasama dari guru bertugas diperlukan jika
pintu pagar belakang dibuka.

6.3 Usul 4-Kuatkuasakan larangan menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah
oleh Shaliza Bt Shafie.

Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai hak utntuk
melarang penjaja yang menjual di luar kawasan sekolah. Guru Besar meminta
supaya waris sendiri yang melarang anak-anak mereka daripada membeli .
Guru Besar juga menyatakan waris boleh membuat surat aduan kepada MPPK
supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak majlis.

18
6.4 Usul 5- Penubuhan Group Watsapp untuk Tahun 1 bagi memudahkan
penyampaian maklumat kepada waris.Maklumat penting perlu
disampaikan seminggu awal oleh Maslinda Bt Mustafa.

Guru Besar memaklumkan bahawa group watsapp boleh diadakan jika ianya
terkawal dan penggunaanya tidak disalah gunakan sehingga boleh menimbulkan
masalah. Surat siaran untuk setiap aktiviti dikeluarkan oleh pihak
sekolah untuk makluman waris.

6.5 Usul 8- Minta dibaiki tandas untuk pelajar kerana keadaan tandas agak
teruk oleh Khairunnisha Bt Abdul Wahid.

Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat peruntukan


untuk membaik pulih tandas sebanyak 22 ribu pada hujung tahun 2017. Sebanyak
10ribu digunakan utuk membaiki tandas di blok atas dan 10 ribu dibelanjakan untuk
menukar 2 enjin di bahagian sistem kumbahan.Selebihnya digunakan untuk menukar
paip-paip yang telah rosak.

6.6 Usul 14- Pohon agar telefon awam disediakan dalam kawasan sekolah untuk
kemudahan murid oleh Rohana Bt Wan Chek.

Minta pihak sekolah menyediakan telefon awam untuk kemudahan murid-murid


menghubungi waris jika ada sebarang masaalah. Puan Norhayati memaklumkan
bahawa sebelum ini sudah ada dua buah telefon awam di kawasan sekolah. Tetapi
murid-murid menyalahgunakan kemudahan tersebut seperti memasukkan kayu,batu
dan sebagainya ke dalam lubang duit syiling sehinggakan pihak berkenaan
mengambil kembali telefon tersebut. Sekolah akan cuba memohon kembali untuk
kemudahan murid sekolah.

7.Ucapan pembubaran oleh Pn Norhayati binti Kamaruddin, NYDP PIBG 2016/2017.

7.1 Beliau mengumumkan pembubaran ajk dan mengucapkan ribuan terima kasih.

8.Pelantikan Pengerusi Sementara.

8.1 Mantan Setiausaha PIBG 2016/2017 mencadangkan En Anuar bin Mat sebagai
pengerusi sementara dan disokong sebulat suara.

19
9.Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019.

9.1 En. Azizan bin Harun mencadangkan Pn Norhayati binti Kamaruddin dilantik
sebagai YDP yang baharu untuk tahun 2018. Mesyuarat sebulat suara bersetuju
menyokong perlantikan Pn. Norhayati binti Kamarudin sebagai YDP.

9.2 En Azizan bin Harun mencadangkan En Mohd Sani sebagai calon pertama untuk
jawatan NYDP manakala En Azrul bin Aziz mencadangkan En Azizan bin Harun
sebagai calon kedua untuk jawatan NYDP. Ahli menyokong sebulat suara melantik
En Azizan bin Harun untuk menyandang jawatan NYDP.

9.3 Untuk AJK waris pula, semua yang dilantik adalah secara sukarela yang terdiri
daripada 5 orang iaitu Pn Rohana binti Awang, Pn Siti Fatimah binti Wahab,
Pn Maslinda binti Mostafa, En Azrul bin Aziz dan En Nickman bin Md Tahar.
Seorang juruaudit juga dilantik secara sukarela iaitu En Nasrul bin Abu Hamir.

9.4 En Muhamad Asri bin Abdul Rahman, Guru Besar mengumumkan AJK PIBG
di kalangan guru, Pn Mumtazah binti Md Zubir sebagai Setiausaha, Pn Siti Rohani
binti Rawi sebagai Bendahari, manakala 7 orang guru lagi sebagai AJK iaitu En
Anuar bin Mat,En Anuar Redzuan bin Ahmad Husni, Pn Azmahani binti Mokhtar,
Pn Kavitha a/p Chrisnasamy, Pn Rajeswari a/p Perumal, Pn Nurul Sharmimi binti
Zulkefle dan Pn Zanariah binti Md Zain.

9.5 AJK PIBG SK Kulim sesi 2018/2019


Penasihat : En Muhamad Asri bin Abdul Rahman
Yang Dipertua : Pn Norhayati binti Kamaruddin
Naib Yang Dipertua : En Azizan bin Harun
Setiausaha : Pn Mumtazah binti Md Zubir
Bendahari : Pn Siti Rohani binti Rawi
AJK ibu bapa : Pn Rohana binti Awang
:Pn Siti Fatimah binti Wahab
:Pn Maslinda binti Mostafa
:En Azrul bin Aziz
:En Nickman bin Md Tahar
AJK guru :En Anuar bin Mat
:En Anuar Redzuan bin Ahmad Husni
:Pn Azmahani binti Mokhtar
:Pn Kavitha a/p Chrisnasamy

20
:Pn Rajeswari a/p Perumal
:Pn Nurul Sharmimi binti Zulkefle
:Pn Zanariah binti Md Zain
Juruaudit : En Nasrul bin Abu Hamir

9.6. Semua ahli mesyuarat bersetuju bahawa pengeluaran duit dr akaun persatuan
ditandatangani oleh dua orang daripada mereka bertiga iaitu YDP Pn. Norhayati
bt. Kamarudi, Setiausaha Pn. Mumtazah bt. Md. Zubir dan Bendahari Pn. Siti
Rohani bt. Rawi.

10. Ucapan penangguhan oleh Puan Norhayati, YDP PIBG sesi 2018/2019
10.1 Beliau mengharapkan jalinan kerjasama guru dan waris akan terus erat
untuk kecemerlangan anak-anak SK Kulim.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

21
LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SK KULIM
SESI 2018

BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH JUMLAH (RM)

1 SUKAN TAHUNAN 1.3.2018 1500.00

2 SAGUHATI MURID CEMERLANG UPSR 1.3.2018 260.00

3 SAGUHATI MURID SEPAK TAKRAW 1.3.2018 250.00

4 SUMBANGAN MURID NYANYIAN 1.3.2018 100.00

5 CENDERAHATI MANTAN SU DAN BENDAHARI 5.4.2018 200.00

6 PERKHEMAHAN PERDANA 24.4.2018 500.00

7 PROGRAM BERSAMA PLKN 24.4.2018 3000.00

8 SAGUHATI MURID BOLA SEPAK 17.7.2018 150.00

9 SOLAT HAJAT PERDANA (UPSR) 13.9.2018 500.00

10 HARI ANUGERAH CEMERLANG 7.11.2018 1500.00

11 DERMA KEMATIAN PN HJH JAMILAH 7.11.2018 300.00

12 SAGUHATI PERSARAAN TN HJ ANUAR B. MAT 7.11.2018 250.00

22
LAPORAN KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN PIBG SK KULIM

DARI 01/10/2018 – 31/12/2018

23
24
USUL / CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41/2019

Bil Nama Anak Nama Waris Alamat Cadangan

ISU KESELAMATAN

1.Mohon pengawal
keselamatan sekolah
menjaga pelajar untuk
melintas jalan semasa
waktu tamat
Muhammad Haziq No 18, Jln
Azmi b. Mahmud persekolahan kerana
b. Azmi Bunga
1. kesesakan kenderaan di
Chempa,
waktu puncak tengahari.
( 2 Nilam ) Kulim
2. Mohon waris-waris tidak
meletakkan kenderaan di
hadapan pintu pagar
sekolah semasa
menunggu pelajar keluar.

Keselamatan murid-murid
Nur Ashikin bt. Abd. 1110, Jln Tunku
Abd. Rashid b. waktu pagi datang
2. Rashid Bendahara,
Shamsudin sekolah dan waktu
( 6 Nilam ) Kulim
pulang di pintu masuk.

ISU PENJAJA DI LUAR KAWASAN SEKOLAH


Memantau dan
Alesya Irdayu bt. 247, Lrg 2/3, mengambil tindakan
Zahari b. Mohd
3. Zahari Taman terhadap penjaja di luar
Desa
( 3 Mutiara ) Merawan, kawasan sekolah kerana
Kulim menjual makanan yang
Alisya Ayuni bt. tidak sihat. Dan mereka
Hernani bt. 128, Tmn Sri
4. Hairil juga menyalahgunakan
Muhammad Kulim, Kulim
( 3 Nilam ) tempat menunggu
kenderaan awam yang
Intan Syamira bt.
Md. Idris b. Abdul 138, Tmn Sri dikhaskan kepada murid-
5. Md. Idris
Mutalip Kulim, Kulim murid sekolah.
( 6 Nilam )

ISU MAKANAN DI KANTIN

Minta pelbagaikan menu


Muhammad 33, Jln Bestari2,
Nor Akmariah makanan di kantin
6. Adeeb Ilman Tmn Bestari,
Embong sekolah.
( 1 Mutiara ) Kulim

1001, Lrg Meminta pihak kantin


Nur Afrina Aqilah
Serindit 11/1, sekolah tidak menjual
7. bt. HAzimin Hazimin b. Osman
Tmn Tunku gula-gula, coklat dan
( 6 nilam )
Putra, Kulim keropok tanpa logo halal.

25
ISU BUKU TEKS

Beg sekolah terlalu berat


dengan buku-buku
walaupun telah disusun
Muhammad Nabil
Norzilawati bt. B-4-7, Kuarters mengikut jadual. Minta
8. Amsyar b. Ridzuan
Manaf Trafik Kulim sediakan ruang simpan
( 5 Nilam )
buku di sekolah mungkin
boleh menyelesaikan
masalah.

Siti Nadhirah bt.


Mohd Azwan Minta pihak sekolah
457, Jln
( 2 Nilam ) sentiasa kemaskini buku
Mohd Azwan b. Angsana 2,
9. teks kerana terdapat
Jamaluddin Tmn Angsana,
Muhamad Adham murid yang dapat buku
Kulim
b. Mohd Azwan teks yang sangat lusuh.
( 4 Mutiara )

ISU PINTU PAGAR

Muhammad 24, Lrg Penaga Minta baiki pagar sekolah


Abdul Wahab b.
10. Farhan Fahrin 5, Tmn Seri yang berhadapan
Awang
( 4 Mutiara ) Penaga dengan jalan besar

477, Lrg Minta buka pintu pagar


Panglima, Jln belakang
Nur Saffiyya Najiha Mohammad Fauzi
11. Tunku memandangkan aliran
bt. Mohamad Fauzi b. Nadzri
Bendahara, trafik di hadapan sekolah
Kulim terlalu sesak.

ISU GROUP WHATSAPP

Muhammad
Khalish Rayyan b. 916, Lrg Serindit
Noraziwani bt.
12. Mohd. Zaid 9/1, Tmn Tunku
Abdul Aziz
( I Nilam ) Putra, Kulim
Mohon wujudkan group
whatsapp mengikut kelas
untuk memudahkan info
473G, Lrg disalurkan dan
Mawar bt. Mohd Laksamana, memantau pelajaran
Nur Asikin bt. Mohd
13. Syukri Jln Tunku anak.
Kassim
( 6 Nilam ) Bendahara,
Kulim

HAL-HAL LAIN
Mohon segala maklumat
965, Lorong berkaitan pelajar seperti
Nurbaiti
Mohammad Sharir Serindit 10/1, cuti, pemakaian baju,
14. Ramadhani bt.
b. Harun Tmn Tunku aktiviti dan lain-lain
( 4 Nilam )
Putra, Kulim disampaikan secara
bertulis.
15. Mohamad Zairil Mohamad Azhar b. 871, Lrg Serindit

26
Hazim b. Abd. Sukor 8/11 Tmn Tunku 1.Mohon
Mohamad Azhar Putra, Kulim menambahraikan tandas
( 1 Mutiara ) untuk lebih mesra pelajar
seperti kemudahan
Nurul Aina Annisa penyangkut baju, selipar
bt. Mohamad dan lain-lain.
Azhar
( 6 Nilam ) 2.Minta mengadakan
kelas seni
mempertahankan diri
untuk kebaikan pelajar
terutamanya pelajar
perempuan.

27
NAMA PENERIMA SUMBANGAN PIBG UNTUK UPSR 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM

KEPUTUSAN
BIL NAMA ALAMAT SEKOLAH
UPSR/SUMBANGAN PIBG

MRSM Arau, Pauh Putra,


02600 Arau, Perlis
1 AIQAL B. AZLAN 5A 1C – RM50
Tel : 04-9860771/9860776
Fax : 04-9860961

Sek. Men. Sains Tuanku Syed


Putra, Jln Behor Pulai
DANIA AFRINA BT.
2 01000 Kangar, Perlis 5A 1B – RM50
JASMEDI
Tel : 04-9760433
Fax : 04-9760433

MRSM Arau, Pauh Putra,


MUHAMMAD DANISH 02600 Arau, Perlis
3 5A 1C – RM50
AMMAR B. MOHD SANI Tel : 04-9860771/9860776
Fax : 04-9860961

MRSM PDRM Kulim Bn 2,


Kem PGA, Jln Junjung,
MUHAMMAD ZULHAIRY B.
4 09000 Kulim, Kedah 5A 1B – RM50
KHAIRONNIZAM
Tel : 04-4905640
Fax : 04-4908555

Sek. Men. Sains Tuanku Syed


MUHAMMAD ARIF B. Putra,Jln Behor Pulai, 01000
5 4A 2B – RM40
MUHAMAD SYAHIR Kangar, Perlis
Tel : 04-9760433
Fax : 04-9760433

MRSM Pengkalan Hulu, Jln


Baling, Km 1, 33100
MUHAMMAD DARWISY
6 Pengkalan Hulu, Perak 4A 1B 1C – RM40
UZAIRY B. FAIEZULAMRI
Tel : 04-4778427
Fax : 04-4778489

Maahad Tahfiz Sains Darul


Muttaqin (MASDAR), Kg
MUHAMMAD HAZIM Baru Batu 13, Jln Sintok,
7 4A 1B 1C – RM40
ISKANDAR B. ASMADY 06010 Changlun, Kedah
Tel : 04-9241139
Fax : 04-9241139

NUR ALIA INSYIRAH BT. Sek. Men Keb. Sultan


8 4A 2B – RM40
MOHD FADZILI Badlishah, Jln Sultan
Badlishah, Kg Tunku

28
Putra.09000 Kulim, Kedah
Tel : 04-4903709
Fax : 04-4956982

Sek. Men. Keb. Tmn


Jelutong, 09000 Kulim,
NURIN SAKINAH BT.
9 Kedah. 4A 1B 1C – RM40
KHAIRUL RIJAL
Tel : 04-4955839
Fax : 04-4959794

29
HEBAHAN ICT

30
31
32
PENGHARGAAN

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN UCAPAN TERIMA KASIH
KEPADA
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT
SECARA
LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT
AGUNG PERSATUAN IBU BAPA &
GURU SK KULIM
KALI KE-41.

33

Anda mungkin juga menyukai