Anda di halaman 1dari 3

Doa harian dan Pengertian doa

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita


kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun,
kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping
kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita
memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah
menjelaskan:

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu,


sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan
hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi


penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita,
sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam


Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar
mempelajari bacaan teks doa atau zikir daripada orang yang
boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang
dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila
bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat
bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya
dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi
kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan
yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa
dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap
bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu
membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( ‫ َد ْع َو ة‬- ‫ َي ْد عُو‬- ‫) َد َع ا‬


yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang
berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada
Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan
dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan
terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam


beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang
berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan
perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:

a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana


firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu


yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti
Firman Allah:

...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu)


selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...


(Surah Al-Mukmin "Ghafir" ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman
Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...


(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...


(Surah Yunus ayat 10)

Credit : blogspot doa harian

Anda mungkin juga menyukai