Anda di halaman 1dari 11

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

KHILAF ULAMA’ DALAM BERAMAL AL-QURAN RASM UTHMANI:


SUATU SOROTAN.
Shaharuddin Pangilun
Pensyarah Jabatan Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat,
Akademi Islam.
KUIS.

ABSTRAK:

Kemukjizatan al-Quran adalah bersifat syumul dan sempurna yang meliputi kehidupan
manusia. Di samping penulisan, penyalinan, penerbitan dan pengedaran mushaf al-Quran di
jana demi keperluan umat Islam yang semakin bertambah. Namun persoalannya, penerbitan
mushaf al-Quran terdapat dalam pelbagai bentuk serta metode yang pelbagai menimbulkan
tandatanya sejauhmanakah mushaf al-Quran itu dapat dipelihara dan dijamin kesuciannya.
Dalam kertas ini penulis cuba mengambil pendekatan metode perbandingan dalam
menghurai persoalan kaedah yang digunakan di dalam kedua-dua mushaf al-Quran yang
mempunyai metode yang berbeza, di samping melihat secara dekat apakah maksud Rasm
Uthmani dan Imla’i yang menjadi punca persoalan ini. Metode persejarahan juga digunakan
untuk melihat perkembangan penulisan sehingga timbul dua metode yang berbeza sebagai
latar perbahasan ini. Seterusnya pengkaji akan mendedahkan perbahasan di kalangan
ulama’ terhadap perbezaan pandangan dan kupasan serta kehujjahan di kalangan mereka.
Pada akhir kajian, penulis mendapati bahawa terdapat tiga pendapat ulama’ yang menjadi
pegangan mereka dan ikutan masyarakat Islam umumnya. Oleh itu penulis menyarankan
sebagai titik-tolak dalam penyelesaian persoalan ini supaya tidak berlarutan bahawa kita
perlu kembali kepada metode penulisan asal. Di samping itu tidak pula meninggalkan
pembaharuan yang telah dilakukan oleh para alim ulama’ selagi mana tidak terpesong dari
matlamat penurunan al-Quran yang sebenar, di mana kita perlu manafaatkan perubahan
tersebut demi kebaikan ummah sejagat.

Kata kunci: Mushaf, Al-Quran Al-Karim, Quran Majid, Rasm Uthmani, Rasm Imla’i.

PENDAHULUAN

Kemukjizatan Al-Quran adalah bersifat syumul dan sempurna. Namun bila menyentuh dari
sudut penulisan dan penerbitan al-Quran para ulama’ telah banyak memberi ulasan dan
pandangan serta pendirian mereka terhadap Rasm Uthmani atau Ram Imla’i dengan tujuan
menjaga kepentingan ummah Islam. Dalam menjamin keaslian dan kesucian al-Quran
pemeliharaan kaedah penulisan al-Quran yang telah diperakui oleh Rasulullah S.A.W.
menjadi topik perbahasan ulama’ salaf dan khalaf. Oleh itu jumhur ulama’ menyarankan
kepada mereka yang hendak menulis al-Quran hendaklah mengikut penulisan awal dan
melarang menulis al-Quran selain daripada Rasm Uthmani.1

1
Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh, Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf, (Tanta Mesir: Dar al-Sahabah li al-
Turath. 2006), m.s. 91.
PENGENALAN

2
Al-Rasm ( ) berarti yang bermakna bekas, peninggalan. Mengikut bahasa Arab al-

rasm memiliki beberapa persamaan makna seperti dan yang memberi erti sama,
iaitu ‘tulisan’. Menurut Syeikh Ali Muhammad al-Dabba’, Rasm Uthmani ialah satu ilmu
yang menjelaskan perbezaan penulisan dalam Masahif Uthmani dengan kaedah penulisan
Imla’i.3 Dr. Sya‘ban pula berpendapat Rasm Uthmani ialah satu keterangan yang
membicarakan mengenai tulisan dalam Masahif Uthmaniyyah yang dihantar ke kota-kota
Islam ketika itu. Di mana kaedah penulisan dalam mushaf tersebut merangkumi tujuh huruf
al-Qur’an, ditulis tanpa baris dan titik, bacaan Rasulullah S.A.W. semasa semakan terakhir di
hadapan Jibril A.S. serta bacaan yang tidak dimansuhkan4.

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN RASM UTHMANI DAN RASM IMALA’I

Sejarah telah mencatat dalam peperangan al-Yamamah yang berlaku selepas kewafatan
Rasulullah S.A.W., ramai sahabat yang menghafaz al-Quran yang menemui syahid ialah
seramai tujuh ratus orang5. Peristiwa ini telah menjadikan Umar Ibn al-Khattab R.A.
memberi pandangan kepada Abu Bakr al-Siddiq R.A. untuk mengumpul al-Quran. Bagi
melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang besar ini, beliau telah memilih Zaid Ibn
Thabit R.A.6
Setelah selesai penulisan al-Quran, ia disimpan oleh Abu Bakr al-Siddiq R.A. dan
setelah beliau meninggal dunia ia diambil oleh Umar Ibn al-Khattab R.A. Apabila Umar R.A.
meninggal dunia Suhuf tersebut disimpan oleh anaknya dan juga isteri Rasulullah S.A.W.
iaitu Hafsah Binti Umar R.A.. Sumbangan yang mereka lakukan adalah amat besar
sehinggakan Ali Ibn Abi Talib R.A. berkata, manusia yang paling banyak mendapat
ganjaran dalam berkhidmat kepada al-Quran ialah Abu Bakr, semoga Allah merahmati Abu
Bakr, sesungguhnya dia adalah orang pertama mengumpul al-Quran.7
Penyalinan semula mushaf al-Quran8 semasa khalifah Uthman Ibn Affan R.A.berlaku
apabila Huzaifah ibn al-Yaman R.A. telah menyertai peperangan al-Rayyi9 yang berada
dalam kawasan Azarbaijan. Dalam perjalanan, beliau telah melihat perbalahan dan
2
Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam, cet 30, (Bairut: Dar al-Masyriq. 1986), m.s. 259 dan lihat Ibn Manzur,
Lisan al-‘Arabi, jilid 12, cet.1, (Bairut: Dar Sadir. 1990), m.s. 241
3
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, cet. 1, (Kaherah: Maktabah al-
Azhar li Turath. 1999), m.s. 22
4
Dr. Sya‘ban Muhammad Ismail, Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha, (Kaherah: Dar al-Salam.1986M/
1406H) ,m.s. 84.
5
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, Cet 1, (Kaherah: Maktabah al-
Azhar li Turath. 1999), m.s. 9. Terdapat beberapa pendapat tentang bilangan sahabat R.A. yang mati syahid
dalam peperangan di Yamamah, Syeikh Abdul ‘Azim al-Zarqani dalam kitabnya Manahil al-Irfan berpendapat
bilangan sahabat R.A. yang syahid di Yamamh sama bilangan semasa peperangan Bi’ru Ma’unah jumlah
keseluruhanya ialah 140 orang. Al-Zarqani, Manahil al-‘Irfan, jld. 1, m.s.. 136. Bagi Syeikh Ali Dabba’ dan
Syeikh Makki Nasar, mereka berpendapat sahabat R.A. yang syahid dalam peperangan di Yamamah ialah
seramai 1,200 orang dan 700 daripadanya ialah kalangan Qurra’.
6
Muhammad Makki Nasr al-Juraisi, Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid al-Quran, cet 1, (Beirut: Dar al-
Kutub al-Ilmiyyah. 2003), m.s. 189.
7
Muhammad Abdul ’Azim Al-Zarqani, Manahil ’Irfan Fi ’Ulum al-Quran, jilid 1, cet. 2, (Beirut: Darul Kutub
Ilmiyyah. 2004), m.s. 141.
8
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 10.
9
Peperangan ini berlaku pada tahun 30 Hijrah.

2
pertelingkahan umat Islam yang masing-masing mendakwa bacaan merekalah lebih baik dari
bacaan yang lain. Peristiwa tersebut telah diberitahu kepada Uthman Ibn Affan R.A. dan
beliau telah mengambil langkah yang tepat dengan menyalin al-Quran dalam bentuk mushaf.
Di masa itu sahabat R.A. berjumlah dua belas ribu orang dan mereka bersepakat setuju
supaya seluruh manusia membaca dengan al-Quran yang satu dan pertelingkahan tidak
berlaku lagi.
Uthman Ibn Affan R.A. telah menjadikan suhuf yang ditulis pada zaman Abu Bakr al-
Siddiq R.A. sebagai rujukan. Ketua Jawatankuasa penulisan al-Quran kali yang kedua ini
ialah Zaid Ibn Thabit R.A. dan telah dibantu oleh Abdullah Ibn al-Zubair, Said Ibn al-As,
Abdul Rahman Ibn al-Harith Ibn Hisyam R.A..10 Mereka telah menulis dengan teliti tanpa
mengubah, menukar, mendahulukan atau mengemudiankan dan tidak terdapat perbezaan
kecuali pada kalimah , sebahagian mereka menyatakan ditulis dengan ta marbutah

seperti dan sebahagian lagi menyatakan di tulis dengan ta’ maftuhah. Perkara tersebut
telah dirujuk kepada ’Uthman bin Affan R.A. dan beliau memutuskan bahawa ditulis dengan
ta’ maftuhah kerana ia merupakan bahasa Quraisy11.

METODE RASM UTHMANI

Ulama’ telah mengkaji secara teliti dan mereka merumuskan bahawa terdapat enam usul
dalam mushaf Rasm Uthmani iaitu al-Hazf, al-Ziadah, al-Badl, al-Wasl wa al-Fasl, al-Hamz
dan Ma Fihi Qiratan Kutiba ‘Ala Ihdahuma12.
i. Al-Hazf.
Al-Hazf (buang) ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-
kalimah tertentu. Dalam Rasm ‘Uthman, al-hazf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh
ditulis tetapi wajib dibaca, sama ada ketika wasl atau waqf. Terdapat lima huruf13 yang
dibuang mengikut kaedah Rasm ‘Uthmani iaitu alif, ya', waw, nun dan lam. Contohnya
buang huruf alif seperti , huruf ya’ seperti huruf waw seperti

, buang huruf nun seperti dan buang huruf lam seperti .


ii. Al-Ziadah.
Al-Ziadah bermaksud tambahan huruf pada sesuatu kalimah. Huruf yang berkaitan
dalam al-ziadah ini ialah alif, ya’ dan wau. Antara kalimah ziadah alif seperti

dalam surah al-Naml, dalam surah al-Kahf. kalimah ziadah ya’ seperti: dalam

surah al-Zariyat dan dalam surah al-An’am dan ziadah wau pada empat

10
________ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 11.
11
Muhammad Makki Nasr al-Juraisi, Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid al-Quran, m.s. 191.
12
Ahmad bin Muhammad al-Banna, Ittihaf Fadala’ al-Basyar, tahqiq. Dr. Sya’ban Muhammad Ismail, juz. 1,
cet. 1, (Kaherah: Makabah Kulliyyah al-Azhar. 1987M/1407H), m.s 83.
13
Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh, Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf, (Tanta Mesir: Dar al-Sahabah li al-
Turath. 2006), m.s.21.

3
kalimah berikut iaitu: dan di mana jua dalam al-Quran, dalam surah al-
Talaq.
iii. Al-Badl.
Penukaran huruf dalam metode Rasm Uthmani mengikut syarat-syarat ketentuan. Al-
Badl terbahagi kepada 5 bahagian seperti berikut:
i. Ibdal alif kepada ya’. Contoh surah al-Anfal, ayat 17.

ii. Ibdal alif kepad wau Contoh surah al-Nur.

iii. Ibdal thulathi wau kepada alif . Contoh surah al-Baqarah.

iv. Ibdal ta' marbutah kepada ta maftuhah. Contoh surah al-Baqarah, ayat 218.
v. Ibdal nun taukid khafifiah kepada alif. Contoh surah al-Isra’ , ayat 42.
iv. Al-Wasl wa al-Fasl.
Al-Wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf
atau kalimah-kalimah yang tertentu. Di dalam penulisan Rasm ‘Uthmani terdapat banyak
kalimah yang ditu1is dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan
cara berpisah pula pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya. Contohnya ditulis
dengan bersambung pada kalimah dalam al-Quran, melainkan pada sepuluh tempat

ditulis dan semua kalimah ditulis dengan memisahkan yang didahului

dengan huruf fa’ dan lam, seperti . dan lain-lain lagi.


v. Al-Hamz.
Al-Hamz, terbahagi kepada dua iaitu pertama, hamzah wasl ditulis dengan alif sama ada
didahului oleh huruf atau tidak, dan di atasnya diletak tanda kepala shod kecil seperti
dan . Kedua, hamzah qat‘ di dalam al-Quran terletak sama ada di pemulaan, di
pertengahan atau di hujung kalimah. Dalam mushaf ‘Uthmani, keadaan penulisan huruf-
huruf hamzah tersebut pula adalah berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada
kedudukannya. Contohnya huruf hamzah di pangkal kalimah semua ditulis dengan
surah (rumah) alif, sama ada fathah, kasrah atau dammah seperti . .
dan huruf hamzah dammah atau pun sukun dan sebelumnya dammah, ia ditulis dengan
surah wau seperti . .
vi. Ma Fihi Qiraatan Kutiba ‘Ala Ihdahuma.
Ialah kalimah yang mengandungi dua wajah qira’at, ditulis berpandukan salah satu
daripadanya. Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa
wajah qiraat, kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.
Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian, pertama bertepatan tulisannya dengan dua wajah
qiraat. Kedua ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat, ketiga penambahan di
sebabkan wajah qiraat yang berbeza. Contohnya kalimah yang ditulis tanpa huruf alif
(hazaf alif), tetapi bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan
alif (panjang) atau tanpa alif (pendek) seperti kalimah yang boleh dibaca

4
dengan panjang atau pendek pada huruf fa’ dan kalimah ditulis dengan huruf
sad walau pun terdapat sebahagian qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zai
yang diisymamkan. Ini di sebabkan bacaan dengan sad itu adalah lebih mashyur dan
banyak digunakan dalam qiraat-qiraat yang mutawatir jika dibandingkan dengan
bacaan-bacaan yang lain.

METODE RASM IMLA’I

Rasm Qiyasi bermaksud menulis lafaz menggunakan huruf ejaan dengan mengambil
kira permulaan dan akhirannya. Kaedah Rasm Imla’i mempunyai lima usul seperti berikut:
1. Menentukan huruf ejaan yang sama dengan sebutan lafaz. Contoh .

2. Tidak mengurang huruf ketika menulis lafaz. Contoh

3. Tidak menambah huruf ketika menulis lafaz. Contoh


4. Memisahkan tulisan lafaz dengan kalimah sebelumnya dengan menjaga tulisan
permulaannya. Contoh .
5. Memisahkan tulisan lafaz dengan kalimah selepasnya dengan menjaga tulisan
akhiranya14. Contoh .
Kajian yang teliti telah dilakukan kepada Quran Majid bagi melihat penggunaan
Rasm Uthmani apakah Quran tersebut ditulis dengan Rasm Imla’i keseluruhan atau tidak.
Kajian mendapati seperti berikut:
1. Kalimah lam surah Ghafir pada ayat 50 ditulis dengan hazf alif selepas
huruf ’ain. Manakala kalimah yang sama dalam surah al-Ra’d ditulis dengan ithbat alif.
Hazf alif dalam surah Ghafir adalah mengikut pandangan Abu Amru dan juga Abu
Daud15.
2. Kalimah dalam surah al-Anfal, ayat 42, ditulis dengan hazf alif selepas huruf
‘ain, namun ditempat lain ditulis dengan ithbat alif seperti ayat 9, surah Ali ’Imran. Hazf
alif dalam surah al-Anfal ialah mengikut dua Imam iaitu Abu Amru dan Abu Daud16.
3. Dalam surah al-Zumar, ayat 69 dan al-Fajr, ayat 23 iaitu kalimah edua-dua
tempat tersebut ditulis dengan ithbat alif. Tulisan ini mengikut pandangan Abu Daud
yang dinaqalkan dari sebahagian mushaf al-Quran al-Karim17.
4. Dalam surah al-Kahfi, ayat 23, iaitu kalimah ditulis dengan ithbat alif. Tulisan ini
disepakati dua Imam iaitu Abu Amru dan Abu Daud18.

14
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 20.
15
_______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 40.
16
_______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 40.
17
_______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 54.
18
_______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 54.

5
5. Namun begitu terdapat beberapa kalimah yang tidak ditulis mengikut pandangan Abu
Amru atau Abu Daud iaitu seperti kalimah dalam surah al-Qalam, ayat 6, ditulis

dengan satu huruf ya’ sahaja dan juga kalimah dalam surah al-Zariyat, ayat 47 yang
ditulis dengan satu huruf ya’ sahaja. Sedangkan Abu Amru dan Abu Daud telah ittifaq
menulis dua kalimah tersebut dengan ziadah alif19.
Al-Quran yang dibuat kajian dalam penulisan ini ialah Quran Majid keluaran
Maktabah Abdullah wa Auladuh dan al-Quran al-Karim cetakan Mujamma’ al-Malik Fahd
keluaran tahun 1412 dan 1426 Hijrah.

HUKUM DAN KEHUJJAHAN DI KALANGAN ULAMA’

Salah satu syarat rukun bacaan al-Quran yang maqbul adalah muwafaqah dengan
Mashahif Uthmaniyah iaitu muwafaqah secara sarih (jelas) atau ihtimal (samar), selain sesuai
dengan kaedah bahasa Arab dan memilki sanad yang bersambung sampai Rasulullah
S.A.W.20 Secara umum hukum penulisan al-Quran dengan Rasm Uthmani mengikut ijma’
jumhur ulama’ adalah wajib. Walau pun terdapat pelbagai pendapat berkenaan beramal
dengan Rasm Uthmani, setidaknya pendapat jumhur inilah yang banyak diikuti oleh majoriti
umat Islam.
Namun begitu, dalam perkembangannya ’ilm Rasm dan ulum al-Quran, para ulama’
berbeza pendapat tentang hukum penulisan al-Quran dengan Rasm Uthmani, secara asasnya
hanya sekitar perbicaraan Rasm Uthmani yang menjadi tajuk perbezaan pendapat, apakah
ianya bersifat tauqifi atau ijtihadi. Terdapat tiga aliran21 pendapat yang masyhur dan
berkembang sehingga ke hari ini iaitu;
i. Pendapat menyatakan bahwa tulisan al-Quran hendaklah sesuai dengan penulisan Mushaf
Rasm Uthmani adalah wajib, karena Rasm Uthmani bersifat tauqifi. Walau pun penulisan
tersebut menyalahi kaedah bahasa ’Arab iaitu nahwu dan saraf dan penulisan tersebut
menyebabkan kesilapan dalam bacaan bila tiada harakat, lebih-lebih bagi orang yang
kurang memahami al-Quran Rasm Uthmani. Pendapat ini banyak diikuti oleh jumhur
ulama’ salaf dan khalaf.22 Di antara mereka ialah al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi (m.
170 H), Yahya bin Ya‘mar (m. 89 H), Mujahid bin Jabar (m. 104 H), ‘Abd al-Rahman bin
Hurmuz (m. 117 H), Ibn Syihab al-Zuhri (m. 124 H), Malik bin Anas (w. 179 H), Yahya
al-Naisaburi (w. 226 H), Ahmad bin Hanbal (w. 241 H0, Abu Amru al-Dhani (w. 444 H),
al-Baihaqi (w. 457 H ).
ii. Pendapat yang mengatakan, bahwa Al-Quran adalah bacaan umum, harus ditulis menurut
kaedah bahasa ’Arab, akan tetapi harus sentiasa menjaga mushaf Al-Quran yang ditulis
dengan Rasm Uthmani sebagai suatu yang penting dan harus dipelihara serta dijaga

19
_______ Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 55.
20
Abu ‘Abdillah Muhammad bin Syuraikh al-Ru‘aini al-Andalusi, Al-Kafi fi al-Qiraat al-Sab’, cet. 1, (Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 2000M/1421H), m.s. 9-10. Lihat Ahmad bin Muhammad al-Banna, Ittihaf Fadala’
al-Basyar, m.s. 70-71.
21
Abd al-Fatah al-Qadi. Tarikh al-Mushaf al-Syarif. (Kahirah: Jumhuriyyah Misyr al-‘Arabiyyah al-Azhar. t.t)
m.s. 43
22
Jalaluddin ‘Abdul Rahman al-Suyuti, Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran, cet. 3. Jilid 2, (Beirut: Dar al-Fikr. 1951M
/1370H), m.s. 166/167, lihat Sya‘ban Muhammad Isma‘il, Rasm al-Mushaf wa Dabtuh baina al-Tauqifi wa al-
Istilahi al-Hadithah, (Makkah al-Mukarramah: Dar al-Salam. 1997M/1417H), m.s.. 63.

6
kerana ia merupakan warisan para ulama yang terdahulu.23 Pendapat ini oleh Abu
Muhammad al-Maliki24 disebutnya sebagai pendapat moden, dipelopori oleh Syaikh
Izzudin bin Abdul Salam, kemudian diikuti oleh pengarang kitab al-Burhan25 dan al-
Tibyan26. Seterusnya diikuti oleh Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah dan al-Azarqani.27
iii. Pendapat yang menyatakan, bahwa tulisan al-Quran tidak harus sesuai dengan Rasm
Uthmani, kerana rasmuthmani itu bukanlah tauqifi tetapi hanya ijtihadi,28 atau hanya
sekadar istilah rekabentuk penulisan yang dipersetujui oleh Khalifah Uthman29. Dengan
demikian menuliskan al-Quran bebas dengan mengikuti kaedah bahasa ’Arabiyah secara
umum tanpa terikat dengan Rasm Uthmani, terutama bagi yang belum mengenalinya.
Pendapat ini dikemukakan oleh al-Qadhi Abu Bakar al-Baqilani dalam kitabnya “al-
Intishar”, Abu Abdul Rahman bin Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah30 dan juga
sebahagian ulama-ulama semasa.31

Ulasan Pandangan Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam.

Terdapat pandangan dari Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam yang menyatakan


bahawa: Tidak harus menulis mushaf sekarang ini mengikut penulisan pertama yang
diistilahkan oleh imam-imam supaya tidak berlaku perubahan bacaan di kalangan orang
jahil. Pandangan ini terdapat dalam kitab al-Ithaf yang dikarang Syeikh Ahmad Ibn
Muhammad al-Banna al-Dumyati (w. 1117H) yang dinaqal dari kitab al-Lataif al-Bayan
oleh syeikh Syihabbuddin Ahmad Ibn Muhammad Ibn Abi Bakr al-Qastalani (w. 923H).
Pandangan Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam berkaitan penulisan al-Quran ini
telah diulas oleh Dr. Asyraf Muhammad Tal'at dalam kitabnya Safir al-'Alimin dengan
menegaskan bahawa tidak dapat menerima kesahehan nas tersebut datangnya dari Syeikh
al-’Izzuddin Abdul Salam. Menurut Dr Asyraf, nas yang dinasabkan kepada al-’Izzuddin
Abdul Salam tidak terdapat dalam kitab-kitabnya seperti Kitab al-Fawaid, al-Isyarah,
Qawaid al-Ahkam dan kitab al-Fatawa.
Bahkan pandangan tersebut sebenarnya berlawanan maksud antara ayat permulaan
dengan akhirnya. Bagaimana boleh berkata (tidak harus menulis mushaf sekarang ini)
kemudian diikuti dengan katanya (mengikut penulisan pertama yang diistilahkan oleh
imam-imam). Dengan maksud melarang menulis al-Quran di permulaan nas tetapi
mengakui bahawa ia adalah istilah yang dikemukan oleh imam-imam yang muktabar.

23
Muhammad ‘Abdul ‘Azim al-Zarqani, Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Quran. Tahqiq. Ahmad bin ‘Ali.
(Kaherah: Dar ul-Hadith. 2001M/1422H), m.s. 323.
24
Abu Muhammad al-Maliki, Syarh Kitab al-Taisir li al-Dani fi al-Qira'at, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
2003M/1424H), m.s. 74
25
Muhammad Rajab Farjani.. Kaifa Nata'adab ma'a al-Mushaf. (Kaherah: Dar al-I'tisham. 1978M/1397H),
m.s. 87.
26
Abu Muhammad al-Maliki, Syarh Kitab al-Taisir li al-Dani fi al-Qira'at, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
2003M/1424H), m.s. 72.
27
Muhammad Rajab Farjani, Kaifa Nata'adab ma'a al-Mushaf, (Kaherah: Dar al-I'tisham. 1978M/1397H),
m.s. 87.
28
Abu Muhammad al-Maliki, Syarh Kitab al-Taisir li al-Dani fi al-Qira'at, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
2003M/1424H), m.s. 72.
29
Manna‘ al-Qattan, Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, cet 2, (Riyad: Mansyµrah al-Hasr wa al-Hadith.
1393H/1973M), m.s. 147.
30
___________, Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, cet 2, (Riyad: Mansyµrah al-Hasr wa al-Hadith.
1393H/1973M), m.s. 148.
31
Sya‘ban Muhammad Isma‘il, Rasm al-Mushaf wa Dabtuh baina al-Tauqifi wa al-Istilahi al-Hadithah,
(Makkah al-Mukarramah: Dar al-Salam. 1997M/1417H), m.s. 17-18.

7
Seterusnya Dr. Asyraf mengulas, sesungguhnya tidak layak orang yang bergelar
seorang sultan ulama' yang telah mengakui bahawa penulisan pertama yang diistilahkan
oleh imam-imam dari kalangan ulama' sahabat R.A. tetapi di waktu yang sama melarang
dari mengikutinya. Pandangan ini wujud pada kurun 7 Hijrah iaitu selepas hampir 600
tahun lamanya umat Islam mengamal dan membaca penulisan mushaf yang telah diijma'
oleh salaf al-saleh tanpa ada bangkangan.
Hujah pandangan tersebut ialah supaya tidak berlaku perubahan bacaan di
kalangan orang jahil. Alasan ini tidak boleh diterima kerana seolah-olah dunia Islam tidak
pernah wujud orang jahil sepanjang 6 kurun yang lepas sehingga kurun yang ke-7
barulah kejahilan berlaku di kalangan umat Islam secara tiba-tiba.

Pandangan Ibn Khaldun Terhadap Penulisan al-Quran.

Antara yang berpandangan sedemikian ialah Ibn Khaldun R.A. melalui kitabnya al-
Muqaddimah. Beliau menyatakan bahawa penulisan ‘arab pada permulaan Islam belum
sampai ke peringkat yang sempurna kerana bangsa arab yang hidup secara badwi dan
jauh dari kemajuaan. Lihatlah kepada mushaf yang mereka tulis dengan khat yang tidak
sempurna dan kemas serta bersalahan dengan kaedah penulisan. Golongan tabien telah
mengikuti penulisannya hanya untuk mengambil berkat dengan apa yang ditulis oleh
Sahabat Rasulullah S.A.W.. Ibn Khaldun seterusnya menyatakan, supaya jangan melihat
kepada tanggapan orang mughaffal yang menyatakan bahawa sahabat R.A. adalah
golongan yang mantap seni tulisanya.

Pandangan Ibn Khaldun di atas telah diulas oleh Syeikh Ali Muhammad Dabba’.
Pandangan tersebut hendaklah dinilai dari beberapa sudut antaranya;

i. Ibn Khadun merupakan seorang pakar ketamadunan atau disebut bapa kemodenan.
Dalam bab ini (penulisan al-Quran) kita hendaklah lebih cenderung kepada
pandangan ulama’ yang mempunyai sumbangan dalam bidang al-Quran. Syeikh Ali
Muhammad al-Dabba’ mengulas pandangan Ibn Khaldun ini dengan menyatakan ia
merupakan pandangan ahli sejarah yang keterlaluan dan menasihati agar jangan
terpedaya dengan pandangan tersebut. Jangan mengikut apa yang disebut sebahagian
ahli sejarah bahawa kewajipan mengikut rasm mushaf adalah di permulaan Islam
sahaja adapun pada masa ini ditakuti berlaku kekeliruan32.
ii. Golongan tabien adalah golongan yang kedua terbaik selepas Rasulullah S.A.W. dan
mereka adalah golongan yang berilmu dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Pengamalan mereka tentang sesuatu perkara bukan hanya mencari keberkatan semata-
mata tetapi ia juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan.
iii. Pandangan Ibn Khaldun ini dianggap sebagai pandangan peribadinya dan dalam
perkara ini kita mengutamakan fatwa Imam Malik, Imam Ahmad, al-Ja’bari dan
pandangan jumhur ulama’.
Berdasarkan kepada ulasan ulama’ terhadap dua pandangan dari Ibn Khaldun dan
Syeikh al-’Izzuddin Abdul Salam, maka dapat disimpulkan bahawa wujud kelemahan dalam
pandangan mereka dan terdapat keraguan dalam menasabkan pandangan kepada mereka.
Oleh itu pandangan jumhur ulama’ adalah amat sesuai diamalkan.

32
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 16.

8
RUMUSAN

Hasil perbahasan bersama dengan hujjah-hujjah mereka, penulis lebih cenderong


untuk berpegang kepada pendapat Syeikh Ali Muhammad al-Dabba’,33 di mana penulis
mushaf hendaklah mengguna dan mengikuti Rasm Uthmani ketika menulis al-Quran. Bagi
menguatkan lagi pandangan tersebut, dinyatakan di sini pandangan ulama’ dan dalil berkaitan
kewajipan mengikuti Rasm Uthmani. Ianya adalah seperti berikut:
i. Imam Malik34 telah ditanya pandangannya berhubung adakah mushaf hari ini boleh
ditulis dengan penulisan semasa ketika itu. Beliau menyatakan:

Bermaksud: Aku tidak berpandangan begitu tetapi hendaklah menulis


(Mushaf) mengikut penulis pertama (penulis wahyu).
Pandangan Imam Malik ini telah diriwayatkan oleh al-Dani35 dalam kitabnya al-Muqni’
dan beliau telah menegaskan bahawa tidak terdapat ulama’ yang menyalahi pandangan
Imam Malik. Antara lain, Imam Malik juga pernah berkata: Sesungguhnya al-Quran
ditulis mengikut apa yang mereka (penulis wahyu) dengar dari bacaan Rasulullah
S.A.W..36
ii. Imam al-Baihaqi37 dalam kitabnya Syu’ab al-Iman: Sesiapa yang menulis mushaf
hendaklah menjaga ejaan yang telah ditulis dalam mushaf terdahulu dan jangan
menyalahi mereka dalam penulisan, jangan mengubah sedikit pun apa yang mereka tulis.
Sesungguhnya sahabat R.A. mempunyai lebih banyak ilmu, lebih betul hati dan lidah,
lebih beramanah berbanding kita, justeru tidak selayaknya kita mengesyaki sesuatu dan
mencari kesalahan mereka.
iii. Syeikh Zakariyya al-Ansari38 menegaskan bahawa: Apa yang sahabat R.A. menulis
kalimah al-Quran dengan tanpa alif maka wajib ditulis dengan tanpa alif, begitu juga jika
sebaliknya. Jika mereka menulis kalimah al-Quran dengan bersambung maka wajib
ditulis dengan bersambung, begitu juga sebaliknya. Apa yang mereka tulis dengan huruf
ta’ maka wajib ditulis dengan ta’. Dan jika mereka menulis dengan huruf ha’ maka wajib
ditulis dengan ha’. Sesiapa menyalahi perkara tersebut adalah berdosa.
iv. Al-Qadhi ’Iyadh telah menyebut di akhir kitabnya al-Syifa: Sesungguhnya telah ijma’
seluruh umat Islam bahawa al-Quran yang dibaca di seluruh pelusuk bumi, ditulis dalam
mushaf yang bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas.
Sesungguhnya ia adalah kalam Allah dan wahyuNya yang telah diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. kandungannya adalah benar. Sesiapa yang mengurang, menambah,
menukar satu huruf dengan sengaja sedangkan ia tidak terkandung dalam mushaf yang
telah diijma’kan sesungguhnya ia adalah kafir. Perkara ini telah dikuatkan dengan
pandangan al-Mulla Ali al-Qari dan al-Syihab al-Khafaji, mereka menambah perkataan
Qadhi al-Iyadh ”Atau menambah satu huruf sama ada penulisan atau bacaan”39.
v. Ijma’ sahabat R.A. adalah hujjah. Ijma’ para sahabat R.A. dalam sesuatu perkara
merupakan hujjah yang mesti diterima. Antara perkara yang disepakati oleh para sahabat
R.A. ialah penulisan al-Quran. Ini menepati sebagaimana hadith Rasulullah S.A.W.:

33
_________, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s.. 14-17.
34
Abdul Fattah al-Sayyid Ajami al-Mirsafi, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bar, cet 1, (Kaherah: Dar
Majd Islam. 2008), m.s. 703.
35
_________, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bari, m.s. 679.
36
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 19.
37
Abdul Fattah al-Sayyid Ajami al-Mirsafi, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bari, m.s. 633.
38
_________, Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-Bari, m.s. 653.
39
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 14-16

9
Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: Aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah,


beramal, mendengar dan taat kepada pemimpin sekalipun dia seorang
hamba. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu mereka
akan melihat perselisihan yang banyak maka hendaklah kamu berpegang
kepada sunnahku dan sunnah al-khulafa al-Rasyidin yang diberi hidayah,
pegangi sunnah tersebut dengan kuat dan kukuh. Hindarilah kamu dari
perkara bid’ah sesungguhnya setiap bid’ah adalah sesat.

Hadith di atas adalah jelas memberi maksud agar mengikuti dan mengamalkan apa
yang dibuat oleh para sahabat R.A. Antara perkara yang mereka lakukan ialah menulis
mushaf dengan sahabat R.A. yang masih hidup ketika itu ialah seramai dua belas ribu
orang41. Umat Islam telah bersepakat bahawa mengikut para sahabat R.A. dan ijma’ sahabi
adalah satu hujjah sebagaimana diputuskan oleh Ulama’ Usul. Oleh itu wajib kepada kita
mengikuti apa yang mereka tulis dan menyalahi mereka adalah dianggap menyalahi ijma’42.

PENUTUP

Kesimpulannya al-Quran Rasm Uthmani ini mempunyai kelainnya yang tersendiri


sehinggakan ianya terlalu sukar untuk diperkatakan. Hanya mereka yang mengkaji dan
memperhalusinya sahaja yang akan dapat menafsirkan keunikannya ini. Berdasarkan kepada
realiti dan apa yang telah dikaji oleh para ulama’, oleh itu sebahagian besar di kalangan
mereka berpendapat bahawa al-Quran Rasm Uthmani ini adalah suatu kaedah penulisan yang
wajib dipelihara dan diamalkan. Walau pun di sana terdapat pendapat yang mengatakan
bahawa kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani ini tidak wajib diamalkan, namun
pendapat tersebut ditolak oleh kebanyakkan ulama’ kerana ia boleh membawa kepada
penambahan atau pengurangan huruf-huruf al-Quran serta mendedahkan al-Quran kepada
perubahan dan penyelewengan. Ketahuilah bahawa setiap huruf al-Quran mempunyai
kemukjizatan dan jaminan Allah S.W.T.. Oleh itu al-Quran Rasm Uthmani perlu diserlahkan
sebagai suatu kaedah penulisan yang wajib dipelihara melalui media cetak dengan mencetak,
menerbit, membaca dan diamalkan.

40
Muhammad ibn ‘Isa bin Surah bin Musa bin Dahak al-Turmidzi, Jami’ Kabir, no. Hadith 2676, jilid 4,
tahqiq, Basyar ‘Iwadh Ma’ruf, (Beirut: Dar al-Gharb al-Islami. 1998). m.s 341. Hadith ini adalah Hadith Hasan
Sahih.
41
Ali Muhammad Dabba’, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 14.
42
__________, Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin, m.s. 14.

10
RUJUKAN

Abu ‘Abdillah Muhammad bin Syuraikh al-Ru‘aini al-Andalusi. (2000M/1421H). Al-Kafi fi


al-Qiraat al-Sab‘. Cet. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Abd al-Fatah al-Qadi. (t.t). Tarikh al-Mushaf al-Syarif. Kaherah: Jumhuriyyah Misyr al-
‘Arabiyyah al-Azhar.
Abdul Fattah al-Sayyid Ajami al-Mirsafi. (2008). Hidayah al-Qari Ila Tajwid Kalam al-
Bari. Cet 1. Kaherah: Dar Majd Islam.
Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh. (2006). Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf. Tanta Mesir:
Dar al-Sahabah li al-Turath.
Ahmad bin Muhammad al-Banna. (1987M/1407H). Ittihaf Fadala’ al-Basyar. Tahqiq. Dr.
Sya’ban Muhammad Ismail. Juz. 1, Cet. 1. Kaherah: Makabah Kulliyyah al-Azhar.
Ali Muhammad Dabba’. (1999). Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin. Cet
1. Kaherah: Maktabah al-Azhar li Turath.
Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam. 1986. Cet 30. Bairut: Dar al-Masyriq.
Dr. Asyraf Muhammad Fuad Tala’at. (2003). Safir al-‘Alamin fi Idah wa Tahrir wa Tahbir
Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin. jilid 1. Brunei: Universiti
Brunei Darus Salam.
Ibn Manzur. (1990). Lisan al-‘Arabi. Jilid 12. Cet.1. Bairut: Dar Sadir.
Jalaluddin ‘Abdul Rahman al-Suyuti. (1951M/1370H). Al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran. Beirut:
Dar al-Fikr.
Manna‘ al-Qattan. (1393H/1973M). Mabahith fi ‘Ulum al-Quran. Cet 2. Riyad: Mansyurah
al-Hasr wa al-Hadith.
___________ (2000). Studi Ilmu-Ilmu Al-Quran. Terj. Drs. Mudzakir AS. Jakarta: Pustaka
Litera Pintar Nusa.
Muhammad ‘Abdul ‘Azim al-Zarqani. (2001M/1422H). Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-
Quran. Tahqiq. Ahmad bin ‘Ali. Kahirah: Dar ul-Hadith.
___________(2004). Manahil ’Irfan Fi ’Ulum al-Quran. Cet 2. Beirut: Darul Kutub
Ilmiyyah.
Muhammad ibn ‘Isa bin Surah bin Musa bin Dahak al-Turmidzi. (1998). Jami’ Kabir. no
hadith 2676. Jilid 4. Tahqiq. Basyar ‘Iwadh Ma’ruf. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.
Hadith Hasan Sahih.
Muhammad Makki Nasr al-Juraisi. (2003). Nihayat al-Qaul al-Mufid Fi Ilmi Tajwid al-
Quran. Cet 1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Sya‘ban Muhammad Ismail. (1986M/1406H). Al-Qira’at Ahkamuha wa Masdaruha.
Kaherah: Dar al-Salam.
__________ (1997M/1417H). Rasm al-Mushaf wa Dabtuh baina al-Tauqifi wa al-Istilahi
al-Hadithah. Makkah al-Mukarramah: Dar al-Salam.
Zainal Arifin Madzkur, MA . (2011). Urgensi Rasm Utsmani. Jurnal Khatulistiwa – Volume
1. No. 1. Journal Of Islamic Studies.

11

Anda mungkin juga menyukai