Anda di halaman 1dari 14

0|Page

Terima kasih dan tahniah di atas pembelian buku Panduan Lengkap


Pelaburan Saham (PLPS). Saya harapkan buku itu memberi 1001 manfaat
kepada pembaca yang di hormati sekali. Saya harap pelaburan sebanyak RM59.00
yang tuan puan laburkan untuk PLPS itu akan menjadi salah satu pelaburan wang
untuk ilmu yang paling berbaloi dalam hidup anda. Sudah baca, jangan lupa buka
akaun CDS dan mula melabur. Jangan bertangguh dan menunggu lagi. Jika
berminat untuk membuka akaun CDS bersama team Idea Saham. Boleh hubungi

Azli Othman -013-9085669 (Call/whatsapp/SMS)


Jangan lupa juga nantikan nukilan saya yang pastinya lebih padat iaitu
Candlestick Petunjuk Dagangan yang akan di lancarkan tidak lama lagi.

Buku CPD ini lengkap dengan ilmu

mengenai teknikal analisis yang wajib anda

ketahui sebelum mula berdagang di Bursa

Malaysia. Dalam buku ini, saya sertakan

dengan analisa mendalam & padat

mengenai penggunaan candlestick bersama

oscillator & indicator formula yang dapat

membantu anda untuk membuat keputusan

berdagang yang lebih baik. Sila hubungi

admin & pembantu jualan Idea Saham

saperti di bawah untuk mendapatkan buku terbaru ini nanti :

Muhammad Najib 016-9367477 ( Whatsapp/Call/SMS)

1|Page
Pengenalan

Cerita ringkas mengenai cara Warren Buffet memilih saham sudah saya coretkan dalam bab
‘MENTOR SAHAM YANG ANDA KENALI’ pada mukasurat 115 buku Panduan Lengkap
Pelaburan Saham yang telah anda miliki. Tujuan saya menulis mengenai pelabur-pelabur
yang berjaya ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelabur baru. Selain itu, saya
amat berharap agar pembaca membaca bahagian itu dan memilih idola masing-masing. Lalu
mengikut jejak mereka dengan meniruvasi gaya pelaburan yang berkenan di hati. Jangan
sekadar baca, buat kajian dan pilih!

Warren Buffet, nama yang tidak asing dalam dunia pelaburan


saham dunia. Kejayaan beliau menggunakan strategi
fundamental analisis untuk mengumpul berbillion USD
dengan hanya melabur saham sudah terbukti berkesan.
Pelabur tersohor yang juga di gelar “Oracle of Omaha’ ini
mula melabur seawal usia 11 tahun. Saham pertama yang di
beli oleh Warren Buffet adalah Cities Service Preferred pada
harga USD38 sebelum saham itu turun sehingga USD27.
Warren Buffet tekad memegang saham tersebut dan
membuat keuntungan kecil dengan menjualnya dengan harga USD40. Namun, selepas itu
beliau menyesal kerana saham itu telah naik melebihi USD200. Pengalaman awal ini telah
membantu beliau dalam keputusan pelaburan-pelaburan seterusnya.

Selain daripada itu, sedari 13 tahun, beliau sudah mula menjana wang dari pelbagai jenis
perniagaan seperti menjadi menjual cola-cola, penjualan tip lumba kuda, menjual surat
khabar dan menyewakan mesin pinball. Malah, Warren Buffet juga turut membeli tanah
ladang dan menyewakannya kepada petani, lalu mengutip sewa setiap bulan. Pada
pendapat saya, beliau memang di lahirkan genius bukan sahaja dari keistimewaannya dalam
matematik tetapi pandai mengambil peluang dan membuat duit.

2|Page
Warren Buffet kemudian menyambung pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi di University
of Pennsylvania sebelum berpindah ke University of Nebraska dua tahun kemudian untuk
mendapatkan ijazah perniagaan. Beliau amat terkesan dengan
Benjamin Graham
buku yang di tulis oleh mentornya, Benjamin Graham iaitu ‘The
Intelligent Investor’. Lalu, beliau mencari peluang untuk bekerja
dengan mentornya apabila menjadi penganalisis bagi syarikat
Graham-Newman Corp. selama dua tahun. Selepas itu, beliau
mengambil keputusan untuk membuka syarikat Buffett
Partnership Ltd pada tahun 1956 di tempat asalnya Omaha. Sejak
dari itu, beliau telah mengembangkan sayapnya dengan mula
membeli syarikat berpotensi untuk di laburkan dan menitip
satu demi satu kejayaan sehingga kini.

Beliau mula mengumpul saham Berkshire Hathaway (dulu


tekstil), The Washington Post (media), GEICO (insurans) dan
juga Exxon (minyak). Antara kejayaan terbesar beliau adalah
membeli syarikat bermasalah Salomon Brothers pada tahun
1987. Buat pengetahuan semua, pada tahun Januari 2018
Berkshire Hathaway yang kini fokus kepada pelaburan
berharga USD314,339.91 seunit. Ini bermakna, kita
memerlukan lebih sejuta ringgit untuk membeli satu unit
saham dalam syarikat kepunyaan Warren Buffet ini!

Walaupun tergolong dalam lima orang terkaya di dunia,


pelabur hebat ini tidak bermewah-mewah dengan
kekayaannya. Ini terbukti apabila beliau masih tinggal di sebuah rumah yang di beli pada
tahun 1958 pada harga USD31,500 yang kini nilai hanya bernilai lebih kurang USD300,000.
Sangat murah berbanding dengan jumlah kekayaannya yang lebih USD78 billion. Oleh itu,

3|Page
jika anda berfikir mahu memiliki rumah sebesar istana sedangkan masih belum mula
membeli saham pertama anda. Mungkin anda perlu semak semula perancangan kewangan
dan seluk poket sendiri untuk periksa kedalamannya. Buat pengetahuan semua, beliau juga
memandu kereta terpakai dan meggunakan telefon nokia versi flip lama tanpa rasa malu!

Sebagai maklumat tambahan, beliau juga


bercadang mendermakan hampir 85%
kekayaannya kepada badan amal yang di
asaskan oleh Bill Gates dan isterinya.
Beruntungnya beliau kerana boleh berjasa
dan membantu ramai orang yang
memerlukan. Kita sepatutnya menjadikan
sikap dan tindakan ini sebagai inspirasi.
Semoga dengan kekayaan yang kita kutip di dunia ini bukan sahaja boleh mengubah sedikit
isi dunia tetapi juga menjadi bekalan ke akhirat, Insha Allah.

Fakta menarik mengenai Warren Buffet dan sikapnya


.
yang merendah diri dan suka berjimat cermat

• Hanya makan makanan pagi dengan pandu lalu di Mcdonald.


• Semasa anaknya lahir, beliau hanya meminjam buaian bayi atau
menjadikan laci almari sebagai tempat untuk meletakkan anaknya.
• Buffet bekerja di pejabat yang sama sejak 50 tahun yang lalu
sehinggi saat ini
• Jika ada kupon dan boleh berjimat, beliau akan gunakannya.
• Tidak membeli barang yang berjenama untuk kelihatan kaya.
Hanya pastikan barangan tersebut berkualiti tinggi untuk tahan
lama.

4|Page
Warren Buffett dan pelaburan saham

Warren Buffett pernah berkata, “Pelaburan adalah senang tetapi tak mudah .” Namun,
manusia secara keseluruhannya lebih cenderung :

• Bertindak secara emosi kepada pergerakan naik turun pasaran


 Memegang saham yang bergerak dengan laju, suka berjudi dan tidak
mempelbagaikan portfolio sebaiknya.
 Terlalu yakin dan berdagang terlalu banyak dan melulu.

Bagi beliau, seorang pelabur yang bijaksana adalah mereka yang rasional, iaitu menjual
kepada orang yang optimis dan membeli daripada orang pesimis. Buffet tidak peduli dengan
permintaan, penawaran atau aktiviti yang berlaku pada pasaran. Beliau hanya memilih
syarikat yang berpotensi untuk membangun dan menjalankan perniagaan yang baik untuk
berpuluh tahun akan datang. Pada beliau, memiliki kepentingan ekuiti yang betul-betul
mantap dalam syarikat yang mempunyai produk atau servis yang boleh menjana wang
adalah jauh lebih baik dari keuntungan modal jangkamasa pendek.

Pelabur yang menggunakan strategi fundamental (MS170 PLPS) juga mengganggap suatu
saham bukan sekadar kelip-kelip dan nombor yang tertera pada papan platform. Sesuatu
saham merupakan kepentingan pemilikan bagi sebuah sebuah perniagaan. Membeli sesuatu
saham yang di apungkan di bursa saham ibarat membeli suatu perniagaan yang sedang
berjalan di belakangnya. Buffet akan mencari saham yang undervalue dan murah
berbanding nilai intrinsiknya lalu akan menjual ketika saham tersebut sudah meningkat
harganya sehingga mencapai nilai sebenar syarikat tersebut. Bahasa mudahnya, membeli
saham yang berkualiti tinggi pada harga yang murah dan menjual ketika ianya sudah bernilai
sama dengan harga yang sepatutnya. Analoginya seperti membeli sebuah perodua Viva
pada harga Mercedes baru keluar kilang.

5|Page
Untuk melihat sebuah perniagaan serta produk dan servisnya. Seperti contoh, syarikat
Nestle mempunyai produk seperti MILO, MAGGI, NESVITA, KITKAT dan NESCAFE yang
menjadi makanan dan barangan harian oleh masyarakat dunia terutamanya orang Malaysia.
Syarikat coca-cola yang menjual pelbagai jenis minuman di seluruh dunia terutamanya di
franchise makanan fast food. Syarikat Apple Inc yang baru mengeluarkan Iphone X dan
mempunyai jumlah simpanan tunai yang sangat banyak dan lain-lain.

Kuncinya, setiap kali mahu membeli dan menyimpan saham tersebut. Lihat terlebih dahulu
produk atau servis yang di tawarkan. Jangan membeli semberono sahaja tanpa melihat
bagaimana syarikat tersebut menjalankan perniagaannya. Kita harus membeli saham yang
boleh di simpan untuk 20 tahun yang akan datang tanpa rasa takut jika berlaku penurunan
kerana kita membeli perniagaan, bukan sekadar harga.

6|Page
Prinsip pelaburan Warren Buffet

Sehingga kini kita sudah memahami serba sedikit perkara-perkara yang penting sebelum
mengorek lebih dalam apakah kriteria yang di gunakan oleh Warren Buffet. Apakah rahsia
pelaburan yang di gunakan oleh manusia yang lahir pada tahun 1930 ini sehingga
menjadikan beliau kaya raya?

1) Bagaimana kita mengetahui perniagaan ini menjalankan perniagaanya dengan


baik dan memberi tambah nilai kepada pemegang saham?

Return On Equity (ROE) ialah pulangan ekuiti iaitu jumlah pendapatan bersih yang
dikembalikan sebagai peratusan ekuiti pemegang saham. Pulangan ke atas ekuiti mengukur
keuntungan korporat dengan memberitahu berapa banyak keuntungan yang di jana oleh
syarikat dengan wang yang telah di laburkan oleh pemegang saham. Buffett selalu melihat
ROE untuk melihat sama ada syarikat itu secara konsisten menunjukkan prestasi yang baik
berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang sama.

Return On Equity = Pendapatan Bersih / Ekuiti Pemegang Saham

Di bawah adalah contoh screenshot dari telefon pintar saya. ROE boleh di semak di aplikasi
KLSE Screener. Muat turun secara percuma dan mula explore!

7|Page
Saya secara peribadi juga menggunakan ROE sebagai salah satu kriteria untuk mencari
saham-saham yang boleh di usulkan kepada pelanggan dan pelajar saya yang berminat
untuk melabur menggunakan fundamental. Screener tersebut boleh di cari dan di gunakan
di CIMB I*Trade. Sangat mudah, hanya setkan sahaja terlebih dahulu dan keluarkan senarai
saham yang mengikut kriteria yang anda mahukan.

Pembaca perlu melihat jumlah ROE dan


bandingkannya dengan syarikat dalam industri
yang sama. Semakin tinggi ROE, semakin efisien
operasi syarikat menggunakan dana tersebut.
Lebih lama data yang di kaji bagi melihat sejarah
ROE adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya
kita mendapat maklumat tambahan mengenai
syarikat tersebut secara keseluruhan.

Klu : Cari syarikat yang mempunyai ROE yang tinggi berbanding syarikat lain dalam industri
yang sama.

Tambahan infomasi bagi pengguna CIMB I*Trade : Tambah kriteria lain yang efektif dalam
screener anda bagi mengecilkan lagi pilihan saham yang boleh di kaji.

8|Page
2) Melabur dalam apa yang anda fahami

Buffett hanya melabur dalam syarikat-syarikat yang dia faham dan percaya mempunyai
produk yang stabil atau boleh diramal untuk 10 hingga 15 tahun akan datang. Ini sebabnya
dia biasanya mengelakkan syarikat teknologi. Di bawah adalah senarai saham-saham di
pegang oleh Warren Buffett setakat Januari 2018.

9|Page
Senarai tersebut boleh di dapati secara percuma jika anda adalah
pelanggan CIMB I*Trade. Hanya buka akaun CDS bersama Team
Idea Saham. Anda boleh melihat senarai ini pada bila-bila masa
melalui telefon pintar anda. Asalkan ada line internet, you are
good to go.

Selain dari senarai pegangan saham Warren Buffett, anda juga


boleh melihat dan mengikut pelabur tersohor yang lain seperti
Daniel Loeb, Steve Mandel, Chase Coleman, Carl Icahn, David
Einhorn dan lain-lain. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda juga
boleh melihat transaksi terbaru para billionaire ini.

3) Melabur Seperti Anda Membeli Keseluruhan Syarikat

Anggap bahawa melabur dalam saham seolah-olah anda membeli seluruh syarikat. Warren
Buffet berkata “Saya sentiasa melihat nilai sesebuah perniagaan kerana ini adalah jumlah
harga sebuah syarikat” Dalam erti kata lain, harga yang akan anda bayar untuk syarikat jika
anda boleh membeli seluruh syarikat pada harga semasa. Oleh kerana itu juga, amat penting
untuk anda melihat hutang yang di sedang di miliki oleh syarikat. Nisbah hutang/ekuiti (debt
equity ratio) merupakan satu lagi ciri utama pemilihan saham yang di kaji oleh Buffett
dengan teliti. Beliau lebih suka hutang yang sedikit supaya pertumbuhan syarikat boleh
berlaku dengan lebih cepat. Buat pengetahuan pembaca, debt equity ratio juga dikenali
sebagai risk ratio atau gearing ratio.

Debt equity ratio = Jumlah Liabiliti / Ekuiti Pemegang Saham

Nisbah ini menunjukkan perkadaran ekuiti dan hutang yang digunakan oleh syarikat untuk
membiayai asetnya. Nisbah yang lebih tinggi bermakna semakin banyak hutang dan bukan
ekuiti yang membiayai syarikat. Tahap hutang yang tinggi berbanding dengan ekuiti boleh
menyebabkan pendapatan tidak menentu dan perbelanjaan faedah yang besar di bayar

10 | P a g e
kepada peminjam (bank dsb). Nisbah hutang/ekuiti yang
tinggi secara amnya bermaksud bahawa syarikat terlalu
agresif dalam membiayai pertumbuhannya dengan hutang.
Jadi, adalah lebih baik mencari saham yang mempunyai
hutang/ekuiti yang rendah.

Anda boleh menyemak di debt equity ratio ini di platform


CIMB I*Trade, stock hunter dan lain-lain

Sebelum beli
Saham apa
saham, baik
kat atas
aku tengok
kanan ni ye? debt equity
ratio dulu

11 | P a g e
4) Syarikat dengan Kelebihan Kompetitif

Tajuk ini telah saya terangkan secara terperinci dalam PLPS (MS 182). Jadi, anda boleh merujuk ke
bahagian itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

5) Memeriksa margin keuntungan dan pertumbuhannya.

Saya juga meletakkan kriteria ini dalam screener fundamental. Hal ini kerana adalah amat penting
untuk anda mengetahui kestabilan dan peningkatan syarikat sebelum mula melabur dalam syarikat
ini. Kita mahu melabur dalam syarikat yang berpotensi untuk berkembang maju. Lagipun buat apa
melabur dalam syarikat yang rugi, betul tak?

Bagi Warren Buffert, pemilihan beliau lebih ketat kerana beliau hanya melabur dalam syarikat yang
sekurang-kurangnya 10 tahun sudah di apungkan di bursa saham. Beliau tidak berminat dengan
saham IPO terutama saham yang berkaitan dengan teknologi. Begitu juga dengan rekod keuntungan,
semakin lama semakin bagus untuk di kaji pertumbuhannya. Bagi pelabur di Malaysia yang berada di
fasa negara membangun, senarai saham sebegini adalah sedikit. Jadi, terpulang kepada pembaca
untuk menilai dan membuat keputusan.

6) Margin Of Safety, compounding dan kesabaran yang berpanjangan

Margin Of Safety (MOF) adalah prinsip melabur di mana pelabur hanya membeli sekuriti apabila
harga pasaran jauh di bawah nilai intrinsiknya. Dengan kata lain, apabila harga pasaran jauh di
bawah anggaran anda mengenai nilai intrinsik, perbezaan itulah MOF. Membeli saham dengan MOF
di bawah nilai intrinsiknya mengurangkan risiko dan menyediakan peruntukan untuk perkara-
perkara negatif yang tidak dijangka (Rujuk PLPS MS 104).

Kebaikan compounding adalah sangat-sangat baik untuk jangka masa panjang. Bayangkan jika anda
membeli 1000 unit saham Nestle pada tahun 2000 dan melaburkannya semula ke dalam saham ini
semula. Berapakah jumlah kekayaan yang anda miliki sekarang? Masih belum terlambat, banyak
saham yang mempunyai potensi untuk di laburkan dan terus naik berdasarkan perniagaan mereka
yang kukuh sekarang. Namun, ianya memerlukan kesabaran yang amat kuat. Jika niat sudah mahu
melabur, masa simpanan adalah lebih dari 10 tahun. Adakah anda sanggup tunggu?

12 | P a g e
Kesimpulan

Teknik di atas adalah sebahagian ringkas strategi yang di gunakan oleh Buffett. Jika anda berminat
untuk mempelajari lebih lanjut, saya cadangkan untuk membaca “The Intelligent Investor” yang di
tulis oleh mentor Warren Buffet iaitu Benjamin Graham.

Kita boleh mempelajari pelaburan jangka panjang dengan mengikuti strategi Warren Buffett. Dia
telah membuktikan bahawa dengan mengikut strategi ini secara berdisiplin, beliau mampu membina
kekayaan dalam jangka panjang. Gunakan strategi untuk memperbaiki dan mempertajamkan
kemahiran pengurusan pelaburan anda.

Warren Buffett
CEO, Berkshire Hathaway
-TAMAT- Nilai kekayaan pada 2018

$89.9 Billion

13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai