Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Esei ringkas tntng sejauh manakah bercerita mnggunakan alat berkesan dalam Pdp bahasa
Melayu. (300 pp)
Teknik yang pertama ialah teknik bercerita menggunakan buku. Teknik mudah diaplikasikan
kerana bahan ataupun teks telah ada. Membaca buku cerita kepada kanak- kanak penting kerana
mereka belajar mengetahui makna, belajar mendengar dan bercakap (Faziah Sulaiman, 1994).
Bercerita kepada kanak-kanak dengan suara yang kuat penting dalam perkembangan bahasa.
Untuk sesi bercerita menggunakan buku pertama sekali pencerita bercerita dalam
keadaan duduk di atas kerusi yang difikirkan sesuai. Seterusnya pendengar pula duduk dalam
keadaan selesa pada jarak yang agak dekat dengan pencerita. Sebelum bercerita, pencerita
menunjukkan buku dan membacakan judul buku kepada kanak- kanak. Seterusnya semasa
teknik bercerita sedang dilaksanakan, pencerita memegang buku yang dihalakan kepada
pendengar. Pegangan buku pada bahagian bawah supaya mudah membuka halaman baru.
Selanjutnya, pencerita akan menghalakan jari telunjuk pada ayat yang dibaca. Kedudukan buku
seelok-eloknya berada pada sisi sebelah kiri pencerita.
Seterusnya ialah teknik bercerita menggunakan boneka Boneka adalah objek yang
digeraklakonkan secara sentuhan atau arahan oleh pemain utk menyampaikan mesej. Sewaktu
menggerakkan boneka pemain menghidupkan watak menerusi dialog. Kesan ke arah
komunikasi, idea kreatif dlm penciptaan cerita dan rangsang daya imaginasi. Boneka digunakan
sebagai alat bantu utk menyampaikan cerita dengan berkesan. Tamsilnya, boneka terdiri
daripada boneka sarung tangan, wayang kulit, jari, stokin. Pentas boneka terdiri daripada pentas
kerusi, tingkap, meja, pintu. Terdapat dua teknik penyampaian bercerita boneka iaitu pencerita
menggeraklakonkan boneka dan duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Teknik
kedua ialah pencerita guna khidmat pembantu utk menggerakkan boneka di belakang pentas.
Teknik yang terakhir ialah bercerita menggunakan gambar bersiri. Teknik ini ,erupakan
cerita yang disampai menggunakan siri gambar yang berturutan. Setiap keping gambar,
menonjolkan situasi penting dalam cerita. Bilangan gambar yang sesuai dengan jalan cerita,
antara 3 hingga 6 keping. Kanak- kanak boleh membuat interpretasi gambar2 dan buat gambaran
apa yang berlaku seterusnya.