Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MELAKSANAKAN AKTIVITI MENONTON


WAYANG CERITA BAHASA MELAYU
TAHUN 2019

TAJUK :
MENONTON WAYANG
CERITA BAHASA MELAYU
SJKC BATANG KALI
TAHUN 2019

OLEH :
PANITIA BAHASA MELAYU
SJKC BATANG KALI
1.0 NAMA PROGRAM
Menonton Wayang Cerita Bahasa Melayu SJKC Batang Kali

2.0 PENDAHULUAN
2.1 Aktiviti Menonton Wayang

Aktiviti menonton wayang ini merupakan program julung kalinya dianjurkan oleh Panitia
Bahasa Melayu sempena aktiviti di dalam Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Aktiviti ini tercetus hasil perkongsian idea guru-guru Bahasa Melayu dengan guru-guru
Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, inisiatif ini diambil bagi mengetengahkan
budaya dan seni perfileman dalam kalangan murid-murid SJKC Batang Kali dan bagi
merealisasikan budaya ilmu Bahasa melayu dan seni budaya supaya selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, usaha ini dilaksanakan sebagai
wadah dalam aktiviti pemupukan ilmu Bahasa melayu, pengayaan dan pengembangan
budaya seni dalam diri murid-murid. Diharapkan, aktiviti menonton wayang ini dapat
memberi impak positif dalam diri murid-murid.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kemahiran mendengar dengan berkesan murid-murid.
3.2 Memupuk minat terhadap cerita-cerita Bahasa Melayu dalam diri murid-murid.
3.3 Meningkatkan kemahiran bertutur dan pengamatan murid-murid.
3.4 Menambahkan kosa kata Bahasa Melayu murid-murid.
3.5 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SJKC Batang Kali

5.0 MATLAMAT

Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran Bahasa terutamanya dari aspek


mendengar dengan berkesan, mendengar dan bertutur serta menjawab soalan
pemahaman berdasarkan cerita yang ditonton. Selain itu, melatih murid memahami
peraturan dan disiplin semasa membeli tiket wayang dan menonton wayang.

6.0 PENERAJU
Aktiviti Menonton Wayang ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu SJKC Batang Kali.

Aktiviti Menonton Wayang Cerita Bahasa Melayu SJKC Batang Kali 2


7.0 JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA PROGRAM
Pengerusi : Encik Mat Ariffin Bin Ismail
Setiausaha : Puan Nur Anati Binti Azizan
AJK Pelaksana : 1) Puan Wong Ley Ming
2) Puan Chiew Fui Chooi
3) Puan Wong Chui Feun
4) Puan Ong Siew Eng
5) Puan Tan Ivy
6) Cik Chong Ling Yeu

8.0 PENGISIAN PROGRAM


Hari : Khamis
Tarikh : 25 April 2019
Masa : 10.20 pagi hingga 12.50 tengah hari
Tempat : Lapan Buah Bilik Darjah di Blok B dan Blok C SJKC Batang Kali
Pengerusi : Puan Wong Ley Ming dan Cik Chong Ling Yeu

Tentatif Program
Masa Aktiviti
10.20 pagi : Murid-Murid Berkumpul Di gelanggang bola kerangjang
10.30 pagi : Taklimat ringkas tentang cerita yang akan ditayangkan
10.40 pagi : Murid-murid akan bergerak ke bilik mesyuarat untuk membeli
tiket wayang. Giliran membeli tiket adalah seperti berikut :
1. Tahun 1
2. Tahun 2
3. Tahun 3
4. Tahun 4
5. Tahun 5
6. Tahun 6
10.50 pagi : Murid-murid masuk ke panggung wayang dan mengambil tempat
duduk masing-masing
11.00 pagi : Tayang wayang bermula (tempoh cerita dijangkakan 2 jam)
12.30 tengah hari : Sesi soal jawab dan penyampaian hadiah

Aktiviti Menonton Wayang Cerita Bahasa Melayu SJKC Batang Kali 3


9.0 SENARAI CERITA DAN BILIK PANGGUNG WAYANG
BILIK PANGGUNG TAJUK CERITA GURU BERTUGAS
WAYANG
1. Cik Chong Ling Yeu
1M Geng Upin & Ipin
2. Pn.Choong Koon Yoon
1. Pn.Wong Ley Ming
1K Wheely Gempak & Lawak
2. Pn.Montomah
1. Pn.Ong Siew Eng
1H Bola Kampung Film 3D
2. Cik Loo Shiaw Yin
1. Pn.Chiew Fui Chooi
2M Boboiboy Galaxy
2. Pn.Law Siew Quat
1. Pn.Tan Ivy
2K Cicakman 1
2. En.Koh Chee Choi
1. Pn.Nur Anati
2H Kampung Zombie
2. Cik Ang Soo Ling
1. Pn.Wong Chui Feun
3M Badang Full Movie
2. Cik Lau Sew Lian
1. En.Mat Ariffin
3K Cicakman 2
2. En.Ng Kwai Lam

10.0 HADIAH
Selepas tamat sesi menonton wayang, sesi soal jawab bermula. Terdapat tiga soalan
bagi setiap cerita.

 8 CERITA X 3 SOALAN = 24 BUAH HADIAH

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(WONG LEY MING) (TAN SIEU JON)


Pengurus Aktiviti Menonton Wayang Guru Besar
Panitia Bahasa Melayu SJKC Batang Kali
SJKC Batang Kali

Aktiviti Menonton Wayang Cerita Bahasa Melayu SJKC Batang Kali 4