Anda di halaman 1dari 10

Maksud Pembangunan Insan

Pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya.


Insan pula bermaksud insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang telah dicipta
oleh Tuhan. Maksud yang ingin disampaikan ialah pembinaan insan yang tepat dan betul dapat
membantu sesebuah negara dalam melahirkan masyarakat yang memastikan kejayaan masa
depan negara. Secara umum dan amnya konsep pembangunan modal insan dan kepentingannya
berkenaan dalam pembangunan negara pada masa kini dan akan datang.

Pembangunan Insan di rujuk sebagai pembangunan sumber manusia yang perlu digilap di
peringkat awal iaitu semasa di usia muda kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan
negara terus berdaya saing dan tahan lebih-lebih dalam zaman ekonomi sejagat yang
berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi.

“Pembangunan Modal Insan (Majalah Visi,April 2007)”

Sistem Pendidikan

Pendidikan dalam zaman ini bercirikan unsur global dan masa yang sama tanpa meninggalkan
yang asal yang bersifat tempatan. Pendidikan perlu melahirkan warganegara Malaysia yang
berupaya merancang masa depan, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan
dengan masa depan serta berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan
cabaran semasa yang dihadapi.

Sistem pendidikan di Malaysia bermula di peringkat asas sekolah rendah, menengah seterusnya
peringkat Pengajian Tinggi. Pelajar akan melalui pelbagai ujian dan peperiksaan yang disediakan
oleh pihak bertanggungjawab untuk menentukan tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah
diajar. Melalui peperiksaan yang diambil, pelajar dapat dinilai dan dikategorikan kepada
beberapa kumpulan. Tujuan pembahagian kumpulan ini adalah untuk membantu kumpulan yang
rendah agar boleh diperbaiki dan meningkat naik serta kumpulan yang tinggi lebih maju.

Objektif

 Pembaca dapat memahami lebih mendalam maksud pembangunan insan yang sebenar serta
dapat menghuraikannya dengan baik.
 Pembaca mengetahui tentang sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
untuk memajukan pendidikan negara.
 Pelajar memahami dan lebih menghayati betapa pentingnya pendidikan untuk membangunkan
diri, masyarakat dan negara.
 Pembaca mengetahui apa yang telah dirancang dan dibuat penambahbaikan oleh kerajaan
Malaysia terhadap pembangunan insan dalam sistem pendidikan.
 Pembaca memahami maksud pembangunan insan dalam sistem pendidikan serta
menghuraikannya dengan lancar.

Sinopsis Ringkas
Pendidikan merupakan satu proses mendidik seseorang insan untuk memperoleh keilmuan
sehingga dapat mengubah tingkah laku serta sikap daripada negatif kepada positif. Pendidikan
juga dapat mengembangkan potensi individu ke arah positif seperti membina akhlak, budi
pekerti dan peribadi yang mulia. Malahan pendidikan membangunkan insan daripada aspek
sosial iaitu sumbangan sesesorang kepada diri, masyarakat serta negara. Selain itu, pendidikan
adalah penghubung kepada pembangunan insan seterusnya membantu ke arah pembangunan
negara.

Kesan Pendidikan Pembangunan Insan

Pembentukan sahsiah diri yang tinggi dan unggul adalah penting untuk memajukan ekonomi diri,
bangsa dan negara. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat Malaysia perlulah
mempunyai nilai berintegriti dan memiliki pemikiran kelas pertama. Seterusnya, statistik jenayah
2006 menunjukkan 2.16% jenayah di Malaysia melibatkan golongan yang perpendidikan.
Akibatnya banyak kesan-kesan negatif yang timbul dan mutu produktiviti pengeluaran menurun.
“Jalan terbaik adalah jalan kembali kepada Islam”.
Pendidikan dan modal insan merupakan dua aspek yang saling berkait antara satu sama
lain. Kesan yang dapat dikaji, banyak pendidikan yang telah dibangunkan di negara ini. Secara
berperingkat, melalui sekolah rendah dan menengah, pengajian tinggi iaitu Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) atau Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan sebagainya. Dari segi itu,
wujudnya pelajar sekolah, guru-guru, pelajar mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah. Apabila
meneruskan pengajian yang dibina, dapat membantu seseorang yang ingin berjaya untuk
kehidupan masa akan datang. Tidak akan lahir modal insan yang cemerlang tanpa adanya sistem
pendidikan yang cemerlang.
Sekolah bukan sahaja memberikan ilmu yang lahiriah (fizikal) tetapi juga ilmu yang
berbentuk kesejahteraan rohani. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan peranannya sebagai
tempat untuk membangunkan sahsiah pelajar yang seimbang. Selain itu, pengajian tinggi seperti
IPTA dan IPTS pula merupakan tempat yang paling tinggi dalam hierarki pendidikan untuk
menimba ilmu pengetahuan. Masyarakat sekeliling sememangnya memandang tinggi kepada
graduan-graduan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yang akan menyambung pelajarannya
ke IPTA atau IPTS. Kesan ini agar graduan dapat dilahirkan untuk menjadi agen pembangunan
pendidikan modal insan yang berjaya.

Negara yang tidak mempunyai strategi pembangunan insan yang cemerlang akan
mendatangkan pelbagai masalah kepada negara dari segi politik, ekonomi atau sosial. Tidak
dinafikan bahawa pendidikan ialah hak semua individu. Negara perlulah menyediakan lebih
banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang
berkualiti di semua peringkat. Pembentukan insan yang cemerlang memerlukan asas-asas agama
bagi mengelakkan mereka melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan. Akhirnya, sebagai
pembangunan insan yang berjaya perlulah meyakinkan diri lebih bijak melakukan sesuatu dan
tidak pernah berputus asa.
Dicatat oleh Kami DNS1A di 8:22 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KEPIMPINAN

Ditakrifkan sebagai tiga perkara….


- Menurut Yaakob(1989) bahawa kepimpinan perlu melibatkan orang lain.
dalam erti kata lain kesediaan pengikut menerima arahan pemimpin atau ahli
kumpulan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses
kepimpinan diwujudkan.
- Kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian yang tidak sama di kalangan para
pemimpin dan juga anggota kumpulan. (pemimpin mempunyai autoriti atau kuasa)
- Didalam pendidikan, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi,
memotivasikan, mengubah sikap, dan tingkah laku subordinat.Seperti guru, staf
dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagi
mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005)

4. Kepentingan kepimpinan
Menurut Ab. Aziz (2003) banyak pandangan mengenai kepentingan kepimpinan
samada yang bersetuju atau tidak. Walaupunapa yang diperkatakan kebanyakan
orang bersetuju bahawa pemimpin tetap dikehendaki seperti pandangan dari Katz
dan Kahn mengemukakan lima faktor kepentingan kepimpinan dalam organisasi
samada organisasi yang besar atau pun kecil.

i) Rekabentuk Organisasi Yang KurangS empurna

- Organisasi dan masyarakat tidaklah dibentuk selengkapnya sehingga segala


perkara telah ditentukan panduannya.
- Tingkah laku sebenar setiap hari adalah lebih kompleks daripada yang terdapat
dalam aturan dan peraturan bertulis organisasi.
- Ini dapat dilihat, bahawa subordinat akan melaksanakan tugas semata-mata kerana
mengikut peraturan sahaja akan membawa kepada sengketa.
- Organisasi memerlukan pemimpin yang boleh mempunyai budi bicara dalam
menghadapi ketidaklengkapan sebuah organisasi.
- Contohnya dalam sebuah sekolah guru besar merupakan pemimpin yang dapat
mengawal subordinatnya dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh
sekolah.

ii) Kepimpinan Sebagai Fungsi Sempadan


- pemimpinlah yang memainkan peranan menghubung dan menyelaraskan antara
unit dan subsistem dengan struktur luar persekitarannya.
- Ini bermaksud kepimpinanlah yang berfungsi sempadan.
- Contohnya, apabila terdapat keretakan atau masalah antara bahagian dalam sistem
maka semakin tinggilah budi bicara pemimpin untuk bertindak.

iii) Keadaan Persekitaran Yang Sentiasa Berubah

- Organisasi adalah merupakan sistem terbuka.


- Persekitaran pula sentiasa berubah seperti teknologi, undang-undang, kebudayaan,
iklim dan juga kefahaman.
- Bagi membolehkan organisasi mengekal dan menjalinkan hubungan pada sesuatu
masa, ia memerlukan perubahan.
- Maka pemimpinlah merupakan satu-satunya pihak yang mesti peka dengan
persekitaran supaya organisasi yang dipimpinnya terus dinamik bersesuaian
dengan masa dan keadaan.

iv) Dinamik Dalaman Organisasi

- Di dalam organisasi terdapat pertumbuhan yang dinamik. Untuk itu,


Organisasi perlu meluaskan pengaruhnya ke dunia luar yang berkaitan dengannya.
Ini memerlukan perubahan dalam organisasi itu sendiri.
- Bila organisasi hendak memperluaskan kawalannya, terdapat persekitaran maka
akan muncul fungsi baru dan struktur baru yang lebih kompleks supaya selaras
dengan dasar yang baru juga.
- Memerlukan penyelarasan berterusan tetapi juga perubahan yang berterusan dalam
organisasi, sejajar dengan matlamat dan hasrat organisasi tersebut.
- Ini hanya bolehdilakukan melalui kepimpinan yang dinamik.
iv) Tabaii Keanggotaan Manusia Dalam Organisasi

- Salah satu anggota organisasi ialah manusia.


- Manusia bukanlah menjadi anggota organisasi sahaja tetapi mereka dipenuhi
dengan aktiviti lain di luar organisasi.
- Kegiatan luar ini kadang kala member kesan langsung kepada tingkah laku dalam
organisasi.

- Peranan kepimpinan perlu ada untuk mengawal kelakuan manusia dari masa
kesemasa.
Dicatat oleh Kami DNS1A di 8:21 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Hubungkait Kepimpinan Dan Pembangunan Modal Insan.

Kementerian pelajaran Malaysia dalam usaha sama untuk melahirkan generasi muda
Malaysia berpontensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk ciri-
ciri keperibadian dan perspektif hidup yang mereka berjaya dalam kehidupan dan
mampu memajukan lagi negara di mata dunia.
2. Peranan kepimpinan pendidikan sebagai agen pelaksana visi dan misi pendidikan
di Malaysia perlu member penekanan kepada pembangunan modal insan dana
spek-aspek yang turut membantu seperti persekitaran, budaya sekolah dan tenaga
pengajar (Aziah, Yaakob dan Yahya 2006).
3. Menjadikan setiap rakyat Malaysia mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam semua
sektor supaya menjadikan Malaysia mempunyai rakyat yang komited dalam
pekerjaan dan patuh kepada ketua.
4. Penghayatan modal insan oleh rakyat Malaysia dalam menjadikan pemimpin
minda kelas pertama dan pemimpin yang disegani oleh negara luar.

5. Kepimpinan sekolah perlu berusaha untuk membentuk modal insan yang kreatif
dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam
bidang pendidikan (Aziah, dan Yahya 2006).
Dicatat oleh Kami DNS1A di 7:16 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Huraian Ringkas Kepimpinan Pendidikan Dalam Pembangunan Modal Insan

Pada keseluruhannya, tajuk ini membincangkan mengenai


 kepimpinan dalam pembangunan modal insan dalam pendidikan di Malaysia.
 Tajuk ini juga membincangkan mengenai, ciri, gaya dan kepentingan kepimpinan
bagi membentuk individu yang berketerampilan dan boleh menjalan tugas dengan
lancar.
 Tajuk ini menyentuh persekitaran yang mempengaruhi penghasilan dan
pengurusan sumber manusia yang mempunyai hubungan dengan pembangunan
modal insan.

 Akhir sekali tajuk ini juga mempertengahkan aspek kepimpinan dalam


persekitaran sumber manusia dalam persekolahan di Malaysia yang perlu
diamalkan oleh kepimpinan sekolah dan guru-guru kearah keberkesanan penjanaan
modal insan yang berkualiti bagi mencapai Misi Nasional dan RMK-9.
Dicatat oleh Kami DNS1A di 7:15 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KEPERLUAN, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN

Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak
memuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Malaysia merupakan salah sebuah
negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu daripada negara yang mempunyai
ekonomi berprestasi tinggi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti Malaysia,
Singapura, Thailand, Philipina dan Indonesia adalah memberansangkan. Dalam setiap
perancangan lima tahun di Malaysia, unsur pendidikan dan latihan sangat ditekankan dan
diperuntukan perbelanjaan yang tinggi telah disalurkan dalam sektor ini.
Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama
( RRJP 1 ) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ( RRJP 3 ) yang meliputi dasar
utama pembangunan seperti Dasar Wawasan Negara (DWN) , Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Sehingga kini kesemua dasar telah menampakkan kesan
dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan telah diperincitkan melalui rancangan
lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia, struktur pendidikan telah berubah di mana
rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan
membina perpaduan ekonomi, sosial dan politik.
Sebenarnya isu berkaitan sumber manusia telah mula diambil kira dalam Rancangan Malaysia
Pertama lagi apabila kerajaan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja terlatih. Tiada
perancangan akan berjaya tanpa peruntukkan yang mencukupi. Kepentingan perancangan
pendidikan dan PSM telah menyaksikan peruntukan yang besar disalurkan untuk meningkatkan
kualiti sumber manusia bagi memastikan hasrat DEB dan DPN tercapai. Inisiatif telah diambil
dalam memperbaiki taraf pendidikan formal untuk tujuan perkembangan ekonomi dan sosial.
Perancangan pembangunan sektor pendidikan yang baik dan berkesan mampu mempercepatkan
pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara. Ternyata perancangan dalam bidang
pendidikan dalam mendatangkan hasil dan berkesan yang positif kepada DEB dan DPN secara
umumnya dan kepada rakyat secara khususnya. Ini jelas terbukti dengan meningkatnya institusi
pendidikan, meningkatkan pengeluaran tenaga kerja mahir, meningkatnya lepasan pengajian
tinggi, bertambahnya enrolmen di institusi pendidikan, berkurangnya kadar pengangguran dan
kemiskinan serta sumbangan positifnya terhadap pertumbuhan KDNK negara.
Dicatat oleh Kami DNS1A di 7:15 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ISU-ISU BERKAITAN PENDIDIKAN DALAM KONSEP PEMBANGUNAN


INSAN

Seperti yang kita sediamaklum, sektor pendidikan merupakan antara sektor yang
terbesar dalam rangkaian sektor di Malaysia. Secara tidak langsung, hal ini
berkemungkinan akan menimbulkan beberapa isu sama ada dari perspektif positif atau
negatif. Salah satu isu yang timbul adalah berkenaan isu bahasa. Bahasa melayu
dijadikan sebagai Bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan tetapi bagis
ekolah-sekolah swasta serta sekolah vernakular (sekolah jenis kebangsaan) dibenarkan
untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai Bahasa pengantar.
Namun begitu, apabila selepas bermulanya era kemerdekaan, sekolah beraliran
Inggeris dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran bahasa kebangsaan. Hal ini bagi
memartabatkan dan mengutamakan Bahasa Melayu lebih daripada bahasa-bahasa
lain. Walaubagaimanapun, pada tahun 2002, kerajaan membuat pengumuman bahawa
mata pelajaran sains dan matematik hendaklah diajar dalam Bahasa Inggeris bermula
tahun 2003. Hal ini berikutan dengan alasan istilah sains banyak diwujudkan di dalam
Bahasa Inggeris dan hal ini menyukarkan bagi pelajar-pelajar sekolah. Hal ini
dilaksanakan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam arus globalisasi
yang semakin bergelora. Wujud persoalan di sini kerana Kementerian Pelajaran tidak
mengutamakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam bidang pendidikan walaupun
majority penduduk di Malaysia adalah berbangsa Melayu. Sudah tentu pembangunan
modal insan yang berkualiti suar untuk ditanam di dalam diri pelajar-pelajar kerana
penerapan yang berkualiti bermula sejak di bangku persekolahan lagi.
Isu seterusnya yang tidak kurang seriusnya dalam sektor pendidikan ialah jurang
polarisasi kaum yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar
sekolah.Polarisasi bermaksud sikap perkauman yang sering menjadi topik utama yang
dibahaskan oleh warga pendidik di sekolah. Imej Malaysia sebagai model negara yang
terdiri daripada penduduk pelbagai kaum semakin hari semakin terjejas disebabkani
supolarisasi kaum ini. Hal yang paling nyata yang boleh dilihat ialah kaum Cina
misalnya mereka tidak akan berinteraksi atau bergaul dengan kaum selain kaum
mereka dan hal yang sama juga terjadi kepada kaum lain. Sekiranya hal ini dibiarkan
semakin lama, ia boleh menimbulkan perpecahan kaum yang amat dahsyat walaupun
kita menetap di dalam satu negara yang sama dan mengamalkan cara hidup yang
hamper sama. Hal yang sama juga berlaku kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). Walaubagaimanapun, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi
menangani masalah perkauman ini.Contohnya kerajaan telah memperkenalkan dasar
“1 Malaysia”. Dengan pengwujudan dasar ini, corak pengajaran oleh warga pendidik di
sekolah telah diperbaiki supaya perpaduan kaum dapat dicapai suatu hari nanti.
Dengan adanya perpaduan kaum, penerapan nilai-nilai pembangunan modal insan
lebih mudah untuk dipraktikkan disebabkan tiada lagi konflik yang berlaku di sekeliling
generasi muda termasuklah hal yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan
sosial.Seperti yang kita sediamaklum, sektor pendidikan merupakan antara sektor yang
terbesar dalam rangkaian sektor di Malaysia. Secara tidak langsung, hal ini
berkemungkinan akan menimbulkan beberapa isu sama ada dari perspektif positif atau
negatif. Salah satu isu yang timbul adalah berkenaan isu bahasa. Bahasa melayu
dijadikan sebagai Bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan tetapi bagis
ekolah-sekolah swasta serta sekolah vernakular (sekolah jenis kebangsaan) dibenarkan
untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai Bahasa pengantar.
Dicatat oleh Kami DNS1A di 7:12 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

CABARAN-CABARAN DALAM PEMBANGUNAN INSAN DALAM SISTEM


PENDIDIKAN

Sebagai status negara yang sedang membangun, Malaysia sememangnya menghadapi


pelbagai cabaran dari segenap penjuru dari segi aspek sosial, politik, ekonomi dan
sebagainya.Namun begitu, pemimpin negara tidak memandang cabaran-cabaran yang
perlu kita hadapi ini peluntur semangat malahan beliau melihatnya sebagai satu cara
untuk membangkitkan semangat negara bangsa agar bergerak lebih maju kehadapan.
Supaya modal insan yang berintelektual dapat dilahirkan, kerajaan perlu menghadapi
cabaran yang paling menguji tahap pemikiran kita iaitu cabaran daripada aspek
pendidikan. Pendidikan merupakan perkara yang terpenting sekali dalam kehidupan
masyarakat di dunia ini kerana dengan pendidikan kita mampu untuk menaikkan nama
negara agar dapat diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia juga penting untuk membina
jati diri modal insan yang berkualiti tinggi yang berkemungkinan akan memimpin negara
pada suatu hari nanti.
Cabaran paling utama yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan dari aspek
pendidikan ialah cabaran dalam menghadapi kelemahan penguasaan kemahiran 3M
(membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Antara
contoh yang paling ketara adalah kelemahan pelajar sekolah untuk menulis dan
membaca tulisan jawi bagi subjek wajib yang perlu diduduki oleh pelajar Islam iaitu
Pendidikan Islam serta kelemahan penguasaan bahasa Melayu bagi pelajar bukan
Islam dan bahasa Inggeris bagi matapelajaran lain. Kerajaan menyarankan agar
kemahiran 3M ini dapat dikuasai oleh pelajar sekolah sebagai satu cara untuk
meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan di samping penjanaan
nilai-nilai pembelajaran dapat diserap dan dibentuk dalam diri pelajar-pelajar. Di
samping itu, ia merupakan satu langkah untuk memperkasa sekolah kebangsaan agar
tahap kecemerlangan pelajar sekolah dapat ditingkatkan dengan mewajibkan semua
pelajar Tahap 1 dapat menguasai kemahiran 3M.
Cabaran seterusnya yang tidak kurang hangatnya ialah cabaran untuk
mewujudkan rakyat berminda kelas pertama. Bagi mewujudkan rakyat berminda kelas
pertama semuanya bermula dari institusi pendidikan iaitu sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Rakyat yang berminda kelas pertama ialah rakyat yang mempunyai
kualiti dalam semua aspek kehidupan baik dari segi pendidikan, tingkah laku (moral),
pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta sedar peranan
mereka kepada agama, masyarakat dan negara. Rakyat yang hanya mengutamakan
hiburan dan keseronokan semata-mata, kurang kesedaran sivik serta tidak
menjalankan tanggungjawab mereka dengan tulus kepada agama, masyarakat dan
negara sudah terang lagi bersuluh tidak mampu untuk menyandanggelaran rakyat
berminda kelas pertama. Ciri-ciri yang diimpikan oleh kerajaan untuk melihat rakyatnya
mempunyai minda kelas pertama ialah rakyat yang berilmu pengetahuan tinggi dan
berkeperibadian mulia. Dengan adanya pemikiran kelas pertama yang wujud dalam
kalangan generasi muda zaman kini, ia sekaligus membuatkan penerapan nila-nilai
pembangunan insan yang berkualiti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
Selain itu, cabaran
yang tidak kurang
pentingnya ialah cabaran
untuk menangani masalah
kurang membaca dalam
kalangan pelajar. Sekiranya
seseorang pelajar itu kurang
mencintai amalan
membaca, itu bermakna
kurang juga kecintaan
mereka terhadap ilmu
kerana dengan amalan suka membacalah ilmu dapat diterokai dengan lebih meluas.
Jika dilihat dari perspektif yang lebih mendalam, lama-kelamaan hal ini akan
menyebabkan lahirnya masyarakat yang mundur disebabkan kurangnya amalan
membaca dalam kalangan rakyat. Manakala bagi graduan pusat pengajian tinggi pula,
sesetengah daripada mereka hanya mempraktikkan amalan membaca hanya untuk
peperiksaan dan hanya kepada subjek yang berkaitan dengan bidang pengajian
mereka sahaja. Bagi bahan bacaan yang di luar bidang pengajian mereka, mereka
menganggap itu tidak sepenting subjek yang berkaitan dengan bidang pengajian
mereka. Generasi muda yang kerap mengamalkan budaya membaca sememangnya
berkemampuan untuk menjadi modal insan yang membangun dan berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai