Anda di halaman 1dari 3

Model Micheal Byram 1997

Model Byram (1997) mengutarakan perubahan bagi pemberian kesan efektif dan
kognitif apabila berlaku pertembungan budaya. Selain itu, model Byrams mendefinisikan
secara terperinci adalah keupayaan antara budaya,serta peranan yang penting dalam pengajaran
Bahasa yang kedua. Selain itu, ia bertujuan untuk mendalami isu yang timbul apabila penilaian
terhadap kebolehan seseorang untuk berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berbeza
bahasa dan budaya. Manakala hubungan antara kumpulan berbeza budaya dan bahasa amat
penting dalam aspek diplomasi model Byrams. Pendekatan model Byrams digunakan untuk
mengembangkan sukatan pelajaran dan kurikulum dengan cara yang sesuai antara budaya.
Manakala isu berkaitan guru bagi mengembangkan konteks pembelajaran Bahasa kurikulum
mempunyai bersepaduan dengan model Byram 1997. Menurut model Byram (1997)
terdapatnya 4 aspek interaksi merentasi sempadan negara yang penting iaitu Sikap,
Pengetahuan, Kemahiran pemahaman dan perhubungan dan Kemahiran penemuan serta
interaksi.

Menurut Model Byram(1997) aspek sikap perlu ada pada diri seseorang murid untuk
mewujudkan perasaan ingin tahu dan terbuka, bersedia menangani ketidakpercayaan dan
menilai sesuatu dengan mengambil kira makna serta kepercayaan dan tingkah laku orang lain.
Hubungan antara sikap dan pengetahuan tidaklah semudah hubungan sebab dan akibat, iaitu
peningkatan pengetahuan membawa kepada sikap yang positif. Pengetahuan pula dibahagi
kepada 2 bahagian iaitu pengetahuan tentang kumpulan sosial dan budaya di negara sendiri
serta pengetahuan serupa tentang negara penutur dan pengetahuan tentang proses interaksi pada
tahap individu dan sosial. Aspek kemahiran pula menyatakan kebolehan untuk mentafsir
sesuatu dokumen atau mengenal pasti hubungan antara dokumen dari pelbagai cara bergantung
pada pengetahuan tentang persekitaran sendiri dan persekitaran orang lain. Selain itu,
kemahiran mentafsir dan mengaitkan sesuatu terhasil daripada pengetahuan sedia ada.
Terdapat 3 ciri utama bagi model Byram mencadangkan satu ideal yang dapat dicapai iaitu
penutur antara budaya,dan menolak tanggapan yang penutur asal sebagai model bagi pelajar
bahasa asing. Selain itu, ciri model ini adalah untuk pemerolehan ICC dalam konteks
pendidikan dan termasuklah objektif pendidikan , Oleh sebab model itu mempunyai dimensi
pengajaran,spesifikasi tentang lokasi pembelajaran dan peranan guru serta pelajar turut
disertakan.
Model Byram 1997 memainkan peranan dalam pengurusan kurikulum di dalam bilik
darjah. Ini kerana bilik darjah ialah tempat yang amat sesuai bagi pelajar mencari pengetahuan
tentang proses komunikasi antara budaya. Ia memberikan peluang bagi pengajaran kemahiran
mentafsir dan mengaitkan dokumen dan peristiwa yang dialaminya. Selain itu ia memberi
ruang untuk penyampaian pngetahuan yang sistematik dan berstruktur bagi pengajaran bahasa.
Kelebihan bilik darjah bagi pelajar adalah untuk memperoleh kemahiran mencungkil makna
dan meneliti kelancaran. Ia juga mempunyai potensi membuat refleksi dengan bimbingan guru
serta wujudkan peluang untuk latihan, kemahiran linguistik, simulasi komunikasi dan
persembahan (hawkins,1987). Seterusnya plikasi reka bentuk dan model kurikulum di bilik
dalam bilik darjah ilik dapat memberikan ruang untuk penyampaian pengetahuan yang
sistematik dan berstruktur dalam meneruskan tradisi pengajaran bahasa.

Selain itu, bilik darjah juga menyediakan peluang untuk memperoleh kemahiran
melalui bimbingan kepada guru. Proses pembelajaran diintergrasikan dan boleh distrukturkan
dengan sistematik. Namun begitu, isu yang sangat penting adalah untuk menentukan jenis
hubungan yang sepatutnya wujud antara pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.Ciri
ketepatan kurikulum adalah bergantung pada keperluan pelajar serta kehendak pelajar. Dalam
kes pelajar kanak-kanak,guru bahasa asing (FL) mungkin perlu bekerjasama dengan guru lain
untuk menganggar tentang kebiasaan pelajar terhadap kebudayaan mereka sendiri dan
kebudayaan orang lain. Manakala pengetahuan dan kemahiran saling berkait rapat di dalam
bilik darjah membolehkan guru dan pelajar berlatih dan memikirkan tentang kemahiran
membaca dokumen ,ataupun peristiwa dalam sebuah dokumen seperti rakaman video dalam
satu dimensi masa.

Model Byram, pula mencadangkan 6 peringkat perkembangan kurikulum di dalam bilik


darjah. Pada peringkat pertama konteks Geopolitik adalah satu analisis tentang perkara yang
mana dimaksudkan oleh ICC dalam situasi yang berkaitan. Manakala peringkat kedua pula
berkaitan dengan konteks pembelajaran sesuatu analisis tentang lokasi pembelajaran dan
parameter yang lain. Pada peringkat ketiga pula berkaitan dengan faktor Perkembangan iaitu
satu analisis tentang perkembangan kognitif dan afektif pelajar. Menurut peringkat keempat
pula mengenal pasti dengan objektif keputusan yang mana perlu ditetapkan sebagai garis
panduan bagi kurikulum telah dibuat menurut peringkat analsis sebelum ini. Pada peringkat 5
yang kelima pula dikatakan sebagai titik mula ICC dalam konteks geopolitiklokasi serta
perimeter situasi pengajaran dan pembelajaran iaitu situasi apabila para pelajar dilihat
menentukan sendiri ICC mereka. Peringkat kenam pula berkaitan dengan urutan dalam
kurikulum. Peranan guru di dalam bilik darjah adalah berperanan sebagai pembimbing,
penyelaras atau fasilitator yang terhandal kepada para murid. Menurut Jere Brophy pula
berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah keupayaan para guru untuk
membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi mewujudkan persekitaran yang
efektif untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pula berperanan sebagai
menghapuskan sifat perkauman di dalam bilik darjah. Selain itu, guru berperanan untuk
menerapkan pendidikan pelbagai budaya dalam struktur pengajaran kurikulum, bahan
pembelajaran serta suasana pengajaran mengandungi pendidikan pelbagai budaya. Selain itu,
guru perlu memahami, mendalami dan menghargai serta memberi pertimbangan dalam
kumpulan etnik dan faktor budaya. Malah, konsep pendidikan budaya berkait rapat dengan
hubungan murid dan guru, ibu bapa dan guru serta guru dan komuniti. Dengan ini, guru perlu
memahami keseluruhan kemajmukan etnik dan memberi sokongan positif terhadap latar
belakang individu. Untuk mengelakkan ketidakseimbangan prestasi akademik pelajar, guru
harus mengharapkan semua pelajar untuk berjaya tanpa mengira kepada kelas, jantina, bahasa,
status sosial, ekonomi dan bangsa pelajar.

Sebagai rumusan, pendidikan merupakan satu struktur yang mana menyumbang kepada
keberlangsungan sesebuah masyarakat. Malah ia juga memainkan peranan untuk mencapai
kesejahteraan, pendidikan perlu mempunyai unsur-unsur yang mana menyokong kepada
matlamat keseluruhan masyarakat.