Anda di halaman 1dari 2

Tarikh : 9 Januari 2019

Rujukan kami : SMKRA 800/2/3/6 (05)

Ketua Balai,
Bomba dan Penyelamat,
52000 Jinjang, KL.
(u.p: Tn Mohamad Adha bin Md Nazir)

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KHIDMAT JURULATIH KADET BOMBA


Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas,

2. Untuk makluman pihak tuan, Kadet Bomba di sekolah kami ingin melakukan beberapa aktiviti
seperti dalam LAMPIRAN A. Dilampirkan juga tarikh perjumpaan beserta guru yang akan terlibat dalam
LAMPIRAN B. Aktiviti yang ingin kami jalankan memerlukan khidmat kepakaran jurulatih dari pihak
tuan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada ahli kadet di sekolah kami.

3. Diharapkan dengan bantuan jurulatih dan perancangan aktiviti yang dirangka ini dapat
meningkatkan penglibatan ahli kadet kami untuk melibatkan diri secara aktif dalam kadet bomba ini
seterusnya meningkatkan penyertaan pelajar untuk menjadikan Kadet Bomba sebagai kerjaya mereka pada
masa akan datang.

4 Kerjasama serta sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(TUAN SYED ZAKARIA BIN SYED HASSAN)


Pengetua,
SMK Raja Abdullah, Kepong.

Anda mungkin juga menyukai