Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PENERIMA BANTUAN KWAMP BIL.

1/2019

Tarikh : 5 Mac 2019

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Sri Tanjung

Kehadiran :

1. Pn. Rohana Binti Abu Bakar (Guru Besar)


2. Pn. Faridah Binti Hj Santung (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn. Normisah Binti Saiman (Penolong Kanan HEM)
4. Pn. Tanty Surianna (Setiausaha/Penyelaras KWAMP)
5. Cik Nurayuni Binti Abd Rahman ( Guru Kelas Tahun 1)
6. En. Shahril Bin Liwangsa (Guru Kelas Tahun 2)
7. En. Ibrahim Bin Mohamad ( Guru Kelas Tahun 3)
8. En. Azzezan Bin Sukur(Guru Kelas Tahun 4)
9. En. Rozlan Bin Razali ( Guru Kelas Tahun 5)
10. En. Wan Mohd Fairuz Bin Wan Mustafa (Guru Kelas Tahun 6)

1. Ucapan Pengerusi (PK HEM)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas
kehadiran semua AJK hadir ke Mesyuarat Unit KWAMP kali pertama tahun 2019.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk mengemaskinikan sistem fail
unit KWAMP.
1.3 Disamping itu juga, tujuan utama mesyuarat KWAMP pada kali ini ialah untuk membuat pemilihan
murid-murid yang layak memohon bantuan KWAMP bagi tahun 2019.
1.4 Pendapatan penjaga yang layak ialah RM1150 ke bawah atau pendapatan perkapita RM250 dan
ke bawah.
1.5 Sehubungan dengan itu, AJK mesyuarat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru
yang terlibat melengkapkan data murid.

2. Kelulusan Permohonan Bantuan KWAMP bagi tahun 2019.


2.1 Jumlah murid yang memohon bantuan KWAMP adalah seramai 114 orang.
2.2 Namun hanya yang layak sahaja ditapis oleh pihak sekolah. Bilangannya ialah seramai 102 orang
bagi tahun 1 hingga 6 tahun 2019.
2.3 Pihak sekolah telah diminta melengkapkan borang pb1 dan pb2 yang telah dikeluarkan itu dengan
memasukkan nama dan nombor kad pengenalan penjaga yang terlibat.
3. Mesyuarat memutuskan bahawa :
3.1 Seramai 102 orang murid telah diperakukan layak bagi memohon bantuan KWAMP bagi tahun
2019. Senarai nama adalah seperti di lampiran A.
3.2 Manakala bagi murid yang tidak layak menerima KWAMP adalah seramai 12 orang. Justifikasi
penolakan permohonan adalah pendapatan melebihi dari yang telah ditetapkan oleh KPM.
3.3 Pn. Tanty dengan bantuan guru-guru kelas diminta untuk mengumpulkan borang-borang
permohonan yang telah lengkap dan menyimpannya dalam satu fail.
3.4 Agihan bantuan KWAMP akan dibuat sebaik sahaja mendapat arahan daripada PPD.

4. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK telah dapat memberi kerjasama dan
idea yang bernas sepanjang mesyuarat kali ini berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh Disemak oleh

__________________ _____________________
Pn. Tanty Surianna Pn. Normisah Bt Saiman
Setiausaha/Penyelaras KWAMP Penolong Kanan HEM