Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM SARANA IBU BAPA PEMULIHAN KELOMPOK 1 TAHUN 2019

BIL QUE TEKS


1. Assalamualaikum Salam Sejahtera,
Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan saya mula acara,
Semoga majlis disambut ceria.
Yang berusaha,
Puan Ong Siok Mei
Guru Besar SJKC Wen Hua selaku Pengerusi Kelompok 1

Encik Azman bin Janudin


Guru Besar SK Tun Syed Ahmad Shahabudin selaku Pengerusi
Pengelola

Yang dihormati,
Puan Yau Lee Kian
Ketua Kelompok Kelompok 1,

Puan Tammy Khor Seng Yin,


(Pegawai Pemulihan Carakerja U41 Klinik Kesihatan Ayer Keroh)

Seterusnya fasilitator yang terdiri daripada Jurupulih Cara Kerja,


rakan-rakan guru, ibu bapa serta anak didik yang dikasihi
sekalian.

Bersyukur kita pada hari ini, kerana dapat kita bersama-sama


berkumpul di dewan ini bagi menyempurnakan

“Program Sarana Ibu Bapa bagi Kelompok 1”

2. Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan En. Mohd


Sazli bin Saari untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

---------------------Selepas bacaan doa------------------


Aamin2 Ya Rabbal A’lamin.. mudah-mudahan majlis kita pada
pagi ini diberkati dan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
PROGRAM SARANA IBU BAPA PEMULIHAN KELOMPOK 1 TAHUN 2019

3. Ucapan Hadirin yang dihormati,


aluan Majlis diteruskan lagi dengan Puan Ong Siok Mei
Guru Besar SJKC Wen Hua selaku Pengerusi Kelompok 1
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan .

(ucapan aluan)

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Ong


Siok Mei atas ucapan sebentar tadi.
4. Tuan-tuan dan puan-puan,
Untuk acara seterusnya, dipersilakan Cikgu Rizal dan Cikgu
Rozaidi untuk memimpin senamrobik pada pagi ini
5. Ucapan Hadirin sekalian,
perasmian Kita teruskan lagi acara pada hari ini dengan menjemput Puan
Khor Seng Yin, Tammy (Pegawai Pemulihan Carakerja U41 dari
Klinik Kesihatan Ayer Keroh ).
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
(ceramah)
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , Puan Tammy
Khor Seng Yin di atas perkongsian yang penuh dengan ilmu baru
bagi kita semua. Semoga dengan segala ilmu yang dikongsikan
oleh Puan Tammy pada hari ini dapat kita aplikasikan pada anak-
anak kita.

6. Alhamdulillah selesai slot pertama pada pagi ini, kita akan


berhenti rehat sebentar dan seterusnya slot kedua akan
disambung selepas ini iaitu Slot bersama ibu bapa , Pembinaan
Bahan Bantu Mengajar dan untuk murid-murid kita akan adakan
satu aktivti stesen terapi bersama fasilitator kita daripada Klinik
Kesihatan.
7. Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti kita pada hari ini iaitu
perkongsian daripada Puan Tammy, aktiviti pembinaan bahan
bantu belajar untuk ibu bapa dan aktiviti terapi untuk murid-
murid.
8. Perasmian Hadirin yang dimuliakan,
penutup
Majlis dengan sukacitanya menjemput En. Azman Bin Janudin
selaku Pengerusi Pengelola Program pada hari ini untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan penutupan
Program Sarana Ibu bapa bagi kelompok 1. Majlis
PROGRAM SARANA IBU BAPA PEMULIHAN KELOMPOK 1 TAHUN 2019

mempersilakan.
----------------------------------ucapan--------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En. Azman bin
Janudin atas ucapan perasmian penutup sebentar tadi.
9. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi berkongsi ilmu bersama
kami pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Pn. Yau
Lee Kian mengiringi En. Azman bin Janudin untuk menyampaikan
sedikit cenderamata pada penceramah kita. Dengan itu, majlis
menjemput Puan Tammy untuk menerima cenderamata.
Dipersilakan.
---------------------hadiah-----------------------------------
Terima kasih sekali lagi diucapkan pada Puan Tammy atas
kesudian menyampaikan ceramah pada hari ini.

Mohon Puan Yau Lee Kian dan En. Azman bin Janudin untuk
kekal berada di pentas untul menyampaikan hadiah kepada
murid-murid kita pada hari ini.
---------------------hadiah murid-----------------------------------

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang begitu


aktif dan seronok dalam mengikuti aktiviti terapi pada hari ini.

Seterusnya pula dijemput Puan Yau Lee Kian untuk


menyampaikan sedikit cenderamata kepada Yang Berusaha, En.
Azman bin Janudin atas kesudian beliau merasmikan majlis
penutup dan memberi keizinan kepada Kelompok 1 menjayakan
Program Sarana Ibu bapa di SK TUNSAS. Dipersilakan.
-------------------------hadiah perasmi------------------------
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha En. Azman bin
Janudin dan Puan Yau Lee Kian atas kesudian menyempurnakan
acara.

10. Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya mewakili jawatankuasa
memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang
PROGRAM SARANA IBU BAPA PEMULIHAN KELOMPOK 1 TAHUN 2019

program ini berjalan. Terima kasih atas kesudian para ibu bapa
dan murid-murid yang hadir pada hari ini. Jutaan terima kasih
kepada semua guru-guru yang telah menjayakan program ini.
Sekian, Terima kasih.