Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.

Kampung Sinaran Baru, Kilometer 26, Jalan Johor,


81300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07 - 5574689
______________________________________________________________________________________

Ezafahrina binti Ezuddin ,


Sekolah Menengah Islam Hidayah,
Johor Bahru 12 Februari 2019

Pendaftar,
Kolej Yayasan Pelajaran Johor,
KM 16 Jalan Kulai, Jalan Kulai – Kota Tinggi,
Johor
(Bahagian Tempahan Dewan)

Tuan/Puan ,

PERMOHONAN MENYEWA DEWAN KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Dengan segala hormatnya, saya wakil dari Sekolah Menengah Islam Hidayah, ingin memohon untuk
membuat sewaan dewan di KYPJ bagi kegunaan Majlis Kecemerlangan Pelajar SM Islam Hidayah
bagi tahun 2019.

2. Berikut adalah butiran bagi majlis berkenaan:

Tarikh: 19 April 2019 (persiapan dan raptai)


20 April 2019 (majlis sebenar)
Masa: 7 pagi – 4 petang
Bilangan peserta: 1000 orang termasuk guru, pelajar dan ibu bapa
Alatan yang akan Penghawa dingin, pentas, Sistem Siaraya (PA system)
digunakan:

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin tahu kadar sewaan dewan serta maklum balas dari pihak
tuan. Pihak tuan boleh hubungi saya, Ustazah Ezafahrina di talian 010-6600367 atau emel saya
ezafahrina@hidayah.edu.my. Kerjasama dan sokongan pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERILMU BERAMAL MEMIMPIN

Saya yang melaksanakan amanah,

………………………………….
(EZAFAHRINA BINTI EZUDDIN)
Tarikh: 12 Februari 2019